Wednesday, March 13, 2013

Surabaya, Indonesia - Part 6 : Mendaki Gunung Bromo

Assalamualaikum!!!

Ayuh kita bersambung entry trip aku di Surabaya kali ni selepas kita dah tengok keindahan di Savannah dan Pasir Berbisik di entry yang lalu. Tempat yang ultimate bila datang ke sini adalah mendaki untuk melihat kawah Bromo dari dekat. Kalo datang sini, memang wajib okay! 

Kawasan parkir jeep-jeep yang berwarna-warni....menarik bukan?

Gunung Batok dari jauh... tapi nampak besarrrr!

Dari kawasan Pasir Berbisik, tak jauh dah kira-kira 5 minit sahaja. Harus diingatkan... jeep tidak boleh parking betol-betol di kaki Gunung Bromo. Dorang kene park kira-kira 1.5km dari kaki Gunung Bromo tu. So, kiranya kita boleh pilih samada untuk menapak (jalan kaki) ataupun amek servis naik kuda yang dikenakan oleh penduduk setempat. Macam mana nak amek perkhidmatan kuda tu? Jangan risau... sebabnya tak turun dari jeep lagi dorang akan mula bertanya samada kita nak naik kuda ke tak untuk menuju ke kaki Gunung Bromo tu.. Harga yang mula ditawarkan adalah lebih kurang IDR100k++ untuk seekor kuda. So, kat sini korang sume kene pandai tawar-menawar. 

Pada mulanya... kami hanya berjalan. Tapi 4 ekor kuda bersama penjaganya masih duk ikut kami sambil memujuk kami untuk guna khidmat mereka. Kami duk berbincang sesama sendiri samada nak amek ke tak sambil duk nego dengan dorang. Mula-mula harga yang dikenakan adalah IDR100k per kuda. Tapi lepas kami menapak kira-kira 150 meter dari tempat parking tu, kami tawar lagi. Last-last dorang kasik kami IDR80k untuk seekor kuda. So, we took it. Memandangkan nak menapak sendiri memang agak memenatkanlah kot. Jauh lagi nih... 

Kat belakang tu dorang  tengah gigih memujuk kami supaya amek kuda mereka... 


Aku dah pun berada atas kuda. First time naik kuda hidup walaupun saiz tak brape besar tapi but still kuda hidup. Hahaha. Pengalaman nak naik tu agak lucu jugak sebab kuda tu agak tinggi, pastu bila dah ada atas tu kene pandai imbangkan badan. Bila kuda tu bergerak, rasa terhuyung-hayang skit.

Naik kuda sambil alunkan lagu... "kudaku lari gagah berani.. ceng ceng ceng ceng" Ingat versi Amy Mastura dalam filem Puteri Impian? Hahaha

Keputusan untuk gunakan kuda sebagai pengangkutan utama menuju ke kaki Gunung Bromo adalah keputusan yang tepat sebabnya jauh, keadaan jalan yang berpasir, berlubang dan kene mendaki atas pasir. Bayangkan sendiri... Plus, kami sebenarnya mengejar masa. Nak kejar breakfast kat hotel yang hanya sampai jam 10 pagi sahaja. If lambat-lambat maka tak makan breakfast la kami. 

Dengan perasaan kembang-kempis yang tak brape nak nampak, kesian tengok yang lain-lain tu gigih menapak ke kaki Gunung Bromo. Semput okay! Harus ingat yang kuda-kuda ni semua hanya akan membawa kita ke kaki Gunung Bromo sahaja. Bukan sampai ke kawah. Untuk melihat kawah, kita kene sendiri pulak daki anak-anak tangga untuk menuju ke atas. Yang tu kene guna daya usaha sendiri.

Keadaan ketika menuju ke kaki Gunung Bromo. Ada penjual-penjual makanan...dan juga pelancong lain yang guna motorsikal.

Keadaan jalan yang tidak rata... turun... naik... turun.. naik... 

Perjalanan yang masih jauh dan memenatkan.


Kita akan turun dari kuda kat sini. Kiranya parking untuk kuda-kuda sekalian. 

Pemandangan dari atas...awan tebal dari kanan mula menerjah menutupi gunung-gunung disekitar.

Nampak tak macam eskalator dari jauh? Tula tangga yang perlu kami daki... tinggi woooooooo

Bila kuda tu dah turunkan kami kat tempat parking yang disediakan, kami perlu menapak sedikit untuk sampai ke tangga yang perlu kami daki. Jangan risau pasal kuda tu nanti samada dia akan tinggalkan kita ke tak. Sebabnya penjaga dia akan ingat kita semua. Yela, duit pun tak bayar lagi. Ingat free ke? Hahah... bayaran IDR80k tu adalah perkhidmatan pegi dan balik ke tempat parking jeep. So, no worries. 

Ayuh kita mendaki! Mula-mula tu agak ok.. tapi lama-lama rasa agak gayat plus, sakit lutut. Tak lupa tangga yang didaki tu ada pasir-pasir boleh menyebabkan kita tergelincir kalo tak berhati-hati. Orang pun ramai duk daki time ni. Semput rehat kat tepi, kasik orang lain potong kita untuk naik ke atas. 

Kira-kira 10 minit mendaki, akhirnya kami sampai ke puncak Gunung Bromo. Alhamdulillah... sampai jugak. Tapi time kat atas ni pun kene berhati-hati gak sebabnya memang ramai giler orang! Plus, di sekitar kawah tu takde penghadang, kalo ada pun dah roboh atau rosak. Kalo tergelincir, memang agak arwah kat situ. Aku pun memang agak berhati-hati mengatur langkah. Kang jatuh saje je... 









Kami spent kat atas tu tak lama... lebih kurang 10 minit, terus kami turun. Lagipun orang terlalu ramai kat atas nih. Lagipun, perut mula mengaum tanda lapar. Terus kami turun dan amek kuda menuju ke jeep kami. Hari pun nampaknya semakin panas. 

Sampai ke hotel, terus ke cafe untuk makan. Orang pun time ni tak ramai dah. Terus amek makanan. Makanan yang tersedia hanya nasik goreng dan mee goreng. Honestly, aku cakap memang aku suka giler dengan nasik goreng dia. Kene dengan citarasa aku. Hahah. Lepas makan, kami balik semula ke bilik masing-masing untuk bersihkan diri dan bersiap untuk bergerak menuju ke destinasi yang seterusnya. 





Time ni jam menunjukkan kira-kira jam 10 pagi. Awan tebal mendung mula menerjah... 

To be continued... 

Till then.. wasalam. 

14 comments:

  1. gunung yg xde pokok.. cantik pulak!!! huhuhu... bro, gambar ko ambik memang smart la... terbaek!!!

    ReplyDelete
  2. Good idea. Kalo aku smpai sini, nak rase naik kuda gak la!!

    Satu kuda bleh naik smpai 2 org tak?

    ReplyDelete
  3. ramai giler orangnya henry, ikut musim ke ni, kot-kot ada low and peak. serius view memang cantik dah, nak jer suruh semua orang tu tepi sikit nak tengok gambar, haha...

    ReplyDelete
  4. @Ceklala,
    thank you! ;)



    @Shaqir Ir Manz,
    gunung berapi bro. mana ade pokok. thank you for your support! ;)



    @Maszuber,
    hahaha sila naik kuda. tp kalo dua org 1 kuda mcm takleh je. kuda tu kecik je..



    @Orga,
    kebetolan time ni cuti CNY. that's why ramai orang pulak tu. rakyat dorang amek peluang bercuti dalam negara. hehehe.

    ReplyDelete
  5. Gaya memang cam orang kaya pakai bodyguard berkuda... muahahaha... okbai

    ReplyDelete
  6. 1. Kenapa Janggel nampak 'TemB'..hihi
    2. Kiranya org yg bawak kuda tu kuat dan gigih jln kan..hari2 ulang alik
    3. Lihat kepada warna tanah..ada bau tak?..tetiba tanya..
    4. Byk nyer soklan..eheeh..dh mcm panjat tangga kat Great Wall plak :-)

    ReplyDelete
  7. untungla naik kuda...best kan? hahaha...

    sedap plak tgk nasik goreng tu...

    ReplyDelete
  8. @MasMZ,
    hahaha mmg jutawan pun kat sana. kata bawak 2 juta kan! hahah. untungla ade bodyguard sejak menang award ni haaaaiiii... hahaha



    @Jari Manis,
    1. haaa haaa... taktau. kene tanya empunya badan ;p
    2. tau takpe. demi mencari rejeki katanya. tp aku tanya dorang, kuda ni belaan sendiri ke. dorang mmg punye kuda tu. owner katanya!
    3. hahah takde bau langsung! cuma bau belerang jela. kata kat kaki gunung berapi kan.
    4. hahah panjat great wall lebih kurangla cuma kat sini mcm licin sbb pasir ade atas tangga tu. kene hati2.



    @Biqque,
    untunglaaa... besttt! tp lama2 mcm sakit celah kangkang. if u know what i mean. hahaha. nasik goreng tu sedappp! aku suka.. siap amek lebih lg.

    ReplyDelete
  9. xleh terima jawapan u kat biqque helmi oi.. isk. i tak baca lagi. satgi.

    intenet so lembs cam sipot.

    ReplyDelete
  10. hehehe...
    tu je leh komen
    iya
    naik kuda kena ada caranya...
    weeeeee.....

    ReplyDelete
  11. Maszuber tu motiff sangat nak naik kuda sampaia dua orang hahahaha. Nak naik ngan abe dan ariff le tu hahahhaaha.

    Ops sorry salah komen.

    ReplyDelete
  12. amboi cantik gila tangga, siap kaler kuning lagi..sultan sangat. time aku pi dulu teruk gila...

    tapi kat belah atas tu lagi horor aku tengok..punya la ramai manusia..seriau aku, kot2 tertolak ke tak pasai2 jadi gulai kawah..huhu

    ReplyDelete
  13. Informasi komplet tentang pendakian ke gunung Bromo. terima kasih sharingnya Rinjani Trekking

    ReplyDelete