Wednesday, August 28, 2013

Jeju Island - Part 3 : Sunrise di Seongsan Ilchulbong Peak

Annyeonghaseyo!!!

Yorobun... come come dekat-dekat nak cerita sambungan nih! Hahaha bahasa rojak pun boleh~ 

Bila dah balik ke Yeha GH semua. Penat tu takdelah sangat tapi okla... malam ni kira rest-rest je kat GH pastu planning untuk esok hari macam mana lak. Kira ada satu hari suntuk kat Jeju Island ni. Hari seterusnya kitaorang akan bergerak ke Seoul pulak tengahari tu. Takde banyak masa. 

Kat Yeha GH ni, ada tersedia free international call. So, kalo sesape yang terasa homesick walhal baru sehari sampai ke negara orang ni. Boleh la fefeeling anak perantau untuk call family yang berada jauh kat Malaysia sana. Boleh borak sakan! Sambil duk berborak kat telefon tu boleh la amek minuman kotak seperti air juice, air gas atau bir katanya dari jam 7pm - 9pm adalah happy hour! Setiap tetamu GH,  boleh amek 1 minuman dalam peti ais. Hiks. Best best. Kita amek air kotak jus je. 

Ok.. malam tu dinner berlaukkan makanan yang dibawak dari Malaysia. Nanti tu cerita lain. 

So, malam tu kitaorang decide, tempat pertama nak terjah adalah Seongsan Ilchulbong Peak. Kat sini terkenal dengan sunrise peaknya. Kawah gunung berapi yang dah mati. Femes spot untuk mereka yang suka akan sunrise ataupun matahari terbit. Katanya canteklah! Katanya...

yang bertanda merah huruf "A" dalam kotak tu lah terletaknya Seongsan Ilchulbong. di bahagian timur Jeju Island

Dalam duk makan tu atau berbincang kat living hall Yeha GH, aku kuarkan cadangan. Why not pegi sana time sunrise. Tapi semua kene gerak dari GH awal giler babs la dalam pukul 3.30 pagi camtu. Sebab sunrise kat sana nanti dalam jam 5.30 pagi. Dan jarak dari Yeha GH ke Seongsan Ilchulbong ni akan mengambil masa kira-kira sejam 15 minit perjalanan. Tekad dengan tidak je nak bangun seawal tu semata-mata nak kejar sunrise. Suprisingly, semua kata ok je. Hahahah mula-mula macam tak caye la sebab this is my first time travel with them. Takde high expectation jugaklah. Since everyone has agreed, we all gonna go see sunrise tomolo!!! 

Malam tu masuk tido awal... zZzZzZzZzZzZzZz

**************************************




Seperti yang dijanji pada malam sebelum tuh... trittt.... trittt... trittttt bunyik jam handphone aku. Walaupun tersedar lambat skit, tapi still ok. Teruslah mandi semua sempatlah shalat subuh kat GH tu. Buat kerja slow-slow la dalam bilik dorm tu. Takmau ganggu atau terkejutkan penghuni lain. Kene hormat beb. 

Dah setel tu, travelmates yang lain dah berada kat bawah tunggu aku. Sambil tu sempat breakfast ringan-ringan makan megi hotcup je. Jadiklahkan buat alas perut. 

Jom gerakkkkk! Meredah kegelapan dingin subuh pagi. Walaupun dah early summer, tapi pagi-pagi macam ni masih lagi sejuk. So, aku pakai 1 tshirt dalam beserta sweater nipis pastu cover lagi 1 normal sweater untuk tahan sejuk. Okla. 


Senang je... just set GPS and here we go! Time ni memang takde kete langsung atas jalan raya. Jalan raya dorang ni memang ada 3 lanes. Tapi yang tak bestnya... kamera bersepah atas jalan raya. Pastu speed limit pun walaupun highway hanya 80km/h. Lemah betol aku... terpaksalah ikut peraturan. Kang kuar duit lagi nak bayar saman... overall it was ok. 

Dalam perjalanan ni jugak, nak carik windmills atau kincir angin yang besar-besar tu. And memang kitaorang dah lalu! Betol-betol berada tepi jalan... tapi yang tak bestnya time ni gelap lagi.  No point kalo nak berhenti amek-amek gambar. Hukhukhuk... so, nak sedapkan hati kata, pasni mesti banyak lagi kat tepi-tepi jalan. Jadiknya... teruskan jela perjalanan tu. 


Lebih kurang sejam lebih memandu.. ufuk pagi mula menyinari. Haishh... sempat ke tiba nanti? Kang tak sempat nak catch sunrise. Try nak sempat sampai... 

Alhamdulillah... kira-kira tu park kete terus pegi ke kaunter tiket. Tiket masuk adalah sebanyak KRW2,000/pax. Lepas bayar dan tunjukkan tiket, terus berlari aku ke tebing batu nak amek gambar. 

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.................. berlari aku sepantas mungkin. Nanti terlepas! Hukhukhuk... 

Ni adalah hasilnya. Bolehla sebab time sunrise ni macam banyak awan duk lindung matahari. Huk huk huk lagi...









Macam tu jela sunrise sempat aku amek, lepas tu hilang disebalik awan tebal. Sob sob sob. 

Papepun... sedikit sebanyak info berkaitan Seongsan Ilchulbong ataupun turut dikenali sebagai "Sunrise Peak". 

Dari sumber yang sahih:

Merupakan sebuah kon ais-krim yang terbentuk daripada letusan gunung berapi kira-kira 100 ribu tahun yang lampau. Ianya dikatakan berbentuk seakan-akan sebuah istana lama yang amat besar! Kon gunung berapi ni adalah setinggi 182 meter dari paras laut dan berdiameter 600 meter yang berbentuk sebuah mangkuk cendol dari pandangan atas yang akan memberikan pelbagai imejan yang menarik. 

Untuk bacaan lanjut boleh refer ---> Wikipedia 

Ok dah bacakan kisah skit, jomlah kita tengok keadaan sekeliling. Kalo nak panjat sampai atas pun boleh takde masalah sebabnya ada tetangga yang agak elok dibina untuk keselesaan dan jugak kemudahan para pelancong dan pendaki. 

Kitaorang semua pakat naik atas, yela tengok ahjumma dan ajussi pun boleh panjat sendiri, takkan kita yang muda lagi gagah perkasa ni lemah macam katak. Ye dak? Lagipun masih awal pagi dan sejuk. Takde masalah. Jom exercise! 



ada beran nak daki tak? ahaks!


embun pagi yang masih belom kering

ajussi dan ahjumma datang mendaki seawal hari masih gelap

Sambil mendaki tu, badan kat dalam mula mengeluarkan peluh dingin. Baju sweater yang aku pakai tu ditanggalkan. Tak selesa la nak mendaki panas-panas. Nak amek gambar lagi. Kadang-kala stop kejap amek nyawa. Kalo nak daki tu, kalo bawaklah air mineral 1 botol. Cover balik air dalam badan. On the way mendaki tu, hanya ada 1 kedai kecik je tapi hanya pada permulaan nak mendaki je. Lepas tu dah takde. So, pandai-pandailah sendiri. 


batu ni ada bentuk kepala anjing merenung matahari terbit kan?

pondok rehatan kalo penat

pemandangan daripada separuh pendakian, nampaknya jalan yang terbentuk dari jauh tu

Lebih kurang 20-30 minit pendakian kalo ikut phase aku la yang bese-bese je. sampailah kemuncak kawah ni. Pfftt! Tercungap-cungap jugaklah. 

Layan gambar jap..


kawah yang sudah dipenuhi oleh rumput atau lumut

tetangga yang dibina untuk pelancong nak tengok matahari terbit


i'm on the top of Seongsan Ilchulbong at 180 metres


Lebih kurang 15 minit duk atas tu, jomla kita turun slow-slow. Eh laju pulakkan turunya... haahaha.. kejap je rasa. Tapi slow-slow gakla. 


kat sini tangga agak curam, so hati-hati ye kawan-kawan



Kalo korang terbaca berkaitan perenang wanita tua yang kutip hasil laut, kat sinilah tempatnya. Waktu dorang start menyelam adalah pada jam 1 petang dan jugak 3 petang. Since, aku datang sini awal pagi kira tak sempatlah nak tunggu dorang mula berenang. 

Takpe, dah tau macam mana gambaranya kalo kita refer kat blog MasZuber, ---> Haenyo Women Divers 


lokasi nak tengok women divers tu, adalah kat bawah cerun ni, ada tangga menuju ke bawah



salah satu wira penyelam wanita yang baru sampai

Dah kira puas jejalan dan tengok keadaan sekitar, singgah pulak kat kedai souvenirs yang dah bukak. Kawan aku kata, kalo nak beli souvenirs, beli la siap-siap kat sini sebab harga adalah paling murah! Kalo kat tempat lain memang payah nak jumpa ataupun dah mahal. Ada beberapa kedai yang dah bukak, so amek peluang tengok apa yang adala kan...





Harga kat sini untuk souvenirs agak murahlah, tapi tu semua nanti aku ceritakan dalam entry yang sepatutnya. 

Dah tu, kitaorang makan pagi berbekalkan makanan yang dibawah. Lazat tak terkata!


roti Gardenia, rendang daging bersama seaweed! Lazaat!

Ok dah dulu untuk hari ni... panjang dah ni. Nanti sesetengah pembaca takmau baca sebab panjang sangat pastu tanya aku balik itu ini... pffft! 

Till then.. 

Bye!

12 comments:

  1. Oooo baru aku tau nak amik gambar sunrise tu takyah daki tinggi2...aku ingatkan kene naik sampai atas baru bleh nampak sunrise... nice pics!!!

    ReplyDelete
  2. seronoknye pergi korea...pakai travel agent x?

    ReplyDelete
  3. kesian awk ni DTiara. ni mesti spesies tgk gambar jer xbce. dah sah2 kwn ni kate selftravel. pakai travel agent apenye. ni la melayu. sebok nak bertanye walhal sah2 da ada bgtaw

    ReplyDelete
  4. hmmmm aku agak heran ni...kenapa entry jeju ni aku tak nampak gambar ko sgt??

    1) adakah takde org nak tlg amik gambar ko??
    2) adakah ko takde keinginan nak bergambar??

    aku nk tgk ko pakai baju apa, gaya apa! ini tidak adil bagi peminat seperti aku! huh!

    HAHAHAHAHAHA!

    btw, aku mmg teringin nak tgk nenek tua yg terer diving tu...bestnyer...

    ReplyDelete
  5. wahh..untung arr pandai snap gambo cantik2 gini..jeju ni mcm2 benda boleh snap..semuanya cantik2. :)

    ReplyDelete

  6. best nyer naik tangga

    er
    semputnya nak naik turun tangga

    kbai

    ReplyDelete
  7. nice picture, nice experience.. :)

    ReplyDelete
  8. @Azra,
    dah tak sempat azra weh. tu pn aku berlari cepat2 takut matahari hilang. okla amek dr tebing tu je. kalo sempat boleh hiking smpai atas. tp yg ni dh dpt pn aku dah bersyukur yg amat. ;)



    @DTira,
    ade org tlg jawapkan utk awak. kalo awk nk saya jawab, nampaknya awk ni belom tertemu buku dan ruas. jenis tgk gmbr je, malas nk baca. pastu tanya soalan bodoh. kbai. ;)



    @Anon,
    terima kasih atas jwapan anda. sy sokong!!!



    @Biqque,
    ahaks!!! motip nk overexpose? jawapannya:

    1) ada org amekkan... tp malas nk tepek kat sini. biarlah mnjadi simpanan aku je.

    2) ya dan tidak. sbb cuaca tidak begitu menarik utk aku bergambar over2. cukup sekadar, aku dah penah sampai sini utk bukti. ;)

    hahaha pegi musim panas. what do u expect nk pakai? hanya pakaian biasa mcm kat msia ni jugak. ahahahah.



    @Zila,
    terima kasih. sy pn masih lagi belajar. ade org lagi hebat. ;)



    @Kay,
    subhanaALLAH jugak. ;) terima kasih.



    @Kak Anash,
    ahakskk! motif tak cukup exercise akak? hiks.

    ReplyDelete
  9. Next trip ke Jeju, cekup sume iti KB. Thanks for sharing all the useful infos.

    ReplyDelete
  10. hahaha.. sungguh mengimbas kenangan la bagaimana aku y sihat terlebih ni memanjat tangga sunrise peak tu.. berenti mintak nyawa berkali2.. huhuhu.. Berjaya jugak akhirnyer.. Tp bestnyer u all nampak la.. time kitorang tu macam dok dalam awan. x nampak langsung kawah tu..

    ReplyDelete
  11. tempat dia mcm terpelihara rumput rampai .kalau kat malaysia dah tinggi lalang dari pagar...tak berjaga

    ReplyDelete