Assalamualaikum....sudah 7 Ramadhan kita berpuasa. Kejap je rasanya masa berlalu. Begitu pantas. Alhamdulillah....semua puasa penuh. Hihihi...takde yang yok ye. Hari Jumaat yang lepas, berkesempatan untuk berbuka puasa bersama kawan-kawan ofis di Hotel De Palma Shah Alam sambil berjumpa untuk beramas mesra dengan kawan yang sudah resigned dari company kami. Banyak sungguh cerita enak dari beliau untuk didengari bersama....biarlah ianya menjadi halwa telinga kami sahaja.
Mula bergerak dari ofis yang terletak di Pusat Bandar Damansara kira-kira jam 5.30 petang. Makkk aih, semuanya aku rasa sudah sedia maklum yang kalo hari jumaat yang mulia je, jalan raya mesti sesak yang agak luar biasa (Mode: Shahir, Luar Biasa). Aku pun tak tau laa...Kesesakan bermula di Tol Damansara lagi. Nyet nyet je kereta bergerak...korang tau tak ape itu nyet nyet? Kalo orang kelantan tau la kot. ;p pi google sendiri ok! Hahaha....
Alhamdulillah....kami sampai di hotel dalam pukul 7 malam. Lepas sudah check nama kami ada terus masuk dewan. Oh ya, bayaran untuk Ramadhan Buffet ialah RM55 per head. Tu pun dah kira murah untuk hotel pada tahun ini. Nak rasa makan besar bila bukak posa. Walaupun akan membazir. Yela, aku dah tiap-tiap hari buka pose ngn ikan goreng + kicap je, tak pun goreng ayam + kicap je. Nak jimatttt.....hahah. Tapi takpe, Alhamdulillah....rezeki Allah. Janji kenyang.
Oh ya, di Hotel De Palma juga sepanjang bulan Ramadhan, penyanyi popular era zaman mak ayah aku iaitu Jay Jay akan menghiburkan para hadirin sepanjang bulan Ramadhan ni...Dari jauh aku dah nampak mamat pakai spek hitam jek. Walaupun, dalam indoor. Hihih...suke hati ko ler Jay Jay...yang penting suara tak berubah. Dalam dewan banquet agak penuh dan dekorasi dewannya yang dihias cantik. Macam hadir kenduri kawen lak rasanya....Hihihi....
Terdapat pelbagai juadah yang disediakan untuk berbuka puasa. Ianya terbahagi mengikut gerai-gerai yang terdapat di dalam dewan. Juadah yang disediakn merangkumi masakan dari negeri Melaka, Kelantan, Negeri Sembilan dan lain-lain. Kecur sungguh air liur aku tatkala melihat nasi kerabu dan nasi dagang. Haishhh...nama pun orang Kelantan kan. Mana nak tinggal nasik kerabu. Ayam percik santan putih pun ada tau!!! Hahah....Lupa lak nak snap picture sebab asyik duk makan jek. Tapi nasi dagang die sangat sedap begitu juga nasi kerabu. Sambal kelapa atau kerisik memang sedapppp!!! Yummy!
|
Atas: Nasi Kerabu, Kiri: Jerukkk, Kanan: Popia |
Selain itu, bahagian luar dewan pula, ada disediakan juadah seperti kambing panggang, ikan bakar, yong tau fu, pisang goreng, kerepok lekor, popia, ABC, roti john, mee goreng, chicken buldogi, nasi ayam dan lain-lain lagi. Tak larat nak tulis satu-satu. Mari tengok apa makanan yang kami amek lagi....layannn~
|
Ramai sungguh orang suka makan kambing bakar ni. Jangan darah tinggi sudahlah ye. ;p |
|
Atas: Buldogi chicken, Bawah: Kambing BBQ |
|
Murtabak |
|
Atas: Yong Tau Fu, Bawah: Rojak buah |
Disini diterangkan, kami hanya mengambil portion yang sedikit untuk setiap makanan. Kalo boleh tak nak cepat kenyang tapi dapat rasa semuanya...Betul tak? Membazir...amalan syaitannn.... Lepas azan isyak, kami dihiburkan oleh anggota kumpulan Brothers dan diikuti Jay Jay yang menyanyikan rangkaian lagu-lagunya yang popular secara akustik. Perghh...memang sedap sungguh suaranya. Tak berubah langsung. Tapi nampak sedikit kurus. Dah tua gamaknya. Oh ya, ramai juga yang datang mengambil gambar bersama Jay Jay. Ramah sungguh...btw, Jay Jay orang kelantan. Baru ku tau. Kekeke... Picturenya takde sebabnya semuanya muka kami...segan. Lepas makan, muka ntah pape. ;p
Bila dah selesai menikmati makanan berat, jom la pula serbu pencuci mulut dari kuih-muih tradisi sampailah ke kek-kek yang boleh kecur air liur aku yang tak seberapa ni dan tak lupa juga buah-buahan nak kasik pelawas. ;p/ Joms.....
|
Kek Secret Recipe, orang meja sebelah kasik. Bday die. Happy Birthday! |
Dah lepak berborak dan makan, kami mula beransur lebih kurang jam 9.45 malam. Kami antara orang yang terakhir keluar dewan. Nak kasik berbaloi itu punya duit yang kami laburkan. Hihihi...still nampak abg Jay Jay duk makan bersama wifey tercinta. Hihi...penat nyanyi ye abg. Jumpa lagi...selamat malam!
Till then...
jelesnyeee... =(
ReplyDeletelapar aku tgk mknan ni...*kruk, kruk, kruk*
ReplyDelete