Assalamualaikum dan selamat pagi semua!!!
Arini dah masuk 22 Ramadhan, less than 10 days lagi nak sambut raya. Mesti semua budak-budak rasa excited kan? Aku ni yang dah besar yang tak berapa nak panjang ni dah tak brape nak excited nak raya dah...dalam kepala otak ni duk banyak pikir benda lain. Hurm...
Oklah, semalam penutup bagi aku untuk berbuka diluar bersama teman-teman rapat sebabnya keadaan financial yang sangat tidak mengizinkan. Nak raya dah ni...gaji lak tak masuk lagi. Bonus pun tarak...sob sob sob. Semalam kami berbuka di Saloma Bistro, kat Jalan Ampang. Actually, aku dah lama nak try datang sini. Yelakan tempat ni femes kot sejak dari dulu lagi. Ni first time nak datang ni. Ingatkan jauh, rupanya dekat je dengan KLCC. Saloma Bistro ni terletak bersebelahan dengan Pejabat Tourism Malaysia. Kebanyakan pengunjung arini aku lihat adalah foreigners. Mat salleh dan pak arab sume yang datang sini sebab nak merasa keeenakkan masakan melayu di samping kat sini jugak ada cultural show. 2 in 1 gitu.
Kami memilih buffet yang murah skit iaitu RM65/pax. Kalo amek yang mahal kena duk dalam plus ada cultural show. Sebagai rakyat Malaysia yang patriotik, eloklah kami duk kat luar je, sebabnya macam laaaa tak penah tengok cultural show kat Malaysia ni, kasik chance kat orang luar tengok lak ye. Keadaan persekitaran agak menarik dan nyaman. Yela, banyak aircon yang letak atas lantai tu...kalo tak panas jugak. Plus, before berbuka tadi, hujan renyai-renyai turun. Alhamdulillah....rahmat Allah.
Seleksi makanan yang disediakan pada awalnya, aku rasa tak banyak choice sangat. Tapi amek skit-skit sebab nak rasa semua. Untuk makanan berat, ada nasik putih, kari ayam, kari daging, ikan masak ape ntah, dan lain-lain. Untuk makanan yang tidak berapa nak berat ada, kebab ayam, sate, rendang, mushroom soup with bread & butter, satar, salad dan kerabu. Untuk snack pulak ada cucur udang, keropok lekor dan apam balik kecik. Untuk pencuci mulut jugak ada kek, puding jelly, buah-buahan, jeruk buah, bubur jagung dan bubur kacang dan lain-lain. Rasa untuk makanan agak sedap dan boleh telan. Recommended kalo nak bawak kawan-kawan dari obersea datang mencuba. Jom layan....
Sebelum berbuka....mari kita penuhkan meja dulu ye...........
Selepas azan isyak, cultural show bermula....keadaan kat dalam agak bingit dengan muzik berkumandang. Tapi kami yang duk kat luar ni buat bodo je rancak berborak sebab tak berapa nak dengar sangat dengan muzik yang dimainkan. Disekeliling bistro ni, diletakkan potret-potret Saloma ketika di zaman kegemilangannya bersama artis-artis lama. Menarik.
Lebih kurang pukul 9malam, kami beransur pulang. Masing-masing dah tak larat nak makan akibat nafsu serakah sudah dipenuhi. Sekian...
Till then....selamat bekerja semua!!! Monday blues all the way...
so far best tak makanan2 dia?
ReplyDeletenampak gambar2 cam menarik gitu.. ;)
@AKO,
ReplyDeleteso far not bad jugak rasanya...sate sedap, nasik pun sedap, kari ikan cicah roti..perghhh!!! meletup beb.
I pun ada berbuka di sini last Friday...tu pun free atas jemputan.
ReplyDeleteKalau nak bayar sendiri idoklah kot sebab tak berbaloi dgn kuantiti yg kita nak makan.
Sesekali nak merasa oklah.
Meriahkan makanan di sini...sedap pulak tu.
Like all the pics here.
@Kak leez,
ReplyDeleteaah...sy ade nmpk akak pegi kat blog akak. curlast uols....hahah.
best2 jugak makanan kat sini. mahal tu dh semestinya, sekali sekala je...kalo selalu, rabak wehh. ;)
thanks akak!
bdk2... byk betol ko mkn yek time pose nih..
ReplyDeleteaku makan pulut mangga jek keje nye :D
@Kemang,
ReplyDeletehahaha...xdela byk mana pun kemang, hari biase makan miskin2 je...ikan goreng + nasik je
tak penah lagi gi sini...tensionnyer la laki aku asik nak makan kat umah jer hahahahahaah!
ReplyDeletebest tengok gambar gambar ni..:)
ReplyDelete@Biqque,
ReplyDeletemesti u masak sedap...that's why laki u nk makan kat umah je. air tgn bini die lg sedap dr air tgn saloma...kekekek
@Axim,
thanks bro... lain kali blh singgah sini...
samala kita..raye x de bonus..T_____T
ReplyDelete