Friday, October 11, 2013

Victoria 2013 : #4 - Tesselaar Tulips Festival

G'day Mate! 

Hari ke-3 di bumi permai Melbourne, Australia. 

Harap readers semua boleh layan gambar yang agak banyak aku rasa untuk entry kali ni. Kalo nak skip pun takpe, tapi rugilakan.. penat-penat aku snap untuk tatapan kalian semua, takmau tengok pulakkan. Takpe. Aku redho. 

Target hari ni? Nak pegi tengok bunga tulips! Korang ingat kat Keukonhof, Amsterdam je ade tulips? Kat Victoria pun ada okayyy! Kebetulan time ni adalah musim bunga kat belah hemisfera selatan. 

Kat mana nak tengok tulips ni? Tentulah kat Tesselaar Tulips Festival yang terletak di Silvan. Tak jauh dari Belgrave station tempat nak naik steam train nanti. Festival ni berlangsung dari 12 September - 9 October 2013. Apa lagi memang aku tak lepaskan peluanglah nak datang sini. Tak penah hayat dapat tengok tulips... nak sampai Amsterdam taktau tahun hijrah yang keberapa. Sampai yang ada kat Victoria pun jadiklah. 

Nak sampai ke festival ni, kene la drive bawak kete untuk lebih convenient. Kira-kira 55km (1 jam) dari Melbourne City. Tapi harini nampaknya cuaca hujan renyai-renyai sepanjang perjalanan. Nak taknak... aku pasrah lagi sekali. Dah sampaikan... 

Even time dah sampai pun still hujan lagi. Terpaksa kuarkan payung lipat yang aku bawak sendiri plus arini memang extra sejuk skit. Terpaksa pakai muffler dan snowcap bagai. Kononnya...~ 

Entrance fee: AUD20/pax

ticket counter - kosong!





Sedikit sejarah berkaitan Tesselaar Tulips Festival ni:

Pada tahun 1939, Cees dan Johanna Tesselaar telah meninggalkan tanahair, Holland dengan 1 beg penuh dengan benih bunga tulip mengembara ke Australia di mana ketika tu merupakan "land of opportunity". Dah setel dengan kehidupan baru mereka di Australia, dorang mula menanam bunga tulip. Pada ketika itu, bunga tulip merupakan sesuatu jenis bunga yang tak pernah dilihat di tanah Australia. Tak lama lepas tu, orang ramai mula ingin melihat sendiri keindahan bunga tulip ni dengan lebih dekat. 

Jumlah pengunjung mula meningkat dari tahun ke tahun menjadikan ladang bunga tulip milik mereka kelihatan meriah! Pada tahun 1954, secara rasminya Cees dan Johanna mula membuka ladang dan merasmikan festival tulip mereka yang pertama. Dari sesuatu yang kecil, ianya menjadi salah satu acara rasmi untuk Victoria setiap tahun. 

Festival ni masih lagi merupakan family business and cinta mereka terhadap tulip masih lagi utuh. Pada hari ni, festival ini mempunyai lebih dari sejuta bunga and ditanam dalam pelbagai warna! Hayatilah keindahan bunga tulip!

Ladang ni takdelah besar mana, tapi kalo tak hujan tentu lagi senang nak berjalan-jalan. If not, banyak betol selut atau lumpur duk melekat kat kasut! Arghhh!!! Sabor jela. 

Cakap banyak pun tak guna... jom layan bunga sampai muntah!

Irdina Rafisa

#1 - bunga berwarna campur putih dan merah

#2 - bunga baru nak berbunga? dihiasi titis hujan

#3 - barisan bunga tulip pelbagai warna

#4 - lagi barisan bunga tulip

#5 - tulip berwarna putih... suci seperti embun pagi

#6 - pucuk muda tulip merah jambu?

#7 - kalo selut terlekat kat tapak kasut, inilah alatnya

#8

#9 - berwarna ungu kembang kuncup

#10
#11
#12


#13

#14

#15 - bebola garfu?

#16 - kekuningan yang kelayuan

#17 - layu ditimpa hujan

#18

#19

#20 - merah jambu

#21 - aku berbeza?

#22 - merah hati 

#23 - ternoda?

#24

#25

#26 - macam ais-krim

#27

#28 - ni pun macam ais-krim jugak

#29

#30 - amaran pihak penganjur

#31

#32

#33 - ni last gambar bunga. dah abes muntah?

selut/lumpur yang terletak! macam taikkkk! 

Prediction? First timer untuk aku tengok bunga tulip ni rasa okla... walaupun bunga ni bukan asalnya dari Australia. Aku tau dari segi warna bunga dan kuantitinya.. kat Keukonhof, Amsterdam tu lagi gempak dari yang ada kat sini. Maybe ada rezeki boleh tengok yang kat sana pulak. InsyaALLAH. Ladang dia tak besar mana pun.. masih ada lagi ruangan yang boleh bercucuk tanam. Maybe time aku sampai ni masih terlalu awal. But it was good enough for me. 

Dalam 2 jam gakla duk berlangut kat taman tulip ni. Selain dari tengok bunga, ada gak pentas persembahan orang Holland duk joget mak yong atas pentas tu. Since minggu aku pegi tu adalah minggu veteran... crowd yang ada memang semua orang tua! Kalo rasa sejuk, boleh la singgah minum coffee dan duduk kat bawah khemah yang tertutup. Rasa panas skit. 




Ada gak khemah untuk souvenirs.. sempat la beli 1 keping untuk diri sendiri. Takdela menarik mana pun. 

AUD3.99/each

kincir angin?

ni bunga apa ek? aku dah lupa dah... someone did mention it to me

Ok dah... nanti aku sambung kat entry lain pulak. 

Bye!

21 comments:

  1. Aku berbeda katanya hahahahaha

    ReplyDelete
  2. Cantik jugak ladang tulip kat sini...Ada kincir angin tak macam kat Keukenhof?

    ReplyDelete
  3. Cantiknya.... Bila tenguk barisan bunga tulip pelbagai warna.... huhuhu kena pasang lagu bollywood ni baru masyukk.

    Erkk ada pula istilah tulip ternoda ke? *pengsan akak dik non oiiii*

    Yang tu bukan bunga lavender ke tapi rasanya bunga lavender macam kecil je.

    Apa pun thanks sebab bunga-bunga tulip yang berwarna-warni telah menceriakan hari akak pada hari ini. *catit dalam nota nak pegi melbon le pulak lepas ni*

    ReplyDelete
  4. amazingly, dgn adanya titisan air hujan tu memberikan effect yg cun kat gambar ko tau! aku suka, suka, suka!

    aku baru nak tanya ko boleh ke tak skali ada warning dah hahaha...hmmm aku nak petik simpan buh dlm frame :D

    ReplyDelete
  5. Cantik betul deretan pokok tulips tu...warna warni. Melepaslah akak nak tengok sebab time akak ke melben nov. nanti..

    ReplyDelete
  6. Aku punye komen berbunyi begini..

    *wah dah naik rege nk masuk tulips ni, naik 2 AUD, time aku pegi dulu, murah sikit je, mungkin kerana minyak naik..tapi tidak mengapa, asalkan gambar cun, mahai berbaloi2...*

    Bunga itu adalah lupis..bukan lavender..tq :D

    *sengih 5 bintang kasi kat ko*

    ReplyDelete
  7. cun giler gmbo...hehe eh mmg sama la nasib ktorg pi pun hujan gerimis mengundang...abes kasut akibat gigih masuk tgh2 tulip nak bergambo...hehehe tp last skali, aku buang je kasut yg pakai tu sbb buruk benor rupanya....sib baik masa tu mmg dah nak balik dah...pakai selipar je la naik flight..hehehe

    ReplyDelete
  8. @Janggel,
    hahahah kann aku berbeda sgt! ;p



    @Saerah80,
    ada a few kincir angin tapi takdela besar mana pun. ade dlm gambar kat atas. ;)



    @Notie,
    hahaha motip nak pasang lagu bollywood? hihi nk golek2 kat situ ke? ;p yupp yg last tu bunga lupids kat NZ mmg femes. terima kasih! ;)))



    @Biqque,
    exactly! wlpn hujan, titisan air tu agak mengubat jiwa gakla sbb efek dia mcm embun pagi. gituh! hahaha. allah... kalo blh petik, dah lama aku petik bawak masuk dlm botol. tp dorang ade jual kalo nak.



    @Nurzakiah Hanum,
    mmg cantik! ;))



    @Rozita,
    bertabahlah akak.. time tu dh nk masuk summer dah. agak panas bg saya. hukhukhuk...



    @Chawanna,
    yaaaa betol! aku tengok kat website sebelum pegi tu pun tulis AUD18/pax. tp bila sampai dh naik harga. pasrah jela bayar. haaa thank you for the answer! ;)))

    ReplyDelete
  9. nice pic....teringat masa akak gi tahun 2010 dulu. Naik bas lg tu. Mmglah berbeza dgn yg kat amsterdam tu. Kasut berselut tak tahan tu hahaha. Akak gi dulu hujan lebat dan bunga dah kembng semacam....sebab hujung musim. Tp tetap excited sbb dpt tgk tulip live huhuh.

    ReplyDelete
  10. Nasib baik Cees dan Johanna Tesselaar tu dtg tahun 1939.. kalau sekarang mahu kene saman sebab bawa biji benih kat airport hahahaha :P

    memang suasana Holland nie.. seronok jer.. :D
    Tulipp memang lawaa

    ReplyDelete
  11. Kesimpulannya......gambar sgt ohsem!!!!!!!

    ReplyDelete
  12. suka pic 21, aku berbeza, ahaha...hujan-hujan pun syok je jalan-jalan tengok tulip...

    ReplyDelete
  13. sesuci embun pagi ... memang kena dgn suasananya

    ReplyDelete
  14. cantik, gambar mcm biasa sentiasa ohsem memukau pancaindera MS pepagi nie :P

    picture 21 caption "aku berbeza?" nice one!

    ReplyDelete
  15. @Azura Aziz,
    kalo tengok real mmg lagi cantik! ;)



    @Leez M. Said,
    tula sy ade bc yg akak punya dlu naik bas. hiks. wlpn hujan, ttp excited! hiks.



    @Time Traveller,
    hahahah kannn! kene saman. dah la aussie negara dorang mmg strict. adela skit suasana tu... ko pun dh penah sampai kan. untungla~ ;)



    @Syieda,
    terima kasihhh!!! ;)))



    @Orga,
    hahaha aku berbeza katanya. ganjil? ;p



    @Bro Yusri,
    hahaha embun sgt! sejukkkkkk...



    @Mrs Smile,
    terima kasihhh! ;)))

    ReplyDelete
  16. JM pernah tgk kasut yg kena taik tu..eh..taik ke...heee

    Bunga tulip...cantik nyerrrrr

    ReplyDelete
  17. oh no tulip...my pebret nih..bestnya awk..

    ReplyDelete
  18. Rugi tak dapat tengok...akan ke sana dis 2015...musim panas.

    ReplyDelete
  19. bulan dec ada ke pesta tulip ni? plan ke melbourne dec17

    ReplyDelete