G'day Mate!
Jom aku sambung bahagian ke-2 trip ke Melbourne Victoria aku nih. Kang lama-lama lupa lak nanti.
Hari pertama pun aku tak abes cerita lagikan. Lepas amek kereta dari Apex Car Rental tu, terusla set GPS menuju ke St. Kilda sebabnya kat situlah terletaknya penginapan aku untuk 3 malam sebelum bermulanya roadtrip secara jemaah. Nasib baik ada co-pilot yang mahir dalam selok belok GPS ni. Senang zap zap zappp terus dia setkan. Bukan 1 GPS yang guna okay.. ada siap back-up lagi guna smartphone. Just in case, our main GPS gone crazy. Hahah GPS yang aku sewa tu siap dah setting untuk jalan untuk elak tol. Jadik takdelah masalahnya nak bayar tol dikemudian harinya.
Lebih kurang pukul 10.30 pagi camtu mula bergerak menuju ke St. Kilda. Alhamdulillah, cuaca agak baik takde tanda-tanda nak hujan. Langit biru je ada la beberapa ketul awan duk golek-golek kat atas sana. Semoga macam ni la tiap-tiap hari hendaknya. Amin... dari airport ke Melbourne CBD amek masa kira-kira 30 - 40 minit bergantung kepada trafik. Kira agak jauhla jugak yela dengan speedlimit nak kene jaga lagi. Kalo tak, kene saman. Tak kuasa aku nak bayar saman yang mahal tuh. Bukannya kaya nak membayarnya kalo kene saman.
Okeh... cut the story short. Ada sedikit sesat nak carik St. Kilda Beach House ni.
St. Kilda Beach House
109, Barkly Street
3182 Melbourne, Australia
Website: Homepage
Aku missed part time buat booking thru hostelbookers yang kata St. Kilda Beach House located within Barkly Hotel. Hahaha asyik duk pusing area sama berulang kali. Ada dalam 2-3 kali duk pusing jalan sama, baru kawan aku nampak signage St. Kilda Beach House tu. Hotel Barkly tu sah-sah la nampak dari jauh dah sebab besar tulisan dia. Boleh lak tak perasankan... choi!
Dah jumpa tu, satu hal lak nak carik parkingnya. Hotel ni takde basement parking ye. Agak leceh kat situ. So, terpaksala carik petak parking yang available tu pun takleh parking lama-lama sebab maksimum hanya untuk 2 jam kalo waktu siang. Lepas pukul 10pm - 8am baru leh parking lama-lama.
Dah parking, seret lak bawak beg nak check-in walaupun jam dalam almost 12 tengah hari. Gamble jela... kalo bilik dah ready terus masuk. Boleh la refreshkan diri yang muka ntah pape sekor-sekor nih! Hahaha. Busuk bangkai haiiii~
Macam biasa disambut oleh reception Australian Lady yang pekat sungguh accentnya. Tapi aku tetap faham.. Malaysian born Caucasian katanya. Pfffttt! Hahahah gampang sungguh. Dari Malaysia, aku dah siap-siap booked 6-beds dorm untuk kitaorang. Yela, duk hostel nak jimat abes katanya. Booked jela yang ada 6 katil je share-share dengan orang lain. Nak jugak minglekan nak brush-up accent yang dah memang takde nih. Bunyi accent kelate jah banyok nih! Pastu, receptionist tu kata actually booking aku dah bertindih dengan booking lagi satu. Meaning dorm yang aku nak tu dah tak available. Dorm aku booked ni berharga AUD24/night untuk sorang. Kiranya stay 3 malam jadik AUD72/pax. Haaa sudahhh... Tapi takpe, tak perlu khuatir sebab dia gantikan kami dengan bilik hotel 4 orang. Kiranya ada attached bathroom skali untuk harga yang sama. Okla... for me it's not a big deal as long as I can sleep like a baby. Hahaha.
Ok dah setel bayar semua.. masuk bilik ler ada 1 queen bed and 1 bunk-beds. Okla luas gak tak terlalu sempit. Ada shared kitchen kat level bawah kalo nak masak-masak.
Dah masuk bilik tu, segarkan diri, shalat zohor semua. Dah setel tu, perut la lapar mintak makanan pulak. Yang paling senang ialah makan megi! Turunlah ke kitchen buat megi guna air panas. Senang dan pantas! Time ni lebih kurang jam 2 petang camtu. Cuaca kat luar pun amatlah elok skali. Amat sayang kalo takmau keluar awal-awalkan... rugi-rugi. Datang jejauh nih dari Malaya.
1 je kekurangan kalo stay kat St. Kilda Beach House ni yakni stesen tram yang terdekat adalah terletak depan Luna Park entrance kira-kira kene menapak dalam 600 meter camtuh. Okla actually takdela jauh mana pun sebab cuaca sejukkan. Fine by me. Tapi sebelum naik tram tu, jom beli Myki card dulu kat mana-mana 7E which is same like touch & go kat Malaysia. Can be used to ride on tram, train and buses. Harga kos untuk Myki card ialah AUD6/card. Pastu boleh reload sebanyak mana yang boleh. Tapi since nak guna kejap je, so kitaorang topup hanya AUD10.
Untuk keterangan lanjut ---> Myki Fares
Maybe ada yang kurang faham macam mana tambang myki ni dikira. Aku try simplified benda ni untuk korang faham.
1. Ada Zone 1 & Zone 2
2. Kebanyakkan tempat menarik dan city terletak di Zone 1, area suburb pulak terletak di Zone 2 kiranya pinggir bandar camtu.
3. Untuk penggunaan 2 jam di Zone 1 hanya AUD3.50/pax. Jadik, dalam masa 2 jam ni, korang naiklah sebanyak mana tram, buses or train hanya dikenakan charge sekali sahaja yakni AUD3.50.
4. Kalo nak guna 1 hari terus i mean daily, terus topup kat mesin topup myki berharga AUD7/day. Haaa... naikla banyak mana pun hanya AUD7 je.
5. Untuk Zone 2, boleh refer kat website kat atas tadi untuk keterangan lanjut.
6. Kalo guna hari Sabtu & Ahad, kadar Myki untuk Zone 1 & 2 hanya dikenakan AUD3.50.
7. Bila naik tram, jangan lupa touch kat mesin tuh. Kalo berjalan dalam Zone 1 sahaja, tak perlu touch-off bila nak turun kecuali turun di Zone 2.
Faham tak? Hahahah kalo tak faham, kenela datang Melbourne sendiri nanti. Hiks.
Dari depan tram stop depan Luna Park tu, kitaorang naik tram yang bernombor 96 menuju ke Bourke Street yang terletak tak jauh dari Flinders' Street Station yang femes tuh. From there, kitaorang berjalan menuju ke Flinders' Street Station.
Cuaca best gilerr!!! Alhamdulillahh....
hellloo Melbourne! It's totally good to be backkk! - Flinders Street Station- |
Ok... aku nak bagitau street yang penting untuk kita semua ingat kalo berada kat area CBD ni.
- Flinders Street
- Elizabeth Street
- Swanston Street
- Bourke Street
- Collins Street
Kalo korang hafal lokasi streets ni, insyaALLAH korang akan mahir nak jejalan kat sekitar tu sebab jalan-jalan ni adalah paling happening skali i mean hidup siang atau malam.
Dari situ, aku memang target nak pegi Melbourne University yang tak jauh dari situ. Aku punya previous trip memang langsung tak sempat nak singgah. Kiranya university ni antara my main target nak jejak kaki. Yela, cita-cita nak belajar overseas masih belom kesampaian which is InsyaALLAH. Jejak kaki jejalan pun kira jadiklah untuk tengok keadaan sekeliling. Honestly, aku suka tengok keadaan kawasan persekitaran dalam mana-mana universiti kat overseas nih sebab ada banyak bangunan-bangunan lama yang penuh sejarah yang masih digunakan. Klasik dan nostalgik!
Dari Swanston Street, just naik mana-mana tram yang menuju ke Melbourne University as their last stop. Tak lama pun lebih kurang 10-15 minit camtu.
Honestly, aku lupa dah nama fakulti ape yang kitaorang lalu. Tapi tak silap Law Faculty.
Cakap banyak pun tak guna... jom layan gambar.
musim bunga sudah bermula.... |
ada gaya macam kat hallway Hogwarts tak? |
South Lawn inside the Melbourne University |
cuaca bestnyaaaa!!! aaaaaaaaaa sambil berlari macam kanak-kanak riang |
halaqah kecik berlaku ditengah padang |
groupies tengah bersembang |
sambil rehat-rehat. I wanna do like this! Can't I??? |
Clock Tower |
bahagian lain |
The Union House |
Bila dah hari semakin petang tu, kitaorang menuju semula ke Flinders Street Station untuk makan dinner kat Lords of Fries. It's halal ok sebab ada sijil terpampang kat dinding. So, makan ni laaa...
Then later, menuju ke Woolworth sebab nak beli groceries skit. Then terus balik ke hotel. Then we call it a day.
Penat woi...
Till then.. bye!
salam,
ReplyDeleteSuka baca entry australia awak, esp on melbourne. gambar pokok dengan effect autumn daun merah tu sebiji macam pokok Harry Potter kat the Cloisters, New College in Oxford.
waiting more updates on Melbourne!
Entry ni buat kakpb berangan sbg student disana, dok atas rumput baring2 sambil menikmati keindahan...huhu...
ReplyDeletehaha best2...nama jalan2 tu mmg teruss terbayang dlm kepala + bentuk 4segi Melbourne CBD terus terukir dlm kepala gak...hahaha aku suka melben!
ReplyDeleteaku mmg salute la kat ko...setiap post ko bkn saja gambar cantik2, tapi info sgt sgt sgt lengkap dan berguna. keep it up!
ReplyDeletep/s: aku suka guling2 kat padang baca buku...tapi nasib tak kesampaian...huk huk!
@Ernie Khairina,
ReplyDeletewaslam.. terima kasih sbb sudi baca. ;))) owhh pokok tu ada nama rupanya pokok harry potter!
@Zana Fahmi,
hahah akakkk! sy dah buat aksi tu. bergolek, berbaring, merangkak sume ada kat atas south lawan tuh. takde sape pun kisah. kekek best best!
Kalau lah Msia tidak terletak di Garisan Khatulistiwa, pastu cuaca dan langit secantik di Aussi...udara tidak tercemar oleh tindakan manusia..boleh lepak, baring2 atas rumput dlm cuaca dingin..alangkah nikmatnya kan..tapi perlu REDHA kerana Allah lebih tahu akan Ciptaan nya kan..ahaha..pesal tetiba JM merapu nih
ReplyDeleteTeringin nak join halaqah kecik ittew.
ReplyDelete@DJ,
ReplyDeletekannn... tu jalan2 utama yang wajib ingat kalo kat CBD. gerenti best jalan2 kat situ. aku pun suka!!! ;)))
@Biqque,
hahaha thank you thank you! bertabahlah nnt ade hikmah yang bakal menjelma. insyaALLAH. ;)))
@Jari Manis,
hahah kadang2 pun terpikir benda yang sama. kan best kalo cuaca kat malaysia ni sejuk2 aircon je. nikmat skit. hakikatnya, kejadian Allah tu dah sempurna utk semua ummat-Nya.
@Fida Jacob,
hahaha giteww layak ke? ;p
Seronoknya. Adik sy study di Melbourne juga. InsyaAllah ada kesempatan nanti akan ke sana. :)
ReplyDeleteCantiknya Melben!!! Terpaksa pegi!
ReplyDeleteaaahh tengok balik gambar MS masa pegi sana nape tak secantik gambar-gambar kat sini...
ReplyDeleteokey nampak sangat MS tak pandai tangkap gambar! frust lah camni terpaksa terima hakikat huhu
oh i luv melbourne..boleh mengimbas memori kat sana nih!! St kilda tu kalo x salah sy tempat mcm byk perumahan gitu..sy pernah jalan2 area tu..tenang je. Sunsetpun cantik..kalo nasib baik boleh jumpa penguin
ReplyDeleteWajib folo blog melb u coz last time pi perth pon i folo ol the details written in this blog mmg tepat ol the info... X sbr nk book tix to melb!
ReplyDelete@Hani,
ReplyDeleteinsyaALLAH ade rezeki dpt jejak kaki kat sana. amin... ;)))
@Janggel,
haaa sila sila sila!!!!
@Mrs Smile,
bertabah jela MS. terima kasih atas sokongan anda! ;)
@Zila,
i love melbourne too!!! aritu sy tak sempat nak jejalan kat st kilda beach sbb dh penat. ;(
@Iris Maryam,
terima kasih atas sokongan tuh! ;)) yeayy nak pegi melbourne lagi! hiks.
Rindu plak dgn Melbourne, st Kilda pegi pon kejap jek, insya Allah kalu ade rezeki boleh la singgah lagi
ReplyDeleteMalaysian born Caucasian sungguh. Tu yang header blog jadi gitu juga ye.
ReplyDeleteTengok gambar & baca cerita kat blog ni, mesti menggaru2 hati nak menjejak juga. Insha Allah, my time will come. Gitu.
Keep updating KB!
1. Wah banner dah tukar. Tagline pun dah tukar dari no money no talk jadi arrogant pulak...tapi best jugak macam tu he he he
ReplyDelete2. Hostel kau orang best le...boleh masak..luas
3. Jalan-jalan yang KB senaraikan tu semua saya hafal dan tahu kat mana lorong-lorongnya :)
4. Gambar kat Uni membuatkan saya teringat masa saya student kat sana dulu. Rindunya!!!!!!!
5. Dulu kalau saya travel saya suka cari uni.
setuju dengan kak naramas henry, header dengan tag line tukar yer...betul cakap ko tu, kekadang arahan yang bagi tak faham sangat, kena pergi experience sendiri baru paham, ahaha...
ReplyDeleteDah komen sebelum ni pastu bila masuk hari ni WAHHHHHHh...ternganga kejap..HEADER dah BERTUKAR..tadi tgk blog Janggel pun dah tukar..oohh.janji eehh...MCM tu lahhh..baru nampak FRESSHHHhhhh...pic sesuai dgn tagline
ReplyDeleteDah tercapai cita-cita John hendak belajar di luar negara...Tahniah.
ReplyDelete