Thursday, August 11, 2011

Review : Jom Berbuka di The Zone Hotel, Kuala Lumpur

Assalamualaikum.... 

Hari ni dah hari khamis, cepat je masa berlalu...dah masuk minggu ke-2 kita berpuasa. Alhamdulillah...sejak dua menjak ni hujan je tiap-tiap petang. Sejukkk je rasa, takdelah rasa bahang sangat panas di bulan puasa ni.

Hari Selasa yang lepas, aku dan team kerja aku berkesempatan untuk berbuka puasa bersama-sama. Kami berjaya membeli kupon Ramadhan Buffet yang dianjurkan oleh The Zone Hotel, Kuala Lumpur dengan harga RM40/pax instead of MR65/pax. Harga ni kami dapat dengan membeli kupon di Groupon Malaysia. Kat sini terdapat bermacam-macam promosi dan diskaun untuk bermacam jenis seperti makanan, pakej percutian, spa dan manicure dan lain-lain. 

Kami sampai disana lebih awal kira-kira 30minit sebelum waktu berbuka. Nasib baik jalan tidak begitu teruk kesesakan. Lalu lebuhraya Akleh. Jimat masa perjalanan. Hihihi...untuk sesiapa yang tidak tahu, The Zone Hotel ini hanya terletak bersebelah dengan Masjid As-Syakirin sebelah KLCC je..... Parking kereta boleh diletakkan di basement dengan bayaran RM3/entry. Buffet Ramadhan ini diadakan di Restaurant Terracotta di tingkat 1 hotel ini.


Dah lepas periksa reservation kami, aku lihat keadaan coffee house ini tidak begitu besar. Hanya boleh memuatkan kira-kira 150 orang sahaja. Tidak terlalu crowded. Just nice....the ambience also quite peaceful. Tidak huru-hara dengan ramai orang yang bermacam-macam gelagat ketika dan semasa berbuka puasa. Smooth je... 



Makanan yang disediakan terdapat bermacam-macam pilihan. Tapi mostly adalah masakan melayu. Terdapat gado-gado, nasi briyani, sate, ulam-ulaman, ikan kering, kambing bakar, mee sup, roti jala dan lain-lain. Lauk-pauk yang disediakan bagi pendapat aku sangat sedap. Daging kambing yang dibakar juga lembut dan tidak berbau. Tidak lupa kepada sate daging yang sangat-sangat sedappp bagi kami. Hihihi...





Sate yang dibakar boleh didapati di bahagian luar coffee house ni. Yela kan, berasap kot nak bakar sate, kenala bakar kat luar. Kat luar terdapat tempat duduk, tapi kebanyakkan untuk yang sukakan udara segar sambil menghembuskan udara yang tidak begitu segar. Hihihi... 



Surau juga disediakan oleh pihak hotel. Apartment yang diconvertkan menjadi surau. Okla, at least dorang peka dengan orang muslim. Btw, Ramadhan Buffet ini disediakan oleh chef yang beragama islam as well as the waiters. Tawakkal jela....insyaALLAH... 

Kami berada disana sampai coffee house tu tutup, yela kan nak kasik berbaloi itu punya duit yang dilaburkan. Rangkaian pencuci mulut juga banyak dari puding caramel, ABC, ais-krim, pudings, kek, buah-buahan dan lain-lain. 










Kami mula beredar kira-kira pukul 9.45 malam selepas dah abes berborak-borak dengan kawan-kawan. Bagi aku, berbaloi la kot dengan hanya RM40 yang dibayar. Yang penting dapat hang out dengan kawan-kawan. Kalo nak melantak sampai pecah perut pun takpe, tapi jangan lupa jangan membazir. Amek sekadar untuk merasa sahaja, Jangan la amek sampai penuh pinggan tapi tak abes. Membazir namanya tu....renung-renungkan...


Till then....selamat malam!

6 comments:

  1. Fuhhhh.....tengah2 puasa ni tgk gambar2 yg hang snap buatkan meleleh air liur...hehehe.

    Ok gak harganya.....

    ReplyDelete
  2. wah mcm menarik laaa!!
    harga asal RM60++ ye..

    pstt agak2 dah abes tak offer diskaun dari groupon tu ek? hehe

    ReplyDelete
  3. @Kak Leez,
    mmg meleleh air liur. kekek....not bad jugak mknn die.


    @Ako,
    kalo nk dpt murah, kene rajin2 tgk website groupon malaysia, everyday.com.my, milkadeal...kat situ ade byk promo buffet. setiap hari berlainan.

    @Mas,
    Motif takleh blah? ;p hahaha

    ReplyDelete
  4. Time nie bayaran dia brape eh per pax?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aisehhh dah lupa dah bro. Rasanya less than rm50/pax

      Delete