G'day Mate!
Pertama sekali, aku nak ucapkan tahniah kepada semua pemenang untuk 1st GiveAway Contest tu. InsyaALLAH kalo ada rezeki lebih aku buat lagi. Hadiah-hadiah tu semua aku belom sempat nak poskan lagi sebab keje kat ofis tu dah menimbun dah. Maybe Isnin depan baru aku start poskan semua. Harap bersabar... dah siap bungkus dah. Tarak tipu punya.
Orait!
Taknak buang masa, aku nak sambung hari-2 trip aku kat Melbourne, Australia. Melbourne ni adalah ibu negeri, manakala Victoria adalah negeri. Since kali ni, aku banyak cover dalam negeri Victoria, adalah lebih afdhol kalo aku buat title "Victoria" kan?
Untuk trip kali ni, memang aku target kalo boleh nak merasa main ski. Yela, alang-alang baru je masuk musim bunga/spring, tak salah kalo pegi jalan jauh skit untuk ke gunung yang ada salji.
Dalam bandar Melbourne sendiri memang takde salji turun. So, untuk main salji atau nak berski bagai, ada beberapa buah gunung di sekitar Victoria yang boleh terjah.
- Mount Buller
- Mount Baw Baw
- Mount Buffalo
- Falls Creek
- Mount Hotham
- Lake Mountain
Kalo ikutkan hati aku ni, memang nak terus terjah ke Mt. Buller yang terletak kira-kira 4-5 jam perjalanan. Gigihkan drive jauh-jauh semata-mata nak kepal salji masuk mulut? Tapi sebelum terbang ke Melbourne lagi memang aku dah tukar haluan. Dah baca sana skit, baca cerita orang.. kalo newbies macam aku ni setakat nak main toboggan atau main ski tergolek dog tu.. better pegi Lake Mountain je yang terletak kira-kira 120km (2 jam drive). Takdelah jauh mana pun. Plus, balik tu still boleh jejalan kat area lain lak.
Jadiknya... here we come Lake Mountain lah!
Info tambahan: Sila la check current snow report sebelom terjah mana-mana gunung kat website ---> Ski Report kalo taknak hancur harapan nak gengam snow.
Pagi ke-2, macam biasalah sebabnya subuh time spring ni masuk pukul 4.30 pagi then matahari terbit pun seawal jam 6.20 pagi. Haaa amek kau bangun subuh seawal jam 6 pagi camtu. Okla takleh lengah-lengah, kang abes waktu. Selalunya, lepas shalat subuh tu teruslah kawan aku tu masuk pantry untuk sediakan bekalan nak bawak untuk lunch nanti.
Aku taktau samada korang tau ke tak. Penah masak nasik pakai microwave? Actually, aku tau pasal benda ni pun masa aku travel ke Perth tahun 2011 dulu. Travelmate aku yang masak nasik pakai microwave guna tupperware yang memang untuk microwave punya. Punyalah cantik nasik tu masak plus tak berkerak! Teringat pulak dulu masak nasik kat New Zealand. MasyaALLAH... guna dapur api uols. Siap kene jaga air, api pastu nak basuh lak memang berkerak! Lecehkan? La ni... tak usah gentar. Pakai je tupperware/mangkuk kalo ada untuk tanak nasik! Gerenti mereka-mereka yang berperut melayu kelaparan di negara omputih.. InsyaALLAH.
Sukatan nak masak? Tak susah.. macam tanak nasik guna rice cooker. Ikut sukatan yang anda tau. Pastu masukkan dalam microwave. Setkan masa dalam 15-20 minit bergantung kepada saiz bekas masing-masing. Pastu tunggu jela sampai bunyi "TING". Tengok samada nasik lembik atau dah cantik masaknya. Wallah!
Uishhh... panjang lak introduction kat atas tu. Okeh.. dah setel sume pack bekalan semua. Teruskan memulakan perjalanan lebih kurang jam 8 pagi camtu menuju ke Lake Mountain. Pagi tu cuaca macam gloomy je. Aku redho dengan keadaan macam tu. Kuasa Allah, mana mampu kita melawan. Hanya berdoa sajelah kita. Pagi tu memang kitaorang tak breakfast pun. Memang niat nak breakfast dalam perjalanan je nanti.
Kereta Hyundai Elantra kaler electric blue meluncur laju kira-kira 90km/h menuju ke Lake Mountain sambil suara-suara sumbang aku menyumbangkan lagu ikut irama mp3 dalam pendrive yang aku download secara haram melalui internet. *baca senafas je*. Travelmate aku diam seribu bahasa sambil menghayati kesumbangan suara aku. Hahahah sabor jela. So what? Ada 100++ lagu aku download... layan la sampai muntah pink. Takkan nak dengar lagu dari radio Australia kan? Mana kenal depa sapa.
Lepas sejam perjalanan tu, nampaklah signboard macam ada meja + pokok tu. Tandanya rest stop/picnic stop kalo kita nak rehat. So, decided untuk breakfast ringan-ringan kat situ. Olloh... makan roti dengan tuna je pun. Ada la bawak beberapa bijik epal yang beli kat Woolies malam sebelum tuh.
Kalo ikut entry New Zealand dulu ---> SINI nak breakfast kat taman-taman. Tapi dek kerana sejuk melampau, kira makan dalam kete jela ye. Hahaha. Tapi this time, kitaorang berjaya makan kat luar. Walaupun still sejuk, tapi takdelah sampai mencucuk sampai ke tulang hitam tuh.
makan breakfast kat pondok kecik nih mengadap padang rumput |
sehijau mata memandang |
makan ni je pun... pffftt! melankolik sangat |
Dah setel breakfast ala-ala garden style, teruskan perjalanan. Untuk menuju ke Lake Mountain ni, kita akan memandu melalui kawasan Yarra Ranges National Park. Jalan raya hanya 1 lane untuk 2 hala. Kiranya memang akan berselisih dengan kete lain. Jalan pun takde nak lebar mana tapi condition jalan raya memang tip top! Takde lubang langsung! Plus, kete pun takdela banyak mana yang lalu-lalang. Kira maintain speed dalam 70-80km/h gak sebab jalan dia memang bengkang-bengkok abes! Kira kona leper lah kalo bawak motor.
Keadaan sekeliling takdela seram ibarat macam dalam filem "Twilight" tu dalam hutan. Pokok dia tinggi-tinggi pastu lurus je memanjang ke atas. Time ni, kulit pokok tu banyak menggelupas. Aku tak pasni nama pokok ni apa. Tapi yang penting national park ni cover bahagian punca kepada Yarra River. ---> More Info
view dari Selover's Lookout |
keadaan jalan dalam taman negara |
nampak macam creepy tak? |
Bila dah perjalanan panjang macam ni, tentulah nak terkucil ye dak? Sempat singgah kat rest stop kat tengah-tengah hutan tu. Kitaorang je yang stop. Agak scary la jugak, tapi nasib baik hari siang. Ada toilet semua. Bersih je tak berbau.
rest stop, nampak tak aku tengah berlari nak pegi toilet tu? |
Okeh.. perjalanan diteruskan lagi. Sebelum sampai ke Lake Mountain, kita akan lalu satu pekan ni namanya "Marysville". Kiranya kat sini... kalo nak dapatkan barang sewaan untuk main ski semua boleh la sewa kat sini. Ada beberapa buah kedai yang menyediakan perkhidmatan ni.
Secara jujurnya, time ni salji dah takde! Rasain lorh!
Hahaha memang aku langsung tak check kat snow report tuh sebelum pegi ke Lake Mountain. Kalo aku tau takde snow, memang aku gigih drive selama 4 jam lagi ke Mt. Buller tuh. Tapi orang kata takde rezekikan. So, takpelah.. maybe next time. Eh? Hahaha.
Yela, kawasan sekeliling sunyi sepi plus kering je. Walaupun suhu sekeliling semakin sejuk.
Jadiknya.. stop la kejap kat information centre tanya pape yang ape lagi yang boleh buatkan pekan Marysville.
information centre |
pondok tu kitaorang buat tempat shalat aritu, agak terlindung skit. toilet kat information centre |
kawasan pekan Marysville yang sunyi sepi dan kering kontang. mana snow??? |
Jadiknya.. alang-alang dah sampai tu. Salji pun takde... kene la jenguk-jenguk attraction lain pulak. Antaranya adalah Steavenson Falls ataupun Keppel Lookout & Forest Drive. Jadik kitaorang pilih nak ke Steavenson Falls. Tak jauh pun dari information centre ni.
Just follow the signboard.
dah sampai kawasan parking, takde kete pun time ni kecuali kete kitaorang dan 1 lagi kete |
platform dan information untuk tengok view |
nak sampai ke tempat air terjun tu, kene la menapak skit |
inilah rupanya Steavenfon Falls |
platform yang mengadap air terjun |
merupakan air terjun yang tertinggi di Victoria. ada 4 tingkat semuanya dengan total tinggi adalah 122 meter. more info ---> HERE |
on the way keluar dari kawasan Steavenson Falls, nampak pulak rumah ni. tak tau nape, aku suka rumah ni. tak besar tak kecik plus macam country homes? |
Since tak mau keciwakan hati yang lara takde salji kat Lake Mountain ni, aku decided untuk drive sampai ke puncak kira-kira dalam 22 km lagi nak sampai ke Lake Mountain Alpine Resort.
Suasana memang kering kontang je... suram. Takde salji wehhh!!! Tapi sejuk la cuaca kat atas ni.
view nak sampai ke puncak Lake Mountain, tanah gersang? |
Kalo memang time musim salji, memang ada entrance fee yang kene bayar untuk masuk ke resort ni.
Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk ---> Lake Mountain Resort
Sebelum aku fly ke Melbourne lagi, memang aku dah buat calculation nak sewa snow suit, toboggan, snow shoes pastu pole bagai nak main-main snow. Kiranya adalah bajet dalam AUD100 yang aku akan spend kat sini. Yela, bukan selalu kita nak sampai sinikan. splurge orang kata.
Antara yang aku bajet nak spend adalah:
- Entrance fee to Alpine Resort : AUD34/car
- Snowsuits & boots : AUD31/set
- Toboggan (sharing-basis) : AUD12.50/each
- Ski only equipment (sharing-basis) : AUD21/set
Tengok kawasan sekitar puncak...
main building... tengok mana ada orang? sunyi sepi! |
antara snow trail |
Dah hati kecewa bagai ni, sambil nanges sedu-sedan bila turun tu... perut lak berbunyi mintak diisi. Maka, stop balik kat pekan Marysville tu. Singgah kat salah satu cafe tu. Alang-alang tu beli coffee or hot chocolate. Sebab nak tumpang meja dan kerusi semua. Beli la jugak scone dia. Not bad rasanya... pastu bukak la bekalan nasik dingin di makan bersama tuna magic dan sambal ikan bilis. Nikmat di perantauan! Hahaha
Lepas tu, shalat jama' dan qasar semua sebelom bergerak pulang ke Melbourne City. Since hari masih lagi awal tu, sempat singgah kat Eastland Shopping Mall. Kat situ ade K-Mart, Coles dan macam-macam kedai lagi. Sempatlah rembat sweater AUD10 dari Cotton On. Plus, kalo lapar... kat foodcourt ada satu kedai kebab Halal yang dijual. Tak lupa... kat shopping complex ni pun ada free wifi! Heaven!
Then... terus la bergerak pulang ke Melbourne tapi niat asal nak cari ayam/daging halal kat Sydney Road. Tapi dah sampai lambat, kedai semua dah tutup jam 6 petang. Dinner jela dengan kebab yang ada kat Sydney Road.
For your information, Sydney Road ni memang femes dengan rangkaian kedai-kedai daging/ayam halal dan jugak makanan halal ye. Kalo nak sampai sini boleh dengan naik tram no. 19 dari Elizabeth Street. Dalam 10-20 minit tram ride. Tapi bila waktu malam, agak sunyi skit. But still ok...
Okla... dah panjang sangat ni.
Lain kali lak...
Bye!
Aku selalu gak masak nasi guna microwave kalau pegi travel.. Sampai di destinasi aku akan beli beras dulu & air mineral .itu mesti..
ReplyDeleteTapi sekarang pek makanan Brahims dah ada keluarkan product berasaskan nasi such as nasi goreng,nasi beriyani ,nasi tomato.senang,aku bwk je paket tu pegi travel,nak jimat la katakan
Cantik la jalan ke Lake Mountain tu walaupun mcm seyrammmm je hahaha..jom makan laksa??! ngeh ngeh ngeh
ReplyDeletejalan dlm taman negara tu cantik keliling penuh hutan & pkok yg cunn...tp dlm masa yg sama menyeramkan juga keadaan di sekelilingya...kalo nak bg perumpamaan sama la mcm jumpa Edward Cullen sebab hensem, tp takuttt sbb kot2 kena hisap darah...hahahaha!
ReplyDeleteHahahaa..permulaan entry yg lebih santai dan kelakar..ada perubahan lah..siap mention cara nk masak nasi guna microwave..ilmu baru tu..JM pun tak tahu dan x penah buat (yolah oben pun tak ado)
ReplyDeleteJauh berlari ke toilet..sempat x hiks
Alahh..ingatkan tadi ada gambar pegang snow memutih tu tapi tak per..view still cantik..
Sayapun berangan nak main ski..patutnya kena beli dah flight kemana2 utk masa terdekat ni..tp rasanya mcm xsempat je.
ReplyDeleteTakde nampak beruang kutub ke apa kat area patutnya ada snow tu?? hahaha
cantiknya
ReplyDeleteJalannya cantik seperti gaya anda yang aggorant. Gaya model...tahniah.
ReplyDeleteMotif si cawana tu ajak makan Laksa?
ReplyDeleteMana salejunya???? We want salju! We want salju!
kang ada pulak yg tanya ko beli mana makanan dlm tin tu HAHAHAHA!
ReplyDeleteala tak dpt main ski ke? kalo tak dpt tgk gambo ko main2 salji putih seleju...
aku teringat masa kat NZ, drive tengah malam sampai pagi buta, gelap gulita takde keta tengah hutan, aku dok terbayang je zombie lalu tahan keta tengah jalan! hahaha!
pasal bekas Tupperware tu tau.. malah ia lebih cepat di masak berbanding ricecooker..
ReplyDeleteLa.. kene balajar tanak nasi pakai dapur api.. senang jer hehee.. pape pun semua tu pengalaman kan bila travel.. itu yg seronok..
Sarapan kat pondok tu walau mkn roti ngan butter pun boleh rasa mcm chicken chop hahaha.. :P cantik giler.
@Lavender,
ReplyDeletetu la.. jimat masa plus senangkan. aritu before pegi ade gak terpikir nak beli yg dlm kotak tu, tp bila pikir2 mcm berat je beg nak bawak skali dgn beras bagai. so, tak jadik. bwk perencah dh memadai. ;)
@Chawanna,
kannn! mmg cantikkkkk! kalo malam2 mmg sherem ler... laksa? Mr. Laksa??? hahahah
@DJ,
exactly! mmg cantik dalam taman negara tuh! edward cullen? hahaha kene duk bertapa dalam tu la kot. mana tau jumpa. hahah bawak balik umah.
@Jari Manis,
hahaha terima kasih. kdg2 kene la relax skit. haaa kene la try nnt masak nasik pakai microwave. hiks. salji? tggu winter la kot. tp ralat gak la.. patut pegi je Mt Buller tu.
@Zila,
jom berangan main ski! kene pegi waktu betol2 snow tengah lebat baru syiokkk orang kata. ;) beruang? takde pun nampak haiwan kat atas tu. mcm terbiar je.
@Nurzakiah Hanum,
terima kasihhh! real life mmg lagi cantik! ;)
@Khairudin Lim,
hiks... hahah jalan dia mmg cantik.
@Janggel,
hahah dia berkenan kat laksa la tuh! salju salju saljuuu??? takde!
@Biqque,
hahahaha kat Malaysia ada jual! hurm.. nampaknya nasib tak baik. takde la peluang tengok main salji bagai. huk huk huk nasib baik zombie lalu. kalo hantu pocong? hahaha ;p
@Time Traveller,
zaman skang mana ade org pakai dapur api dah. semua pakai elektrik tu yg takde niat nak belajar pun. unless kalo betol2 terdesak. hiks.
bfast rasa chicken choppp??? hahahah adoyaiii... tu dah ibarat lunch dh bro. hiks.
Saya pun pernah masak nasi pakai microwave masa travel di New Zealand. Itupun sebab tempat saya duduk tu disediakan microwave oven. Senangkan masak nasi guna mircowave? 10 minit dah boleh makan nasi.
ReplyDeletePemandangan di sini amat cantik. National Park di Victoria memang begitu rupanya, jalannya berliku-liku, pokok tinggi-tinggi, saya selalu pening.
Saya dan 2-3 kali main salji di Mt Buller.
Wow best nya akak dah pijak kaki ke MtBuller tu
Deletehuhuhu.. terpegun sekejap.. subhanallah, cantiknya ciptaanNya kan..
ReplyDelete@Naramas Aman,
ReplyDeletetula.. mmg sgt2 senang kalo travel masak nasik pakai microwave. okla sbb perut still mintak nasik. kdg2 tu okla x makan nasik. hiks. untung la akak dh 2-3 kali dh smpai mt. buller! awesome!
@Azura Aziz,
mmg cantikkk!!! ;))
Cantik kalau pergi dalam masa winter kot, John
ReplyDelete