Alrite folks!
Nampaknya aku dah berjaya masuk ke bahagian negara Vietnam! Fuhh~ lamanya nak abeskan cerita aku ni. Dah berbulan-bulan tak abes lagi. InsyaALLAH akan jugak aku abeskan dalam masa terdekat ni. Gigih punye pasalkan.
Hari ni kitaorang semua akan bergerak menuju ke Halong Bay dari Nanning. Dan Arif dah pun selamat terbang balik ke Kuala Lumpur hari tu jugak. Tinggallah kitaorang bertujuh untuk mengabeskan trip ni yang tinggal beberapa hari je lagi. Bas kitaorang menuju ke Halong Bay akan bergerak pada pukul 8.20 pagi setiap hari. Tak silap aku, hanya ada 1 bas je setiap hari. So, pukul 7 pagi kitaorang dah check-out dari Green Forest Hostel dan tahan teksi kat depan hostel untuk menuju ke Nanning International Tourist Distribution Centre. Since pagi lagi, maka takdelah payah sangat nak tahan teksi. Ameklah 3 teksi sebab barang-barang kitaorang ni sangatlah banyak! Nak berbreakfast pun tak sempat. Makan megi jela masing-masing.
Masing-masing muka ceria. Taktau nak tafsirkan samada seronok nak pegi Halong Bay ataupun gembira trip yang agak memenatkan akan berakhir tak lama lagi. Hiks.
bas-bas diparking elok, kaler pink pulak tuh! |
Tiba masa untuk bergerak meninggalkan bandar Nanning ni. Walaupun sekejap, tapi kira okla penah jejak kaki kat sini. Pagi tu bas takde delay, dan bergerak tepat pada waktunya. Tiket menuju ke Halong Bay ni, kitaorang beli dengan harga CNY170/pax. Keadaan bas adalah agak baik, berair-con dan jugak siap dibekalkan dengan bekalan makanan ringan seperti air mineral, air kotak dan jugak beberapa bijik roti pelbagai perisa. Oh ya, tak lupa sebijik buah epal. Untuk kejapkan perut. Hiks. Not bad.
Perjalanan bas ni akan menuju ke pintu sempadan antara negara China dan jugak negara Vietnam. Tempat pertembungan adalah di Ping Xiang - Friendship Gate untuk immigration checking. Jarak dari Nanning menuju ke pintu sempadan ni akan mengambil masa kira-kira 4 jam. Semua bas yang bawak pelancong harus sampai ke sini sebelum pukul 4 petang. Sebab imigresen ni tutup jam 4 petang. Kalo ikutkan apa yang aku baca, last bas dari Nanning adalah jam 12 tengah hari. Aku pun kurang pasti betol ke tak.
Selepas beberapa ketika, bas tu stop kejap kat RnR untuk penumpang melepaskan hajat yang diperambaik dalam bas tu. Al-maklumlah, sepanjang perjalanan kitaorang tu, cuaca gloomy je. Hujan turun gak ada beberapa ketika. Time berhenti kejap ni pun, ada beberapa money changer bergerak yang menawarkan perkhidmatan untuk convert duit dari yuan ke dong. Kitaorang pun tak melepaskan peluang melakukan benda yang sama. Sebabnya rate yang diberikan agak murah dan competitive. Kata Kak Anash la... bukan aku ye. Time ni agak blur-blur lagi pasal conversion Vietnam Dong. Yela, matawang dorangkan guna puluh ribu, ratus ribu dan jutaan dong. Hiks.
Lepas tu, bas meneruskan perjalanan. Tapi sebelum masuk ke sebuah terowong, tak pasti terowong ape, tapi yang penting askar akan naik ke atas bas mintak kad pengenalan mahupun passport. Kiranya nak check la. Agak cuak gakla. Manalah tau kene hantar balik ke Malaya tang tang tu gakkan. Mahunya tak cemas. Tapi buat muka cool jela. Dorang ade gak duk tenung gambar passport kitaorang tu betol-betol. Nasib baik rakyat Malaysia tak perlukan visa nak masuk ke Vietnam.
Lebih kurang 12.30 tengah hari, dah selamat sampai di Ping Xiang, pejabat imigresen bahagian Negara China. Time ni, semua orang perlu amek bagasi masing-masing keluar dari bas. Dan setiap seorang daripada kitaorang kene pakai 1 tag yang digantung kat leher. Sebagai tanda pengenalan katanya. Time ni, masing-masing memang blur abes. Yela, taktau nak buat apakan seterusnya. Taktau nak mula dari mana. Tapi dalam pada tu, nampak shuttel buggy yang duk muatkan penumpang. Menuju ke suatu tempat, yakni imigresen check point. So, kitaorang pun naik ler. Takkan nak jalankan sebab jarak dari hentian bas ke sana adalah dalam 1km. Mampos ler nak jalan dengan beg besar-besar ni.
Actually buggy seperti gambar diatas ni kene bayar lebih kurang VND20,000 (RM3) untuk seorang. Buggy yang aku naik bersama Janggel, Kak Anash and Masmz tak payah bayar. Maybe sebab kitaorang pakai tag yang diberikan tadi. Tapi yang lain-lain kene bayar lak. Hurm.. taknak bergaduh panjang bayar jela.
Bila dah sampai tu, sediakan departure card masing-masing. Dah procedure seperti biasa, scan dan stamp passport. Kiranya agak terurus dan tersusun imigresen China ni. Semuanya ikut aturan yang ditetapkan. Lepas dah setel, kene pulak menapak skit lebih kurang 500 meter menuju ke imigresen Vietnam lak.
Bila dah sampai tu, alangkah terkujatnya aku bila tengok BETAPA tak terurusnya bahagian imigresen Vietnam ni dah lah kecik nak mampos! Kaunter ada 3 je, pastu masing-masing punya perangai main campak je passport tu kat kaunter dan tak beratur! Kiranya berhimpitla depan kaunter tu sampailah passport kita siap discan dan dichop oleh dorang. Punyalah lama aku dan Janggel duk tunggu macam orang bodoh untuk dapatkan passport kitaorang tuh! Dorang duk sibuk buatkan passport yang diserahkan oleh agent-agent ni. Passport Malaysia ni dorang letak tepi je. Yela, kita nak menyuruh dorang pun bukannya faham bahasa pun plus kang mintak buat cepat-cepat kang jadik makin lambat takke haru nanti?
Yang lagi panas, ada sesetengah ni siap selitkan duit ataupun nama lain rasuah la nak kasik cepat. Yang kasik duit tu memang cepat jela dorang buatkan. Kita ni sebagai rakyat bersih takkan nak mengamalkan rasuah. Puihh! Corrupt giler. Adalah sejam lebih aku dan Janggel tercongok depan kaunter tu dengan perasaan lapar dan amarah yang teramat! Ahirnya baru dorang scan dan cop passport kitaorang. Haishh... babeng sangat rasanya! Sungguh tak sistematik dan tak teratur pihak imigresen dorang ni kat sempadan! Kalo orang tak ramai aku tak kisah, ni orang berduyun-duyun keluar masuk sempadan. I think they should built a proper counters with enough staff and not to forget with integrity ya'll.
ce cari aku dan janggel dalam ramainya orang |
Lepas dah setel semua, naik balik buggy menuju ke hentian bas yang seterusnya. Time ni taktau nak naik bas yang mana pulak sebabnya bas ni adalah bas yang berlainan dari bas yang mula-mula kitaorang naik. Tapi time ni bergunalah tag yang diberikan. Just tunjuk tag tu, dan pekerja dorang akan tunjukkan bas mana yang patut kitaorang naik. Yang bestnya bas ni tak penuh! Bas yang ada 30 seats hanya ada kitaorang dan beberapa orang penumpang yang lain. Hiks! Ini bas kami yang conquer! Bas ni bertolak tepat jam 2 petang menuju ke Halong City. Setiap sorang dibekalkan 1 botol air mineral.
Selepas sejam perjalanan, bas ni stop pulak kat RnR kot-kot ada yang nak melepaskan hajat ke ape. Stop kat sebuah kedai makan, toilet dia bersih dan tak berbau. Okla...
Perjalanan menuju ke Halong City dari Nanning sepatutnya mengambil masa kira-kira 10-11 jam perjalanan. Kematu bontot woii! Faham jela memang bosan nak mampos duk dalam bas tu, pastu driver pulak bawak bas tu slow je. Aku rasa dalam 60-70 km/j je. Slowkan? Taktau buat apa, pasang lagu sambil melalak dalam bas tu. Hahah nasib baik kitaorang je dalam bas tu, sebab penumpang lain dah selamat turun dari bas tu.
Tapi sumpah memang lama giler rasa duk dalam bas tuh!
Pukul 8 malam tu, kitaorang selamat sampai kat hentian bas Halong City which i don't have any idea where were we. Penginapan untuk malam ni, kitaorang dah booked siap-siap Asian Hai Ngoc Hotel. Berdekatan je dengan Halong City. Ni pun last minute booking kat Nanning malam sebelumnya.
Dari hentian bas untuk menuju ke hotel ni, kitaorang naik teksi. Kat sini pun dah kene tipu sebab driver tu nak VND200,000 untuk 1 teksi. Yela, kitaorang pun taktau brape jauh dari sini ke hotel. Kalo ikutkan receptionist hotel tu kata dekat je. Kitaorang mintak kurang, tapi driver teksi tu taknak pulak. Nak tak nak kenela naik jugak. Masing-masing dah penat abes dah.
Akhirnya selamat tiba kat hotel tu, receptionist tu mengalu-alukan kedatangan kitaorang semua. Paling terkejut minah tu siap maki hamun lagi driver teksi tu sebab charge mahal kar kat kitaorang. Katanya tambang teksi patutnya hanya VND100,000 je. Cekik darah betol! Receptionist ni pandai cakap english walaupun dengan pelat dia tu aku jadik letih dengar dia bercakap.
Untuk hostel dan hotek di Halong Bay dan Hanoi, total untuk 3 malam adalah USD40/pax. Semuanya dibooked melalui agoda.com dan jugak booking.com
bangunan hotel waktu siang dari luar |
Bila dah setel check-in, masuk bilik whoaaa besar beb siap ada bathtab lagi. Harga pun tak brape mahal. Layanan memang superb. Wifi pun laju! Siap ada lif bagai.
Malam tu, dinner hanyalah nasik putih bersama kari ayam brahims. Aku dan Masmz pegi beli nasik putih kat depan hotel 3 bekas bersamaan RM1.50/bekas. Penuh bekas dia kasik. Alhamdulilah.. kenyang walaupun simple.
Yeayyy! Esok nak naik cruise!
See ya!
Bye!
Bestnya jalan-jalan!!!!!!!
ReplyDeleteWahh..akhirnya from HK - Shenzhen - Guilin - Naning, China and finally Vietnam..fuhhhh...HEBAKKK demo :-)
ReplyDeleteAlah..JM tahu Janggel dan HF between 2 women tu kan (oren n perple) tul tak?
Apa?..CRUISE lagik..ni yg jelezz melesss nih
@Qashmere,
ReplyDeletehuhuh alhamdulillah. rezeki. jgn lupa berjalan jugak tau! ;)
@Jari Manis,
amboihhh gigih JM baca semua. hehe tula tak sabar nak abeskan. nk tutup buku dah lepas nih.
Sedapnya nasik putih ngan kari Brahim tu......
ReplyDeleteMakaii lamanya dari naning ye....dari hnoi ke halong bay pun 4 jam..bersantai santai aduhaiii
ReplyDeleteweh..akak main agak la money changer tu murah (selepas kira-kira...)..mahal le pulak..huhu
ReplyDeletepasrah kena tipu dgn teksi itu
uish. marah betul ko time cop passport tu. hehe.
ReplyDeletewow syok nya jalan2...sis pun suka travel...
ReplyDeletesis nak share contest di blog, jemput ye... www.roslidamjani.com :))
weh nak dengar cerite korea....hahhahaha..keji !
ReplyDeleteUntunglaaaaaa boleh bercerita korea bak penglipur lara...
ReplyDeleteAkak kalau di border/imigresen memang paling suspen paling tak suka. NERVOUS!
ReplyDeleteSistem kaunter di Beijing pun macam tu. Tak efisyen langsung. Tak mesra pelanggan langsung. Akak dah berapa kali terkena situasi yang HF cerita ni di Beijing.
Akakpun makan nasi yang simple macam HF ni bila travel.
@Janggel,
ReplyDeletehahahah kannn! sedapp walaupun simple. ;)
@Nekcik,
hahaha lamaaaaa nekcik! penat bontot okay! hiks.
@Kak Anash,
hahahah tu la akak. yakin benor dgn kiraan dia. takpelah. brape sen je kot rugi. ;)
@Roslida M Jani,
mmg seronok jejalan ni. hihi ;)
@Hang Dhamin,
haiiippp! hahaha nak abes dah. kikiki.
@Naramas Aman,
yup mmg betol. sy takdela suspen ke nervous tp more to geram yang amat sbb sgt tak efficient.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete