Monday, October 21, 2013

Victoria 2013 : #8 - The Split Point Lighthouse | Halal Foods in Apollo Bay

G'day Mate!

Entry hari ni adalah berkaitan sepanjang perjalanan di Great Ocean Road yakni hari ke-5.

Entry tahun lepas di Great Ocean Road ---> SINI 

Iklan sekejap: Bagi semua pemenang kontes aritu, ada sesiapa yang dah dapat ke? If yes, appreciate if you guys could update me via email or drop a comment okay? Thanks! 

Orait!

Hari ni begitu indah di sekitar Queenscliff sebelom aku bertolak menuju ke Great Ocean Road. Bagi aku, kalo sape-sape yang datang ke Melbourne, memang taksah kalo tak terjah sekali ke Great Ocean Road (GOR). Memang tak lengkaplah trip seseorang tu kalo tak datang sini. Ngerti? And again... semua ni bergantung kepada minat seseorang. 

Ni merupakan kali kedua aku nak terjah ke GOR ni. Kalo dulu aku hanya duk kat bahagian penumpang je. Tapi kali ni aku lak yang jadik driver. Boleh la rasa experience macam mana keadaan jalan ataupun suasana kat GOR tuh. Muntah hijau ke tidak? Ahaks!




Jarak dari Queenscliff (A) menuju ke pintu gerbang (landmark) GOR (B) ni kira-kira sejauh 108km (2 jam drive). Jauh gak tu... tu tak termasuk nak stop-stop untuk amek gambar lagi bagi mereka yang suka bergambar sakan. Harus ingat, trip ke GOR ni memang memakan masa yang bagi aku agak panjang. Kalo setakat nak buat day trip, insyaALLAH  boleh takde masalah tapi bagi aku macam agak terkejar-kejar. Kalo ada masa lebih, why not spend a night kat mana-mana pekan kat area GOR ni. Menarik? I would say definitely yes! 

Perjalanan aku aritu bermula pada jam 9 pagi, mula-mula tu carik stesen minyak dulu nak penuhkan tangki minyak. 

Informasi: Harga petrol di Australia/New Zealand adalah berbeza di setiap kawasan. Maksudnya... "semakin jauh petrol station dari bandar besar, semakin mahal harga petrol". Tapi beza harga contohnya di Melbourne City vs Queenscliff tidak akan melebihi AUD1/liter. 

Tips dari Kaki Berangan: Normally, dalam merangka roadtrip macam ni, aku akan allocate duit petrol dalam AUD50/day - AUD60/day. Then, bahagi dengan jumlah penumpang dalam kete tu. InsyaALLAH cukup sangat dengan allocation tuh. 


Jadiknya... hari tu isi minyak kasik penuh terus. Untuk seharian perjalanan di hari ke-4, kene isi minyak sampai full tank adalah AUD53/car. Ingat ni untuk hari ke-4 ye yang cover Phillip Island sume tuh. 

Uishhh... panjang lak elaborationkan? ;p cerita perjalanan pun tak start lagi nih! Damn it! 

Alhamdulillah... hari ni langit biru yang amat! Harapannya supaya cerah sampai ke petang la hendaknya. Amin.. 

Time dalam perjalanan tu... terjumpa pulak ladang bunga canola yang amat luas! Kuning sekuningnya! Haaa... camtuh skali kuning! Banyak digunakan untuk dibuat minyak masak ataupun marjerin. Ladang ni adalah kepunyaan peribadi tak silap... ada pagar yang memagari kawasan ladang ni. Kalo takde pagar, dah lama berlari ala Bollywood di celahan bunga-bungan nih! Redho~ 



tengokkk! belakang pokok tu ada lagi!

langit yang membiru....

kita zoom-in skit~

Tak lama selepas tu... drive lagi drive lagi nampakla signboard GOR. 



Pekan pertama yang akan kita jumpa kalo lalu kat GOR ni adalah Anglesea dan kemudian Aireys Inlet. Kat sini ada satu rumah api yang wajib terjah kalo ada masa. Histori tempat ni tak silap ada aku tulis dalam entry tahun lepas seperti kat atas tuh. Maka, takmau korang boring baca kita layan gambar jela. Time ni tak brape sejuk dah.. maybe sebab matahari begitu terik memancarkan cahayanya. Memadai dengan pakai t-shirt je aritu. Huks. Takpe... jaket tinggal dalam kete. 

Time ni jugak... nak kencing! Damn it! 

Jadiknya.. kat Split Point Lighthouse di Airey Inlets tu kitaorang turun. Sama takde yang berubah tempat ni dari kunjungan aku yang lepas. Terus la carik toilet, ada satu coffee shop! Tapi tanya punya tanya.. dia kata only for customer! Terpaksa terkepit-kepit tahan kencing sebelom tiba kat the next pitstop! Sempat jugaklah pusing seround kat kawasan rumah api tu...

Menceceh banyak tarak guna... kita layan gegambar okeh! 

keadaan jalan di Great Ocean Road. Bengkang bengkok dan banyak selekoh tajam! Takleh terlelap pun kat sini

tadaaaaa~ The Split Point Lighthouse

private house yang mengadap laut. I'm so jealous! Wanna have one please....




Sedikit info berkaitan dengan Split Point:

"Split Point is a geological wonder - born of fire and sea between 24 and 29 millions years ago"

29 million years ago, liquid lava at over 1,000 degree celcius erupted from a volcano only metres from this point. The lava cooled and crystallized to form the dark, hard layer of basalt rock you can see at the base of the cliffs. 

Another, more explosive volcano near where the lighthouse now stands, blasted ash and super-heated rocks into the air. They fell to earth and solidified to form a clayey, light brown rock called tuff. The tuff layer gets thicker in the cliffs east of here and is studded with erupted rocks. 

The basalt shore was flooded by arising sea 24 million years ago. Sand and shelly fragments settling on the bottom of the sea slowly built up and cemented together to form a yellowy limestone that now forms the cliffs upper layer. 

The limestone is full of fossilised shells and other marine creatures. 

Nak tau lebih? Kene datang sendiri okay~ 


the best place to spot whales during winter season!




rumah orang ni.. tepi cliff. bestnya!!!

bunga pelik? wild flowers tak silap...

Dah abes ronda.. masuk kete balik! Masih lagi menahan kencing... hahahah. Next ialah pintu gerbang Great Ocean Road. Stop kejap je untuk amek gambar kenangan... yang lain takde minat nak keluar baca info sejarah kat tugu peringatan kat situ. Plus, hari agak panas! 



Dari pintu gerbang GOR ni, bermulah perjalanan experience sebenar. Jalan tu memang kene selalu dalam keadaan sedar time memandu sebabnya... jalan dia masyaALLAH bengkang-bengkok! Takleh nak laju mana pun. Range speed dalam 60-70 km/h je. Okla.. kang takde yang terbabas masuk laut lak. Tapi view sepanjang perjalanan memang cantik. 

Dari sini nak sampai ke Apollo Bay yakni sebuah pekan yang agak besar dalam 25km je. Tapi time drive tu rasa macam berejam nak sampai sebab asyik duk kawal stereng! Apollo Bay kiranya macam pitstop la sebab kat sini ada macam-macam kedai, taman dan jugak rest stop! 

Yang penting kat sini lah jugak makan lunch yang Halal, nama kedai tu adalah Iluka Restaurant. Last year datang makan kat sini jugak. Untuk gambar boleh refer kat entry tahun lepas kat link kat atas, ataupun refer kat website dorang ---> http://www.ilukamotelrestaurant.com.au/

Ya ALLAH... aku suka giler kat sini sebab cuaca cantikkk yang amat! Plus, ramai family datang jejalan gak sebab dah bermula musim cuti sekolah. Kira kawasan sini agak meriah orang ramai. 




sijil HALAL di luar pintu masuk

jemput makan fish and chips yang berharga AUD10/meal tidak termasuk air. sos cili dan mayonis kat dalam bekas bulat tu dijual berasingan ye berharga AUD1/each


yang ni pulak AUD10/meal jenis combo. pick any 2 dishes for AUD10. spageti dan lasagna. Aku suka rasa dia, pau kawan punya je. hiks.

Dah setel lunch yang enak bangat, kitaorang pegi lak kawasan taman kat depan restoran Iluka ni sebab nak carik port untuk shalat wajib. Adalah jumpa satu kawasan bawah pokok yang redup. Toilet pun tak jauh dari kawasan tu. Tapi time ni dah start sejuk balik walaupun matahari terik memancar. Berangin pulak.... kalo lepas amek wuduk tu terketar-ketar jugaklah bila angin meniup ke muka suci bersinar nih! Hahahaha...

Jom layan gambar sekitar...




tetap berkelah tengah panas! tapi takpe sebab angin nyaman je....


Ok dah... lepas tu masih lagi meneruskan perjalanan yang masih lagi jauh! 

Till then... bye!

19 comments:

  1. Wahh..ladang bunga canola..seluas luasnya tapi musykil sikit mcm nana dorang nk petik bunga2 tu eh...guna mesin seperti mesin padi tu ker..pastu nak tanam semula..

    Aha..mmg betullah rugi kalau tak pergi GOR ni sbb view sangat cantikkk!!!...

    ReplyDelete
  2. Tak try mandi laut ker heheheh

    ReplyDelete
  3. @Nurzakiah Hanum,
    mmg bestt! ;)))



    @Jari Manis,
    haaa bab petik2 tu tak pasti. tp rasa mesti guna mesin mcm petik daun teh kot. takde lak nampak orang duk buat keje time ni.



    @Janggel,
    hahaha sejukkkkk!!! tp ada orang duk main surf board kat situ gak.

    ReplyDelete
  4. err...masih belom dapat lagi la...

    ReplyDelete
  5. cantik weh wild flowers purple tu!

    ReplyDelete
  6. masa pi GOR aritu, lalu gak ldg canola ni...tp aku tido la masa tu..member aku yg tengok..cantik giler dia ckp...tp takleh benti la sbb kami ikut tour group...haish...tp apesal laa masa korg pi Apollo tu matahari best!masa ktorg smpai situ, kelam jer + angin kuat giler!nak solat bawah pokok besar dpn Iluka tu pun terbang-terbang dah rasa...hahaha

    ReplyDelete
  7. Ya-Allah entry ni buat MS bertambah tambah rindu dgn tempat ni! kena repeat gak ker camni hadoi!!

    MS sempat picnic gak kat bangku2 tu untuk lunch..terus rasa sedap sangat bekal walaupun nasi dengan sambal ikan bilis + kopi panas!

    ReplyDelete
  8. @Hulubalang,
    hurm... harap2 sampai rasanya this week la kot.



    @Biqque,
    haaaaa aku pun rasa cantikkk! ;)



    @DJ,
    bertabah jela... kalo naik tour mmg mcm tu takleh nak stop suka2 hati je. ;( solat jela bawah pokok tu sbbnya takde tempat dah. tp syiokk gak. hiks.

    ReplyDelete
  9. ok nak update...dah dpt hadiah tu...thankssssss...lom buka lagi ni.. nnt akan diupload lam IG hahaha

    ReplyDelete
  10. bestnya.. sejuk mata memandang..sejuk lagi kaki yang memijak .. <3 <3

    ReplyDelete
  11. huhuhu jeles tahap gaban ni.... ari tu bunga tulip berkembang berwarna-warni la ni bunga ganola la pulak boleh meroyan akak dik non oiiii tenguk bunga saujana mata memandang memang asyik ni ... peletum peletum.. ooo mere bubaaaa


    ReplyDelete
  12. word catchy...."muka suci bersinar?"



    errr


    *putera lindungan kaabah?*

    pengsan akak barang seketika

    ReplyDelete
  13. @Hulubalang,
    hoorayy! orait!



    @Cikda,
    alhamdulillah.. nanti rezeki cikda pulak dpt jejak kaki. ;)



    @Notie,
    hahaha bertabah jela~ hantu hindustan ler ni. ;p



    @Kak Anash,
    hahaha pitam akak oiii!

    ReplyDelete
  14. Sy pon da dpt hadiah kontes tu..TQ ;)

    ReplyDelete
  15. Ya Allah cantiknya bunga-bunga tu...geramnya....

    Fish & Chip, lamb memang favorite akak....I miss these so much...

    Bertuah HF dapat jumpa yang halal.

    ReplyDelete
  16. @Yusri & Ryehanna,
    alhamdulillah... terima kasih.



    @Naramas Aman,
    mmg cantikkk akak. mmg bertuah betol dapat jumpa tu. tula. alhamdulillah dpt jumpa yang halal. tu yg makan terus. ;)

    ReplyDelete