Wednesday, July 20, 2011

Roadtrip in New Zealand - Day 7 (Arrowtown & Puzzling World)

Sebelum aku start bercerita, kepada sesiapa yang bertanya tentang total bajet yang telah digunakan, harap bersabar kerana aku akan bagitau setiap details perbelanjaan kami ketika berada di New Zealand. Sekian.

Queenstown - Arrowtown - Wanaka

Hi guys, jom aku sambung perjalanan kami untuk hari ke-7. Entry kali ni bermula selepas kami turun dari Coronet Peak Skifield di Queenstown. Kali ni, perjalanan diteruskan ke Arrowtown. Terletak kira-kira 22km dari Queenstown. Actually, Arrowtown bagi aku unik kerana pekannya seakan-akan pekan koboi pada zaman hitam putih ataupun zaman era 60-an @ 70-an. Memang terasa nostalgia. Ewahhh....hahaha.
Kami just berhenti seketika di Arrowtown untuk mengambil gambar dan juga singgah di kedai souvenirs. Kot-kot terjumpa baju yang kawan aku duk cari tu. Sambil-sambil itu, kepada sesiapa yang mengikuti rancangan realiti Amazing Race Asia, salah satu tempat lokasi clue terletak adalah di sebuah post office yang diletak di Arrowtown. Bangunannya sudah berusia tapi masih digunakan hingga ke hari ni. Sempat juga aku mengirimkan poskad untuk diri sendiri. Dah sampai dah pun....hihihi. Jom layanzz....



ni laa post office tu.





Kemudian, kami bergerak meninggalkan Arrowtown menuju ke destinasi kami yang seterusnya iaitu Puzzling World yang terletak di Wanaka kira-kira 50minit perjalanan. Keadaan langit seperti hari mau hujan. Hurm...harap-harap tak spoil mood nanti. Drive pada kelajuan yang sama, no speeding sambil enjoying the views. 

Kami sampai di Puzzling World kira-kira jam 1 petang. Aku just allocate hanya 2jam sahaja masa yang diperuntukan di sini sebabnya perjalanan kami masih lagi jauh menuju ke Franz Josef. Takut bahaya drive waktu malam. Di sini terdapat 2 kawasan iaitu Illusion Room and The Maze. Untuk masuk kedua-dua kawasan, hanya perlu membayar sebanyak NZD15/pax. Jangan cerita panjang, layan gambar jela k....





hologram images










The Maze





To be continued.....

8 comments:

  1. hi i love ur photo~ camne buat gamba besa2 kt blog nie ekh? ade website or software die ke untuk gabung2 kan tuh~

    neway NZ really wonderful trip ever kan~ xnak balek rase nyee.. hehe

    ReplyDelete
  2. wow, interesting juga puzzle town neh!

    ReplyDelete
  3. Puzzling World and maze tu reminds me of Amaze n Things kat Melbourne dulu..hehehehe best..

    Arrowtown memang comel, planning nk pegi situ jugak..like2!!

    ReplyDelete
  4. i tak cover wanaka masa gi dulu.... rugi jek.
    i bump into ur blog via biqque, excited lak jumpa sorang lagi travelholic.

    ReplyDelete
  5. best giler puzzle world tu...got free tickets 2 NZ...tp disarankan untuk tukar ke tempat lain sbb dieorg cakap kat NZ tak selamat lagi...sedih...T_T

    ReplyDelete
  6. dah plan dah ni nak bergambar camne kat menara rebah tu hahahaha!

    ReplyDelete
  7. @shah_rule,
    hiiii...thanks for the complement. utk combine all these pictures, aku guna photoscape. senang je nak guna. utk besarkan lak, bila upload kat blogger, akan kuar option size pictures yg appear kat entry. gudluck!

    p/s: mmg taknak balik msia dah rsenye...rindu sgt2.


    @MasZuber,
    mmg menarikk pun! hahahah


    @BlueEwoke,
    yup...Arrowtown mmg comel, tak besar tapi menarik!!! will come again hopefully. =)


    @Lily Riani,
    too bad for u, actually wanaka mmg menarik. Even, i sendri pun tak puas pegi sana. just stopver je. shud overnite kat sana.


    @Edy Zaini,
    bro, better u pegi NZ. nape ckp tak selamat? sebab earthquake ke? for me, kalo tak selamat, kat mana2 pun tak selamat. time kat sana, Chch je la yg rasa takut skit, tp seriously we all didnt bother at all about the earthquake. sbb kwsan suburb chc takde efek langsung dr gegaran.

    p/s: kasik i boleh free tix tu? =)


    @kemang,
    mmg besttt!!!!


    @biqque,
    sila plan awal2 gaya untuk pose kat puzzling world tu ye.. =)

    ReplyDelete