Wednesday, August 21, 2013

Pilihan Airlines ke Jeju Island, South Korea!

Jeju Island, I'm coming!!!

Ewahh... macam tu skali rasanya. Dah lama teringin nak jejak pulau yang menjadi antara one of the 7 wonders of nature. Katanya! Termasuklah Halong Bay, Vietnam aritu yang dah berjaya aku jejaki!

Papepun, kalo mempunyai jangkamasa yang agak panjang takpun lebih kurang plus minus dalam 7-8 hari kat South Korea, maybe korang boleh jelak skit masa terbang ke Jeju Island ni samada tiba dari Seoul mahupun Busan. Kalo boleh, spend dalam 3h2m pun dah cukup bagus kat pulau yang indah ni. Kalo tak pun, 2h1m dah memadai tapi kira macam touch and go jela. Pulau ni pun takdelah besar mana. 1 round keliling pulau boleh amek masa dalam 1.5 jam untuk complete. Tu ikut pengalaman dan pengamatan akulah. Orang lain taktau. 

Anyway, tujuan aku buat entry ni, adalah untuk berkongsi berkenaan airlines yang available untuk terbang ke Jeju Island ni. Antara airlines yang sempat aku gunakan adalah Jeju Air dan jugak Eastar Jet. Saje nak try plus, time ni kalo beli return tiket dari salah satu airlines dalam lebih mahal berbanding beli asing-asing. 



Jeju Air


Dari hasil pembacaan dan kajian aku, website Jeju Air agak user friendly dan senang untuk difahami. Kecuali, untuk membuat pembelian tiket, adalah perlu untuk Register sebagai member. Kira macam login ID ler. Tak susah mana pun. Kejap je isi semua tu. Kemudian barulah boleh beli tiket. 

Tip: Kalo nama panjang seperti Syafa Akira Sofia, nanti kat ruangan nama tulis je macam ni "syafaakirasofia". Ngerti? 

Jeju Air ni kene rajin check jadual waktu penerbangan. Sebab kadang-kala harga tiket diskaun adalah tak tentu. Kalo beli awal, memang dapat harga murah. Kadang-kala, beli last minute pun dapat harga murah. Tu semua orang kata rezeki masing-masing. Kalo dapat harga 1-way dalam less than RM250 - RM300/way, tu adalah murah. So, better grab! 

Luggage allowance diberikan kepada setiap penumpang yakni sebanyak tak silap aku 15kg/pax. Plus, boleh web check-in dan pilih seat yang kita mau! Tak lupa, boleh guna credit card! Horeey! 



Eastar Jet


Yang ni not bad jugak, website yang senang digunakan, tetapi still kene Register untuk membeli tiket mahupun dapat diskaun. Ada luggage allowance yang diberikan sebanyak 15kg/pax. 

Trend tiket murah pun tak tentu gak. Kalo beli awal, dapat murah, kadang-kala beli lambat pun dapat murah! Kira luck jugak nih!. Aku guna ni untuk Jeju-Gimpo dapat dalam KRW80k/way. Kira dalam RM224/way. 

Dalam fleet dia agak menarik sebab dihiasi dengan lukisan underwaterworld camtu. Ada gambar ikan dan seafoods lain. Hahaha ada jugak minuman percuma diberikan. Tapi aku terlupa nak amek sebab terbungkang tido lepas naik flight. Penat! 



Selain antara 2 pilihan airlines diatas, ada jugak airlines lain yang menawarkan perkhidmatan ke Jeju island. Antaranya adalah: 


Kalo sape-sape yang turun Busan, why not terus terbang Jeju Island guna Air Busan, aku baru je tengok harga tiket untuk Busan - Jeju Island, harga tiket boleh dapat serendah KRW100k/return! Yakni lebih kurang less than RM300 untuk return journey. Murah woiii!

Kesemua airlines diatas kecuali Korean Air, adalah berlepas dari Gimpo International Airport ye. Bukan di Incheon. So, nanti bila nak beli tiket kene bajet masa untuk berlepas. Selalunya macam Airasia akan touchdown Incheon lebih kurang jam 7 pagi. Jangan lupa korang beli tiket ke Jeju jam 9 pagi. Haru nanti nak kejar. Sebabnya jarak perjalanan dari Incheon Airport ke Gimpo Airport kalo naik bas adalah memakan masa kira-kira 30-40 minit gak. Lama gak tu. Nanti kenela pandai bajet-bajet masa. Ada buffer takpe. Jangan terkurang. 

Haa... ape lagi. Dah boleh dah plan trip ke Jeju Island nih. Jom! 

26 comments:

  1. Aha...info penginapan dah ada, info sewa kereta pun dh ada..kemudian info beli tiket flight ke Jeju Island pun dh keluar..dh cukup lengkap dah ni..horeyy..time kasih HF, boleh JM refer sini kalau nk ke sana nanti..

    ehem2..siapa gerangan Syafa Akira Sofiya tu heeeee

    ReplyDelete
  2. Saya pernah Jeju Island. Naik train dari Seoul ke Mokpo City. Dari Mokpo City naik Cruise ke Jeju Island. Dalam 3-4 jam. Pening jugak dilambung ombak. Tapi such a nice experience. =)

    Masa tu menginap di mansion. Lupa plak namanya

    ReplyDelete
  3. bak kata kak JM semua lengkap kat sini.. semua detail ada.. best sgt.. tapi satu je yg tak lengkap.. DUIT..!!! hahhahaaa.. :P

    well.. keep dreaming dulu sebelum menjadi kenyataan hehehee.. :D

    ReplyDelete
  4. Salam tuan rumah kedaung,

    Kita orang memang dah plan nak pi jeju musim bunga tahun depan dan juga
    nak jejak lokasi drama yg femes... TQ untuk info.

    Pss.. putrajaya nak buat pertandingan bunga api pada 31 dan 31hb Ogos ni... pi lah tembak gambar bunga api.... mesti cantik gambar-gambarnya

    ReplyDelete
  5. Dah berjaya beli tiket malam tadi! Jeju air murah gile! heheheh

    ReplyDelete
  6. jeju mmg worth going! and if lucky, 250 pon dah bole dpt return tic seoul-jeju. but as u said, mmg ikut rezeki sbb die mcm sukati je nk bg diskaun bile die nak >.<

    p/s: actually sume airlines departed from gimpo kalo nk g jeju. just korean air da expand flight to jeju from incheon. tu pon once a day je sbnrnye.

    ReplyDelete
  7. akak teringin ke jeju...
    tapi john tak ajak
    kbai


    *tetiba*

    hahaha

    (mkn keju laju laju)

    ReplyDelete
  8. Kak anash...sedehnya bunyi tu..meh kita g sesama...huhuhu..

    John,
    Amboii bestnya nak g jeju...nak ikottt

    ReplyDelete
  9. @Jari Manis,
    gitewww.... terima kasih. sharing is caring katanya. tp rasanya ade yg tak cukup lengkap lagi kot mybe orang lain blh tambah2. ;)



    @Qashmere,
    ade baca pengalaman orang naik bot tu. agak menarikk... ;)



    @Time Traveller,
    ahaks.. best ke bro? ;) duit tu mmg penting. takde duit takkan ke mana ler jawabnya. sob sob sob. jom berangan dulu!



    @Notie,
    salam kepada anda jugak. ;) bestnya nak pegi time musim bunga! banyak bunga lawa2 nanti plus masih lagi cuaca sejukkk.

    insyaALLAH akan ke sana kalo ada kelapangan.



    @Chawanna
    horeyyy!!!!



    @Suraya,
    yuppp... mmg betol. kalo lucky mmg dpt tiket murah.



    @Kak Anash,
    jomm pegi lagi akakkk!



    @AKo,
    hell yeahh! best best besttt!



    @Syieda,
    hahaha bertabah jela. dah balik la syieda. ni trip beberapa bulan lepas. hiks.

    ReplyDelete
  10. salam.suka sgt Jeju Air.Service best. Luggage free, gedabak.Dpt air free lagi on board.kekeke. Last time dpt less than 40 000won/person utk Inch-Jeju-Busan. Sape kata bayar murah xdpt service terbaik? Ini la contohnya. Sorry AA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm mana nk register dekat jeju air? Dah buat mcm2 cara utk payment dia tpi still xleh proceed

      Delete
  11. jika di jeju jangan lupa melawat satu spot yang mana kenderaan ditarik oleh magnet menaiki bukit, apa namanya.

    ReplyDelete
  12. Salam kenal ,

    Dah lama jd silent reader, segan nak komen. Tapi hari nk komen gak....

    Last time i pegi jeju dari seoul dapat 36000KRW, and dari jeju ke busan 50000KRW, convert RM , lebih kurang 300 je. Kebetulan masa tu sale kot. Rindu jeju ngan seoul

    ReplyDelete
  13. Hi..salam Perkenalan.

    I enjoyed reading ur blog/post, I found de content is interesting and useful.thanks.

    I would like to share some info,Last year akak pi jeju n dapat total return flight 70,000krw n this coming Oct will be my 4th visit to korea n i dh sign up flight ticket Jeju Air.Depart from Busan to Jeju =25,900krw n Jeju to Gimpo = 36,000krw so total only 61,900krw = RM177.00.
    From my experience, I would suggest to sign up flight ticket 3-4 months before departure date pasal Jeju air and Easter Jet usually will offers discount up to 68% kalo sign up awal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you...nak cuba la sign up skrg utk bln 5 nti...

      Delete
    2. Easterjet tunjuk harga murah masa choose bila sampai passenger information trus harga lain..knapa ek..pless help sy

      Delete
  14. Hi, Tedi baru sampai sini. Tak pernah dengar pun pasal Jeju ni, tapi nanti bolehlah ajak Mommy gi sana... hehe.. macam best je..

    ReplyDelete
  15. sweetpeacemomory saya pun menghadapi masalah yang sama untuk jeju air...payment tak boleh nak proceed. last2 confuse tak tau mane nk pilih..sama ada credit card atau foreign card use. Untuk eastar jet pulak bila dah sampai part payment page tuka klua ayat korea dan booking tu hilang camtu je.. Tuan Rumah camne nk buat ye? sbb saya nk beli ticket jeju tuk bln 10 ni...

    Bantuan mu di perlukan...

    Terima kasih

    ReplyDelete
  16. @SweetPeaceMemory & Effa,
    harap maaf, saya pun dah lupa bagaimana cara2 macam mana nak buat benda ni. mintak maaf banyak2.

    regards
    John, kakiberangan

    ReplyDelete
  17. Akak nak ke busan dalam bulan september ni. Boleh tak akak nak tanya cara book tiket dari busan ke jeju kemudian dari jeju ke gimpo. Akak ada Cuba masuk easterjet tapi tak pandai. Boleh tak tolong email ke alamat nasibah_207@yahoo.com.my. Terima kasih

    ReplyDelete
  18. Hi. boleh share itinerary to Korea tak?..
    if you dont mid this is my email:
    zuriafania@gmail.com

    Thank you.

    ReplyDelete
  19. Tumpang tanya....dr incheon aitport ke gimpo airport naik apa eh yg senang....?

    ReplyDelete
  20. klau naik jeju air ??? sapa tau mcm mn nak fill nma dia....

    ReplyDelete
  21. Hai. Utk beli tiket jeju air & eastar kena pakai kad kredit ke? Debit x bole? Please help urgently! Nk beli tiket utk bulan 5 ni tp xde kad kreditla. Uhuhuh

    ReplyDelete
  22. Nak pegiii Jeju next year. Ala, tpi tak prepare apa apa lgi. Huhu.

    Anyway tq info ye

    ReplyDelete