Friday, August 16, 2013

Review : Yeha Guesthouse (Jeju Terminal), Jeju Island

Alrite!

Untuk trip ke Jeju Island ni, ada a few hostels yang aku dan travelmate dah finalised sebelum start proses booking. Tapi yang betol-betol berminat untuk stay adalah Yeha Guesthouse. Hostel ni menerima antara review yang tertinggi antara hostel-hostel yang ada kat Jeju Island. So, here it goes! Proses booking was done about 2 weeks before we depart from Kuala Lumpur. Untuk Yeha Guesthouse ni, aku terus booked melalui website dorang. No hassle and fast!

By the way, sebelum start booking Yeha Guesthouse ni kita kene tau yang Yeha GH ni mempunyai 2 cawangan yakni Jeju Terminal (Main Branch) and Jeju City Hall.

Details adalah seperti dibawah:

Yeha GH (Jeju Terminal)
561-17, Samdo 1-dong,
Jeju-si, Jeju Special Self-Governing Province 690-812
South Korea.
No. Tel: 070.4012.0083 / +82.64.724.5506 (if from abroad)

Yeha GH (City Hall)
278, Seogwang-ro, Jeju-si,
Jeju Special Self-Governing Province 690-844,
South Korea.
No. Tel: 064.756.5506 / +82.64.756.5506 (if from abroad)

At the end, we opted Jeju Terminal the main branch. Sebabnya dekat dengan airport dalam 7 minit perjalanan kalo naik kereta. Dekat kan?

So, let's go!




Reception dan kawasan sekitar living hall:

Time kitaorang sampai, thanks to GPS takde sesat nak carik kat mana letaknya Yeha GH ni. Since taktau nak park kereta tu kat mana, park je dulu tepi-tepi jalan depan pintu masuk Yeha GH ni. Terus ke kaunter pendaftaran, kitaorang disambut oleh 2 orang receptionist yang fasih berbahasa inggeris. Not bad. Registration went smoothly. Time ni seakan macam kosong je kawasan GH ni. Maybe kebanyakkan penghuni keluar berjalan-jalan kot.

Overall, melihatkan keadaan kawasan living hall yang bersih, kemas dan menarik bagi pandangan mata aku ni. Selayaknya award winning GH. Living hall dia bersambung terus dengan ruangan dapur yang mana ada 1 kabinet dedicated to muslim utensils, bagus tak?. Ada 3 bijik komputer untuk kegunaan tetamu. Ada bahagian souvenirs dan makanan untuk dijual. Untuk aku, aku pilih 6-beds dorm yang berharga KRW19,000/pax inclusive of breakfast. Makanan travelmate aku yang lain amek triple room/family room yang berharga KRW80,000/night












Bilik yang disediakan:

Ok jom masuk bilik masing-masing! Yang kureng skit, GH ni takde lif untuk ke tingkat atas so gigihla kitaorang panjat tangga ke tingkat 3. Okla takde la tinggi sangat. Ruangan hallway dihias indah dengan gambar-gambar kenangan dan review oleh tetamu sebelum ni. Gambar polaroid camtu. Orang korea memang suka benda-benda cheesy macam ni. Kinda cute i guess. 

Bilik aku ada 3 bunk-beds. Bilik agak luas. Setiap dorm ada loker masing-masing (termasuk kunci), mini fridge, air-purifier, tandas, air-conditioner. Ruangan bilik pun luas, kira okla nak bentang sejadah ke, nak golek-golek atas lantai pun still ok. 

Untuk tengok keadaan bilik lain boleh refer ---> Rooms & Rates 






Sarapan pagi (breakfast):

Sarapan pagi diberikan percuma kepada semua tetamu. Nothing fancy tapi more than enough. Ada roti bakar with butter and jem. Boleh jugak buat scrabble egg sendiri. Nanti dah siap basuh sendiri segala pinggan, kuali yang digunakan. Ada jus, coffee and tea yang dah dibuat. Nikmat tak terkata! 







Overall, aku sangat puas hati dengan guesthouse. Everything i need is there. Tempat-tempat menarik yang nak terjah pun tak jauh antara satu sama lain. Tetapi bergantung kepada tempat apa kita nak terjah. Receptionist did give me a map of Jeju. Semua tempat tourist attractions ada kat dalam tu. Pilih dan terjah je. 

Okeh. Tu je. 

Bye!



16 comments:

  1. Ohhh..yeahh.tak lama lagi kuar citer Jeju pulok..bila lah leh sampai sini..

    Ha'a..betul tu..review yg best coz rakan opis JM pun pernah stay kat sini

    Apesal JM Ni asyik baca blog org dan komen je..tak ada kerja ker..hehehe 2 dlm 1 maaa...my hobby is blogwalking also..org tulis blog utk di baca kan...heee

    ReplyDelete
  2. HF,

    Thumb up...aku klu g korea tu, teringin sgt nk g jeju...

    ReplyDelete
  3. @Jari Manis,
    haha alamakkkk! antara gigih dgn tidak je ni. kawan sy pn penah stay sini. tu yg teringin nak stay gak tu.

    tau xpe... rajin sungguh JM duk blogwalking. bos tak marah ke, ke JM yg bos. hiks.



    @Dont Afraid to Try,
    haaa... mohon beli tiket! aku teringin nak dtg sini lagi. tapi nk try winter lak. semua putih. lawa wooo.... tp tahun bila? wallahualam.



    @NenetPenne,
    no worries. you're welcome. ;))

    ReplyDelete
  4. Good review... mcm dah ramai org mesia stay kat situ based on duit yg dilekat2 tu... tak sabar nak tunggu entry jeju plakk...palli chuseyo!!!

    ReplyDelete
  5. entry aku smpi sudah tak siap2 akakkaka.....masa x dok T T

    ReplyDelete
  6. just nk taye je...
    slalu ye kalau p jln2 dlm group n stay kat ostel/guest house...
    max ahli group yg sesuai utk tinggal kat ostel or guest house 2 dlm brape org ye???

    ReplyDelete
  7. @Azra,
    thank you! ;) aku rasa dh bersepah dah malaysian yg penah stay sini sbb kalo tgk kat gmbr2 yg tertanggung tu mmg nmpk ramai melayu gak. hjahah.



    @Miss,
    hahaha bertabahlah wahai miss. ;)))



    @Takky,
    depends. mcm dorm yg ak duduk tu boleh muat 6 org sbb ada 6 katil. tak kisahlah nak pegi brape rmai ahli group pn xpe. as long as GH/Hostel yg korang nk stay tu mampu accommodate korang semua. if not, mybe kene berpecah2 ke other GH.

    ReplyDelete
  8. diaristira.blogspot.com

    i singgah i follow and making friends ^^

    ReplyDelete
  9. Bila la dapat ciku g jeju lagi. huhu.Tq share detail pasal jeju.

    ReplyDelete
  10. pi korea la pulak?

    haiii
    tak bleh dok diam...

    ReplyDelete
  11. Best nyer baca ... tak berhenti bertravel la.. best sungguh :D

    ReplyDelete
  12. @Aisy Athirah,
    terima kasih. salam singgah. ;)



    @Ciku,
    tu la.. sy pun taktau la bila dapat jejak lagi. insyaALLAH kalo ada rezeki masa depan.;)



    @Kak Anash,
    amboihhh motif tak tau akak? hiks. sy duk umah je skang ni. ternak lemak.



    @Time Traveller,
    hahaha best ke? bese2 je. ;) now duk umah je ternak lemak kasik byk skit. hahaha. ;)

    ReplyDelete
  13. satu lagi yang best dekat yeha guest house ni adalah dia punya service international call yg free! memang bergayut habis la bila takde keje kat situ. free katanya, apa lagi kan? =)

    rindu plak tempat ni bila baca balik.

    ReplyDelete
  14. @Ainul Arina,
    oh yesss.... mmg dia kasik free international call! hahaha lupa lak nak guna aritu. hahah.

    ReplyDelete
  15. Yeha GH, Jeju Terminal memang best! Saya pun duduk di sini masa pergi winter trip last January. Overall mmg saya highly recommended Yeha GH ni pada siapa2 yg nak ke Jeju nanti. Cooking utensils for Muslim disediakan, supermarket pun walking distance je, senang nak beli barang, etc. Dekat dgn main road so nak naik public transport pun mudah.

    ReplyDelete