Salam 3 Ramadhan!
Time mood tengah rajin ni, better aku abeskan cepat-cepat travelogue aku ni. Makin lama rasanya makin lambat pulak nak abes. Semalam aku sempat makan bubur jagung beli kat bazar. Okla dapat gak beli yang rasa agak sedap berbanding hari pertama puasa. Eh dah larik topik dah ni.
Malam sebelom kitaorang berangkat menuju ke Yangshuo, malam tu baru kitaorang duk gigih survey mana-mana hostel ataupun available untuk 7 orang. Masing-masing duk carik yang mana available kat hostelbookers mahupun booking.com. The end, rezeki menyebelahi kami ada 1 hotel yang available plus berdekatan dengan tempat menarik disekitar pekan Yangshuo. Malam tu jugak kitaorang pack light-light baju nak bawak ke Yangshuo. Takkan bawak semua bagpack kami ni. Tinggal je kat Wada Hostel, free of charge. Lagipun, kitaorang hanya akan bermalam selama 1 malam je kat Yangshuo. Then balik semula ke Guilin.
********************************
Pagi tu, masing-masing bangun awal. Yela, perjalanan menuju ke Yangshuo akan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit sehala (73km). Wilayah Yangshuo ni terletak di bahagian selatan Guilin. Boleh rujuk map kat bawah ni.
Dari Wada Hostel, kitaorang just naik bas menuju ke stesen bas. Walaupun, actually boleh je jalan kaki, tapi better naik bas plus cepat sampai! Kitaorang mula bergerak dari hostel lebih kurang jam 9 pagi lepas breakfast ringan seperti roti, tuna dan jugak pringles. Hahaha Pringles tu sangatlah tidak sihat! Biasalah, kalo travel ramai-ramai ni memang kene bajet waktu keluar bergerak. So, memang akan expect akan bergerak sedikit lambat berbanding biasa. Tapi takpe....
Sampai je kat stesen bas Guilin, apa lagikan... tanya dulu kat information kaunter kat mana nak beli tiket bas menuju ke Yangshuo. Tiket menuju ke Yangshuo ni berharga 22 yuan/sehala. Pada mulanya, memang kitaorang nak beli tiket awal pagi. Tapi nampaknya nasib tidak menyebelahi kami, tiket sold out! Waktu yang latest adalah pada jam 11.40 pagi. Aisehh.... ingatkan boleh la sampai awal ke Yangshuo. Nampaknya terpaksa bergerak lambat dari Guilin.
Note: Sila beli tiket ke mana-mana sehari awal (2 hari awal) kalo nak bergerak samada awal pagi mahupun mana-mana waktu bagi mengelakkan delay.
Sementelah nak tunggu lagi dalam almost 2 hours dari waktu berlepas, boleh la beberapa ahli jemaah kitaorang nak kuarkan duit dari mesin atm yang terdekat. Bank yang mengeluarkan duit yang mana kad mempunyai simbol MEPS, hanyalah Bank of China. Tapi tak semua nak kuarkan duit. So, yang lain tunggu kat tepi jalan sambil melayan perasaan...seperti:
Tiba masa berlepas, kitaorang semua bergerak menuju ke ruangan menunggu. Tapi sebelum masuk tu, kene pulak scan beg masing-masing. Ruangan menunggu dorang agak bersih dan jugak banyak kerusi untuk duduk. Bas yang menuju ke Yangshuo pun agak kerap. So, takde masalah. Actually, kalo travel dalam group yang besar. Another option adalah amek mini van charter. Tapi kitaorang tau ni pun after dah beli tiket bas di kaunter. Ada sorang brader ni approach (travel agent lagaknya) kitaorang tanya nak ke mana. So, tanyalah brape dia charge untuk ke Yangshuo. Dia bagitau hanya 15 yuan/sehala untuk seorang. Kira murahlahkan? Tapi takpelah... takde rejeki nak jimat kat tambang bas. Kalo kitaorang tau, tentu dah sampai awal kat Yangshuo.
Sabar menanti ketibaan bas. Kene alert dan selalu bertanya samada bas dah sampai ke blom. If not, terlepaslah bas nanti. Sepanjang kitaorang kat negara China ni, cuaca nampaknya kurang memberangsangkan. Takde kot suasana langit biru. sob sob sob... nampaknya macam datang salah musim je. Kalo tak hujan, cuaca mendung yang amat! Sabor jela... jom naik bas!
Keadaan bas tu just ok bagi aku. Aircon pun tak brape nak sejuk. Layankan jela, tapi tetap lelap macam biasa. Penatla katakan...
Selepas merempuh perjalanan selama 1 jam 30 minit, maka kitaorang selamat tiba di stesen bas pekan Yangshuo. Rupanya seperti gambar dibawah:
stesen bas Yangshuo |
Perkara pertama lepas jejak kaki kat stesen bas tu, cari kedai makan halal! Katanya Dan Arif, kat area bus station ni, terdapat 1 kedai mee tarik halal. Plus, aku ada gak terbaca melalui blog PM: Pencerita Maya pasal kedai makanan halal. So, kitaorang berpecah kepada 3 kumpulan untuk tengok kat mana letaknya kedai makanan halal tu. Ada yang ke utara, ada yang ke selatan... Last-last kitaorang berkumpul kat 1 bulatan besar kat stesen bas tu. Cuba tanya orang lain, tapi macam tak ramai yang tau. Dahla cuaca time ni agak panas.
Rupanya.... kedai mee tarik halal tu tak jauh bulatan tu. Hanya cross jalan, dan menuju ke belah kiri. Tak sampai 100 meter dah sampai! Ayuhla masuk dan order. Kedai macam kedai yang kat Guilin gak. Order yang mana patut. Ayuh lihat makanan yang telah diorder!
mat salleh pun makan kat sini |
muka manusia yang kelaparan! |
gerak kerja pembuatan mee tarik atau La Mien |
kasih seorang ayah, terlelap sambil tidokan anak keciknya |
Harga makanan lebih kurang je dalam 18 yuan untuk 1 pinggan mahupun 1 mangkuk. And again, portion adalah besar. Lepas dah setel bayar semua, apa lagi. How do we go to our hostel? Nasib baik Dan Arif ada beli simkad China. So, boleh la buat panggilan tempatan. So, dia pun call la orang hotel tu. Dorang akan pick-up kitaorang kat stesen bas Yangshuo ni. Katanya jarak stesen bas menuju ke hotel dalam 10 minit je jalan kaki. Tunggu punya tunggu, adalah sorang amoi ni naik basikal. Her english was very good! Takde pelat langsung.
Ingatkan dia nak datang pick-up naik bas ke ape... rupanya kene jalan kaki ler kitaorang semua menuju ke hotel.
Akhirnya... kitaorang sampai jugak di Bamboo House Hotel, Yangshuo. Hotel sangat dekat dengan West Street yang begitu popular kalo datang ke Yangshuo ni. Boleh book hotel ni terus melalui hostelbookers.com mahupun booking.com
Proses check-in berjalan dengan lancar, harga untuk 1 malam adalah 60 yuan/pax. Kira oklakan rege last minute punye booking. Keadaan hotel bagi aku, not bad. Plus macam tak ramai orang. Tapi kata orang receptionist tu, this week memang orang ramai kat Yangshuo. Yela, rakyat China this week ada long weekend dek kerana ada hari Pekerja tak lama lagi. So, dorang ada 5 hari cuti. Lazat!
Sebelum masuk bilik masing-masing, kitaorang tanya siap-siap dengan orang hotel tu apa aktiviti yang boleh kitaorang buat dalam masa yang singkat kat Yangshuo ni. Kitaorang list downkan nak buat rafting kat Li River, tengok show malam dan lain-lain. Since hari pertama ni, dah hampir petang kitaorang setelkan dengan berakit di Yulong River. Tak lupa tengok Impression Show pada waktu malam. Kitaorang suruh orang hotel tu arrangekan siap-siap untuk tour kami nanti.
FYI, time ni Li River Rafting memang dihentikan buat sementara waktu dek kerana ada sorang budak mati lemas dibawa arus deras di Li River ni. Plus, paras air ketika ni memang tinggi. Kebanyakkan pengusaha rakit menangguhkan dulu perkhidmatan rakit ni. So, we opted for another option yakni Yulong River Rafting. Harga untuk seorang adalah 90 yuan untuk more than 1 hour ride.
Jom masuk bilik! We have about 1 hour sebelum bergerak untuk naik rakit!
bilik lelaki di tingkat paling atas! |
bilik wanita ada 2 double beds and 1 single bed. agak luas! |
pemandangan dari balkoni bilik aku, boleh nampak aktiviti rakit di Li River diberhentikan buat sementara waktu |
another view |
dari kejauhan gunung batu kapur yang terkenal |
Actually, hari ni memang kitaorang sepakat untuk pakai baju merah termasuklah bakal raja sehari tu, Yela, katanya nak amek gambar pre-wedding siap-siap kat sini. So, inilah hasilnya selepas semuanya bersiap untuk bergerak menuju ke Yulong River!
thanks Kak Anash for the pic, i do looked great in this red shirt! Ahaks! Perasan~ |
To be continued....
Bye!
Nyampah betol caption word kat gambo last skali tu,
ReplyDeleteCantik watermark? sapa buat tu?
ooo... naik bas ekspress eh ke Yangshuo. siap kena scan bagai. hehe.
ReplyDeletekitaorg naik bas biasa je, tahan bas kat tepi jalan depan train stesen, bayar 18yuan, terus naik dan bas pun bergerak.
Yangshuo memang best, ada byk lagi tempat sekitar Yangshuo yang tak habis terjah w/lpun dah 2 kali ke sana. tapi takkan nak repeat kali ke-3 kot! haha
@Janggeltrekker,
ReplyDeletehahaha motif menyampah? lol thanks for the watermark!
@PM,
aah tak tau lak ade bas henti2 kat situ. kalo tau, naik bas tu je. ;) hahaah manala tau terkena kene ripit lagi sekali. ade sorang ni pegi bulan 6, langit giler lawa! biru je!
baju merah itu memang smart.
ReplyDelete(bajunya jek!)
ahaks!!
Kena pick-up-dengan-basikal-tapi-kena-jalan-kaki tu aku pernah kena kat Bangkok.
ReplyDeleteMati-mati ingat dia nak pick-up dengan van ke apa ke.
Haha.
@Blog-tip-Kurus,
ReplyDeletehahaha motif? aduh.. makan dalam. hahahah ;p
@Keri,
hahaha aku pun berpikiran sama mcm ko. kot2 dia dtg pick-up dgn van. tp haram jadiknya. hahaha kene jalan kaki sama2 dgn dia lak tuh!
watermark cantekkkkkkkkkk! *tepuk tangan berkali2*
ReplyDeletegambar pun cantekkkkkkkkk! *tepuk lagi*
tapi yg plg cantek bila ko pakai baju merah belt putih! HUIHHHH MMG RAMAI MAK2 NAK BUAT MENANTU NIIIII!
berpeluh takkkkk???
@Biqque,
ReplyDeletehaaaaa kalo ko nak, ko kene suruh Janggeltrekker tolong buatkan! dia dh tolong buatkan beberapa jenis simpanan aku. boleh la ko upgrade watermark ko tuh! ahaks.
haishh... haruslah ramai nak jadikkan menantu plus hantu nnt! hahaha.
haruslah berpeluh gakla. tp since dah petang, takdela sangat keringat yang harus diperah.
Uik,..ada org fengsan tepi jln tu ..tak ada org nak tlg ke
ReplyDeleteAlamak gambar makan lagik heee
Last pic tu : Janggel jgn jeles coz..pic yg kak Anash ambik ni mmg cantik coz semua berbaju merah kecuali couple tu.Gaya HF dlm pic ni like sorang artis korea tu..tak pasti nama apa tapi dlm 2days 1 night saluran 391. Sekali pandang retis tu like 2 beradik ngan HF. Puji ikhlas tak ada niat lain heee..matilah kena boo ngan Janggel lepas ni heeeeee
tgk gambar mee tarik, nasi goreng dalam bulan2 puasa ni, memang mencabar keimanan! hahah
ReplyDeleteOk gak hotel nya wpon last minit booking.. cuma time pick up tu x brp nk sedap..jln kaki..hi..hi... yg terbaring kt jln tu tido ke mati? Tp mmg agak frustrating kan bila cuaca x menyebelahi kite..hu..hu..
ReplyDeletemotif letak gambo akak jaga beg korang??? (huh..akak nampak gemuk!kbai)
ReplyDeleteiya..pastii ramaiiiii mak mak di luar sana berebut nak hambek jon jadi menantu...kan biqque, kannn???
gambo maszuber jadi superman atas katil??...oh mai!!!!..
watermark baru kekdahnya weiiii.... pheeewitttt.....
ReplyDeleteAku sebenarnya tak abes nengokpun gambar2 yang dicompile tuh.... Amboiiii view bilik korang.... jeles aiiiiii.....
Eeeeee mee tarik tu lahzatnyaaaaa...... terasa2 dalam tekak nih :)
semangat aku tanya dia kereta dia kaler apa.. last2 dia jwb no car, i'm riding a bike.. hampehh.. haha.. nasib baik la bilik view cantek sket.. walaupun kena naik tangga 4 tingkat..
ReplyDeletehoiii kempis perut!! tahan nafas ke? hahahahaha...
ReplyDeleteaku tak leh tahan nk gelak baca komen dan arif nih..HAHAHAHAHAH
@Jari Manis,
ReplyDeletehahaha aah ade orang pengsan. tp lepas tu ade org tolong. sbb lps tu org tu dh hilang dah.
amboihhh JM, puji melambung nampaknya. malu saya dibuatkan. kuikuikui.
@Kairulizwan,
ahaks! mohon tahan nafsu! ;p
@Farikica,
yup... not bad la. lgpn bukan nak duk kat bilik sgt pun. jnji dpt lelapkan mata. org tu pengsan je. uishh takkanla mati kan. nak buat mcm mana kan... pegi time musim yg tak brape nak menarik. ;)
@Kak Anash,
hahahah gitewww... yela, akak je yg posing mcm tu. ;p
@MasMZ,
hahahahah terima kasih kepada Janggel! yeayyy dia yang tolong buatkan. bertabahlah masmz. aku sendiri pun tak abes tgk. just pilih nak buat entry je. ;p
@Dan Arif,
hahahahah kannn!!! manalah tau dtg bawak van besar ke ape. hilangla penat skit. rupanya~ ceh. lol
@Chawanna,
hahaha haruslah kempiskan perut! lihat perutku, kempiskan. kekeke