Sekejap sangattt!
Tu antara yang dipikirkan oleh kitaorang semua ketika pikirkan bila berada di Hanoi, Vietnam. Actually, ada a few tempat yang aku nak jejak gak yakni sampai ke Sapa. Tapi memandangan trip tu memerlukan masa yang agak panjang. Terpaksa let go. Kitaorang actually ada 1 hari full je kat Hanoi untuk jejalan dan jugak shopping. Maybe jejalan sekitar Old Quarters jela kot.
Lepas breakfast, kitaorang terus grab map dan bulatkan mana-mana tempat yang kitaorang nak pegi. Antara yang sempat kitaorang terjah adalah...
1) The Clock Tower - Terletak tak jauh dari hostel kitaorang, tapi still naik teksi sebab betol taktau jalan menuju ke sana. Sekali lagi naik teksi yang boleh muat 7 orang terus. Tak susah nak carik teksi ni sebab banyak berlegar di kawasan Old Quarters. The Clock Tower ni, kalo tengokkan lebih kurang sama macam kubu-kubu zaman dulu yang penah kita tengok. Kat Padang Kota Penang pun ada bentuk pun lebih kurang sama gak. Tapi nasib kitaorang agak kurang baik, sebabnya takleh masuk dalam kawasan The Clock Tower ni sebab tutup untuk orang awam dek kerana ada acara rasmi time ni. So, amek gambar dari luar jela...
2) Lenin Statue - Berhadapan The Clock Tower ni, terdapat pulak Lenin Statue, Patung ni merupakan ketua tentera komunis yang beragama Leninism. Amek gambar jela...
Tak lama pun kitarang kat sini, cukup sekadar nak amek gambar. Bosan dan panas! Taktau nak buat apa. Next nak pegi ke jambatan besi buruk. Kalo amek kat gambar atas tu tentu cantik sebab nampak macam rusty skit. Maka naiklah teksi menuju ke sana. Time ni kene katok atau kene pau lak dengan pemandu teksi ni. Untuk jarak less than 5 minit, dia nak charge VDN100,000 padahal kat meter teksi tu terpampang VND30,000 je. Takke bangang??? Bergaduh gakla kitaorang. At last kitaorang just bayar je VND30k then terus turun dari teksi tu.
The Long Bien Bridge |
3) Cho Dong Xuan Market - Tau pun melalui peta yang dibekalkan oleh pihak hostel. Bentuk bahagian dalam teringat pulak macam kat Pasar Siti Khadijah kat Kota Bharu. Tapi market ni takdela besar mana. Jalan kaki je dari jambatan besi buruk tadi. Tapi mostly kat sini jenis jualan borong. Kira beli sekali banyak terus. Tapi kalo nak beli skit-skit macam kitaorang pun boleh. Takde masalah. Boleh gak bargain. Harga yang diberikan murahhh! Gigih la kitaorang duk pilih kain vietnamese silk untuk bawak balik. Harga untuk 5 meter jatuh dalam RM30 je. Ada banyak jenis barang yang dijual dalam pasar ni, dibahagikan mengikut seksyen masing-masing.
pintu belakang |
pintu depan |
Okla... dah penat lak menaip. Al-maklumlah puasakan pastu banyak bertabligh siang dan malam... nanti aku sambung lagi.
Bye!
First
ReplyDeletea'ah...macam pasar siti khadijah kota bharu pulak tengok. selalu orang citer dekat ho chi minh je murah-murah silk semua ni, hanoi pun lebih kurang jugak ek...
ReplyDeleteagak musykil ni...korang gi jambatan besi buruk tu, tapi korang pi dak hoam kim lake?? *tertanya2 tertunggu2*
ReplyDeletemenarik part shopping.. kain-kain dia cantik!!!
ReplyDelete@Nizhama,
ReplyDeletealamakkk! dah lama x main game macam ni. hiks.
@Orga,
kannn! lebih kurang nampak. tp ni versi kecik skit. tp bak kata org yg penah ke HCM and Hanoi, dorang kata HCM lagi kebabomm punya banyak barang.
@Biqque,
hahahah haaaaa nnt la dalam next entry. saje nak meramaikan entry. kekeke. singkat je kat hanoi nih.
@Nina Hamdan,
hahahahhaha kannn! byk kain yg lawa2! utk pmpuan mmg heaven ler.
banyak tak ko shopping kain?
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete@Lavender,
ReplyDeletehahah takdelah banyak. 2 3 pasang je. ;p
sori la korang...akak bwk ke jambatan besi berkarat nih
ReplyDeleteingatkan ada apa sangat
kikiki
wah..sudah potong entry akak nih...
Ha'alah..pernah baca di blog supemeng..view di SAPA tu aweaome..1 hari tak cukup tu..cam terkejar je kan..
ReplyDeletebertabligh siang dah mlm heee..good..good..mmg penat