Sunday, July 10, 2011

Roadtrip in New Zealand - Day 2

Christchurch - Ashburton - Fairlie - Lake Tekapo - Lake Pukaki


Hi guys! Jom aku sambung cerita tentang trip aku ke New Zealand. Perjalanan hari ke-2 akan bermula dari Christchurch – Asburton – Fairlie – Lake Tekapo – Lake Pukaki. Perjalanan ini merangkumi perjalanan sejauh 225km. 

Setelah dijanjikan oleh semua orang, kami bermula hari kami seawal jam 4.30am. Kat sini waktu subuh awal ye, so tido awal, bangun pun awal laaa. Tak nak buang masa. Since selama dah prepare nasi impit, pagi tu untuk breakfast just prepare sandwich telur je. Roti kat sana kami beli agak murah dan tebal-tebal. Bermacam-macam jenis roti ada dijual kat Pak ‘n’ Save tu. Mengikut salah sorang kenalan aku, dia bagitau roti yang patut jenis mestilah TIDAK mengandungi bahan seperti 472E sebabnya mengikut student disana ianya TIDAK HALAL. Yang lain-lain insyaALLAH selamat dan halal untuk dimakan. 


Time kami memulakan perjalanan pada jam 7.30 pagi, awal kan....tak buang masa tido lebih. Better start awal-awal kang sampai lambat tak best lak. Time tu, semua budak-budak sekolah nak pegi sekolah. Pagi tu memang sejukkk, tapi dorang bantai pakai skirt dan seluar pendek. Haishhh...kulit apakah? Pagi di Christchurch agak gloomy dan macam nak hujan. Mendung je....kami berdoa supaya cuaca elok sepanjang perjalanan. Nasib baik ada bomoh hujan dalam kete. Boleh laaa duk baca jampi serapah kat seat belakang. Klong kleng, klong kleng bunyiknya. Siam kah? Hahaha. 

Sepanjang perjalanan menuju ke Ashburton, cuaca semakin baik dan mula nampak matahari mula memancarkan cahaya yang begitu terik. Scenery sepanjang perjalanan sangat-sangat menarik.Nampak gunung-ganang bersalji menjadi latar belakang. Pergh....menarik yang amat! Berhenti seketika untuk bergambar di tepi jalan. Duk posing bagai nak rak...semua orang lalu-lalang tengok..lantak lah. Bukan selalu sampai sini kan! Hahaha. ;p

 
Tiba di Ashburton pada jam 10pagi. Cuaca kembali gloomy dan macam nak hujan. Terjumpa lak Ashburton Garden di Ashburton Domain. Taman ini merupakan taman yang agak besar.  Memang cantik dan luas. Berhenti sekejap untuk breakfast kat kawasan rehat di taman ini. Dah angkat keluar semua makanan tapi disebabkan cuaca terlampau sejuk. Kami tak mampu untuk keluarkan tangan dari poket pun. Alih-alih makan breakfast dalam kete je sambil pasang heater. Memang lazat! 



plan nak breakfast kat sini, tapi sejukkkkkkkkkkk
 
Dah siap makan tu, kami keluar dari kereta untuk bergambar sekejap. Nampak sekumpulan ibu-ibu bersama-sama anak-anak yang begitu comelll!!! Mereka ada program di tasik dalam taman tersebut. Kemudian, kami ternampak 1 path menuju ke bahagian dalam taman tersebut. Macam lagi menarik kalo nak teroka. Kami teruskan juga sejuk. Aku dah siap sarungkan winter coat kawan aku dah. Tak tahan dengan sejuk yang teramat. Macam nak beku dah jari-jari ni. Posing sana posing sini...amek gambar itik-itik berkeliaran dan sebagainya.



Menuju ke tempat ibu dan anak tadi yang tengah kasi makanan kat itik-itik yang tengah menunggu makanan untuk disuap. Mereka kasi kerak roti. Berpusu-pusu itik datang menerpa. Laju jek....makan free la katakan. Dorang ada kasi 1 plastik kerak roti. Kami pun kasik itik makan juga sambil berposing lagi. Hahahaha..... Last-last amek chance untuk amek picture dengan anak-anak kecil tue. Menarik! 






Lebih kurang jam 10.30 pagi. Kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Fairlie tapi kami akan melalui Temuka dan kemudian Timaru. Kami berhenti sekejap kat pekan Temuka. Terjumpa gift and souvenirs shop. Masuk tengok apa yang menarik. Terjumpa postcard. Beli sekeping berharga 50sen mengikut size untuk diposkan untuk diri sendiri. Mendapat ilham dari para blogger yang suka travel especially Fatt. Thanks fatt, u gave me some ideas. Brilliant! Then, sebelah kedai souvenirs ada post shop. Terus pos ke Malaysia guna setem berharga NZD1.90. Setem jenis sticker tak macam kat Malaysia kena jilat dengan lidah dulu. Hahaha.  





Dalam perjalanan menuju ke Timaru, ternampak signboard Pleasant Point Highway. Just try lalu jalan sana. Mengikut jalan ni agak menarik kerna kami akan terus ke Fairlie. Cut short tak payah lalu Timaru. Btw, Pleasant Point ni, aku ingatkan macam 1 tempat untuk look-up point untuk pemandangan yang cantik. Rupanya, its just a place. Cogan kata “Pleasant Point, the name has it all” Kecik je tempat dia, rumah-rumah yang ada pun cute-miut je. Berhenti jap nak buat sujud syukur berlatar belakangkan bukit-bukau yang ada. Hahaha. 




 
We reached at Fairlie around 1.15pm. Nothing much overhere. Pekan kecik. Just stop jap amek gambar dan get going to our main destination which is Lake Tekapo. Btw, Lake Tekapo ni memang femes dengan air tasik yang berwarna biru turqoise. Aku menantikan saat nak tengok airnya. Alhamdulillah, we reached Lake Tekapo around 2.30pm. Check in dulu di Family Villa. Belakang YHA Hostel Lake Tekapo. Before masuk bilik, posing dulu kat depan Lake Tekapo. Cuaca sejuk toksah cakap laa, sambil angin bertiup-tiup. Lagi laaa menambahkann kesejukkan. Tak nampak sangat air birunya sebab dihalang matahari yang sedang nak terbenam. Reflection snow-capped mountain atas tasik pun tak berapa nampak. Takpelah, takde rezeki. 



 
Check in kat family villa, It’s a proper house with proper heater! Hoyeh...malam itu tak berapa panas sejuk sangat. Plus cukup lengkap dan memang best! Lunch makan nasi impit kuah kacang dengan sambal ikan bilis jenama Delimas. Btw, Delimas ni memang menipu, takde pun ikan bilis, banyak biji cili je. Memang nak kasik penyakit appendix sape-sape yang makan nih. Kenyang dan solat, keluar untuk tengok Lake Pukaki. Lake Pukaki dari Lake Tekapo sejauh 46km. Agak jauh sebenarnya. Bila sampai disana biasa sahaja pemandangannya.  Takde apa yang menarik bagi aku kecuali gunung-ganang yang cantik. Ternampak sepasang pengantik cina sedang buat pre-wedding photoshoot. Haishhh...yang si bride duk pakai baju gaun berkemban. Woiii.....tak sejukk ke??? Aku yang pakai 3 lapis baju pun still terketar-ketar lagi. Lepas amek sekeping dua pictures, terus balik ke Lake Tekapo untuk makan malam. 








Dinner makan nasi goreng udang brand Seri Aji. Percubaan pertama kawan aku masak guna dapur api untuk masak nasi. Hasilnya menjadi! Hahaha...memang sedap la makan malam tu walaupun ada kekurangan. Janji kenyang. Esoknya akan gerak awal jugak. Sebab perjalanan jauh. Gudnite.



till then....see ya!!! 

16 comments:

  1. patut aku tersedak rupanya nama aku ada dlm post ni..hahaha. glad ramai org copy idea antar poskad kat diri sendiri...it's the cheapest momento that every traveller could afford, rite? :)

    Ashburton Domain..park tu mmg nice dan masa aku duduk cni dulu aku slalu gak dtg Ashburton & picnic kat sini..tp tula syg ko tak lalu Timaru sbb park kat Timaru lagi cantik. aku rasa sume tmpt kat nz tu cantik..like a piece of canvas..perfect! :)

    btw korang pegi tak snowpark kat Lake Tekapo tu? ada ice rink kat situ bleh main ice skating.

    keep on writing as im reading :)

    ReplyDelete
  2. ahhhh, GORGEOUS! GORGEOUS! GORGEOUS!
    I wish i could jump into the pictures right now and be there, just like how Mary Poppins did :D

    ReplyDelete
  3. tak sabarnyer nak pegiiiiiiiiiiiii! :D

    ReplyDelete
  4. huaaaaa jeles nyeee semua dah pegi niiiiiiiiiiiiiiiiiiii !!

    ReplyDelete
  5. BESTNYEEEEEE!!!! kalo ko nk poskad dari glasgow, PM me your address tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro nk poskad dr glasgow,,azahari elektrisola (m) sdn bhd,jalan damai 1,28750 janda baik,bentong pahang,malaysia

      Delete
  6. I pun mesti hantar poskad balik umah, setiap pegi travel ke mana-mana destinasi, buat koleksi memang best benda2 gini huhu.. cepat citer episod berikutnye!!! By the way, cun gile pemandangan kat sana!!

    ReplyDelete
  7. @fatt,

    fatt, ko idola aku dlm travel kalo blh nak jadik true traveller mcm ko jgk one day insyaALLAh. Poskad mmg bg sentimental value kat diri sendiri.

    taman tu mmg sgt2 cantikkkk!!! too bad kami tak singgah Timaru sbb lalu short cut pegi Pleasant Point. Ingtkan mcm look-out point rupanya nama tempat je...but not bad. overall, lalu mana2 pun sgt2 cantikkkk

    ada snowpark? xtau pun...kalo tau mmg cnfirm2 aku singgah. area kat lake tekapo jgk ke?

    ReplyDelete
  8. @by.ya,

    pls go there 1 day...u gonna love it!

    @biqque,

    tak lama dah biqque....pasni ur turn lak! i sgt excited utk u jgkkk!!!!

    @kemang,

    insyaALLAH....pasni giliran ko lak.

    @iwa,

    nnt aku kasik kat ko address aku k....hihihi

    @BlueEwoke,

    u have to try it!!! u gonna love it. thanks by the sbb sudi baca. =)

    ReplyDelete
  9. Alahaiiii....Best nye!!!!!!!!!
    Bila lak giliran cik-anne nak ke sane ni??
    NIce view !! ^_^

    ReplyDelete
  10. dont worry..u'll learn along the way. kutip sebanyak experience yg boleh. experience aku tak byk mana, blum cukup nk jadi idol..sbb aku meredah je byk..hehe :)

    aah, ada snowpark & ice rink kat tekapo. klu ko singgah i-site amik map mgkin ko perasan tmpt tu. tak jauh pun dari i-site, 5 minit je.

    pastu ada 1 jalan kecik kat sini utk ke skifield, nama skifield tu "roundhill", tak tinggi sgt sbb hill kan, bkn mount. view sblm smpai ke skifield tu mmg cun giler sbb apa yg ko nampak dr lake tekapo tu sikit je...ikut jln ni lagi superb view dia. aku tgk ramai org bwk kamera lens sedepa amik gmbr lake kat sini.

    ReplyDelete
  11. salam, nak tnye family villa ni booked kt website apa? berapa rate? apa facilities available?
    tima kasih daun keladi

    ReplyDelete
  12. salam, memg sgt cantik view2 kt sana..photographer sgt best..kamera pe erk? :)

    ReplyDelete
  13. @Anonymous,
    siapakah anda? hihih...thank you. kat sana mmg cantik sgt2 rase mcm taknak balik. guna dlsr d3000 je. pastu guna lens 55-105mm.

    ReplyDelete
  14. nice photos..been there and road trip as well...using Prius while there. Luckily, visting few months before the massive quake hit cchurch..enjoy reading your writing..waiting for more

    ReplyDelete
  15. tetiba TERbaca balik post lelama pasal NZ ... arghhh rindu nyaaa nak gi sana lagi....

    ReplyDelete