Monday, August 26, 2013

Jeju Island - Part 2 : Yongduam Rock | Mysterious Road

Good morning everyone!

Amek mood orang putih skit. Dah lama rasanya tak melawat mat-minah salleh ni. Hiks. 

Jom bersambung kisah travel sekejap ke Jeju Island nih. Kang lama-lama tinggal lupa lak. Dari Jeju Airport, kitaorang terus amek shuttle yang disediakan oleh car rental company menuju ke KT Kumho untuk collect kereta yang dah aku booked awal-awal before sampai ke sini. 

Untuk entry berkaitan kereta sewa boleh refer entry sebelum ni klik ---> Car Rental in Jeju Island 

Dah setel amek kete, terus la bergerak pegi ke hostel yang dah aku booked dari Malaysia secara online. Ok ade certain orang suka tanya ni jugak sebelum aku terlupa. "awak booked hostel dari Malaysia ke just walk-in je?" "yang mana lebih bagus walk-in ke booked online?". Pendapat aku, aku lebih suka booked online from Malaysia siap-siap. Taknak nanti dah sampai ke negara orang takde pulak hostel. Buang masa nak carik pulak hostel mana yang available. And again, this is my opinion. Orang lain, lain caranya. Ada jenis risk taker, ada yang risk adverse. 

Untuk penginapan aku sepanjang di Jeju Island, boleh refer entry sebelum ni klik ---> Yeha Guesthouse (Jeju Terminal) 

***********************************

Ok dah setel check-in, mandi, gosok gigi, shalat dan bersiap pakai perfume wangi-wangi. Time ni lebih kurang jam 3 petang dah. Takleh nak pegi jejalan jauh-jauh sebab hari pun tak lama lagi nak gelap dah. Maybe just pusing-pusing kawasan sekitar. Aku pun turun la ke receptionist tu, mintak pendapat dia mana-mana tourist attractions yang sempat dalam masa yang tak seberapa ni. Terus dia keluarkan map, bulatkan kat mana-mana tempat yang boleh aku terjah dengan travelmates yang lain. Bulat sana... bulat sini... 





Bagi mereka yang pernah datang ke Jeju Island, tentu dah tau apa yang bakal terhidang kepada mereka. Untuk mereka yang taktau, Jeju Island ni terbahagi kepada dua pekan/bandar utama yakni Jeju City (utara) dan jugak Seogwipo (selatan). Airport terletak di bahagian Jeju City. Manakala, kebanyakan tempat-tempat menarik terletak di bahagian Seogwipo. Tapi setelah berdiskusi dengan travelmates, kitaorang decided untuk book hostel di Jeju City. Jadiknya dekat dengan airport. Senang keje nanti katanya. 


Ok.. untuk 2-3 jam sebelum matahari terbenam ni, kitaorang decided nak terjah tempat yang pertama iaitu Yongduam Rock yang terletak di utara Jeju Island. Kalo korang tengok kat dalam peta atas tu, aku dah tandakan merah huruf "A". Kat situlah Yongduam Rock terletak. Tak jauh pun dari Yeha GH ni dalam 15 minit memandu. 

Alhamdulillah... cuaca petang ni agak elok. Matahari elok sangat memancarkan cahayanya, cuma kadang-kala jerebu skit. Time ni actually yakni end of May. Nak masuk musim panas dah. So, tak sejuk pun.  Pakai baju tshirt biasa pun dah ok. Trafik menuju ke Yongduam Rock pun tak brape sesak walaupun banyak trafik lite. 

Ape yang patut kita tengok kalo datang ke Yongduam Rock ni? Kat batu ni terkenal dengan hikayat penduduk tempatan yang mana katanya seekor naga dah disumpah jadik batu time nak menghirup air di tepi tebing laut akibat minum air tak mintak izin penduduk kampung. Bak kata kawan ofismate aku, "ij it??" hahaha. Tapi hikayat sebenarnya, seekor naga telah mencuri sebijik batu Jade dari Mt. Halla yang telah terkena panahan anak panah. Akibatnya, badan naga terjatuh di Yongduam, terus tenggelam ke dalam laut sambil membeku memandang langit. Haaa macam tu la sedikit sebanyak. Takleh lebih-lebih sebab aku taktau! 

Tapi tu hikayat aku ntah sahih ke tidak. Tapi kalo ikut kajian saintifiknya, kat sinilah terdapatnya batu berbentuk kepala naga yang terhasil daripada pembekuan lava gunung berapi dan hakisan ombak serta angin beberapa ribu tahun yang lampau yang telah menghasilkan formasi yang berbentuk kepala naga. 

Jom layan gambar! 


Mula-mula sampai, taktau kat mana letaknya batu kepala naga ni. Takde rupa naga pun kelihatan. Macam tebing biasa je. Time ni ada beberapa bijik bas pelancong pun ada. Jalan-jalan dulu sambil amek gambar. Gambar atas ni, dari bahagian yang lagi satu. Batu depan tu la batu kepala naga. Ayuh jalan lagi.. sampailah nampak batu peringatan seperti gambar kat bawah ni pulak. 


Dari batu peringatan ni, kene turun tangga skit untuk menuju ke bawah untuk tengok dengan lebih jelas. Jangan risau, anak tangga dibina elok untuk turun dan naik. Cuma nak taknak je mendaki balik.




Ahjummah dalam versi "My Heart will Go On"

inilah dia batu tuh! 

Dah abes tilik batu-batuan ni semua. Jom lah naik balik. Penat dowh... lama tak exercise nih. Naik bukit skit je pung! Dari berjalan kaki menuju ke tempat parking kete tu, ternampak pulak satu jambatan. Macam menarik pulak kalo jejalan amek gambar kejap. Kejap jela... takde la lama mana pun. Nak pegi tempat lain pulak lepas nih. 

Tak pasni nama apa. Puas duk carik nama signboard takdelah. Nampak macam baru je siap. 

Jom layan gambar lagi... 

9999 banyak Ong woooooooooo

ni la jambatan gantung


nak berak ke dik?

view dari jambatan gantung

laluan menuju ke dalam.. tak sempat jejalan sebab nak jimat masa maybe menuju ke alam bunian sebab takde orang lalu pun


view dari jambatan gantung jugak memandang ke laut

Jom jom jom naik kete balikkkk! 

Kali ni menuju ke mana lak? Engine starts... 

Kali ni nak menuju ke Mysterious Road. Aku dah tandakan merah huruf "B" dalam map tadi. 

Tapi nak sampai ke sana tu, kenela redah trafik lite dan jugak jem waktu puncak ni. Sabor jela.. nasib baik takdelah teruk sangat. 


Nak sampai ke Mysterious Road ni mengambil masa kira-kira dalam 30 minit jugaklah. Honestly, ada baca skit-skit la pasal jalan misteri ni katanya ada daya tarikan magnet. Kiranya kalo letak kete gear "N" nanti kete tu agak bergerak sendiri walaupun actually jalan misteri ni agak mendaki skit. 

ni adalah penghujung Mysterious Road. Permulaannya terletak lebih kurang 30 meter kebelakang. nampak tak macam naik bukit skit? skit jela... tak banyak mana pun

new zealand kahh??? hahahaha 

sisa-sisa bunga berkuntum

experimen sedang dijalankan.. bukan orang kencing ye



Untuk menguji ketetapan teori Mysterious Road ni, memang aku dah mencuba sendiri. Memang bergerak sendiri tanpa menekan pedal minyak. Ada jin tolong tolak ke? Hahaha mungkin hanya daya tarikan graviti yang mana hakikat kenapa dan kenapa hanya Allah Taala yang tau. Rahsia alam katanya... 

Tak jauh dari kawasan Mysterious Road ni, ada pulak taman "Love Land". Bagi mereka yang berminat arca seni tetapi berbentuk erotika. Di sini adalah syurga segala-galanya! Hahahah macam-macam bentuk badan manusia bervogel dalam macam-macam aksi yang ghairah dan erotik! 

Nak tengok gambar tak?? 



Hakikatnya... aku tak masuk pun. Buat apa buang duit, baik tengok kat internet je. Bersepah! Hahahah. 

Tapi tengok muka mereka semua dibawah.. "tanda puas"


Hahaha... 

Kat sini gak sempat tangkap sunset. Nasib baik takde jerebu sangat.  Alhamdulillah... golden moment was with me. ;) jom layan sambil minum kopi Starbucks! 






Lepas tu... balik  Yeha GH sebab perut lapar!

Till then.. 

Bye!

13 comments:

  1. ada lagi satu tempat yg ada tarikan gravity ni, jiran aku cite kat belah2 arab nun. #untungla ko dah merasa satu kat jeju...

    bestnya jalan2!

    p/s: kepala naga tu aku start gelak dari blog meng lagi...sampai blog ko aku masih gelak tgk batu tu hahaha!

    ReplyDelete
  2. semua org mesti buat experiment air tu kalau kat jalan misteri tu hehehe..oleh itu aku nk buat kelainan..aku nk gulingkan aqilah kat situ nanti kekekekek.. sekian terima kasih!

    ReplyDelete
  3. komen na...kikikiki...
    (bukan kiki kucing Biqque)

    hehe
    tgk korea..teringat jon
    tgk jon..teringat korea

    eh
    eh...

    ReplyDelete
  4. John,
    drive ek kat sana?
    Signbod dia mostly in korean ke or in english?

    Terbaeeekk laa.. ;-)

    ReplyDelete
  5. Pose Ahjummah tu mmg aku selalu buat..eh?

    Izinkan aku follow blog En Henry Fox?

    Eh dah follow pon..

    ReplyDelete
  6. Mysterious Road? Bergerak sendiri??
    cuba datang malam2 .. seram tak agak nyer hahahaa :P

    ReplyDelete
  7. jujur gamba signboard toilet 2 buat aku gelak.....
    hahahahaha...

    btw just wondering better tukar duet dlm kuantiti yg byk di malaysia or di negara yg dilawat????

    ReplyDelete
  8. @Biqque,
    haaa yeke? nanti aku google. alhamdulillah rezeki dpt jejakkan kaki. ;)



    @Chawanna,
    amboihhh!!! tudiaaa anak sendiri menjadik bahan experimen. ahaks. harap2 aqilah bergerak sendiri.



    @Kak Anash,
    motip akak ni, ingat korea ingat john? hiks. duta korea ke? ;p



    @AnakOmak,
    aah drive kat sana. ;) signboard dia ada dwibahasa. mcm attractions tu semua dlm english. no worries. ;)



    @Jea Mohamad,
    hiks... ahjummah gak ke? kekeke ;p terima kasih sbb sudi follow. ;)



    @Time Traveler,
    hahahah haaaaa.... bergerak sendiri bro. ade bomoh tlg tarikkan dgn tali. hiks. kalo mlm2 seram gamaknya sbb mcm tak banyak lampu jalan.



    @Takky,
    hiks.. that's why aku snapped gmbr toilet tu. rse mcm lawak pn ade. hahah aku slalu tukar kat malaysia siap2. kalo tukar kat sana selalunya rate dorang lg mahal. sekian.

    ReplyDelete
  9. penah tgk dlm variety show korea psl mysterious road tu..bestnye jeju..aritu tak sempat pegi..

    ReplyDelete
  10. @Yayanrahman,
    bertabahlah... maybe kene repeat balik? tp pilih musim yg berbeza tau. barulah lain suasananya. ;)

    ReplyDelete
  11. Salam,
    Saja nak kongsi gak sini..hihi..ada jabal magnet di madinah..alhamdulillah ciku dapat merasa keadaan di madinah tetapi masa di korea jeju lak..ciku tak berkesempatan ke mystery road tu..hoho.Ciku banyak menghabiskan masa di area seogwipo ajes.

    ReplyDelete
  12. @Ciku,
    terima kasih ciku diatas perkongsian itu. ;) mybe ada rejeki boleh lagi ripit melawat jeju. ;)

    ReplyDelete
  13. Mysterious road tu otw nak ke gunung berapi kelud pun ada ;-)

    ReplyDelete