Sunday, October 27, 2013

Victoria 2013 : #12 - MacKenzie Falls | Halls Gap

G'day Mate!

Jom sambung lagi!

Aku nak abeskan cepat-cepat kisah travel ke Victoria ni sebelom masuk bulan  November. Kalo boleh la... lagipun aku dah semakin busy dengan keje-keje hakiki kat ofis mahupun kat client. Takut takde masa nak tengok blog... pfft! Padahal tiap-tiap hari duk tenung. 

Orait! Dari The Balconies, kitaorang mula drive menuju ke destinasi terakhir untuk hari ni iaitu MacKenzie Falls. Nak tengok air terjun katanya, plus kat sana skaligus nak makan lunch. Perut dah lama duk mengamuk lapar. Cari parking dulu, kat atas ni pun agak ramai orang duk jejalan. Ada tour group, ada family, ada yang macam kitaorang ni. 

Nasib baik time sampai tu, ada 1 meja yang kosong. Boleh la lunch kat situ. Makan lauk simple je. Tapi cute~ Ahaks!





Mula-mula tu lepas dah setel makan, nak solat kat situ gak tapi bila dirisik-risik tu takdela pulak macam tempat yang sesuai. Jadiknya tunggu dulu kira solat kemudian bila sampai kat pekan Halls Gap. 

Okeh! Tiba masa nak pegi tengok air terjun MacKenzie ni. Tinggal aku dan sorang lagi kawan aku je. Yang lagi sorang tak larat nak menapak jauh-jauh, maka dia duk je kat meja tadi sambil berehat. 

Untuk tengok air terjun MacKenzie ni ada 4 trails yang boleh terjah. Bergantung kepada masa dan jugak stamina masing-masing. 

1. MacKenzie Falls Lookout : 1.75km return - ...stroll to breathtaking views. An easy walk through an open eucalypt forest with magnificient views of the MacKenzie Falls and gorge. 

2. Broken Falls : 390 metres - ...easy walk to picturesque falls. This short, easy pathway leads to several viewing platforms overlooking in a series of smaller falls broken by rock pools and large boulders. 

3. MacKenzie Falls Base : 1.16km return - ... strenuous but rewarding! A very steep  pathway descents to the base of the falls. The strenuous climb back up can be exhausting - take your time. Cranage's Lookout: a short stroll to a view of MacKenzie River. 

4. Zumstein : 6.90km return - ... follow the MacKenzie River via fish falls to Zumstein. At the base of the falls, the walking track meanders down the MacKenzie Gorge to historic Zumstein. 

So, diantara 4 trails ni, aku decided untuk try trail no. 3 sebab sampai ke base air terjun terus. Boleh la tengok. Kalo setakat tengok dari look-out point macam tak puas hati lak. Walaupun ni kene berjalan naik turun yang aku rasa agak memenatkan...

Ayuhhh!

Cranage's Lookout

view dari Cranage's Lookout - katanya boleh nampak air terjun tapi macam susah je sebab kene jenguk ke bawah 90 darjah

Lepas berjalan dari Cranage's Lookout ni, mula dah rasa penat! Dah la agak panas cuaca arini tapi takleh nak komplen lebih-lebih kang tak pasal-pasal kene panah petir lak sebab tak bersyukur! Makin lama tu... perjalanan nak turun makin susah sebab anak tangga tu makin curam. Trail dia dibina sangat elok siap dengan anak tangga semua tu. Takdela susah makan tapi sebab tak slalu execise tu yang macam agak penat skit. 


pemandangan kat base air terjun MacKenzie

Lebih kurang dalam 15 minit jugaklah menapak turun sampai ke bawah tu... dan akhirnya berjaya jugak sampai!

Air terjunnya macam mana? Bagi aku sangat biasa! Taktau la bagi orang lain macam mana... bagi aku lawa lagi air terjun kat Jeju Island aritu. Jenuh menapak turun tapi hasilnya macam tu je? Adeh... berkincit kat bawah tu. 


ada pelangi time tu

pemandangan dari sisi

pemandangan dari hadapan

air yang mengalir deras

Dah puas? Macam mana? 

Okla... dah setel amek gambar semua, naiklah balik ke atas. Berpeluh sakan aku time naik tuh! Kawan aku yang duk tunggu tu puas duk menunggu apsal lama sangat... nasib baik dia tak turun. 

Jom blah turun dari Mount Victory Drive turun semula ke pekan Halls Gap. Tadi waktu mula-mula sampai tak sempat nak tengok kedai-kedai apa yang ada kat situ. Kawan aku lak terasa nak makan ais-krim. Sejuk-sejuk pun tetap nak makan ais-krim okeh! Sejuk ke? Makin petang, suhu makin turun... okla kene pakai sweater balik dah. Sebab angin dia pun boleh rasa tercucuk tulang putih. Belom sampai tulang hitam lagi. 

Since cuti skolah dah start, kat kawasan taman tu banyak sungguh campervan atau pun RV yang ada ada. Kira siap khemah bagai semualah! Macam aktiviti riadah bersama keluarga. Seronok pulak macam tu... teringin nak naik campervan lak. Best ke? 

tak banyak kedai mana pun, jual pun basic thing je tapi ada stesen minyak. view belah kanan

view belah kiri pulak

kawasan letak kereta, belah kiri tu ada taman permainan

saje pakai mode black & white, nampak klasik skit

Kedai ais-krim ada 2-3 buah kat sini tapi yang paling femes terletak berdekatan dengan anak sungai. Tak jauh pun dalam 50 meter dari kedai kat gambar atas ni. Katanya kedai tu menjual the best ais-krim kat Halls Gap ni. Kira homemade lah! 

ni lah kedainya...

tadaaa... berharga AUD3.50

Sambil duk jilat ais-krim tu, kitaorang menikmati pemandangan dengan tengok gelagat orang kat tepi anak sungai tu. Tak kira tua atau muda even baby skalipun dengan aktiviti masing-masing. Kegiatan yang sangat sihat bagi aku. 

siap berkelah depan kedai lak tu.. ada aku kisah katanya! hahah 



Dah setel, hari semakin gelap takut tak sempat nak shalat, singgah shalat kat pondok BBQ kat taman tu, toilet macam jauh skit kene lintas jalan bagai. Tapi okla... 

pondok BBQ kat depan


Actually, aku macam terpikir lepas dah shalat semua tu napelah aku pegi booked accommodation yang terletak kira-kira 30 minit dari Halls Gap ni. Patutnya carik je accommodation kat sini sebabnya memang banyak pilihan penginapan dari backpackers hostels kepada motel dan jugak small chalets. Tapi takpelah... 

Ayuh kita menuju ke Stawell! 


Selamat tiba di Stawell dalam pukul 7 malam macam tu, agak besar pekan dia berbanding Halls Gap sebab siapa ada McDonalds lagi tu. Esok boleh la breakfast kat situ! Hiks. 

Malam tu check-in kat Motel Stawell. Dinner untuk malam tu makan telur sambal, sardin dan sayur rebus dalam kettle. Hiks. 

Malam tu gak sempat menempek kat McDonalds semata-mata nak dapatkan free wifi. Tangan ni dah menggigil nak main internet! Pffft!

Till then...

Bye!

10 comments:

  1. erm best kalo dpt roadtrip naik campervan ni...hehehe berangan dulu...hehehe

    ReplyDelete
  2. Cun gak ayaq terjun tu.. Ha cepat2 abiskan entry, nanti nk masuk entry lain plak november ni hehehe

    ReplyDelete
  3. ko tak celup2 kaki dlm air tu ke?

    ReplyDelete
  4. @DJ,
    hahaha kannn! tp rasanya mcm kat OZ takde ramai orang buat naik campervan ni. macam takde feel je? ;)



    @Chawanna,
    hahaha cun ke? aku tgk mcm frust gakla. tp dah sampaikan...



    @Biqque,
    hahahah nak celup? tgk air pun macam takde selera sbb mcm kotor skit.

    ReplyDelete
  5. air terjun tu nampak tak menarik sangat..tapi aiskrim tu menarik! sedap tak?? tanya sambil telan air liur glup glup

    ReplyDelete
  6. ha'a lah..mmg cute lunch tu mkn nasik ngan stobely..

    Ha'alah..betul..air terjun nya tak cantik sgt..tapi nampak cantik bila ada pelangi tu

    Bagaimana agaknya rasa sayur rebus dalam kettle heee

    ReplyDelete
  7. Nasi putih with strawberry? Fusion abis lar! The waterfall look slightly smaller than other places that i've been. But at least, ada rainbow time tue, i guess, it save everything.

    ReplyDelete
  8. bestnya kalau dapat camping kat situ...sambil mandi manda kann....

    ReplyDelete
  9. @Mrs. Smile,
    hahah betol tu tak menarik sangat tp ice-cream tu mmg sedappp! ;)



    @Jari Manis,
    hahaha saje je tu kasik hiasan. lepas tu terus ngap masuk dalam mulut. hiks. sayur rebus nk kasik lembut skit je. hahah kasik gelegak air dlm kettle tu.



    @Zaraab,
    hahahaha hiasan semata2. yup.. agak kecik tp pelangi tu agak menyelamatkan keadaan.



    @Cik Anne,
    rasanya takde tempat yang proper nk camping kot kat area air terjun tu sbb berbatu semuanya.

    ReplyDelete