Tuesday, March 5, 2013

Surabaya, Indonesia - Part 4 : Sunrise Gunung Bromo di Penanjakan Satu (1)

Assalamualaikum!!! 

Antara ultimate aku dan kawan-kawan datang ke Surabaya untuk trip kali ni adalah tak lain dan tak bukan mestilah wajib datang tengok sunrise di Gunung Bromo. Di Probolinggo, terdapat 2 look-out point yang sangat best untuk tengok sunrise yang terdiri daripada Penanjakan 1 dan Penanjakan 2. Bak kata orang yang penah pegi sendiri seperti Fatt, kawan lain termasuk jugak pembacaan menerusi laman sesawang. Ewahhh! Penanjakan 1 menjanjikan pemandangan sunrise yang lagi best compared to Penanjakan 2. Plus, trail yang dilalui lebih senang dan lebih elok perjalanan ke look-out point berbanding Penanjakan 2. Tapi semuanya bergantung kepada keinginan masing-masing. 

For us, datang bukan selalukan.. so kami sepakat untuk naik menerusi Penanjakan 1. Supir kami yakni Pak Hafidz dan jugak boss nya, Pak Wawan memang akan bawak kami melihat sunrise menerusi Penanjakan 1. Perjalanan hari ni yakni hari yang dinantikan memaksa aku dan yang lain-lain tido awal dan bangun seawal jam 2.30 pagi untuk bersiap. Kalo boleh jam 3.30 pagi, kami perlu bergerak dari hotel menggunakan jeep yang telah disewa khas oleh supir kami yang mengambil masa kira-kira 30-40 minit untuk sampai ke Penanjakan 1. Penanjakan 2 aku taktau brape lama... harap takde soalan lanjut. ;p 

Seperti yang telah dijanjikan kepada diri sendiri, aku mesti tido awal! Yela... dah banyak hari tido lambat, kang takde pasal-pasal terbabas lak. Seawal jam 10.30 malam kami semua dah masuk tido. Sejuk memalam  ni sangat mencengkam tulang-temulang. Takde heater lak dalam bilik tapi nasib baik selimut tebal dibekalkan. Memang nyenyak sungguh tido malam tuh dengan kesejukan yang boleh lagi ditahan. Tapi mulut tetap keluar asap okeh. Bukan asap rokok ye... haba katanya! Hahaha. 

Lebih kurang dalam pukul 2.45 - 3 pagi, kami semua dah bersiap-sedia. Gigih aku duk melekap contact lens kat mata, last-last taknak melekat. Cinabeng betol.. terpaksa jadik nerd pegi hiking nanti. Rebah tepi jeep. Dah get ready semuanya.. berkumpul kat perkarangan hotel. Perhhh... time ni agak riuh rendah dah dengan bunyi deruan jeep-jeep yang berkeliaran membawa pelancong menuju ke look-out point. Satu demi satu jeep bergerak meninggalkan kawasan. Dikatakan kesemua 250 jeeps yang ada sudah abes dibooked oleh travel agents. Makanya.... sila expect kat setiap look-out point tu nanti akan dibanjiri oleh ratusan pelancong yang akan menyaksikan sunrise Gunung Bromo

Okeh...berbalik kepada malam sebelumnya. Kan aku ada cerita akan ada 2 orang gadis comel dari Singapore yang akan join kami nanti dalam jeep. Kiranya setiap jeep boleh memuatkan maksimum 6 orang penumpang tidak termasuk driver. Pada mulanya kami macam taknakla kan nak combine dengan orang asing. Yela... kang kalo nak terjah tempat-tempat lain yang mungkin memerlukan kos tambahan. Let's say dorang kata taknak. Nak buat macam mana? Takke spoil mood nanti? Fikirkan... Kalo nak sewa 1 jeep untuk geng sendiri, maybe akan ada kos tambahan which i don't know how much. Tapi disebabkan kesemua 250 jeeps sudah abes dibookes. Nak taknak, kami redha menerima hakikat. Maybe ada hikmah berbuat baik? Who knows... InsyaALLAH. Tetapi niat dan jugak request aku nak naik jeep kaler kuning tidak tercapai sebabnya takde sudah abes orang lain amek. Bertabah jela aku... 

Pagi dinihari yang dinantikan.. jam 3.30 pagi kami semua yakni aku, Janggel, Masmz dan Kak Anash dah memang bersedia tapi still tunggu gadis 2 orang tu. Masmz sudah tidak keruan dah, maybe akan bertukar menjadi hulk bila-bila masa. Tak mungkin akan bertukar menjadi Ramlah Ram. Katanya kita kene gerak sekarang, if not jeep terpaksa parking jauh dan kita pun kene jalan jauh. Tapi sabar itu masih ada, lebih kurang 5 minit menunggu, 2 gadis itu muncul. Masuk jeep dan bergerak! Jeep meredah dinihari yang sejuk dalam kegelapan menuju ke Penanjakan 1. Keadaan jalan yang tidak bertar dan berlubang menyebabkan perjalanan yang aku rasa singkat je tapi menjadi panjang. Disebabkan gelap-gelita, maka tiada gambar yang diambil time ni... 

Dalam pakej kami amek ni tidak termasuk lawatan ke Savannah dan jugak Pasir Berbisik. Yang ni kene pandai-pandai sendiri negotiate dengan driver jeep itu sendiri. Tapi sebelum Masmz bertanyakan kepada driver jeep kami yang bukan Pak Hafidz atau Pak Wawan, terlebih dahulu kami tanya kat 2 orang gadis tu samada dorang nak join ke tak untuk kedua-dua tempat tu. Alhamdulillah.. mereka menuruti hajat kami. Yela, korang pun mesti tak penah sampai kan.. takkan taknak tengok dengan bijik mata sendiri. Dah tu, tanya kat driver brape bayaran tambahan yang diperlukan? Dia quote IDR200k untuk 1 jeep. Kira murah la kan sebab nanti kami akan bahagi dengan 6 orang. Jimattt~ Apa yang best sangat kat Savannah dan Pasir Berbisik tu? Dalam entry lain aku cerita... 

Lebih kurang jam 4.30 pagi, jeep terpaksa park ditepi jalan. Sebabnya kebanyakkan jeeps sudah parking di tepi-tepi jalan. So, kami kene menapak menuju ke atas yang jauhnya kira-kira 500 meter. Bukannya jalan landai, tapi naik bukit ye. Boleh imagine tak kalo takde buat senaman? Hahaha semput okeh! Nasib baik sejuk. Untuk pagi ni aku pakai 1 sweater, 1 heatech (boleh beli kat Uniqlo) dan 1 baju lengan panjang. Tak lupa mafla dan snowcap. Sejuk i cakap u. Tak main-main tau. Tapi bila dan start berpeluh dek naik bukit tu, peluh dingin mula membasahi badan. Sepanjang menapak ke atas tu, tak putus-putus orang datang offer nak naik guna motor tak untuk ke atas? Kiranya cut the journey short. Bayaran aku lupa sebab tak pikir dah nak amek atau tidak servis dorang ni. Lagipun nak jimat katanya. Hahah. Kami kene cepat naik atas kang tak dapat spot yang best lak. Orang semakin ramai... at the end, kami tak amek pun. 

Bila sampai ke Penanjakan 1 tu, mak aihhhhh penuh sesak denga manusia-manusia yang nak sangat tengok sunrise nih! Time ni kami hilang Kak Anash, ntah ke mana dia terlucut ikatan dari Masmz. Kami turun ke bawah sedikit berhampiran dengan tiang elektrik. Matahari mula nak terbit. Cemas melanda... hahah overst! Cepat-cepat kuarkan kamera masing-masing. Kak Anash hilang, biarkanlah dulu. Pandai-pandailah beliau survive nanti. Jangan marah ye Kak Anash. Hehehe. Orang mula bersorak woohooo!!!! Klik-klik.... klik-klik lagi. Guna slow shutter, tinggikan ISO sume. Guna tripod lagi. Lantaklah.... janji gambar elok. Orang ramai takleh nak buat ape dah. Cuma sehabis baik. Gambar-gambar kat bawak ni maybe nampak macam berulang. Tapi whatever.. nak letak jugak! Hahaha. Layankan jela ek. 




Yang paling tinggi tulah Gunung Semeru, yang Gunung Bromo pulak yang depan skali ada kawah keluar asap cinonet tu. 



Gambar-gambar diatas adalah original dan tidak diedit. Sangat cantek gilerr kepulan awan tuh! SubhanaALLAH! 



Percaya tak yang ramai giler orangggg!!! Arghhh!!!

Hari semakin terang... view makin mengancam! 

Dari satu spot, kami berpindah ke spot yang atas skit. Matahari semakin naik. Dan view.. SubhanaALLAH. Memang sangat cantekkk! Alhamdulillah... tercapai nak tengok sunrise yang cantek. Rasa macam tipu je tengok gunung-gunung berapi yang aktif dan yang mati. Memang indah sungguh ciptaan ALLAH S.W.T ni. 

Sedikit info mengenai Gunung Bromo. Copy paste dari Janggel yang copy paste dari Google:-

Gunung Bromo (dari bahasa Sanskrit : Brahma, salah seorang Dewa Utama Hindu ), merupakan gunung berapi yang masih aktif dan paling terkenal sebagai objek pelancongan di Jawa Timur . Sebagai sebuah objek pelancongan , Gunung Bromo menjadi menarik kerana statusnya sebagai gunung berapi yang masih aktif. Bromo mempunyai ketinggian 2.392 meter di atas permukaan laut itu berada dalam empat wilayah, yakni Pulau Langkawi , Pasuruan , Lumajang , dan Kabupaten Malang . Bentuk tubuh Gunung Bromo bertautan antara lembah dan ngarai dengan kaldera atau lautan pasir seluas sekitar 10 kilometer persegi. Gunung Bromo mempunyai sebuah kawah dengan garis tengah ± 800 meter (utara-selatan) dan ± 600 meter (timur-barat). Sedangkan daerah bahayanya berupa lingkaran dengan jari-jari 4 km dari pusat kawah Bromo. Gunung Bromo terletak di dalam kawasan Taman Nasional Bromo Tengger Semeru yang memiliki keunikan dengan pasir laut seluas 5.250 hektar.

Sinaran matahari yang memancar ke banjaran Gunung Bromo, Gunung Batok dan yang paling tinggi dan belakang skali dalam gambar adalah Gunung Semeru. Memang kelihatan seakan lukisan yang sangat hidup! Kemudian.. naik atas skit, Jumpa balik Kak Anashhh!!! Nasib baik.. ingatkan ntah ke mana dah. Selit sana.. selit sini, akhirnya aku berjaya naik ke tembok tu. Pegi mampos orang lain. Janji aku dapat spot yang best! Macam-macam gaya dan ragam boleh tengok time ni, Ada yang berdiri, panjat pokok, naik tembok semata-mata nak dapatkan view yang best. 




Gaya yang ada~ 


Depan sekali : Gunung Batok. Kiri : Gunung Bromo. Hujung belakang : Gunung Semeru





Nak tunjukkan perbezaan antara Penanjakan 1 dan Penanjakan 2. Gambar dibawah adalah kawasan sekitar dari Penanjakan 2. Credit to blog Zaraab Wordpress


Dan gambar kat bawah ni pulak menunjukan kawasan dari Penanjakan 1. Credit to Blog Fatt. 


Lebih kurang dekat-dekat jam pukul 6 pagi. Kami mula bergerak meninggalkan kawasan look-out point tu. Orang masih lagi ramai ibarat buat haji la katanya. Sepanjang menuruni anak tangga, ada deretan kedai-kedai yang menjual pelbagai souvenirs, kedai kopi dan sebagainya. Boleh masuk minum air kopi panas-panas untuk hilangkan rasa sejuk. Nak beli souvenirs seperti t-shirst ke. Ada macam-macam corak. Tapi satu pun aku tak berkenan. Selamat duit aku! Bila dah hari semakin terang, dan ketika berjalan mencarik jeep kami baru nampak jeep yang pelbagai kaler yang ada! Dari kaler merah, biru, hijau, hitam, coklat, pink, orange, kuning, biru muda, hijau muda, gold, perang, gangsa, pink muda, purple sume adalah! Best tengokkk! Nasib baik jumpa jeep kami balik yang bernombor 45. Kene ingat jeep ni. Takleh naik sesuka hati...









Bergerak meninggalkan kawasan Penanjakan 1 dengan hati yang puas dan gembira. Ke mana next? Nantikan... 

Till then.. wasalam. 




Untuk pengalaman yang berlainan. Boleh baca di link dibawah:

1. Janggeltrekker - Okla... sedang-sedang laju
2. Coco Nutz - Laju giler update!
3. MasMZ - Untuk zaman bila baru dia nak update!

13 comments:

  1. Subhanallah cantiknya (sambil kesat air mata)

    nak ulang lg sekali... tak puas hati tak dapat tgk pemandangan yg sangat indah!

    ReplyDelete
  2. Suka pemandangan begitu kalau pergi bercuti. Kakpb rindu gunung Kinabalu...kaki gunung je, tak pernah sampai atas pun!

    ReplyDelete
  3. View yg amat superb... tapi ramainye manusia...

    ReplyDelete
  4. semuanya cantik...

    kagum dgn view n org yg pandai capture gmbr ni...

    john..nk belajar..

    ReplyDelete
  5. haipppppp Incredible Hulk larrrrrr harusss kalau lagi soploh minit diaorang tak sampai, ekekekee..... debar2 nunggu tamao napak jejauhhhhh.....

    ReplyDelete
  6. Subhanallah. Cantik.

    Jeep biru dalam gambar tu akak naik masa ke Bromo dulu. Tapi masa akak pergi tu orang tidak ramai macam yang diceritakan di sini. Mudah ambil gambar dan mudah utk pilih spot yang kita suka.

    ReplyDelete
  7. Ramlah Ram sangat kan..
    Ok tu dia dah mai.

    ReplyDelete
  8. Memeng patut untuk datang ke tempat ni.. view memang lawa giler.. :D
    Enjoy betul baca entry ni :D
    Good work huhuu..

    ReplyDelete
  9. ha? akak anash ilang?
    laaa..lekk...tatau...



    korang rindu akak tak masa akak tak de disisi korang?
    .
    .
    apa? tak?



    kbai

    ReplyDelete
  10. Cantiknyer...

    Hafidz Bromo
    taxibromo@gmail.com

    ReplyDelete