Thursday, August 11, 2011

Review : Jom Berbuka di Sweetree Restaurant, Ampang

Assalamualaikum semua!!!

Ini aku nak cerita pasal semalam. Aku bukak puasa semalam dengan kawan-kawan di sebuah restoran korean yang terletak di Ampang. Buffet Ramadhan disediakan untuk sesiapa yang berjaya membeli kupon di Groupon Malaysia dengan harga RM25/pax, normal price is RM39/pax. Thanks skali lagi kepada Groupon Malaysia. Actually, aku pun taktau kewujudan restoran ni. Aku just main beli je kupon kat website sebab tengokkan harganya yang agak murah. Yelakan, tak try, tak tau sedap ke tak. Nama restoran ni ialah Sweetree. Ianya terletak di Ampang berdekatan dengan Ampang Point.

Sweetree adalah koloborasi antara anak tempatan dengan pasangan warga Korea yang ingin membuka restoran yang menyediakan restoran ataupun cafe seperti yang terdapat di Korea Selatan. Time aku nak book tempat ni, orang yang angkat phone itu sendiri owner dia. Boleh cam dari suaranya yang pelat english. Hihihi... btw, restoran ini adalah HALAL.



Keadaan di dalam restoran ini memang cantik mengikut pandangan mata aku ni. Memang menepati ciri-ciri cafe yang betul-betul terdapat di Korea. Sungguh menarik dan menawan. Kalo couple-couple yang nak berdating kat sini sangat-sangat sesuai...romantik ok! Dekorasi yang menghias sekeliling sangat cute dan menarik. Di dalamnya dibina sebuah pokok yang dedaun berjuntaian. Seakan-akan dalam hutan pun ada. Hihihi....












Di samping itu, jika pengunjung yang ingin mengadakan majis yang agak private, mereka juga ada menyediakan private rooms. Jenisnya terbahagi kepada 3 berbeza mengikut berapa ahli kumpulan. Yang paling besar dapat memuatkan kira-kira 12 orang. Private rooms ni terletak di tingkat atas. Menarikk! Nanti nak buat birthday party kat sini lah. Boley? Hahahh....




Okeh, bebalik kepada buffet Ramadhan yang disediakan. Makanan yang disediakan tidak begitu banyak, tapi bagi aku just nice bilangannya. Ianya meliputi korean foods, malay foods and also western food. Ada korean bbq, roti jala, nasik berlauk, spageti, laksa, mee sup, kuih-muih, rojak, buah-buahan, ais-krim dan lain-lain. Dapat rasa semuanya, dan pendapat aku berbaloi untuk dikunjungi!









Korean BBQ, Sumpah sangat2 sedappp!!! Makan balut dengan salad tu.



Rice Juice...sedap tapi manis skit...


Kepada sesiapa yang ingin mengunjungi Sweetree, ini ialah alamatnya:

Sweetree
No. 13 L-1.2, Jalan Ampang Putra, Taman Putra Sulaiman,
Ampang 68000 Selangor.
Tel: 03-4251 7242

Ini ialah gambar owner Sweetree.....

Mr Park and Puan Fathiah





Till then, selamat berbuka!!!

15 comments:

  1. nanti bwk aku makan kat sini tau.. hehe..

    ReplyDelete
  2. Cadang nk makan sini la Sabtu nih..baru je nk tanye halal ke tak..kus selamat ko ckp halal hehehe

    ReplyDelete
  3. murah tuh buffet Rm25 dgn hidangan sebanyak itu...aku hrp pas puasa ada lagi la promo...iskkk...aku baru pekena seoul garden aritu..not bad..bole thn :)

    ReplyDelete
  4. Pehh menarikk tapi jauh la pulak kat ampang..

    ReplyDelete
  5. ha jom geng travel, lepak sini nak? sabtu ni, sape nak join, jom!

    ReplyDelete
  6. sejak masuk JJCM aritu teringin nak g sini tapi belum berkesempatan lagi..

    ala biqque,
    sabtu ni i gi JB lagi arr...
    sayang tak dapat join..

    ReplyDelete
  7. pergi tak ajak. macamni r kawan.

    ReplyDelete
  8. Btw, sesape tau tak camne nak pegi from Ampang LRT Station?... klo nk naik taxi, jauh ke tak yea?... :S

    ReplyDelete
  9. nice..really like the way u promote the place..well done =)

    ReplyDelete
  10. hi...cakap pasal halal korean foods nih saya baru jer upload pics masa makan kat Sweetree nih kat blog saya. Memang cantik kedai dia kan? Foods pun OK.
    Senang2 tu jenguk la yer kat www.blogmakanbest.blogspot.com topik sini pasal makan,makan dan makan 100% hehehe takde topik lain.
    Kalu sudi tu follow la yer blog saya TQ TQ TQ bebanyak!!

    ReplyDelete
  11. oh oh ada buffet buka puasa ye..baik kan Mr.Park tu..siap bagi souvenir pasal first time makan..nekcik pun beli cooked rice kat kedai sebelah..nostalgia

    ReplyDelete
  12. oh oh ada buffet buka puasa ye..baik kan Mr.Park tu..siap bagi souvenir pasal first time makan..nekcik pun beli cooked rice kat kedai sebelah..nostalgia

    ReplyDelete
  13. oh oh ada buffet buka puasa ye..baik kan Mr.Park tu..siap bagi souvenir pasal first time makan..nekcik pun beli cooked rice kat kedai sebelah..nostalgia

    ReplyDelete
  14. Kalu dr lrt maluri,mane nk p? n located at Korean Village ke?tolong bella,,,my first time nk jalan sdiri ngan mmbe :-)

    ReplyDelete