Friday, August 23, 2013

Jeju Island - Part 1 : The Plan

Assalamualaikum!!!

Aku tau by the time entry ni published, aku dah lama balik dari trip ni. Yela, kenela abeskan entry dari trip-trip sebelum ni dulu. Katanya kene amek nombor giliran. Kene abeskan satu-satu kang lupa lak. InsyaAllah tak lupa la kot.

Berkenaan trip South Korea untuk tahun 2013 ni. Seperti biasa, tiket AirAsia dah lama aku beli lebih kurang almost 1 tahun lepas. Time tu aku dah lupa promo sebab apa, tapi yang penting tiket kapal terbang yang aku dapat dalam RM644 return tidak termasuk luggage and meals. Actually, aku dah dapat harga tiket dalam RM500+ return. Tapi akibat terlambat nak buat decision sebab tanya sana sini nak join ke tak. Last-last tiket dah naik harga. Nak pegi punye pasal, aku pejam mata jela beli dulu. At this point of time. Kiranya trip aku ni adalah solo.

Trip ni actually takdela well-planned sangat pun. Aku nak pegi ni pun sebab nak cover tempat-tempat yang tak sempat aku pegi dulu. This time pun kene bajet betol-betol. Maybe kene let go certain places due to time constraint. Aisehhh... Adakah kene ripit balik nanti? Ahaks!

Bulan demi bulan berlalu. Try ajak kawan yang dah penah pegi korea banyak kali. Kiranya banyak experience gakla plus pandai skit-skit cakap korea. Tapi semuanya put on hold dulu. Cerita tu senyap seketika..... Sebulan sebelom berangkat ke korea ni, barulah kitaorang betol-betol diskas. Tu pun thru whatapps je. Tak penah jumpa untuk diskas pun. Basically, research dia yang banyak buat. Aku lak lepas balik dari jelajah China tu, masuk ofis terus busy kemain ko.... Bos suruh itu dan ini. Saje je pedajal aku. Hahaha tapi ok lagi. Time nak pegi tu lagi laaaa aku dapat berita maybe aku tak dapat pegi trip Korea kali ni kalau exam aku bertindih dengan trip ni. Mana lagi penting? Pelajaran atau trip? Tentula aku pilih pelajaran! Travel tu tak ke mana... Korea tetap akan berada gak situ gak. Betol tak?

Tak pegi tu, memang aku predict je. Travel partner aku pun dah ada back-up plan kalo aku tak jadik pegi. So, by hook or crook dorang kene pegi gak sebab tiket kapal terbang dah beli ko. Nak pegi Jeju Island punye pasal. 

Cut the story short, impian aku nak terbang naik kapal terbang lagi skali tercapai. Alhamdulillah... niat baik, takkan Allah Taala tak makbulkan? Bila aku tau yang aku dapat fly ke Korea kali ni, barulah aku dan travelmate yang lain teruskan dengan proses yang tertunggak sebelum ni seperti booking guesthouse di Jeju & Seoul dan jugak booking kereta sewa di Jeju Island. 




Entry berkaitan guesthouse di Jeju Island ---> Yeha Guesthouse (Jeju Terminal)

Entry berkaitan kereta sewa di Jeju Island ---> Car Rentals in Jeju Island

**************************************




Tibalah hari yang dinantikan... kitaorang semua selamat berlepas ke Incheon menaiki pesawat kesayangan ramai yakni AirAsia X pada pukul tak silap aku almost 1 am in the morning. Dan selamat tiba lebih kurang jam 7 pagi waktu tempatan. Time landing ni memang kabus yang amat teruk menyeliputi kawasan runway. Tapi alhamdulillah dek kecekapan pilot tu, kitaorang selamat mendarat dengan selamat. Ini adalah pertama kali aku naik kapal terbang yang cara pilot tu kawal plane dengan begitu cekap. Bila landed tu, tak terasa pun gegaran, tup-tup tayar dah mencecah landasan. Hebat! 



Nothing much nak buat dah, pegi la dulu tandas nak lepaskan hajat yang tertunggak. Dah setel semua yang lain refreshkan diri sendiri, kitaorang gerak menuju ke aerotrain untuk chop passport dan jugak amek luggage. Smooth progress so far. 

Time duk berjalan tu... aku tengok jerebu je. Nak nampak kapal terbang pun agak tak brape nak jelas dek dihalang oleh kabus or jerebu time ni. Adoyaii... adakah musnah nak tengok langit biru nih? Sob sob sob... 

Dah selamat keluar dari pintu arrival hall, travelmate aku ni terus ajak pegi ke Gate 5, sebabnya sorang lagi ahli rombongan akan join kitaorang sebab dia dah tiba semalam lagi naik MAS. Tiket murah katanya dek kerana sistem MAS time tu jatuh bangang. RM500++ return! Tak ke nanges? Hahaha. 

Abeskan hingus tangesan marhanis tu, sudah!

Dah jumpa peluk cium kawan travelmate tu, eh eh eh. Hahaha, aku dan Travelmate1 (TM1) pegi collect pocket wifi yang sudah dibooked oleh TM1. Aku memang dah lama aim nak try sewa menatang pocket wifi ni. Yela, kalo nak beli simkad Korea, memanglah handphone aku ni tak compatible. So, the best option is by renting pocket wifi. Sebagai hantu internet dan jugak kegilaan nak update instagram je manjang, pastu takpun untuk berhubung melalui whatapps mahupun apps yang lain. Pocket wifi sememangnya berguna! 

Pocket wifi ni boleh terus dibook melalui website dia ---> S-Roaming Pocket Wifi 

Selain tu, boleh jugak untuk sewa secara walk-in. Kalo book online, rate adalah KRW7,000/day. Manakala kalo walk-in pulak adalah KRW7,700/day

Device ni boleh guna seramai 3 orang serentak. Kalo ikut pengalaman aku dah guna, bateri device ni akan bertahan lebih dari 5 jam. Kalo tak guna, just off jela. Takdehal. Jadiknya, let's say tiba-tiba tengah jalan, nampak scenery cantik, snap terus pakai phone pastu upload. Katanya boleh live update! Hahahah. So, kitaorang sewa untuk 5 hari terus. Sepanjang berada kat sana. Nanti divide je. 

modem wifi

beg diberikan, dalam tu ada charger

Dah setel semua amek benda yang dikehendaki, terus keluar melalui Gate 3. Dan tunggu bas yang bernombor 6101 untuk terus menuju ke Gimpo Airport. Perjalanan ke Gimpo Airport dari Incheon Airport akan mengambil masa kira-kira 30-40 minit bergantung kepada trafik. Tapi tak jem pun dia lalu highway. Tambangnya adalah KRW7,000/pax



pemandangan dari atas bas. jerebu je nih! ohmaiiii!!!

Tak lama lepas tu, sampailah di Gimpo Airport. Nampak sedikit buruk dari luar tapi bila masuk dalam still kelihatan macam lama skit tapi moden la. Terus naik ke tingkat atas untuk check-in. Kang lambat terlepas lak kapal terbang. Sob sob sob. Terus beratur kat Jeju Air kaunter. Disebabkan ada free luggage 15kg/pax. Maka semua beg, kitaorang check-in. Kira jalan lenggang kangkung jela masuk dalam pesawat nanti. 


Gimpo Airport

bahagian dalam bangunan Gimpo Airport

kaunter Jeju Air
















Kepingan boarding pass






















Sebelum masuk ke boarding hall, kitaorang semua actually dah kebulur nak mampos dah ni. yela time ni dah almost lunch hour.  Tak makan pape pagi since landed kat Incheon Airport. Ternampak pulak Lotteria. Apa lagi aku ajak la yang lain makan lunch dulu. Pekena shrimp burger yang penah aku try dulu. Teringin lak. Dorang yang lain pun setuju. Lagipun ada dalam sejam setengah lagi untuk berlepas. Alhamdulillah kenyang makan burger udang itu.




Ok cite ni nak abes dah skit lagi. Sabar sabar... 

Dah tiba masa nak berlepas, kitaorang pun masukla ke boarding hall. Ramai orang gak time ni. Maybe pakat nak pegi Jeju Island semua gamaknya. Tunggu kejap, pengumuman untuk naik kapal terbang dilakukan. Dari luar still jerebu. Apakah? Apakah?? Sebab musim panas ke ni? Adoyaiiii....

Nak naik kapal terbang pun, kene naik bas dulu untuk ke tempat di mana kapal terbang diparking. Tak jauh mana pun tapi hujung bangunan terminal gak la. 

Everything went smoothly, perjalanan menuju ke Jeju International Airport mengambil masa kira-kira sejam. Sempatlah aku membuta kejap. Ngantok giler ko! Haiiyarrkkk! 


area Boarding Hall


jom naik bas dulu




Alhamdulillah... dah selamat mendarat kat Jeju International Airport. Terus amek beg dan berjalan menuju ke kaunter amek kereta sewa. Boleh refer seperti link aku tepek kat atas tadi. 


view dari kapal terbang


jangan lupa amek segala bagai mak nenek maps ni. berguna nanti

ewahhh bergaya ko ye wahai minah korea meniup wisel nih!

Ok ni ada satu cerita kalo mereka yang minat cerita korea mesti tau. Time kitaorang tengah tunggu shuttle bas untuk ke company car rental tu, tiba-tiba ada sorang pelakon korea datang sebelah kitaorang sambil tunggu teksi. Orangnya adalah Gong Yoo, pelakon cite Coffee Prince tuh! Hahahah kawan aku nak amek gambar termasuk aku, tapi tindakan kitaorang dihidu oleh manager dia sambil buat isyarat tangan "NO-NO". Cis! Tak kesian langsung kat kitaorang yang foreigners ni tak penah jumpa artis luar negara. Hiks. Tinggi orangnya. 



Ok tu je.. bersambung nanti. 

Bye!

18 comments:

  1. HF,

    jangan risau...walau pun kabus, kapal ttp boleh landing...sbb skrg semua pki autopilot jer...xpyh nak manual2...tmbh2 kt airport2 canggih mcm kt korea, jepun nuh..hbslah komen xde kene mengena...

    ReplyDelete
  2. Tak larat la nak baca..aku tunggu jumpe ko la Ahad ni, tanya terus..maklum la kan..aku ada access VVVVVVVVVVIP ngn ko kan? (kenyit mata dua2 belah)


    p/s: sapa nk kawan ngn John, kena kawan ngn aku dulu keh keh keh keh.... #dasarnakkenalahar

    ReplyDelete
  3. tobat jeles! arghhh nak pergi jugak!

    ReplyDelete
  4. itienarary kat jeju ader x? kiteowang nak g saner autumn neh. sewa kereta jugak.

    ReplyDelete
  5. waaa..bestnya dapat g jeju island.teringinnnn sangat nak ke sana. sob3

    tak sabar nak tunggu next entry ;D

    ReplyDelete
  6. Annyeong...citer Jeju dh ada intro...best..best..jln penceritaan yang menarik dan boleh bayangkan yang JM pun ada di sana..SAh..kalau nk ke Jeju nanti..inilah entry pilihan :-)

    Gong Yoo?...alamak..Untunglaaaa..jeles makkkk

    ReplyDelete
  7. bestnya..

    my sister akan ke Korea this end of the month tapi x dapat ke Jeju.. i tak kira. nanti nak pegi gak ke jeju tu..

    ReplyDelete
  8. @Dont Afraid to Try,
    kann.. zaman dh canggih manggih semua ni insyaALLAH semuanya selamat. ;)



    @Chawanna,
    gitewww special privillage sangat! kekeke. ;p



    @Nyonyacyber,
    hahhah sila beli tikettt! ;))



    @Ein,
    tunggu sampai abes entry untuk tempat2 menarik. ;)



    @Dzhuchan,
    kannn untungla! hahaha. ;) kalo blh amek gambar lagi kebaboom.



    @Laskar Pelangi,
    alhamdulillah.. ada rejeki jejak kaki kat sana. ;) insyaALLAH akan saya usahakan.



    @Jari Manis,
    gitewww... berlebih-lebih pulak JM ni. org lain punya story mesti lg menarik. ;)



    @Azian Elias,
    kannnn maybe kene pegi lagi la nampaknya kalo mcm tu kak yan. ;)

    ReplyDelete
  9. kelas ko bleh kenal pelakon korea...aku kenal geng running man jer hahaha!

    pocket wifi? gigih ko ek? but best la bleh update slalu...pas aku dah ada smartphone ni, hehehe, tatau la camne gaya travel pasni hahaha!

    tak sabar nak tgk gambar jeju! tlg la jgn jerebu kat jejuuuuuuu plssssss!

    ReplyDelete
  10. wah jeles tahap gaban ni dapat jumpa Goong Yoo kat jeju Island. Kwon Sang woo ada jumpa tak? Akak minat kat Kwon Sang woo. Masa kita org pegi kat KBS pun tak jumpa pelakon cuma poster drama je banyak bertepek kat wall tapi sempat le posing kat tempat pembaca berita dia kunun2 bagi news korea versi malayu. Ahakss


    Hish ni tak leh jadi ni kena pujuk2 member pi Jeju ni copek.

    ReplyDelete
  11. wahhh privilage sungguh chawana itu
    hhehee
    tak pe aaa
    akak lum sampai korea
    tunggu sapa sudi bawak akak nanti

    *sambil meneropong jauh atas bumbung Giant*

    ReplyDelete
  12. Sempat Jumpe retis... homaiii.. aku gi jeju dah dua kali batang hidung retis x jumpe. marah2 ni.. hahahaha...

    ReplyDelete
  13. arghhh..bile laa impian nak ke jeju aku ni tercapai..
    asyik baca cerita org jewww

    ReplyDelete
  14. Orang lain tak abis lagi mood raya..
    dia dah bakar line ngan entry jeju ni hahahaa..

    best sungguh penjelajahan jeju ni.. cepat2 sambung huhuu.. nak baca ni :P

    ReplyDelete
  15. juju island...teringin betul nak p..asik terbayang drama korea yg wat pngembaran kat sana :P

    ReplyDelete
  16. Waa Gong Yoo. Hehe. Sekarang Air asia da ada direct fligjt ke Jeju kan

    ReplyDelete