Friday, March 1, 2013

Surabaya, Indonesia - Part 3 : Bromo Permai Hotel & Senja di Bromo, Probolinggo

Assalamualaikum!!!

Pertama skali, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi blog KakiBerangan dalam MITBCA. Jasa korang amat aku hargai... terima kasih sekali lagi! Kalo ada rezeki, alhamdulillah... kalo kalah, adat pertandingan. 


Jom sambung perjalanan dari kawasan air terjun Madakaripura menuju ke penginapan kami di kawasan Probolinggo. Bak kata Pak Hafidz tu, tak jauh dah... kami sampai lebih kurang dalam pukul 5 petang. Kira-kiranya memang ngam-ngam nak tangkap gambar sunset dari celahan gunung-gunung di sekitar Bromo tu. Kiranya golden momentlah! Katanya! Hahaha...

Tapi sebelum sampai ke kawasan Bromo Permai Inn tu, kita akan melalui kawasan gunung-ganang yang bagi aku sangat indah! Ibarat macam kawasan di New Zealand jugak... tapi bias skit. Aku tetap suka lagi New Zealand. Tapi keindahan yang ada di kawasan Probolinggo on the way menuju ke tempat penginapan kami ni tidak kurang indahnya. Kalo cuaca sedikit cerah dan tidak berkabus, confirm lagi awesome! Hijau saujana mata memandang... asyik duk wow wow wow! Kat Indonesia pun ada kawasan shooting location The Lord of the Ring. Aku kata laaa... bukan korang kata! Hahaha.






Sepanjang perjalanan di lereng-lereng gaung dan gunung tu, kita akan lihat kawasan pertanian yang dilakukan oleh penduduk setempat. Ada tanaman kobis, jagung, tebu, ubi kentang dan macam-macam lagi la. Memang segar-segar aku tengok. Dorang punye kawasan pertanian, selagi boleh letak benih dorang akan letak benih. Kiranya kalo kereta lalu, buka tingkap petik je kobis tu. Hahaha punyelah dekat dengan jalan raya.




Sesekali, Pak Hafidz akan stop kat tepi jalan kasik chance kat kami untuk bergambar. Dia sendiri pun tak lepaskan peluang amek gambar kami duk bergambar. Katanya boss dia yakni Pak Wawan mahukan bukti! Wahh... begitu skali menjaga pelancong yang amek pakej dengan dorang nih. Bagus..bagus...



Pemandangan yang dapat dilihat disekitar kampung di Probolinggo. Petang macam ni dorang akan beriadah depan rumah  sambil berselubung macam gambar kat atas. Sejukk okay! 


Masuk je kawasan perkarangan Bromo Permai Inn, udara nyaman dan sejuk menyapa pipiku. Wahhh menyapa pipi nih! Sejuk lite-lite tapi tetap gigih sarung sweater. Katanya kat overseas haruslah fefeeling overseas dan sejuk. Tak gitu? Haaa... tapi still sejuk actually. Aku tak main-main. Tapi takdelah sejuk macam sejuk beku tu. Still bearable. Kuar je dari pintu kereta, ada beberapa penjual menyapa duk jual gloves, muffler takpun snowcap. Kiranya macam-macam warna ada. Petik je, sume kaler ada. Tapi jangan beli dengan dorang ni... sebab harga sedikit mahal. Nanti aku ceritakan kat mana nak beli yang murah.

Check-in kemudian.. kami pergi dulu ke kawasan look-out point dari Bromo Permai Inn tu nak tengok sunset. Alhamdulillah... selamat jugak kami sampai kat sini sebelum gelap. Memang cantek wehhh! Dengan Gunung Bromo kuarkan asap sayup-sayup kelihatan dari kejauhan. Snap sana... snap sini... amek sebanyak mana yang boleh moment yang menarik. Lepas tu dah abes tu, baru check-in. Segala kos penginapan kami dah termasuk dalam pakej yang kami amek dari tour agent kami. Tak perlukan kos tambahan pun. Semuanya diuruskan oleh mereka.



yang berasap tulah Gunung Bromo. Esok kami akan ke sana....





Hari semakin gelap... udara disekeliling semakin sejuk. Sekali lagi.. kat sini pun ada free wifi tau tapi hanya terhad dalam kawasan cafeteria dorang je. But still ok sebab banyak meja-meja yang boleh kita lepak. Nak order makanan pun boleh tapi biasalah harga sedikit mahal compared to kedai-kedai kat luar. Jom masuk bilik! Keadaan bagi aku sangat ok. Selimut tebal pun disediakan.. hot shower pun ada. Hot shower dia air panas dengan menghidupkan api yang real! Terkejut disitu... Air panas pun turut disediakan dalam ape bekas air panas tu? Tumbler? Kalo orang kelate panggil bekas bocong! Hahaha...





Lepas dah selesai menyegarkan diri, kami keluar makan malam. Makk aihhh! Sejuk okehhhh malam ni. Memang sejuk bukan main-main. Tetap bawak sweater. Kata Pak Hafidz, kalo nak makan kat coffee house Bromo Permai ni pun boleh tapi mahal ler skit. So, dia akan bawak kami ke warung-warung orang-orang tempatan makan. Tak jauh pun kira-kira tak sampai 5 minit pun. Tapi sebelum tu, singgah dulu kat kedai souvenirs nak beli snowcap and mafla. Hahah gedik terlebih... lagipun murah babe! 1 mafla yang agak tebal tu baru IDR20,000 dan snowcap lak baru IDR7,000. Haa...murah tak? Macam-macam kaler ade. Janggel, MasMZ siap beli banyak-banyak katanya nak buat souvenirs kasik orang. Macamlah Malaysia tu ada salji bagai! Puihhh! Hahaha. 

Dah setel membeli-belah, singgah ler kedai makan. Kecik je warung ni. Katanya kebanyakkan driver-driver akan singgah makan kat sini. So, kami order hanya nasik goreng bersama ayam goreng plus telur goreng. Jadiklah... aku macam biasa nasik putih, ayam goreng dan telur. Hahaha. Simple je hidup. Yela, kat Malaysia pun makan macam ni gak. Bersyukur.... less is more ye akak-akak. Tetap sejuk kat dalam warung tu. Orang lain siap pakai glove bagai. Adakah aku tak sejuk? Kulit tenggilingkah? Hahaha renung-renungkan.  Dinner malam tu hanya IDR21,000 seorang. Murah lagi kan? Alhamdulillah... kenyang dalam kesejukkan. 



ini semua poyo!!!! hahahah 


Kemudian, Pak Hafidz hantar kami pulang semula ke hotel. Macam biasa, malam masih muda so bertenggeklah kami kat coffee house untuk dapatkan free wifi dan tulis poskad untuk kawan-kawan yang berada di perantauan. Kekeke. Tak lupa, upacara meraih undi di kawasan sekitar. Alhamdulillah... kegigihan melampau! Sampai orang tutup lampu baru reti nak blah dan balik tido! Time tengah meraih undi, kami jumpa 2 orang gadis melayu Singapore yang datang bercuti. So, katanya Pak Wawan bos kepada Pak Hafidz, kami akan bersama mereka naik jip ke Gunung Bromo. Okla kot takde masalah. 




Okla.. tu je. Tido awal beb! Esok pukul 3.30 pagi dah nak bergerak menuju ke Gunung Bromo. Apa yang berlaku? Nantikan... 

Till then.. wasalam. 


17 comments:

  1. salam

    dah sampai poskadnya?

    poskad kami amik masa sebulan utk sampai ke Malaysia... lama betul!

    ReplyDelete
  2. masih menunggu poskad bromo tu sampai, mana la...

    cantek ha tempat nyer ek? menarik gak sejuk2 pi indon ni cuma baju sume tak ready, seb baik bleh beli kat sana...eh jaket mmg bawak ke?

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Kulit Akak tenggiling Dik! Walaupun sejuk sesangat masa pergi Bromo tu akak tak pakai jaket. Semua penjual jaket, sarung tangan menerpa kat akak suruh beli. Tapi akak tak beli. Orang yang jual tu semua heran, pasai apalah makcik ni tak pakai jacket, tak sejuk ke? Dia orang tak tahu akak baru datang dari Beijing. Masa tu bulan November 2012, winter di Beijing.

    Tetapi kalau tak biasa dengan winter di Beijing dan terus pergi Bromo akak rasa akak pakai jaket berlapis-lapis.

    Tetapi seronok kan dapat tengok gunung berapi aktif :)

    Wah gigihnya layan peminat :)

    Akak dah undi Danny utk menang award tu.

    ReplyDelete
  4. entry yang betul2 membantu..
    thanks beb..
    ingatkan sejuk2 cameron highland je, pastu baca diorg kata kalau malam, suhu almost 6 degree C..uh oh..

    ReplyDelete
  5. Untunglaaaaaa

    Motiffff nak dengki aku beli snowcap bnyak??? Jeles letew!

    Kbai.

    ReplyDelete
  6. iya
    gambar 4 org tuh POYO...
    hahah
    tergelak akak jab tadi...

    entry sangat detail
    i like
    (ha a..mana plak poskad itu sume? tak sampai? ish??)

    ReplyDelete
  7. bekas air panas 2 name ye termos...
    bukan tumbler...
    tapi pangkal hurup ye sme...
    boleh terima la...
    hihihiihi

    ReplyDelete
  8. banyak info yang berguna.. poskad tu untuk peminat ker?

    nak request satu ... hahhahaa...
    enjoy your trip.. :D

    ReplyDelete
  9. memang suasana yang lain bila tengok gambaq gunung bromo tu, betul cakap ko, macam citer lotr rasa, dekat area Isengard. gud luck danny utk mitbca!

    ReplyDelete
  10. Wonderful Images Collection,I Love Its,Death Valley My favorite Place,
    Cab Booking

    ReplyDelete
  11. @Kay,
    waalaikumussalam... poskad tak sampai lagi ler.. selalunya mmg lambat. kalo sampai dalam masa 1 mggu mmg ajaib. hahaha.



    @Biqque,
    hahahah poskad? tungguuu~ sbb aku pun tak dapat2 lagi. kitaorang bawak sweater je yela org kata sejuk2 lite2 cmtu je. tp aku ade spare longjohn dalam beg. pakai time tgk sunrise tu nnt. yg mcm mafla, glove sume mmg tertinggal.



    @Naramas Aman,
    Waalaikumussalam akak, yela katanya akak dah merasai suhu sejuk lagi teruk dari bromo kan. mmg dah kulit rasa kental dah. hehe. best akak! first time tengok gunung berapi nih. wlpn tak nampal lava merah panas tu. tp okla utk pengalaman berharga. ;)



    @Dzuchan,
    terima kasihh! sharing is caring~ ;) better be prepared than nothing. ye dok?



    @Janggel,
    hahaha untungla jugakkkk! boleh buat balut kamera!



    @Kak Anash,
    hahahah poskad akak mana kasik saya? x sampai2 lagi nih!



    @Takky,
    hahaha kannn lupa dahh~



    @Time Traveler Boy,
    nak jugak ke? insyaALLAH.. nnt kasik la address. Ade rezeki akan dapat nnt. ;)



    @Orga,
    hahaha mmg cantik bro. jgn lupa ke sana nnt okehhh! thank you for your support! ;)

    ReplyDelete
  12. Cruise Victoria offer cruises to tourist attractions in and around Melbourne. Hold your any function on our Melbourne Wedding Cruise.  Book Now!

    ReplyDelete
  13. ThanksFor sharing such Great Information about Beautiful place.
    Taxi Booking

    ReplyDelete

  14. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete
  15. salam...bole tak emailkn itirenary sepanjang kt sne and pakej yg uoll amik...
    asilawati87@gmail.com
    thanks in advance..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, boleh refer entry pertama utk trip bromo surabaya ni. ada disertakan nama pakej dan supir yang diambil. terima kasih. ;)

      Delete