Thursday, October 17, 2013

Victoria 2013 : #7 - Dari Sorrento ke Queenscliff (Searoad Ferries)

G'day Mate!

Kepada semua pemenang 1st GiveAway Contest aritu. Mintak maaf banyak-banyak sebabnya aku baru je poskan semua hadiah-hadiah tu semalam. Harap-harap korang nanti update aku ye kalo dah dapat. Takot ada yang tak sampai ke tangan nanti. 

Orait! Kali ni bersambung dari Phillip Island menuju ke Sorrento. Kalo tahun lepas, memang niat asal aku kalo dari Great Ocean Road takmau terus balik ke Melbourne sebabnya next day nak terus ke Phillip Island. Kiranya dari Queenscliff naik feri terus ke Sorrento. Jimat masa kat situ. 

Boleh refer peta kat bawah kalo nak lebih pemahaman...


Selain daripada tu, aku nak jimat masa kat situ. Kalo korang tanya, ada jimat dari segi duit atau tidak. I would say no! Takdela jimat duit mana pun sebabnya adalah kene bayar duit feri dan jugak duit accommodation kalo overnite kat area Queenscliff mahupun Sorrento. 

And again... this is all about nak merasa naik feri. Hiks. 

Untuk makluman lanjut untuk pengangkutan feri boleh refer kat ---> http://www.searoad.com.au/ 

On the way tu... macam biasalah nak speed laju-laju pun takleh. Kang tak pasal-pasal kene tahan polis pastu kene saman lak. Tak ke naya tu. So, nak taknak memang ikut speedlimit jela. Thank God kete sewa aku tu ada auto-cruise mode. Since jalan kat sini kebanyakkannya lurus selurus-lurusnya. Maka, takdela penat mana kaki duk tekan pedal minyak je kejenya. Terus set certain speed, then just maintain jaga stereng je supaya tak terbabas. Actually, ni first time pakai. Memang besttt! 


Alhamdulillah.... selamat jugak aku sampai ke jeti kat Sorrento tu. Teruslah pandu masuk ke bahagian nak bayar. Then, disambut pulak dengan pekerja kat kaunter tu. Time tu dalam pukul 5.00 petang. Tapi dia kata feri baru je terlepas. Ada lagi satu last feri akan bertolak dalam pukul 6 petang camtu. So, nanti datang balik. Jadiknya... sempatlah stop jap kat kawasan sekitar kalo ada yang nak buang air ke ape. 

Suasana petang tu best sangat! Tenang dan damai... plus ada sedikit sejuk. 

menuju ke jeti, tak ramai orang pun


pintu masuk bagi mereka yang bawak kereta, nanti beli tiket kat kaunter sebelah kanan. ibarat toll-gate

kawasan sekitar... tenang dan damai

tugu peringatan

tinggalan batang pokok


Lebih kurang 15 minit nak pukul 6 camtu, kitaorang semua dah get ready masuk semula dalam kete dan terus ke kaunter nak beli tiket sementara nak tunggu feri. 

Ni adalah harganya:


Bentuk feri dia mengingatkan aku macam feri kat Penang tu. Yang aku penah naik sekali je dalam seumur hidup. Okla penah gak naikkan. Hiks. Feri boleh muat kereta masuk skali dan ada dua tingkat untuk isi kereta kat dalam tu. Ada ruangan menunggu dan jugak cafe kat bahagian dalam. Kalo yang suka duk kat outdoor, upper deck ada ruangan terbuka. Memang syiokkk hirup angin petang. Tapi sejuk ler.... 

inilah ferinya

ruangan kereta, ada 6 rows atas bawah

jeti tepi pantai

Perjalanan feri ni mengambil masa kira-kira 30 minit untuk sampai ke Queenscliff. Sempatlah kita turun dari kereta jejalan kat bahagian atas pulak. Kalo nak minum coffee pun boleh la beli plus nanti akan dapat complimentary wifi on-board. Hoyehhh!!!

Time jejalan kat atas tu, sempatlah layan sunset time tu. Jadiklah... 








Aku rasa ni mungkin feri terakhir, jadiknya memang tak ramai orang langsung atas feri tuh. 

cafe


upper deck... nyaman! 

ruangan menunggu berserta playground untuk budak-budak

ruangan menunggu lagi

batang aiskrim? takde motif pun... saje. 

By the time kitaorang sampai kat Queenscliff, hari dah gelap! Teruslah set GPS carik accommodation kitaorang untuk malam tu. Queenscliff ni macam bandar mati. Sunyi sepi... kalo ada yang hidup pun ada beberapa buah cafe kecik. Tapi since penat semua orang, takdela explore pun. Malam ni insyaALLAH makan sedapp! 

Tu je... nanti sambung lagi. 

Till then... bye!

22 comments:

  1. sebenarnya kan risau sangat nak masuk sini sebab nanti hati MS mesti rasa rindu nak dtg sana balik sebab nampak gambar semua cantik2!

    bestnya dapat naik feri time2 cengitu layan sunset!





    ReplyDelete
  2. @john
    bestnya dpt gak aku tgk route yg patut aku cver aritu tp xcover2. hahaha. mmg sebijik feri penang tu just lebih bersih (of course!) and exclusive! tmpt duduk smart ah..

    ReplyDelete
  3. subhanallah.. cantiknya langit tu..

    ReplyDelete
  4. @Khairuddin Lim,
    terima kasih! ;)) salam blogger gak.



    @Mrs. Smile,
    bertabah jela... lambat lg ni nk abes. hiks. ;) tula sy sendiri pun rindu nk pegi sana lagi. ewahhh! hahaha.



    @Abbaz,
    gitu! aku pun suka sbb terlaksana jua akhirnya! yes lebih bersih dan kemas yg amat! rasanya feri ni besar lagikan..



    @Azura Aziz,
    subhanaALLAH...mmg cantik. ;)

    ReplyDelete
  5. @john
    aah nmpk mcm lg besar! best2. tp tula kat oz ni kalo pekan yg happening happening abes! tp kalo lemau, lemau mlmpau ah. keepidap. ni cite naik feri je ni. xpuas inzalna! hahahahah

    ReplyDelete
  6. Nak merasa naik feri katanya..heheeh..ohh patutlah kiranya ini kali ke 2 lah eh..kalau cam tu JM kalah..coz baru naik sekali seumur hidup..tapi kalau Cruise..byk kali :-) pastu lak naik time sebelum sunset..argghh..cantik

    Kalau kete ada auto cruise ti kiranya..boleh nyanyi sambil hentak2 kaki kan..tak lah bosan

    Kalau dah kreatif..susun batang aiskrim mcm tu pun nampak cantik..makan sedap?..suspend je..mkn apa tuuuu

    Panjangnyer komen...

    ReplyDelete
  7. @Abbaz,
    hahahahha inzalna? pitam! lol. tp tula.. kalo sunyi tu mmg ibarat haunted town gituh.



    @Jari Manis,
    hiks.. untungla JM slalu naik cruise ke mana tu? syiokkknye dia.

    ReplyDelete
  8. mati2 aku ingat batang eskrem tu biskut jari! huh!

    best ek naik feri dgn keta...mcm penang lak hehehe. jauh gak dari philip island tu nak lalu tepi shore ha...patut buat jembatan jer dah terus hop hop sampai shoreham kihkih!

    ReplyDelete
  9. @john
    yela inzalna? xkan nk aku tulis rembesan lak kot???!!! ROFL! hahah~

    ReplyDelete
  10. aku tgh bayangkan mcm mane ko tahan diri dari drive laju masa kat c2...
    lagi2 bila jln kosong sekosongnya tanpa kete len...

    ReplyDelete
  11. Angin kuat tak masa naik feri tu? Masa saya pergi hari itu, angin subhanallah kuatnya.

    ReplyDelete
  12. @Biqque,
    hahahahah motip ko x gosok mata sebelom tgk? hahah ;p perasaan feri dgn kete? takde perasaan biq oii... biase2 je. okla penah naik jugakkan orang kata. yes.. mmg jauhhhh nak smpai sbb dia macam takde jalan tepi coastal.



    @Abbaz,
    hahahah scarynya ustaz abbaz nih! hahah



    @Takky,
    hahahah yela.. biasnya kaki racingkan. ewahhh! mana biasa bawak kete slow-motion camni. hahah kalaulah boleh tekan pedal mintak sekuat hati!



    @Naramas Aman,
    tak kuat mana akak. biasa2 je tp sejukla kat luar tu.

    ReplyDelete
  13. cantiknya sunset tuh!
    cantiknya awan tuh!
    cantiknya feri tuh!




    ok
    bab feri..akak tuntut feri penang!!!
    aritu tak dapat naik.

    kbai

    ReplyDelete
  14. batang eskrem tu terpakai ke apa tu? mcm ada kesan gigit gigitan je? hahaha

    ReplyDelete
  15. @Kak Anash,
    hahahha giteww... lawa kan? ;)) motip nak tuntut selepas 2 tahun sudah berlalu? ewahhH~ thanks akak sbb nk belanja kami semua. xoxo.



    @Khai,
    hahaha taklah. btg aiskrim tu digunapakai sbg pengacau minuman pengganti sudu.

    ReplyDelete
  16. alamak..cantiknya gambor sunset bro!!!

    ReplyDelete
  17. Tak macam ferry kat pulau pinang pun.. yang ni lebih cantik dan ada cafe bagai :P

    Nasib la ada ferry lagi lepas kol 5 ptg tu.. :D by the way jealous sgt dgn gambar2 bro ni.. :P

    ReplyDelete
  18. @Maszuber,
    terima kasihhhh! ;) tak payah nak alamak alamakk sangatlah! ;p



    @Time Traveller,
    hahaha tak mcm ke? lebih kurang je fungsinya. tp bentuk lg besarkan. ;) terima kasih bro! ;)))

    ReplyDelete
  19. ohh ini rupanya ferry dia. selesa juga ye. tengok mcm sama keadaan ferry dover-calais.
    suka nama Sorrento tu, sebab same nama dengan my favorite place kat southern italy =)

    ok cecepat sambung cerita ye

    ReplyDelete
  20. selama saya dok snap sunset..tak pernah dpt snap matahari yang bulat gitu :(

    ReplyDelete