Friday, October 25, 2013

Victoria 2013 : #11 - Boroka & Reed Lookouts | The Balconies

G'day Mate!

Bersambung lagi perjalanan menuju ke Halls Gap. Alhamdulillah selamat tiba di Halls Gap lebih kurang jam 11.30 pagi waktu tempatan. Kat Malaysia, lebih kurang jam 9.30 pagi. Tengah sibuk duk breakfast kat cubicle sambil makan biskut cap ping pong cicah milo panas. Dapp errr! 



Cuaca aritu memang betol-betol membuatkan aku dan yang lain-lain semangat nak terjah kalo boleh semua tempat yang ada kat area Halls Gap ni yang terletak dalam The Grampians National Park. *gigil ketaq*

Tapi mula-mula skali... carik toilet! Nak terkucil dari jauh lagi sebelom sampai pekan Halls Gap ni. Terus la terjah ke area Information Centre. Kat situ ada toilet. Ddah setel semua tu... masuk ler kat information centre tu korek-korek info yang mana patut. Specifically asked for a map. Honestly, aku takdela gigih download maps segala bagai sebelom datang sini. Tapi aku ada buat some research and jotted down a few places yang aku rasa wajib jejak kaki untuk tengok sendiri. Then, bila betol-betol sampai barulah amek peta segala bagai. 

Boleh aci kata gamble tak? Ahaks... kalo tak pun takpe. 

Untuk tempat menarik disekitar Halls Gap ni boleh refer kat website berikut:



Mana tau kalo-kalo ada idea ape yang menarik ditawarkan kat The Grampians ni. Tapi bile ditilik-tilik setiap tempat menarik ni, actually aku kembali waras yang memang tak boleh nak terjah semua tempat yang ada dalam masa satu hari ni. Actually not even full day solid pun kat Halls Gap ni. Yela kitaorang sampai pun dah almost noon. 

Kalo betol-betol nak, maybe kene spend about 2 days kat sini. Unless... korang pegi secara touch and go sekadar amek gambar which i don't think sempat gak. Huk huk huk. 

Sebabnya, boleh aku katakan most of the places memerlukan kita menapak untuk sampai ke sesuatu tempat dari tempat parking tuh! Ada gak yang hiking! Pffft! Kalo tak cukup stamina, boleh tergolek dog je penat nanti. Ianya bukanlah sekadar leisure tapi ianya memerlukan kudrat yang lebih daripada biasa. Bagi aku la...orang lain taktau. 

Mount Victory yang aku snapped dari dalam kereta yang diparking di Information Centre

Ok sebelum gerak nak menuju ke tempat yang nak pegi tu. Kita diskusi dulu dalam kete jap sambil tengok maps. Honestly, aku taktau nama sebenar lookout-lookout yang ada kat Halls Gap ni. Aku hanya ingat gambar je yang penting aku sampai situ. Kalo tanya aku time tu memang aku taktau kat mana. Dalam kepala otak ni hanya ingat nak tengok batu bentuk mulut buaya. Ko mampoo buaya jadik batu? Ahaks. 

Dah lepas decide nak pegi mana... jadiknya 1st pitstop ialah menuju ke Boroko Lookout. Kene start memandu mendaki bukit dah kali ni melalui Mount Victory Road. 

Boroko Lookout dikatakan mempunyai salah satu view yang paling cantekkkkk kat The Grampians ni. Plus, tak perlu jalan jauh pun dari carpark. Jalan skit je dalam 50 meter camtu. Viewing platform turut disediakan. Dari sini boleh nampak view 180 darjah kawasan countryside di Halls Gap ni. 

Cakap banyak pun tak guna. Ayuh kita melihat keindahan alam ciptaan Allah Taala ni. 

the view from Boroko Lookout

arini pun awan sangat cantikkk dan langit biru! saujana mata memandang ibarat horizon

kat hujung tu pulak adalah Lake Bellfield yang berada diantara dua banjaran gunung tu

zoom skit macam miniature la pulak

zoom terus ke Lake Bellfield

kalo sesiapa yang berani, boleh la try bergambar dari atas batu tu overlooking the gorgeous view! confirm ramai gigit hidung masing-masing. aku mula-mula nak buat, tapi perasaan gayat begitu tebal takut batu tu runtuh. terus tak jadik! pffft! mati syahid aku nanti uols! 

tapi takpe.. ada platform yang disediakan

panoramic view untuk anda

Harini tak perlu pakai jaket tebal-tebal sebab cuaca sangat pleasant! Tapi kadang-kadang tu rasa gak matahari terik tegak atas kepala ni. Sesudah puas hayati view dari Boroka Lookout, beralih pulak ke lookout yang seterusnya iaitu Reed Lookout dan jugak The Balconies. Kene drive further up kira-kira lagi 15 minit camtu. 

Reed Lookout pulak kita akan melihat view Lembah Victoria (Victoria Valley), Serra Range dan jugak Mount Difficult Range. Tapi sorila ye gambar nampak actually lebih kurang je dengan our next pitstop ni. Masih lagi tempat yang sama. Kali ni nak pegi terjah tengok The Balconies. Apakah dia? Balkoni paling besar ke? 

Tidekkk~ Kat The Balconies ni la terletak batu yang macam mulut buaya tuh! Dikatakan one of the greatest attraction kat The Grampians ni. Tapi nak sampai sini kene menapak lebih kurang 1km dari Reed Lookout tadi. Boleh diibaratkan macam berjalan atas tanah tandus yang dedaunan sudah gugur ke bumi. Yang tinggal hanya ranting dan dahan-dahan pokok! Agak panas dah time ni, rasa macam teruk kene sunburn. Tapi demi view yang cantik, kitaorang semua memang gigih giler jalan! Senyap tak bawak sebotol air mineral. Boleh la buat minum. Tapi terlupa! 

view dari Reed Lookout! 

memandangan ke Victoria Valley dan jugak Serra Range

ayuh menapak! 

kering-sekeringnya! tinggal ranting je~

Time tengah berjalan tengah panas tu, ada satu kawasan yang agak berbatu tapi memandangan ke arah yang lagi satu... view pun boleh tahan lawa gak. 

Layan lagi okeh! 




ko mampu berjemur tengah panas camni??? nak kulit tan katanya

panoramic view

taktau apa motifnya susun batu jadik macam ni

Kat sini not even half of the journey. Aku kata baru je suku perjalanan...

Ayuh sambung jalan lagi... jalan sambil borak takdela penat sangat. Tapi actually mengah jugaklah sesambil tu peluh dingin dah mula keluar membasahi dahi luasku ini. 





Sepanjang perjalanan ni, boleh jumpa la beberapa pelancong dari negara lain. Ada jumpa 1 kapel tua ni dari Austria katanya. Baya old couple ni dah macam nenek dan atok aku dah. Around 65-70 tahun tak silap aku. Gigih okay menapak jauh-jauh macam ni semata-mata. Very loving. Selain tu ade gak nampak beberapa family mat salleh ni bawak anak-anak jejalan sampai ke sini. Kagum gak sebab dorang terapkan sukakan nature macam ni. I mean melihat keindahan alam. Nanti besar takdela lupa diri sangat. 

Masih lagi gigih berjalan... dan akhirnya tibalah kitaorang kat The Balconies. Lihatlah dunia! 

ni la batu macam mulut buaya tu.. ada tak? lebih kurang la ek... 



nampak tak aku kat atas batu tuh! penakut plus gayat okayyy! Kot-kot tergelincir ke ape.. terus arwah aku. tak sempat nak tinggal wasiat! hahahah 





Untuk lookout macam ni, ada lagi a few yang aku nak pegi salah satunya adalah The Pinnacles tapi yang ni dari carpark je kene menapak sejauh 4.2 km untuk return journey! Pfft! Kalo aku banyak masa, confirm aku terjah dah ni. Ni antara satu lookout yang aku nak sangat pegi tapi tak cukup masa. Tapi aku pasrah sebab yang aku dah tengok ni more than enough. 

Kita stay kat sana lebih kurang 20 minit camtu. Yela nak lama-lama pun dahaga dan lapar weh! Menyesal tak bawak bekal botol air ke ape! Next nak pegi tengok air terjun pulak... tapi dalam next entry la ye. 

Till then... bye!

11 comments:

  1. gambar kat atas batu tu cantik ! knape x ambik gamba lompat kat situ? haha

    ReplyDelete
  2. tengok gambar macam dah nak sama level dengan awan, tinggi jugak tempat korang ambik gambar. langit biru sebirunya, cantik bangat..

    ReplyDelete
  3. cun...ni yg rasa nak kena repeat melben ni...hehehe byk tmpt luar bandar melben tak sempat pi aritu...hehehe

    ReplyDelete
  4. wow. simply 'ambik napas @ breathtaking' sungguh view neh!

    ReplyDelete
  5. membaca entry ni sambil mulut berzikir....view sangat cantik dengan langit yg membiru!

    kolo ms nak ambil gambar kat batu cam mulut buaya tu harus gigil segala urat sendi...gayat!

    ReplyDelete
  6. @Hang Dhamin,
    hahaha kannn! nak lompat? aku pun gayat giler time tuh! hahaha



    @Orga,
    aah ni dah atas bukit bro. mmg overlooking kawasan dar atas bukit. mmg sangat lawa!. ;)))



    @DJ,
    kannn! terpaksa repeat lagi skali. hahaha aku pun rasa mcm tak puas. nk try tengok tempat lain lak.



    @Agip Roslan,
    ok amek nafas jugakkk... tarikkk~ lepasss~



    @Mrs. Smile,
    memang sangat cantik akak! ;) hahah gigil tu takdela cuma macam gayat giler kot2 tergelincir terus arwah. hukhukhuk.



    @Pelangi Petang,
    subhanaALLAH... ;)))

    ReplyDelete
  7. nak Tanya..berapa jam ambil masa dekat semua lookout point nieh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. actually depends. sbb ade certain lookout ni kene iku walking trail jugk.

      Delete
  8. Wah.. walking trail...tak tahu sempat tak ? banyak tempat yang John terjah.

    ReplyDelete
  9. Beberpa kali baca...bahagian ini. Teruja hendak pergi...ambil semangat John.

    ReplyDelete