Tuesday, July 19, 2011

Roadtrip in New Zealand - Day 7 (Coronet Peak)

Hi guys....how's your day? Moga-moga ceria selalu k.... ^_^. Arini dah abes training, so boleh laa sambung post untuk New Zealand ni. Nak abeskan cepat-cepat, asyik meraung nak balik sana je. Camne? Kalo apply keje kat sana, agak-agak dapat tak? Hurm.... Arini aku sambung hari ke-7 mengikut bahagian k, malas nak menaip.

Queenstown (Coronet Peak, Skifield)

Hari ke-7 bermula seawal jam 6 pagi. Breakfast apa yang kami makan, aku dah lupa tapi rasanya roti je kot. Kami check-out dari Oaks Shore Apartment seawal 7.30am. Hari masih gelap dan keadaan di bandar Queenstown kelihatan ramai para penggemar ski sedang menunggu bas masing-masing untuk dibawa ke padang ski. Di Queenstown, skifield yang paling dekat adalah terletak di Coronet Peak. Ianya terletak on the way menuju ke Arrowtown. Pada ketika itu, Coronet Peak hanya dibuka pada penggemar sukan ski setelah mereka berusaha menghasilkan salji buatan kerana salji asli masih belum turun-turun lagi. They said this winter is the warmest winter ever. Hopefully this isn't true. Jalan menuju ke Coronet Peak agak bahaya kerana jalannya agak curam dan tepi gaung. Kalo tak salah, kalo betol-betol ada salji, there's possibility perlu menggunakan chain pada tayar. 

Lebih kurang pukul 8.30 sampai di Coronet Peak. Kelihatan sudah mulai ramai orang datang. Nasib baik dapat parked kereta dekat dengan tangga untuk naik ke atas. Hihihi.... Jom layan gambar.... 


 Untuk bermain ski disini, dikehendaki membayar entry fee yang berharga kira-kira NZD90+. Aku pun dah lupa the exact fee, just ternampak dalam magazine. Ingat-ingat lupa. Di sini terdapat restoran, hall yang besar dan lain-lain. Ramai sungguh para penggemar sukan ski ni. 

rombongan cik kiah baru sampai
pemandangan dari atas Coronet Peak

air yang telah menjadi ais




Kami berada di sana kira-kira selama 1 jam setengah. Alhamdulillah...memang rezeki kami pada hari itu kerana ianya hari pertama snow falling kat Queenstown. Semua orang bersorak gembira!!! Walaupun tak lebat mana, tapi jakun jugakla. Hahaha. Just pusing-pusing amek pictures je. Nak ski maybe lain kali.







Kami meninggalkan kawasan Coronet Peak kira-kira jam 9.45am untuk menuju ke Arrowtown pulak. Nanti akan ku ceritakan dalam entry yang seterusnya ok....


Till then, see ya!!!


p/s: pada ketika ini, seluruh Coronet Peak dan seluruh Queenstown telah pun dipenuhi salji. Have fun to those yang akan ke sana untuk bermain ski, especially Fatt. =)

3 comments:

  1. Ya rabbi bestnye..dapat jugak main salji..huhuhu..

    ReplyDelete
  2. ni lu pergi brapa hb bro? ntah2 kita terserempak sbb gua kerap ke sini. 3 4 kali semggu juga

    ReplyDelete