Cruise di Halong Bay masih belom berakhir!
Cruise tu terus berlayar dengan kadar tak brape nak laju. Cuaca pun dah tak hujan dah time ni. Dah cerah skit berbanding dengan tadi. Tak lama tu cruise ni stop kat 1 pulau. Ada pantai sebab ada ramai gak pelancong duk mandi-manda kat situ. Kat atas bukit tu pulak macam ada macam pagoda or look-out point. Tapi kitaorang bagitau driver boat tu suruh pegi tempat lain sebab nak mendaki time tengah-tengah hari ni memang agak malas ler.
Dia menurut kata dan bawak kitaorang pegi tempat lain pulak.
|
ni kapal Jack Sparrow versi kaler putih |
|
mat salleh dan minah salleh sedang memerhatikan kitaorang semua *perasan* |
|
pantai yang dimaksudkan.... |
|
pagoda yang aku ceritakan tadi, tinggikan? |
Seterusnya kitaorang dibawak pula ke Sung Sot Cave. Sebuah gua yang tak brape besar tapi bahagian dalam dia ala-ala macam Reed Flute Cave kat Guilin. Berwarna-warni di simbah lampu. Tapi takde begitu berwarna-warni but it was nice. Kene mendaki jugaklah tapi tak brape nak tinggi. Banyak gak bot cruise yang stop kat sini.
Bila dah sampai pintu masuk gua tu, ada beberapa gerai yang duk jual souvenirs, tapi kitaorang just tengok jela sebab bila tengok harga agak sedikit mahal. Maybe kat Hanoi nanti pun ada jual benda yang sama. Berlalu pergi....
Jom layan gambar takde benda nak cerita sangat... huhu
|
lubang kat dinding tu adalah pintu masuk Sung Sot Cave |
|
zoom skit.... |
|
penjual pelbagai jenis makanan atas sampan |
|
view dari pintu masuk gua. lawa kan? ;p |
|
batu yang dikatakan berbentuk kura-kura, maka ramailah pegi letak duit. khurafat betol! |
|
cahaya syurgakah itu? |
Lebih kurang sejam macam tu duk dalam gua, kitaorang bergerak keluar dari gua dan turun anak tangga yang agak curam menuju ke tempat parking bot banyak-banyak tu. Time ni kan dah tengah hari, perut masing-masing duk berbunyi kruk kruk kruk je manjang. Agaknya chef on-call dah siap masak gamaknya ikan yang kitaorang beli tadi.
Tapi sebelum tu, kene lalu kawasan lain macam kedai cenderamata, jambatan kayu pastu nampakla ramai penjual-penjual makanan laut atas sampan masing-masing. Aku rasa kalo beli kat dorang mesti harga tak brape nak mahal. Who knows...
Jom jom naik bot! Asyik posing je tak henti-henti! Muahahahah...
Masuk je bot, dah nampak makanan dah nak siap terhidang! Waallaaa! Ikan tu masak stim biasa je. Kang masak pelik-pelik tak ke haru nak makankan... Ada telur rebus setiap sorang, kari ayam brahims, telur goreng dan jugak buah-buahan. Beli air tin yang sejuk dari dorang. Layan beb!
Tengah hari tu makan bersungguhs-sungguh, siap bertambah-tambah lagi. Kenyang kitaorang tengah hari tu. Makan sedap ler katakan... licin semuanya.
Lepas tu, apa aktiviti kitaorang??? Lihat kat bawah ni haa...
|
apa lagi terbungkang ler! hahahah |
Cruise ni menuju semula ke jeti. Dah nak cukup 6 jam dah kitaorang berlayar. Sempat ler layan mata ni tido kejap. Masing-masing amek port. Angin pun syiokk je bertiup sepoi-sepoi.
Maka tamatlah cruise kitaorang ni...
Nanti bersambung perjalanan menuju ke Hanoi.
Till then.. bye!
Lepas baca n tgk semua pic yg ohsem ni hati dh tergedik2 nk naik cruise ke halong bay
ReplyDeleteCahaya ke syurga heeeee macem2
ikan tuh ..presentation out
ReplyDeletetapi rasa....ma ma miaaa
(nasib akak tutup muka dengan towel...)
hampeh tul!! sempat tuh ...mentang mentang dia sorang je tak tido???
apa barang naik cruise tido! tak enjoy kah? hahaha...
ReplyDeleteya Allah korang ni kalo bab makan, mmg sedap2 tau...tension aku.
ok, gambar santekkkkkk sgt!
Hahahaha siap ada gambo tido. Terasa lagi makanan atas kapal tu, sedapnya! (sebab makan masa tengah lapo).
ReplyDeleteComelnya gaya tido depa tu..hihi..gambo semua cantik cantik dalam blog ni.class
ReplyDelete