Wednesday, March 20, 2013

Surabaya, Indonesia - Part 8 : Mendaki Gunung Ijen & Blue Fire

Assalamualaikum!!!

....panas sungguh keadaan Kuala Lumpur sekarang ni. Aku taktau area lain di Malaysia macam mana, tapi suhu dan cuaca begitu panas time siang. Kalo boleh nak duduk dalam aircon je 24 jam. Tapi kadang-kadang tu hujan lebat turun mencurah-curah ke ladang gandum dan terbentuklah coco crunch! Hahahah... tapi seriously Malaysia sangat panas, rasa nak migrate ke England sekarang jugak! *jangan sapa-sapa kata neraka lagi panas, nanti aku lempang senget kepala*

Tanpa buang masa... ayuh aku sambung destinasti yang paling dinantikan oleh kami semua untuk trip ke Surabaya kali ni. Pada mulanya aku agak berdebar dan was-was dengan diri sendirinya. Sebabnya aku baca kat blog Fatt melalui trip dia sebelum ke Gunung Ijen kene mendaki atau hiking untuk kira-kira 3km untuk menuju ke puncak Ijen. Yela... kalo setakat nak berjalan atas tanah landai 10km pun aku sanggup tetapi ni nak mendaki nih. Kiranya agak cuak dengan kemampuan sendiri sebabnya aku ni bukannya suka bersukan sangat. Senaman mulut tu dah terlalu kerap tapi senaman untuk badan sendiri agak slow. Tapi lebih kurang 2 weeks before trip ni, aku dah mula skit-skit start jogging untuk tingkatkan stamina. Kang semput tengah jalan, sape nak angkut aku? Hahaha...

Malam kami sampai di Arabica Homestay lebih kurang jam 10.30 malam dan makan KFC dan terus tido. Kami perlu bangkit seawal jam 12.30 pagi untuk bergerak menuju ke Gunung Ijen. Nape bangun giler babas awal pagi? Tido 2 jam je?? Ini adalah kami giler babeng determined kali ni mesti tengok blue fire di Gunung Ijen. Yela, kalo aku nak datang mengulang ke sini ntah bila lagi gamaknya. So, nak tak nak kenela gigih bangun seawal yang mungkin. Nasib baik contact lens aku tak buat hal. Senang je melekap kat mata.

Perjalanan dari Arabica Homestay yang terletak di Kebun Kalisat menuju ke kaki Gunung Ijen mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan. Pak Hafidz bawak kete agak laju pepagi buta ni, nasib baik jalan sunyi je. Tapi sepanjang nak kuar dari Kebun Kalisat tu, ya ALLAH.... jalan jenis tak bertar tu. Macam duk atas kerusi urut rasanya!

Sampai je di pos pengawal kaki Gunung Ijen, kene report dulu kat pondok ranger Gunung Ijen. Time ni giler sejuk wehhh! Memang berguna aku pakai heatech dan sweater skali. Tak lupa muffler dan snowcap. Bila bercakap siap keluar asap. Tapi semuanya agak tidak berguna bila kita dah start mendaki Gunung Ijen. Berpeluh lenjun! Time kami sampai ada lagi 2 orang pelancong asing macam kami. Sorang dari Australia dan sorang lagi dari Vietnam. Namanya Glenda dan lagi sorang aku lupa. 2 orang berdua akan join kami bersama Pak Im, yakni ranger Gunung Ijen yang akan memandu kami menuju ke atas. Berbekalkan lampu suluh free time pegi Candi Borobudur... kami memulakan langkah mendaki Gunung Ijen dalam kegelapan malam tapi berteman bulan dan bintang yang bergemerlapan di langit yang luas ciptaan ALLAH Taala. Sumpah time ni langit begitu cantik ya ALLAH... memang takde awan langsung! Bintang-bintang sungguh banyak bertaburan.

Pada permulaan pendakian... okay lagi. Tapi beberapa lama selepas 10 minit mendaki tu mula lemah longlai dah kaki aku. Kecerunan ketika mendaki tu kira-kira 40 hingga 45 darjah kecuraman dia. Cuba bayangkan sendiri. MasMZ dan 2 orang gadis tu agak laju meninggalkan aku, Janggel dan Kak Coco dibelakang. Pak Im bagitau tak perlu nak ikut orang untuk mendaki laju-laju. Just follow our own phase of hiking. Ikut kudrat yang termampu. Pak Im bagitau, kalo nak sempat tengok blue fire, kami perlu pantas. Pak Im siap kasik Kak Coco tongkat untuk bantu dia mendaki. Last-last Janggel dan Kak Coco bagitau untuk kami meneruskan perjalanan. Mereka akan catch-up with us later. Kiranya... aku time ni memang jalan daki sorang-sorang. Nasib baik bawak lampu suluh sendiri. MasMZ, Glenda, Pak Im dan yang lain-lain dah meninggalkan aku jauh ke hadapan. Laju sungguh dorang nih weh! Lantaklah janji aku sampai.

Perjalanan.... masih lagi jauh. Taktau kat mana penghujungnya. Suluh jalan tak nampak pape. Kiri kanan hanyalah semak dan hutan. Sesekali terdengar bunyi binatang liar menjerit. Agak cuak kat situ. Matilah jadi makanan buas binatang liar. Tak sempat nak buat wasiat lagi nih! Tapi jalan jela... katanya tu bunyi rusa liar nak kentut. Hiks. Pak Im tu bila nampak aku semput duk mendaki dia boleh pulak buat lawak kata... "ko kene kuat skit, jangan biarkan si gendut tu potong ko" Haaa... lebih kurang macam tulah ayat dia kat aku. Hahaha tergelak aku sorang-sorang. Persoalannya? Siapa si gendut? Hahaha.

Time ni kadang-kadang nak give up pun ada... penat tu toksah cakaplah. Aku dah tanggalkan sweater aku, muffler, snowcap sume. Berpeluh lenjun aku weh. Pak Im kata... lagi 100 meter nak sampai. Haishhh merepek sangat! Padahal ntah brape kilometer lagi laaa nak sampai. Bila berjalan tu kene hati-hati sebabnya ada kala jalan berbatu dan licin. Boleh tergolek bila mendaki. Kene slow-slow.... sesekali ada pelancong mat salleh memotong laju aku dan kawan-kawan lain. Sabo jela...~

Alhamdulillah.... lebih kurang 1 jam 45 minit mendaki, akhirnya aku sampai ke puncak Gunung Ijen tapi time ni memang gelap gelita hanya bintang-bintang je nampak. Ingatkan mendakian aku dah berakhir.. tetapi tidak ye kawan-kawan. Untuk tengok blue fire actually boleh tengok dari atas. Ntah kenapa... aku ni gigih sangat pegi follow Masmz, Pak Im dan lain-lain tu turun ke bawah kawah untuk tengok lebih dekat blue fire tu. Perjalanan menurun ke kawah Gunung Ijen tu memang betol-betol menguji aku. Yela... korang tengok kan cite The Lord of the Ring tu. Time Frodo nak pegi Mordor kene daki gunung ape ntah yang ada batu-batuan tu. Siap kene panjat tu sume. Haaa... lebih kurang macam tulah aku lalui. Kira agak curam dan boleh tergelincir. Kalo aku jatuh, rasanya memang terus arwah dah aku. Dahla mak ayah taktau... huhuhu. Time ni... setiap langkah aku turun memang asyik duk mengucap syahadah je. Kedengaran memang agak drama tapi memang tak main-main. Setiap langkah memang perlu berhati-hati.... kepala lutut toksah cakaplah memang sakit nak mampos! Time setiap perjalanan untuk turun ke bawah memang Pak Im dan ada rangers lain memang akan bantu dan pegang kita supaya tak jatuh. Masa perjalanan turun tu lebih kurang 15 minit tapi aku rasa macam sejam! 

Akhirnya.... memang aku nampak blue fire tu dengan mata aku sendiri. Walaupun tidaklah secantik macam dalam gambar kat Google tu sebabnya time aku sampai tu asap agak tebal menutupi blue fire tu, tapi still nampak blue fire tu. Layankan jela gambar-gambar blue fire yang tak brape nak menjadi dari aku ni.... 





Ni jela yang aku mampu amek gambar... time ni taktau kenapa lens kamera aku susah benor nak fokus sebab banyak asap duk keluar dari blue fire ni. Tapi aku pasrah... sebabnya aku rasa mendaki Gunung Ijen dan melihat sendiri blue fire dengan mata aku sendiri merupakan antara pencapaian aku yang terbaek sepanjang aku hidup atas muka bumi  Allah Taala ni. Memang aku tak sangka akan sampai jugak ke puncak dan turun ke kawah Gunung Ijen ni. Kami lepak kat bawah tengok blue fire tak lama... lebih kurang 15 minit sahaja. Ikut kata Pak Im, lepas ni asap akan keluar lagi tebal. Kami perlu segera naik ke atas. If not, kalo kita hidu udara yang beracun dari sulfur ni boleh merosakkan paru-paru kita. 

Bila dah turun pun dah seksa nak mampos... cuba bayangkan pulak untuk naik ke atas pulak? Memang kene hadapi pulak skali lagi. Slow-slow menapak naik ke atas. Bila dah sampai ke atas tu nampak pulak Janggel dan Kak Coco sedang berehat dari mendaki. Happy je tengok muka dorang berdua. Atleast, they also made it to the top and berpeluang menyaksikan blue fire walaupun dari atas! Kami berjaya kawan-kawan!!! 

Time ni... orang semakin ramai walaupun keadaan sekeliling masih lagi gelap-gelita. Keadaan sejuk mula menerpa badan masing-masing. Giler babeng sejuk weh. Sarung semua balik pakaian yang kamiu bawak tu tapi masih tidak mampu untuk menanggung kesejukan yang melanda diri. Masing-masing duk rapat-rapat untuk memanaskan badan. Ni lah rupa kami time kat atas...


Dari pemerhatian aku sepanjang perjalanan mendaki Gunung Ijen dan turun ke kawah Gunung Ijen itu sendiri memang aku betol-betol rasa insaf dan bersyukur dengan ape yang aku miliki sekarang. Memang rasa sangat bertuah dengan cara hidup di Malaysia. Sepanjang perjalanan melihat pekerja yang mengangkut sulfur dalam raga di kiri dan kanan bahu masing-masing yang seberat 40kg setiap satu memang 1 kerja yang sangat gigih demi mencari rezeki. Cuba bayangkan betapa sakitnya bahu mereka duk angkut sulfur yang begitu berat nih. Upah mereka hanyalah seberapa sahaja lebih kurang IDR50,000 hingga IDR75,000 untuk setiap trip. Brapelah sangat upah tu dengan keje angkut sulfur yang berat plus perjalanan yang begitu jauh. Begitu susahnya mereka ni mencari rezeki..... 

Sedikit info mengenai Gunung Ijen dan bagaimana bongkah sulfur terbentuk? Aku copy paste dari entry Fatt jela ye. Thanks! 

Ijen adalah sebuah gunung volkano yang mempunyai kawah seluas 20km persegi dan tasik berisi asid sulfurik sedalam 200m (660kaki). Kawah volkano ini masih aktif dan ia menghasilkan gas sulfur yang keluar dari rekahan-rekahan gunung. Untuk mendapatkan cecair sulfur, paip-paip seramik telah dibina oleh pelombong melalui rekahan untuk menyalurkan gas. Gas yang tersalur akan terperangkap dan terkondensasi lalu membentuk cecair sulfur yang berwarna merah. Cecair ini akan keluar dari paip lalu mengalir ke permukaan tanah dan meresap.

Warna cecair sulfur semasa panas adalah merah dan bertukar menjadi kuning apabila sejuk. Selepas itu permukaan tanah akan dipecahkan secara manual dengan menggunakan besi tajam menjadi blok-blok kecil untuk diagihkan. Pelombong-pelombong akan membawa blok-blok sulfur seberat 70kg ke 100kg keluar dari permukaan kawah dan berjalan sejauh 3km untuk ke tempat penimbangan dan seterusnya dikumpulkan.

Jom layan gambar.....















Kami stay kat atas tu sampai matahari terbit tapi nasib kami tidak begitu baik sebabnya kabus agak tebal begitu jugak asap dari kawah tersebut. Pak Im mengajak kami turun segera sebabnya nanti asap tu sume akan makin tebal. Orang pun semakin ramai tiba ke puncak.... cuaca masih lagi sejuk... 




Nak naik tu dah seksa... nak turun pulak bukanlah semudah yang disangka. Ingatkan boleh la laju-laju tapi tidak ye.. boleh tergolek dog nanti. Salah satu mangsanya adalah Kak Coco. Adalah lebih kurang 3 kali beliau terduduk dek gara-gara jalan licin nak turun ke bawah. Hehehe. Sabo jela sakit bontot akak oiii.... 

Bila melihatkan keadaan jalan ketika turun tu, memang tak sangka aku lalu jalan ni semua tadi. Giler scary. 




Jangan percaya banting ni... hahahah jauh lagi okeyyy! 

Sampai di Pondok Bunder tempat pelombong berehat dan kantin kat sini... 


ni lah Pak Im... kuat sungguh daya stamina pak cik nih! 


Bila dah sampai ke kaki bukit tu memang lega abes... misi telah tercapai! Singgah kantin untuk breakfast dan panaskan badan masing-masing yang sejuk. Sume sakit badan.... order nasik goreng yang agak sedappp! Kemudian balik semula ke Arabica Homestay untuk refresh diri dan berehat seketika...




Misi telah tercapai.... 

Till then...wasalam. 

21 comments:

  1. nk migrate london jgk. come visit me john. haha i bc yg ats tu jahhhh tgh drveee

    ReplyDelete
  2. oh maiii..

    susahnye nak pegi kawah ijen tue wehhhh..

    tahniah utk ko!!! lepas ni buleh la try kinabalu plak wehhh. lebih kurang jea sengsaranya...cuma dalam 6 jam naik. jom!!!!

    serious aku tak tau kewujudan blue fire tue! tapi magic kotttt

    ReplyDelete
  3. @Fida Jacob,
    hahahah motif nk dtg visit? mohon tiket flight ke sana pls...



    @Maszuber,
    mmg susah giler babe! tapi kalo tenaga kuat mmg takde masalah. hehehe. gunung kinabalu mmg dalam angan2... harap2 tercapai. Jom ramai2!

    ReplyDelete
  4. hahahah...
    "happy je tengok muka dorang berdua"
    hahah
    akak masih teringat2 riak muka jon masa tuh....
    Alhamdullilah...kita sume berjaya..bersama..


    iya...sakit punggung..ok?
    (thanks to lelemak, give some cushion impact when gravity do the job)

    laaa? daki sensorang ke masa tuh?

    ReplyDelete
  5. bestnya cite ko ni john...jeles aku..kepuasan bila dpt smp ke atas..biarpun rasa nak putus nyawa..congrates to all ok!!

    ReplyDelete
  6. owhkayyyyy mcm tak daya jer nak panjat? nape diorang tak guna ojek? cit!

    cantik gambar ko john, terpesona ai...

    ReplyDelete
  7. @Kak Anash,
    hahahah kannn saya kagum dgn akak sbb berjaya sampai ke puncak! pasti berjaya~ untungla akak byk lemak kat bontot. kekeke.



    @Don't Afraid to Try,
    hahah kepuasan tu mmg tak dapat digambarkan... mmg rasa nak baring terus tido. hahah. nnt try okey!



    @Biqque,
    haha ojek pun takde berangan nak naik ojek. hahaha sume guna kudrat kaki jela biq oiii~ thank you!!!

    ReplyDelete
  8. best-best, memang adventure giler la trip ni, 1 jam lebih kot mendaki, memang salute la john dapat sampai atas. kalau nak pergi, skru-skru dekat lutut kaki bagai, kena bagi elok dulula kot, hehe...

    ReplyDelete
  9. @orga,
    alhamdulillah... kalo orang kata kalo nak kene gigih dan usaha la skit. nasib baik kudrat dan semangat aku nih kuat skit, if not dah lama aku let go. hehehe... kalo aku pun boleh, ko pun mesti lagi boleh!

    ReplyDelete
  10. Bestnya baca entri...boleh merasai perasan org yg mendaki tu..time penat..JM baca pun rasa penat jugak (ambik feel semasa baca..ahaha)

    Tahniah John and the geng terutama Kak Anash..hanya org yg mampu shj boleh kalau tak mahu cramp kaki kan..

    Kenapa tetiba ada biskut kura2 atas batu tu :-)

    ReplyDelete
  11. Cantik blue fire tu jonh, berbaloi awak mendaki menurun mendaki semula tu...

    ReplyDelete
  12. Memang menarik tempat dan pendakian ini. Saya dah tengok kegigihan orang di sini mengangkut sulfur berbongkah-bongkah tu dlm blog Fatt. Kesian pun ada sebab duit yang dapat tidaklah banyak mana.

    ReplyDelete
  13. menariknya uols...rindunya nak daki gunung..mak pernah sampai kinabalu jerk..kawah gunung mcm nieh tak pernah..subhanallah santeks bangat

    ReplyDelete
  14. wah..daebak! cantik giler gambar..penat die tahap cmne weh? agak2 mampoo tak bg gadis2 klu nk buat pendakian kat sana?

    ReplyDelete
  15. tiba-tiba teringat "Beli bini???"" Hihihihi....

    Tahniah John sebab berjaya juga sampai ke bawah tu.... Tahniah. Tahniah.... Pencapaian beso tu taw :D

    ReplyDelete
  16. @Jari Manis,
    terima kasihhh sbb jiwa cerita tu meresap masuk dalam jiwa JM. hehe. tu bukan biskut tapi sabun... hehehe.



    @Rozita,
    mmg cantik akak kalo tgk live, tp dlm gambar mcm blur skit. huhuhu bertabah jela.



    @Naramas Aman,
    mmg menarik pengalaman kali ni akak. tp tula bila tgk dorang duk buat keje tu, rasa mcm sedih sgt. taktau kalo kita ditempat mereka.



    @Hujan Lebat,
    thank you! ;)



    @CtSueraya,
    hehehe wahhh ni lagi hebat sbb dah daki gunung kinabalu! saya pulak ntah bila akan tercapai...



    @Janggel,
    untungla jugak dah sampai!



    @Nurizyan,
    terima kasihhh! penat tu mmg penat wehhhh! ntah xtau nak cakap macam mana tapi rasa mcm nk tercabut kepala lutut. kalo aku pun boleh, ko pun aku yakin ko boleh buat. ade je gadis2 muda duk hiking skali.



    @Masmz,
    hahahahha motif teringat?? terima kasihhh aku bangga dgn diri aku!

    ReplyDelete
  17. Hebat nyer korang mendaki.. Aku nak naik canopy kat Poring,KK pon semput.. Kalau nak pergi sini kene exercise dulu ni..

    ReplyDelete
  18. SubhanAllah.. cantik nyer gambar.. Seriously jatuh cinta ngan blog ni. Buat saya teruja tp nak pergi mgkn x kot...takut hiking..he#

    ReplyDelete
  19. gud info...sebenarnya tak tau apa ada di Surabaya..

    ReplyDelete