Sunday, July 17, 2011

Roadtrip in New Zealand - Day 5

Arini rajin skit nak upload post baru sebab takmo pegi klas. Haishhh....

Te Anau - Milford Sound - Te Anau - Queenstown


Dinner untuk malam sebelumnya
 Assalamualaikum guys….how are you? Pada masa aku tengah tulis post kali ni, aku tengah dalam training kat ofis. Bosan-bosan duk dengar ceramah, aku type skit-skit entry kali ni yang mana aku ingat. Untuk entry hari-5 ni, akan melibatkan perjalanan dari Te anau – Milford Sound – Queenstown. 

Perjalanan kami pagi itu bermula seawall 7.25am dari motel tempat kami menginap. Perjalanan kami ke Milford Sound agak jauh dan melibatkan perjalanan selama 2jam at least. Sebelum masuk highway akan ada papan tanda samada jalan dibuka atau ditutup. So, bergerak laaa kami mengikut GPS yang telah ditetapkan. Pagi itu sangat gelap gelita, tapi tak berapa sejuk. Sejuk lite-hard-lite je. 

Selepas menempuh perjalanan lebih kurang 1 jam setengah dan hari dah makin cerah. Aku perasan, yang kami rupanya menuju ke Queenstown instead of Milford Sound!!! Ya Allah….hanya tuhan saja tau perasaan aku sebagai driver macam mana. Rupanya my co-pilot salah navigate location. Dia locate ofis Milford Sound kat Queenstown instead of Milford Sound. Haishhh…what to do. Memang kami terlepas sudah cruise pukul9.45 pagi tu. 

Patah balik laaa kami ke Te Anau, masing-masing dah senyap dalam kete sebab takut aku mengamuk. Aku lak just drive je…memang dalam kepala ni frust toksah cakap la. Tak tau nak marah kat sapa. Salah aku ke? Hurm…kalo sape yang tengok map akan tau yang Milford Sound takde direct pegi Queenstown. Memang kena lalu Te Anau. Perjalanan memang jauhhh woooo…..jangan main-main tau. Plan your journey properly….jangan salah navigate! Hanya dalam kepala aku lagi, berharap dapat catch cruise pukul 11.45am lak. 

Dari Te Anau ke Milford Sound, ambil masa lebih lebih kurang 2 hours. Jalan memang best dan agak mencabar. Siap lalu padang yang luasss, jalan bergunung, jalan tepi gaung dan sebagainya. Tapi views once again aku mention, memang superbbbbb!!! Nasihat aku, berhenti la kalo nak amek pictures time balik dari Milford Sound. Jangan buang masa amek pictures on the way ke sana. Kalo anda amek cruise awal pagi, terus ke sana sebabnya jalan agak bahaya dan licin. Bila balik jangan tunggu hari gelap, bahaya. That’s my opinion, on da way balik tu baru stop-stop untuk amek pictures. Btw, dalam perjalanan akan Nampak snow-capped mountain lagi dekat! 





Bila dah nak hampir sampai ke Milford Sound, jalan raya lak tepi gaung takleh pecut-pecut sangat just around 60km/hour je. Jalan lak penuh batu kecil-kecilan yang mengganggu tayar-tayar bergerak. By hook or by crook memang kenan bawak slow. FYI, bridge dorang pun just 1 lane sahaja. Beware ok! Hari itu Nampak gloomy je, takutnya kalo hujan. Kena lalu tunnel yang femes tu, sebabnya memang scary ok! Tunnel penchala link is much more better. Memang seram habis bila masuk tunnel tu. Curam, gelap, tak brape kukuh sangat. Haishhh…berdoa sahajalah. 


Alhamdulillah…jam 11.45am kami sampai di Milford Sound. Banyak langau kat sini di keliling badan. No wonder ada baca tips suruh bawak insect repellant. Time ni memang dah terlepas dah peluang nak amek cruise pukul 11.45am. Btw, dari tempat parking ke jetty cruise agak jauh ye dalam 10min berjalan kaki. Memang kena jalan kaki. Time ni, memang aku dah frust habes dah sebab dah terlepas cruise, plan asal dah terbalik kuang dan ruined! Muka aku toksah cakap laa memang masam. Pegi kaunter, minah salleh tu cakap “I’m sorry sir, u just missed the 11.45am cruise. The last one is at 1.45pm.” so, amek yang tu jela. Kena tunggu lebih kurang 1 jam lebih lagi. Decided to eat lunch in the car. Terlelap sekejap. Lunch is pancake with maple syrup again. Yum2. FYI, untuk cruise kami amek Cruize Milford guna kupon yang aku beli dari Grabone berharga NZD37 sahaja. Kalo tak kena normal price dalam NZD65-75 per pax. 

ada mcm dalam filem Harry Potter tak?

sekitar jeti Milford Sound





 
 Naik cruise, time tu dah ada tanda-tanda nak hujan dan langit pun gloomy je. Kapal agak besar dan menarik. Menurut observation aku, company Cruize Milford ni maybe share dengan Southern Discoveries Company. Kapalnya bernama Lady Bowen. Kat dalam kapal ni, ada diberikan free coffee and tea. Mabeles minum panas-panas coffee and tea. Scenery sangat cantik, banyak waterfalls yang akan kita nampak. Boleh siap shower bawah waterfalls tu bila kapal menghampiri waterfall. 








Habis cruise lebih kurang pukul 3.30 petang. It was the last and the longest duration cruise on that day. Berlabuh je kat jeti, terus bergegas pegi car park untuk ke pegi ke Queenstown. Tangki minyak tinggal half tank je. Aku agak risau, kot-kot minyak habis before sampai Te Anau untuk refill tank. Btw, please fill up your tank at Te Anau before you procees your journey to Milford Sound coz you wont see any petrol station. Alhamdulillah…sampai Te Anau lebih kurang pukul 5.30pm. Keadaan dah nak malam macam waktu Maghrib. Isi minyak kat Te Anau, terus proceed our journey to Queenstown. 

So, proceed laaa kami ke Queenstown merempuh kegelapan jalan raya. Tak nampak pun kiri kanan jalan. Lampu kereta je yang menjadi panduan kami. Kereta lak jarang-jarang nampak. Harap-harap takdela babi hutan sesat melihat. Fuhhh….tapi memang rugi kalo travel malam sebab tak nampak views yang menarik. Bawak kereta pun tak brapa laju around 80-90km/hour. We don’t want anything bad to be happened. 

Alhamdulillah, kami sampai Queenstown lebih kurang jam 8.30 malam. Terus pegi ke accommodation untuk malam itu iaitu di Oaks Shore Apartment. It’s actually a private property. Agak huru-hara jugakla nak cari kunci apartment tu sebabnya hanya berpandukan instruction email given by the owner. Aku tak jumpa dia langsung. Dah jumpa kad kunci, tapi pintu lak takleh  bukak. Haaaa sudahhh…pegi ke reception tanya macam mana ni. Dorang tolong reset balik kod. Dapatlah masuk akhirnyaaa….dah la sejuk kat luar tu tambah-tambah lak tepi Lake Wakatipu. Tapi tak nampak sangat sebab gelap. Nice apartment by the way. Modern style apartment. I like it.


 
Masuk, letak beg terus keluar balik untuk cari supermarket nak beli barang mentah. Ada supermarket New World which is a little bit expensive compared to Pak ‘n’ Save. Beli udang dan roti. Dinner is tomyam udang, telur dadar dan nasi putih. Sedapppnyaaa makan panas-panas. Tido awal, sebab activity menarik menanti hari esok. Gudnite….

Till then, see ya!


4 comments:

  1. Emm tersalah jalan pulak ye.. Hmm tak pe la, janji sempat naik cruise jugak, walaupun lambat. By the way, kene pakai chain tak kat tayar tu???

    Siap makan tomyam tu..huhu confirm i pun nk masak nih kat sana hahaha.. Best2..teruskan meng'update' hari2 berikutnye yeeee

    ReplyDelete
  2. bdk2...jeles nye....btw brape total ko spend kat nz tuh?

    ReplyDelete
  3. mak aih, ada dua milford sound la pleakkkkk!

    ReplyDelete
  4. @BlueEwoke,
    i tak pakai pun...sebab condition jalan still ok. so far, xde lak nampak yang pakai chain.

    @Kemang,
    tggu eh...nanti aku akan update the total amount aku spend.

    @Biqque,
    mmg ada dua. 1 ialah Milford Sound and 1 lg Fiordland Sound.

    ReplyDelete