Sunday, July 10, 2011

Roadtrip in New Zealand - Day 1

Kuala Lumpur - Singapore - Auckland - Christchurch

 Bismillah...dan salam sejahtera. Hi guys!

Jom aku cerita pengalaman aku dan kawan-kawan dan juga roadtrip kami Di New Zealand. Mesti korang tak sabar kan? Kan? Kan? Hahahaha.... Pertama kali, aku ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi. Kerna tanpa-Nya kami tidak mungkin dapat melalui saat-saat yang menarik di New Zealand.


 Perjalanan kami ke New Zealand menggunakan penerbangan Jetstar. Route kami ialah KL-SG-AUCK.  Penerbangan kami bermula seawal jam 12 tgh hari. Aku dah web check-in awal supaya tidak menjadi huru-hara di kemudian hari. Kena print traveller’s documents selepas dah confirmed untuk check in dan bawa documents ini ke kaunter check-in untuk drop-off baggage. Pagi itu, hujan turun dengan lebat sekali, mungkin perjalanan ini akan diberkati oleh-Nya. InsyaALLAH... Kami sampai di airport just nice waktunya. Terus ke kaunter, kemudiann makan lunch di KFC terlebih dahulu untuk alas perut since aku tidak pre-book meal atas sebab-sebab kehalalan yang diragui. Flight kami ke Singapore adalah pada pukul 2.35pm di gate C31 kena naik aerotrain tapi, took off lebih kurang pada pukul 2.50pm. Keadaan fleet Jetstar bagiku adalah agak usang berbanding AirAsia. Kerusi kulitnya sudah merekah dan sempit. Maybe flight ini hanya short-haul. Sejam je pun, kentut pun tak sempat kan. Hahahaha.

 Touch down kat Changi International Airport lebih kurang jam 3.50pm. Kena transit lebih kurang 4 jam disini, so sempatlah kami solat dan juga early dinner. Di airport Singapore ini tersolat prayer room untuk menunaikan solat iaitu berhampiran Transit C dan juga berhampiran DeliFrance. Disini juga disediakan free internet access. Terdapat banyak pc juga untuk digunakan. Sempatla kawan-kawan aku update status dorang. Kekekeke....gigih korang. Di sini juga terdapat water dispenser. Sape-sape nak refill drinking water bolehla. Its free! Di sini juga terdapat halal restaurant seperti Burger King, Secret Recipe, Deli France. So, we ate our early dinner di Burger King. Beli 1 set, tapi makan fries dan minum air je. Burger seludup bawak masuk flight nanti. Baluk baikk punya dalam paperbag takut bau. Hahaha. Took off from Changi International Airport jam 8.30pm. Agak lambat, sepatutnya jam 7.50pm. Keadaan long-haul flight nie, lebih elok dan ruang kaki yang luas. Fleet ialah A330. So, memang besar lak kan. Flight malam itu tidak berapa penuh, dapat tengok sesiapa yang berada di row tengah memang landing baikk punya tidur. Conquer seat tido sambil baring. Syiokkk...Ada cerita “The Tourist” ditayangkan. Takdela bosan sangat. Bila lampu dah malam, mula laa makan burger yang aku dah bungkus tadi. Takut steward or stewardess nampak. Cheapskate. Hahaha.



 Alhamdulillah, flight malam tu smooth je. Kami touch down di Auckland International Aiport lebih kurang pukul10.15am (local time) dan pukul 6.15am (Malaysia time). Oh ya, beza masa NZ-MSIA ialah New Zealand 4 jam awal dari waktu Malaysia. Tiba di pemeriksaan imigresen, Alhamdulillah everything went well and smooth je. Mereka just tanya “what kind of medicine did i bring?” tu je...punya panjang aku prepare itenerary, budget dan lain-lain. Takpelah, better be prepared then say sorry. Amek baggage, terus dari international terminal ke domestic terminal. Hanya jalan kaki 15 minit. Since cuaca sejuk dan tidak berpeluh, jalan kaki jela...sambil-sambil tengok keadaan sekeliling. Cuaca sangat-sangat elok. Sederhana sejuk dan matahari memancar-mancar. Posing sana-sini dulu.  Btw, untuk ke domestic terminal, just follow line biru-putih. Dari observation aku, orang sana sangatlah berhemah di jalan raya. Mereka memang berhenti untuk memberi laluan ke pejalan kaki untuk melihat. Kalo kat Malaysia ni, jangan harap! Hahaha.







Sampai di domestic terminal, kena buat self check-in. Btw, kami disini untuk connecting flight ke Christchurch dengan Air New Zealand. Nasib baik amek Air NZ, kalo amek Jetstar alamatnya tak terbang la kami ke Christchurch sebab dorang cancel. Huhuhu. Ok, self check-in kena scan bar code pada e-ticket yang dah aku print. Confirmkan nama passengers, jumlah beg yang dibawa. Kemudian akan keluar bag-tag dan juga boarding pass. Semuanya buat sendiri dan memang menarik! Next, pegi drop-off bag di kaunter yang ada. Cepat dan pantas. Beli Dunkin’s Donuts untuk alas perut asalnya, tapi tak sempat sebab kena pegi terus ke boarding hall. Domestic terminal tidak terlalu besar, but just nice. Flight ke Christchurch mengambil masa 1jam 20min naik A320. Flight penuh as usual. Dapatlah layan cerita yang ada plus dapat minum hot tea dan juga cookies. Cookies dia memang sangat2 sedap!!! Kawan aku siapkan mintak 1 extra sebab tak puas. Hahaha. 






Pemandangan sepanjang perjalanan menujuk ke Christchurch memang superb sebab captain kapal terbang tidak terlalu tinggi. Siap nampak snow-capped mountain lagi! Subhanaallah...cantik yang amatttt!!! Touch down jam 2 ptg. Sejuk lite-lite je dulu. Kebetulan time kami touch down ternampak flight AirAsia juga baru touch down. Reason is, one of our friend sampai guna AA. Just nice kan waktu dia sampai. Tunggu dia di international arrival di building 1 lagi. Ternampak laa dia tiba di arrival hall! Lambai-lambai macam orang baru balik kampung! Hahaha...memang best! 




Terus call Mr Cameron untuk amek kereta dari dia iaitu company Shoestring Car Rental. Ingatkan tua orangnya rupanya muda. Cakap nak laju je macam bullet train. Mula-mula susah nak tangkap, tapi lama-lama dapat tangkap skit-skit. Cepat je dia sampai di tempat yang dijanjikan. Rupanya company dia tidak jauh, lebih kurang 400meter sahaja. After dah selesai upacara menyerahan kereta family wagon iaitu Mazda Capella. Memang luas dan puas hati. 



Kemudian, terus menuju ke Christchurch Top 10 Holiday Park. Tidak jauh pun dari airport lebih kurang 10minit perjalanan. Tapi sesat sebabnya time tu takde lagi GPS. So, tanya kat seorang budak sekolah ni, dia kuarkan iphone check map. Nasib baik jumpa. Sampai di holiday park lebih kurang jam 3.30pm. Check in dan bayar semua. Masuk laaa cabin 1 bedroom kami. Ada 2 katil queen size dan 1 bunk beds. Girls tido dalam, boys tido luar. Cabin ni complete semua untuk memasak.





 Bila dah siap solat semua, keluar jap pegi “Pak n Save” tidak jauh dari holiday park. Best giler masuk “Pak n Save” macam-macam ada....beli makanan yang mana patut. Kami beli roti (make sure xde bahan 472e, sebabnya dorang cakap tak halal, yang lain2 insyaALLAH boleh makan), beli sos spageti (brand yang halal), udang, coklat whittakers sedapppp... air, telur, buah epal (murah ok!) dan lain-lain.



Keluar je dari “Pak n Save” hari dah gelap macam pukul 9pm lebih, rupanya baru pukul 6pm kot...cuaca toksah cakapla memang sejuk menggeletar tapi still boleh tahan lagi. Terus balik ke holiday park. Menu malam ni ialah maggi kari. Sorang sebungkus sebab taktau nak masak apa. Memang sedap habes laaa... Bila dah abes makan, plan untuk hari esoknya. Memang bagus co-pilot aku nih, seorang yang peka dengan keadaan sekiling dan juga GPS dan Map! Bila keluar jap dari cabin, memang sejukkk yang amat. Cakap keluar asappp!!! First time nih! Jakun semua orang. Hahahaha... 

keadaan selepas gempa bumi



Plan nak upload pictures, tapi pc dorang tak detect lak hardisk aku, frust...abes nzd5/jam. Huhuhu...malam tido dengan lena sebab masing-masing letih. Esok kena bangun awal. Breakfast buat pagi esok. Tapi malam ni, kami dah siap-siap rebus nasi impit. Nasib baik jadi tau...cantik dan pejal.   

To be continued....



26 comments:

  1. bestnya bdk2, memang tunggu post ni.
    selamat sudahkan.

    ReplyDelete
  2. @zura,

    thanksss zura!!! tggu ye!

    ReplyDelete
  3. bdak2..... nak poskadddddd :D btw jeles2 !

    ReplyDelete
  4. dude,
    sana internet mmg mahal. sgt gile. aku penah pakai Vodafone punye mak aii ya rabbi gile takleh tahan. at that time aku rasa lega jadi rakyat msia wlpun strimik berukben tu horror. haha.

    takde ke gmbr2 keliling chch? aku blum dpt tgk lgi gmbr2 lepas earthquake yg current ni.

    btw brp rege per nite kat holiday park tu?
    sewa per day dgn shoestring brp? nak booking dia co ni kena isi booking form kan? diorg reply back camne?

    ReplyDelete
  5. good to know u r back safe & sound!
    Mcm boleh nangis tgk gambar mountains from above tu, SubhanAllah cantik sgt2!!!

    eh btw, slalu kalau i naik foreign airline, i akan request muslim food. Slalu diorang ade special meal utk vegetarian, muslim, kosher or hindu tapi xsure pulak Jetstar.

    ReplyDelete
  6. yeahhhh post sudah starttttttt! :D

    ReplyDelete
  7. Wah leh tahan besar gak wagon mazda tu, kitorg pun sewa wagon huhuhuh.. cun gile nampak gunung yg ada salji tu..mount cook ke?

    ReplyDelete
  8. @kemang,

    nnt trip aku yg next, kasik address ko. insyaALLAH kalo aku ingt aku antar kt ko 1.

    @fatt,

    sgt2 mahallll....nzd5/hour. kat auckland ade jmpe kedai nzd3/hour. laju jgk laaa....takde sgt fatt pics kat chc sbb kitaorg pusing city ptg b4 weall balik auckland. actually, the whole city dh dipagari dengan pagar2. mmg xleh masuk...mmg macam ghost town dh aku tgk.

    rege kat holiday park tu actually sgt2 murah. berbaloi kalo sape2 nak stay situ. complete. tak mahal kalo pegi group of 6. kalo cabin fully equipped dlm less than nzd150 dh blh dapat.

    utk kete shoestring lak amek family wagon. mmg murahh. less than nzd40/day leh dpt. btw, owner die mr cameron mmg cpt giler reply email. just email him kalo ko nak quotation dari die. kete die x baru, tp tip top. mmg die jaga customers die. ramai dh yg try die. leh isi form kat website die. nnt die akan email ko balik psl tu.

    ReplyDelete
  9. @by.ya,

    mmg nanges tgk views tu sume. thanks btw for all your prayers. only Allah can pay u back.
    utk jetstar, mmg ada halal food tp kena request awal2. in fact mahal jgk nk beli. last-last kami seludup burger king bawak naik...dorang x kisah pun. for plain water ada water filter kat dlm plane...just amek je free of charge.

    ReplyDelete
  10. @biqque,

    teruskan membaca k....

    @BlueEwoke,

    mmg besar pun...sgt2 puas hati. bonet blakang leh muat banyak beg. pasal gunung tu xtau lak gunung apa...tapi rsenye tu are Arthur Pass.

    ReplyDelete
  11. Bdk...nak tanya, brp harga petrol kat sana per litre?
    Sy nk ke sana next year...

    TQ.

    ReplyDelete
  12. harga petrol sana berubah-ubah setiap hari. dan semakin mahal jika masuk ke kawasan pedalaman....harap maklum. kalo area city, lagi murahhh

    ReplyDelete
  13. wow!! bestnye dengo cite ni..fun to read~~~ nak pegi nak pegi new zealand ^^ V...info pun best..picture superb!!!..thank you..

    ReplyDelete
  14. @Chimei,
    wahhh...otai korea dh singgah blog aku! Thanksss chimeiiii!!! btw, ko patut dtg sini pulak. mmg besttt wooo plus sgt2 cntikkk! ^_^

    ReplyDelete
  15. puhuhuhu..byk le otainye..
    ha tu le..udoh masuk lam planning taun depan tunggu jadi ngan idok je lagi..cam ko punye tema tu.'no ticket no talk' dah bli tix kang baru bleh talk lebey2..huhu..^^..nunggu pak toni yg baik ati tu wat promo..

    ReplyDelete
  16. @Chimei,
    hahaha...insyaALLAH kalo ade rezeki ko akan ke sana jugak. cari geng tau...baru havoc! ajak kak jel skali.

    yg motto tu aku tujukan kat kwn2 aku yg berangan nak ikut, ckp gebang tapi time nk beli tix, tak nak lak...huhuhu...redha jela. ;p

    ReplyDelete
  17. hi there...luv reading 'bout ur trip to NZ...me n my buddy r going to Korea this Nov too..we going to fly via Manila..AA too expensive..we managed to get CebuAirline tix..
    ^_^

    ReplyDelete
  18. Oo.. aku gie NZ naik jetstar gak..route lain sket.. Boleh ko save 40% aku rase..

    KL-SG-MELBOURNE-CHRISTCHURCH

    ReplyDelete
  19. Oh sorry brader..aku salah

    Time aku gie NZ.. aku naik
    KL-MEL(AirAsia)--> Christchurch (Jet)

    Yang tu mase aku vac kat melbourne

    KL-SG-DARWIN-MELBOURNE (NIE SEMUA JETSTAR)

    ReplyDelete
  20. Tak mahal ke flight dr KL-SG-AUCK-CHC? nape tak naik direct LCCT-CHC? nak mintak pendapat, skrang AA dah hold smua flight ke CHC, ape lagi cara nk ke sane lebih murah ye?? last time pg CHC pn dpt tiket murah RM100/way (crazy ha..)

    ReplyDelete
  21. SALAM
    INSYAALLAH saya dan suami akan ke nz tahun depan.. nak tanya top 10 holiday parks tu kena jadi member dulu ker? kalau jadi member, kena bayar apa2 tak ? ok tak cabin tu? thanks..

    ReplyDelete
  22. im planning to visit nz this year
    with ur kind of itinerary..can i know (roughly) how much u spent for your nz's trip (flight+accommodation+food+entertainment)
    nak bajet2

    ReplyDelete
  23. Very nice photos and story about New Zealand! Gambar mountain from the airplane tu cantik!

    ReplyDelete
  24. hi John,

    boleh share x list food yg korg bawak and tunjuk masa arrival kt airport?

    Tq

    ReplyDelete
  25. @Akuro,
    hi, sorrylah list tu dh takde. basically, tulis je mcm bawak megi ape, brahims apa, tu je. ringkas tp mudah faham. actually, pegawai imigeresen tu tak tengok pun list kitaorang buat tu. hahaha

    ReplyDelete
  26. Terima kasih infonya.

    "Toko Online Grosir Busana Baju Muslim Maxi Gamis Dress Busui Pashmina Jilbab Murah"
    www.iyesh.com

    ReplyDelete