Monday, July 22, 2013

Guilin, China : Part 8 (Finale) - Endian Halal Restaurant & Keretapi ke Nanning!

Okehhh!!!

Ni bahagian terakhir bersuka-ria di Guilin. 

Alhamdulillah... selamat tiba semula di Wada Hostel, Guilin. Walaupun tak bermalam, tapi luggage kitaorang yang lain-lain tu masih lagi selamat dalam jagaan dorang. Semua beg troli tu disimpan elok dalam loker dorang yang besar gedabak tu. Time kitaorang sampai ni memang dah agak petang. Tapi sempat pegi amek baju yang dihantar dobi. Korang tau brape total kene bayar dobi? Untuk dalam less than 10 helai baju kene bayar 48 yuan!!! Giler babeng punya mahal okayyy! Nak buat camne, dorang kira sehelai sehelai. Nasib baik aku punye murah lagi, tapi yang Maszuber punye pengsan terus! Sabor jela nak buat camne, takde pakaian bersih dah. 

Lepas dah macam tukar baju takpun basuh muka skit-skit, kitaorang terus keluar semula ke Guilin City nak pegi carik makanan halal yang PM dan kawan-kawan pegi makan aritu. Lepas tengok gambar dorang duk makan tu, memang aim aku nak singgah Endian Halal Restaurant tuh. Hahaha gigih tak??? 

Ni alamat Endian Halal Restaurant:

No. 1, Chongshan RoadGuilin (恩典清真餐厅 桂林市崇善路1(近清真寺)
Landmark : Chongshan Road Mosque / berdekatan jalan masjid

Cara-cara nak pegi ke restoran ni, boleh rujuk blog PM : ---> SINI 

Kalo ikut cara aku, actually aku pun dah lupa. Ikut arah dari Bank of China yang besar tu, jalan terus je dan belok kiri. Tu pun ehsan arahan dari Dan Arif. Sebab dia yang print peta makanan halal tu. Tapi tetap sampai jua akhirnya. Rupanya kat kawasan pasar malam tu nanti, yakni dekat masjid tu memang ada beberapa jenis kedai makanan halal. Dari yang agak proper kepada yang kedai biasa-biasa. 

jalan raya yang amat besar dan terkenal! 


ni kedai makanan halal, yang agak proper skit, aku suspek kat sini mahal skit untuk makanan

kedai jual muslim foods pun ada! megi kari megi kari! hahaha 

Akhirnya, kitaorang selamat jumpa Endian Halal Restaurant. Mula-mula ragu nak masuk, tapi bila disapa "Assalamualaikum" barulah rasa yakin. Time ni memang kosong restoran ni. Ni restoran kami yang punya! ahaks! Suasana agak cantik, bersih dan rasa agak mewah gaklah. Kiranya kali ni kitaorang makan agak mewah gakla. Lain dari yang lain... 

Menu utama adalah nasik goreng ayam, nasik goreng daging, jagung goreng, ubi caramel dan jugak satey kambing ataupun shahilik! Gigih tau aku baca satu-satu menu supaya order jagung dan ubi yang aku tengok kat blog PM tuh! Kecur air liur aku nak merasa. Betol ke sedapp! Hahaha... air teh cina memang free flow. 

Jemput tengok semua! 

pintu masuk restoran tu sebelah bangunan ni, sebelah kanan lak ade masjid



kedai ni ada free wifi!!! tengoklah diri masing-masing. tekun melayan smartphones! gigih benor!!! update instagram ler tuh! hahaha 

akhirnya!!! sedapnyaaa tak sesia order! rangup dan manis dan lazat! 

nasik goreng ayam kot tak silap

nasik goreng daging! 

satey kambing ataupun shashilik! 

ubi goreng caramel! oh em gi!!! makan terlekat kat gigi! tapi licin abes dimakan! 

Alhamdulillah... semuanya sedap dan kenyang kami. Total kene bayar adalah 35 yuan/pax (35 yuan x 7 pax tau). Time kitaorang tengah makan tu, ada 1 kumpulan pelancong dari Malaysia. Datang makan kat sini gak. Time kitaorang nak blah tu, sempatlah bertegur sapa. Katanya dari Shenzen. Bercuti bersama teman-teman rapat dan shopping sakan katanya! Hiks. 

Dah setel makan, terus kitaorang mengerjakan shalat berjemaah kat masjid di sebelah tu. Teruslah shalat jama' dan qasar sebabnya malam ni kitaorang akan terus berangkat ke Nanning naik keretapi pada tengah malam nanti. 

pintu masuk masjid



Lepas dah setel kewajipan kepada Yang  Esa, kitaorang sempat singgah kat pasar malam tu. Nak tengok apa yang ada je. Adala jugak souvenirs yang dijual. Memang takde beli pape pun. 




So, dah abes. Pulang semula ke Wada Hostel. Since kitaorang dah takde bilik, segala aktiviti packing bag semula dilakukan di ruang living hall. Hahaha kecoh jap saling duk pack-pack tu.  Ada yang tak muat beg, ada yang berat ada yang ringan! Hahaha macam-macam. Tapi malam tu macam nak hujan lagi. Dugaan... 

Dah setel semua, kitaorang akan menuju ke train station naik teksi. Yela, dengan hujan macam nak turun, nak bawak luggage yang giler babeng punya berat tuh! Makanya, kami mintak tolong receptionist tu tolong carikan teksi. Ya Allah baik giler pekerja hostel ni. Dalam hujan pun, dia gigih pegi carikan teksi untuk kitaorang sementara kami tunggu kat tepi jalan dalam hujan. Memang sangat baikk... tersangat terharu! Yela, time ni giler payah nak tahan teksi sebab tak ramai yang nak stop. Akhirnya dapat gak naik 3 buah teksi yang berasingan... Wada Hostel memang aku totally recommended! 



tiket keretapi

Dah sampai tu, macam biasa kene melepasi scanning beg dan badan. Malam tu train station agak penuh tapi masih lagi ada kerusi kosong untuk duduk. Rupanya train kitaorang ditunda! Ditunda untuk 1.5jam! Haishh... kene duduk melangut la rupanya. 

Akhirnya... masa yang ditunggu telah tiba. Train dah sampai! Tak sabar nak duk berehat atas kerusi empuk dan tido lena malam ni, walaupun naik normal seats je. 

TETAPI!!! RUPANYA TRAIN YANG KITAORANG NAIK ADALAH NORMAL SEAT THIRD CLASS OKAYY!!! HAHAHA taktau nak kata! 



Cuba bayangkan sendiri kene duduk dalam 1 gerabak dengan penuh dengan orang tempatan dan barang yang agak banyak plus terpaksa tido dalam keadaan 90 darjah untuk 6 jam perjalanan! Arghhhh! Cuba bayangkan. Walaupun dalam keadaan sengsara tu, kadang-kala tergelak gak dengan nasib kitaorang nih! Hahaha pengalaman yang cukup berharga! Aku mati-mati ingat macam train KTM tuh. Tula nak tiket murah sangatkan.  Rasain lorh! 

Uishh taktaula nak cite macam mana. Lawak la bila kenangkan balik... 

Tamatlah kisah kitaorang di Guilin! 

Bersambung di Nanning yeah! 

Bye! 

11 comments:

  1. Hahaha part naik train tu memang tak bleh blah...sakit buntut tau duduk menegak je ..

    ReplyDelete
  2. 90 darjah?...6 jam...?..Fengsan..kalau JM..turun dari tren..dh jln mcm itik

    ReplyDelete
  3. iya..
    WADA hostel is very very good...

    iya,
    naik train nih mmg mmg kelakar

    iya,
    korang pun mmg mmg sporting

    iya,
    akak masih tersengeh2 lagi

    ReplyDelete
  4. dalam keretapi tu tak tahan sebab ada pulak yang sempat makan megi deme tak abes2.... udah ler duduk dekat2.... fenin kepala

    ReplyDelete
  5. Huh..90 darjah?????
    Fingsannnnn

    ReplyDelete
  6. yeay aku suka nama #TravelholicAwesome ada disanaaa :)

    ok, tak bleh blah kusi 90 darjarh! letih kot! tetiba rasa untung lagi aku dpt katil koyak atas feri manila aritu hahaha!

    ReplyDelete
  7. @Janggel,
    hahahah tau takpe! tobat lepas ni takmo dahhhhh!!!



    @Jari Manis,
    kekekek iyee... itulah hakikat yang sebenarnya! sakit urat okay! hahaha.



    @Kak Anash,
    gitewww sengih sorang2 sgt akak nih! hahaha ;p



    @MasMZ,
    eeeeiiii part makan tu takleh blah. bau abes 1 coach!



    @Syieda,
    hahahah itulah hakikatnye! sila try! ;p



    @Biqque,
    hahaha tau xpe. ko naik kapal tilam koyak tu dah sgt2 elok dah bagi aku. ni 90 darjah!

    ReplyDelete
  8. mmg korang tersalah beli seat ke camne? ke camne.. takut plak rasanya..

    ReplyDelete
  9. amcam verdict jagung tu? hehe.

    tapi ubi sira tu tak disyorkan untuk pemakai gigi palsu makan, liat yg amat!

    err... 90 darjah seat? boleh tahan sakit belakang nak sampai nanning tu. huhu.

    ReplyDelete
  10. @Zette,
    bukan tersalah beli seat. dah time beli tiket tu bgtau nak normal seat, so penjual tiket tu mmg kasik ler normal seat. patut mintak soft seat tak silap. ;) so kene betol2 faham ape yang nak beli nnt.



    @PM,
    not bad. makanan agak sedap plus okla harga wise mcm kedai gak. pasal seat train tu, mmg sakit belakang okayyy!!!

    ReplyDelete
  11. kalau tempat ada wifi bole ke bukak instagram & facebook tanpa roaming?

    ReplyDelete