Friday, July 22, 2011

Roadtrip in New Zealand - Day 7 (Cromwell)

Hellooo.....hari ni balik awal skit. So, sempatla update blog untuk entry seterusnya. Kalo boleh nak abeskan sebelum masuk bulan puasa. Hihihi.

Queenstown - Arrowtown - Cromwell - Wanaka - Franz Josef

First of all, entry untuk kali ni sepatutnya dipost sebelum entry sebelum ni, tapi aku lak terlupa. Hihihi. Tapi takpe, aku just proceed k... Untuk entry ni, sepatutnya selepas beredar dari Arrowtown, kami terus menuju ke Cromwell. Perjalanan dari Arrowtown ke Cromwell adalah sejauh 47km dan mengambil masa selama 40 minit. Bandar Cromwell terkenal dengan hasil pertanian seperti buah-buahan dan juga hasil pertanian yang lain. Even, landmark untuk Cromwell juga adalah statue buah-buahan seperti yang ada kat bawah ni.


Sepanjang perjalanan di Cromwell, kita akan melalui ladang-ladang anggur dan juga ladang buah-buahan yang lain seperti kiwi, epal, pear dan lain-lain. Too bad for us, ketika musim sejuk daun-daun semua gugur dan pokok tidak berbuah. Kalo tidak, akan ada fruit picking activity to do. Maybe musim spring atau autumn agaknya. Teringin jugak nak buat. Hihihi....btw, kalo perasan, kat ladang tersebut mungkin akan ada jualan buah-buahan yang ada yang dijual pada harga yang murah dari harga yang ditawarkan di market. Just in case kalo nak beli. Boleh dikatakan, kalo beli buah-buahan kat Cromwell boleh dapat dengan harga yang murah.

just amek gambar je, tak try pun. ;p

Ni lah ladang anggur untuk dibuat wine. Kering kontang takde daun
Oh ya, jika anda pergi ke Cromwell, jangan lupa untuk merasa real fruit ice-cream yang terdapat di sini. Aku mendapat tau pun, dari tips yang diberikan oleh kenalan ketika beliau berada di sana iaitu Kak Alyn. Thanks akak! Walaupun akak tak dapat merasa, saya wakilkan untuk merasa k....best!!! Selain itu, susu segar juga sungguh sedap rasanya. Kami tidak pula merasa susu tersebut sebab dalam hati nak makan ais-krim je, walaupun pada ketika itu cuaca sungguh sejuk dan windy. Haishhh...ada hati tu nak makan ais-krim lagi.

Pada awalnya, aku tak tau kat mana boleh dapatkan real fruit ice-cream. Nasib kami baik kerana ternampak sebuah kedai @ gudang @ kedai yang macam gudang yang ada letakkan papan tanda menjual hasil pertanian dan juga REAL FRUIT ICE-CREAM!!! Pada lagi, terus stop laa bertanyakan ada ke tidak ais-krim tu. Hihi....nasib baik ada. FYI, kedai ni berada tidak jauh dari landmark Cromwell seperti gambar diatas. Kira-kira 500 meter sahaja. So, jangan lupa singgah ok. Keadaan tenang je, tak ramai orang. Di kedai ini, terdapat buah kiwi yang dijual hanya NZD1.95/kg. Murahhh kan??? Besar-besar juga buahnya. Tapi surprisingly, buah pisang tersangatlah mahal. Maybe imported bananas. Takyah laa mengidam nak makan pisang kat sini ye. Setiap seorang belilaa ais-krim. Terdapat buah-buahan yang dicampur bersama ais-krim vanilla yang dikisar bersama. Boleh tengok cara dorang buat. Kejap je, boleh campur strawberries, blueberries, mulberries, kiwi, pisang dan macam-macam berry lagi. Boleh dibeli dengan cone ataupun tub @ cup. base untuk ais-krim boleh guna ais-krim vanilla ataupun ais-krim yogurt. Kawan aku beli yang yogurt, rasanya masam sedikit tapi still sedapppp. Perghhhh....rasanya memang besttt sangat-sangat. Memang tak menyesal beli. Sampaikan tak puas makan. Hahahha...tak kisahlah sejukk ke tidak. Balunn saja.

Kalo nampak kawasan macam ni, sila terus berhenti untuk beli ais-krim ok!




penggemar kiwi, kat sini murah. Hanya NZD1.95/kg

keadaan di dalam kedai. macam gudang kan.


yang kat tepi kaler kuning cair ialah ais-krim

nice lady who is preparing delicious ice-cream for us! Yummy!!!

inilah hasilnya...warna ungu yang asli. No coloring. Bestttt!!!!
Setelah beredar dari beli ais-krim yang sedap jangan lupa singgah kat landmark Cromwell untuk kenang-kenangan ye. Hihihi....walaupun kat negeri di Malaysia mungkin ada landmark buah-buahan, tapi tak mungkin kita akan bergambar ye tak? Hahaha... Seterusnya, kami meneruskan perjalanan ke Wanaka, yang terletak kira-kira 55km dari Cromwell. FYI skali lagi, jika anda melalukan roadtrip di New Zealand, anda akan melalui banyak tasik-tasik yang memberikan view yang tersangatlah cantik. Dah tak tau nak stop kat mana. Kami sampai di Lake Wanaka untuk melihat keadaan sekeliling. Alangkah bagus kalo dapat overnite kat sini, tapi apakan daya kami perlu menuju ke Franz Josef. Perjalanan masih lagi jauh, possibility untuk sampai bila hari dah gelap adalah tinggi. Sebabnya, kami singgah di Puzzling World terlebih dahulu. Singgah sat depan Lake Wanaka untuk merakamkan beberapa keping gambar. Jadilah "been there, done that" but sure i'll come here again.







Perjalanan diteruskan kembali menuju ke Franz Josef yang terletak kira-kira sejauh 313km dari Wanaka. Jauhkan? Hurm...bertabah jela. Sepanjang perjalanan, hujan mula turun rintik-rintik tapi tak lebat. Just bawak slow-slow sahaja. Suasana sepanjang perjalanan macam jalan dari Grik ke Kelantan. Berbukit-bukau dan berdaun hijau. Jalan bengkang-bengkok je. So, please be careful ok. For me, kalo roadtrip ni hanya disertai oleh semua perempuan, dinasihatkan bawaklah kawan lelaki untuk drive. For me, agak bahaya jugak. Jalan memang sunyi habeslah. Nak jumpa kereta pun payah. Hari makin gelap, cuak jugak kalo-kalo kereta buat hal kan. Mati kami kat situ nanti. Dah la sejukkkkk.... btw, time dalam perjalanan tu ternampak gunung yang asalnya dipenuhi pokok-pokok tapi diselaputi oleh salji. Dari jauh, memang nampak macam asap berkepu-kepul tapi rupanya salji. Hahaha. 



Alhamdulillah, kami selamat sampai di tempat penginapan kami ketika berada di Franz Josef. Check-in di Franz Josef Top 10 Holiday Park. Amek kitchen cabin. Luas jugak ada 1 queen di luar dan 2 twin beds dalam bilik. Fully equipped with all kitchen equipment dan lain. Hujan kat luar masih rintik-rintik dan sejukkkk....memang lembap jela sepanjang perjalanan kami hari tu. Dinner untuk malam itu ialah sambal tumis udang dan telur dadar dan nasi putih panas-panas. Sedappppnyaaaa...hahaha. Since, kami sampai pun dah malam, tak boleh nak buat pape dah. Just rehat dalam bilik jela lagipun still hujan kat luar.





Maka, berakhirlah sudah perjalanan kami untuk hari ke-7. Jauh sungguh perjalanan, sampai naik bosan sebab tak tau nak sampai bila. Hahaha....

Till then, gudnite peeps!

12 comments:

  1. ha baru nak tanya, tak gi franz josef ke? hahaha...

    sat nak tanya, u guna camera apa ni? lens? ada guna polarizer tak? masih dengki dgn gambar2 u yg cun dan clear ni :D

    ReplyDelete
  2. Insya Allah akan stop for ice cream jugak. Nampak menarik sungguh..hehehe.. Tak sabar nk tunggu citer Franz Josef, kitorg pun nk ke sana..hehehe..cepat update yek..

    ReplyDelete
  3. @biqque,
    pegi2 biqque, tapi actually tak sempat nk bwt jalan-jalan kat free trek utk smpai ke glacier tu.sbb HUJAN!!! plus, takde org. mcm scary je kalo teruskan jugak.

    pls camera ni, guna kamera dslr. we all bwk 3bijik ad D3000,D5000 and D3100. plus bwk lens xtra 88mm-105mm. saje nk kasik bokeh lawa skit. tu jela. xde guna polarize sume tu, tak cukup bajet lg. hihihi thanks...tp ade jgk yg shaky2. kene improve lg =)


    @Edy Zaidi,
    thanks bro, pictures ko pun apa kurangnye. gempak dari aku je.


    @BlueEwoke,
    pls try the ice-cream. hahaha...Franz Josef ade cerita menarik sgt. sbb hujan....huhuhu so we all trlepas nk tgk glacier.


    @Arabella,
    mmg mahal pun. kalo 1con mcm tu kat msia baru like rm2@rm3 kan. pengsannnn.....hahaha

    ReplyDelete
  4. adoi,

    sungguh cantik panoramanye..hmmm

    ReplyDelete
  5. Ohhhh Nikonians!! ..Huhuh sama la kite..

    Biqque: Mari la join the club wink* wink* :)

    ReplyDelete
  6. err...err...*tepuk dahi*

    masih teringat2 canon 50d yg ilang itew...sob sob...takpe, akan ku BELI jugak yg baru :D mana tau, berNIKON jugak i nanti hehehe!

    ReplyDelete
  7. we all mula ingat nak glacier walk/hike but time tak cukup, FJ nih pass thru jek.

    btw, you all dok kat sini dak? shud hv recommended.
    http://lilyrianitravelholic.blogspot.com/2009/10/our-nights-in-jailhouse.html

    ReplyDelete
  8. same with us! tak sempat nk bwt glacier walk sebb hujannn!!! haishhh...mmg alasan utk ripit lagi nih! hahaha.

    jap i nk baca ur link. heehe

    ReplyDelete
  9. nak tanyala, u masak sambal, tom yam sume kan..barang2 mcm cili kering n barang2 tom yam sume korang bawak dari m'sia ke?

    ReplyDelete
  10. @Hafeedza,
    kami bwk sambal brahims yg dalam paket tu. utk tomyam bwk kiub je. hehehe

    ReplyDelete