Assalamualaikum!!!
Pejam celik, pejam celik nampaknya Ramadhan yang penuh barakah bakal meninggalkan kita semua dan Syawal yang penuh kemenangan bakal menjelma lusa. InsyaALLAH.
Tahun ke-3 menyambut hari raya sebagai blogger. Mestilah nak buat entry ucapan jugakkan macam orang-orang lain gak. Taknak kalah katanya! Semoga tahun ni raya meriah tak macam tahun lalu yang mana atok aku yang terakhir telah pergi mengadap Ilahi pada pagi subuh 1 Syawal 1433H. Al-Fatihah...
Anyway, sad story is over. Alrite! Dikesempatan ni aku ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin" kepada mereka yang disebut seperti dibawah:
- Warga jemaah "TravelholicAwesome" sepanjang kita berkenalan dan berkawan for almost 2 years. Terkasar bahasa, busuk hati, dengki, terkecil hati, menyampah, terumpat, diumpat harap dilupai dan diharap biarlah kenangan dan kegembiraan diingati.
- Teman-teman rapat/tak rapat samada di ofis, di rumah, di kampung, di facebook, di instagram, di twitter, di fanpage, di forum dan lain-lain. Aku dengan rendah diri mohon ampun atas segala kekhilafan diri sendiri yang serba kekurangan dan insan yang lemah.
- Rakan-rakan bloggers di bloglist yang aku kenal yang mungkin terguris hati atau terkasar bahasa dek kerana penulisan mahupun kelakuan aku sendiri
- Yang paling penting, kepada semua para pembaca blog "Kaki Berangan" samada yang aku tau mahupun silent readers yang pernah berkecil hati, menyampah, benci, tak suka, yang rasa aku ni berlagak bagus, poyo, dan perkara-perkara sewaktu dengannya ketika aku menulis pelbagai entry ketika sepanjang aku travel. Sememangnya aku memang macam ni. But, I'm trying to be a good guy here. Overall, we are all human being who made so many mistakes in our life.
Semoga kalian semua dapat ampunkan segala kesalahan aku dari hujung rambut hingga hujung kaki. Dan aku maafkan dosa kalian jugak. Kosong-kosong ok? ;)
Jangan lupa balik kampung tu, hati-hati dijalan raya. Time makan juadah hari raya tu, jangan makan ikut nafsu. Kawal skit pemakanan supaya tak boroi. Oopps!
Dan akhir sekali... have a great Hari Raya with your beloved families dan friends.
Till then...wasalam...
selamat hari raya aidilfitri.aku pun sama,mintak maaf dgn ko jika ada yg buat ko tekecik hati & etc.. Maaf zahir batin
ReplyDeletebaru mintak maaf?
ReplyDeletedah melompat depan Taj Mahal?
jemaah TravelholicAwesome?
kiki...
iya..akak dah kenal sket sapa mamat nih..untungla bole dibuat menantu ...
salam kemaafan !!!
Selamat hari raya
ReplyDeleteSelamat hari raya...
ReplyDeleteselamat hari raya HF yer 0-0 baru seri katanya heeee
ReplyDeleteErmmm JM kategori mana eh no 3 ke 4 dok pun dua2 skali :-) cantik kad raya
Keep on blogging coz ramai feminat nk baca nih termasuklah JM :-)
Kurangkan minuman sejuk.. Jika ada orang tua beraya, elok sediakan minuman panas..
ReplyDeleteEntahnye, baru nak mintak maaf kan kak anash?
ReplyDeleteGitew... retis katanya.
Selamat hari raya! Maaf zahir batin.
Semoga 29 hari yang lalu diberkati dan diberi peningkatan takwa padaNya. Semoga Allah suburkan benih keislaman padamu dik!.
ReplyDeleteSleamat hari raya, John.maaf zahir batin :D
ReplyDeleteSELAMAT HARI RAYA KAKIBERANGAN...
ReplyDeleteHF, SHR MZB. Moga melangkah lebih jauh lagi...
ReplyDeleteselamat hari raya der....
ReplyDeleteselamat hari raya john, maaf zahir dan batin :)
ReplyDeleteSelamat hari raya juga.. sama lah jugak nak minta maaf jika tersalah puji hehhee..
ReplyDeletenanti jgn lupa buat rumah teruka untuk peminat mcm kami ni hahaha.. :D
nanti mintak maaf depan2 la senang cite *lariiiiiikkkk*
ReplyDeleteselamat hari raya Kaki Berangan...
ReplyDeleteblog yg sentiasa di hati Alycia ;)
p/s : cantiknya kad raya.. sempoi habaq hang ;)