Saturday, July 16, 2011

Roadtrip in New Zealand - Day 4

Sorry ye...balik je dari bercuti busy yang amat. Tak sempat nak update blog. Huhuhu

Dunedin - Balclutha - Gore - Te Anau

Hi guys! 
Jom aku cerita hari ke-4 kami berada di New Zealand. Ketika ini, kami berada di Dunedin. Seperti biasa, hari kami bermula seawal pagi kerana tidak mahu membuang masa dengan membuat taik mata. Matahari terbit jam 8pagi. Pagi itu, kami telah berjanji dengan owner farmhouse iaitu, Trish untuk farm tour yang berharga NZD10 per person. Kami dibekalkan dengan 1 baldi kecil sisa roti atau dikenali dalam bahasa aku, tepi roti. 


Alhamdulillah....pagi yang terang dan cuaca tidak begitu ekstrem sejuknya tapi masih kelihatan frost di kawasan sekeliling. Tour dimulakan dengan binatan alpacas. Alahai....cantik dan jinak! Mukanya kelihatan seperti seorang wanita. Kemudian, diikuti dengan babi yang berbulu lebat dan dihighlightkan sedikit bulunya. Curlast! Ada kambing, biri-biri, kuda padi, lembu, goose, keldai. Sangat-sangat comelll!!! Tak puas amek gambar tau. Kalau nak rasa, kena datang sendiri. Mengikut kata Trish, tempatnya selalu diadakan party hari jadi kanak-kanak, lawatan, event coklat Cadbury dan banyak lagi. Meriah! 

Alpacas nama binatang ni. Kwn yg tlg bgtau. Comel kan? Mcm perempuan jelmaan.



Kuda Padi...nk bela sekor bwk balik.



ni adalah khinzir. Bulunya lebat.....

cium skit....ni keldai yang manja





Kemudian, perjalanan kami bermula lebih kurang pukul9.45pagi. Pegi isi minyak dahulu di Pak ‘n’ Save sebab ada kupon diskaun 4sen untuk setiap liter minyak...jimatkan. Pusing-pusing di bandar Dunedin terlebih dahulu sebab malam sebelumnya tidak sempat. Bandar Dunedin ialah bandar yang agak menarik bagiku. Rasa tak puas plus tenang je rasanya. Pusing di sekitar The Octagon. Kalo tengok peta bandar Dunedin, akan nampak bentuk Octagon ni. Jalan kaki pun dah dapat pusing octagon ni. Bestt...kat sini juga ada kedai souvenirs. Agak murah harganya. Sempat rembat t-shirts 2 3 helai untuk family. Price untuk sehelai ialah NZD10. Not bad jugak designnya. 



 
Untuk route harini, ialah Dunedin – Clinton – Gore – Te Anau. Dalam pukul 12 tgh hari, we passed by Lake Waihola, time kat sini dapat tengok black swan...lupa nak snap pictures. Later on, we passed by Milton Town, a small town and nothing much to see over here. Currently, the temperature is about 4 degree....can u imagine the coldness. Hahaha....nak duk dalam kete je panaskan badan. Time ni memang tak rasa lapar lagi...sebab kenyang dengan keterujaan kot. 

Lebih kurang jam 12.30 tengah hari, kami sampai Balclutha town, also known as “Our Three Horses Town”. Nothing much over here except housing area. Tak berhenti pun sebab malas dan tak nak buang masa....depends kalo nak membuang mana-mana yang patut. Silakan....you know what i mean. ;p



 
After Balclutha Town, we proceed our journey to Gore. This town claimed their town as “Capital of Country Music”. Town ni memang nampak macam country town dengan seni bina yang agak menarik dan very country as well as macam cowboy town. Hahahaha... We reached Gore around 1.25pm and it’s time to each lunch! We stopped at where the guitar statue is located. Kat situ pun ada toilet yang automatic. Menarik....kat situ tak berapa ramai orang dan cuaca agak chilly jugak laa. Posing sana sini yang mana patut. Ada kerusi dan meja untuk sape-sape yang nak piknik. Tapi sebab dah sejuk, makan dalam kete lagi. Lunch cum breakfast for today is only pancakes with maple syrup. Marveles!!! 

 
Later on, we proceed to Te Anau. Jauh lagi ni perjalanan, tapi just drive relax je less than 100km/h. Tak payah nak rush-rush. Just relax and enjoy the magnificient views in front of you. On the way to Te Anau, angin bertiup kencang danmemang dapat rasa kereta kene tolak dek angin. Pegang stereng kuat-kuat supaya tak masuk lane lagi satu. Kat sana memang jarang jumpa kereta, dalam 30minit drive tu, ada laaa nampak 1 atau 2 buah kereta selisih. Speed maintain tau, kalo kat Malaysia, jalan kosong plus straight memang dah speed up dah. Jangan nak mengada tunjuk hero rempit kat sini, kang tak pasal-pasal dapat love letter. Rabak poket nanti. Time ni, langit pun dah nampak mendung kat depan dan awan hitam mula menebal. Just hoping hari tak hujan, kalo tak memang spoil plan and mood. 


 Alhamdulillah around 3.50pm we arrived at Te Anau, fortunately ada gps senang je locate kat mana motel kami situated. Our accommodation at Te Anau is Asure Amber Court Motel. Nice and simple motel with fully equipped kitchen. Check-in in the motel. Met the host, Craig. Very nice host and helpful. Time check in kat motel ni, the host gave us 2 hours free of internet access. Happy tak terkata!!! Akhirnya dapat jugak online. Pastu, after dah masuk bilik semua, the host came to us and gave us another 2 hours free!!! Lagi laaa happy...thanks a lot Craig! 




 
Kat Te Anau, memang banyak motel yang available. Nak yang depan tasik, belakang tasik. Cakap je semua ada, memang cantik dan murah-murah. Kalo nak dating terjah pun i think should be ok kalo low season. Maybe you guys can get cheaper rate. Kat sini agak senyap dan aman, i like it over here. Nice place to visit. Ada supermarket jugak. Basic necessity semua ada. Fuel agak mahal compared to the city as expected. 

 
Later after solat and refresh ourselves, keluar pegi kawasan tasik. Cantikkkk. Singgah 1 kawasan untuk amek gambar sampai laa hari mau gelap. Dah start menggigil dah ni but still can coupe with the weather. Mula gelap jam  5.30pm. It’s winter....siang adalah pendek. What to do....so much to explore. 



 
For our dinner, we ate spaghetti. Beli sos kat Pak ‘n’ Save. Ada logo halal...lupa lak nak tengok brand apa. Then, tido awal coz esokk nak gerak pegi Milford Sound. The host suggested to us that we need to get going early to catch the earliest cruise which is on 9.45am. Thank God, ada heater atas tilam...memang best! Tido dengan nyenyaknya malam ni....ZzZZzZzzzZz....

Something happen tomorrow that make me sooooo angry and frustrated. 

Till then, see ya!!!



3 comments:

  1. patut letak caption lepas gambar binatang tu..nak tau gak apa nama yang berbulu mcm kucing betompok tu..hehe

    ReplyDelete
  2. @Ninie,

    sory2. lupa nak letak. nama die khinzir hutan kot. pelik gak sbbnya bulu lebatttt

    ReplyDelete
  3. best betul tgk gambar2 yang diterangi dengan matahari ni..

    Lentik betul bulu mata binatang tu..jelesssssssss

    ReplyDelete