Friday, August 19, 2011

Jom Berbuka di Duduk Cafe, Solaris Dutamas

Assalamualaikum guys!

Arini dah 19 hari kita berpuasa, sekejap je kan masa berlalu. Pejam celik, bukak tutup mata...dah nak raya dah. Cepat sungguh masa berlalu kan? Tanpa kita sedari.......

Arini jugak, aku bukak puasa kat luar. Dah banyak hari asyik duk buka kat rumah je, bosan jugak tambah-tambah duk bujang ni. Takde sape nak tolong masakkan. Ngeh ngeh ngeh.... Lokasi pilihan kali ni ialah Duduk Cafe yang terletak di Solaris Dutamas, Hartamas. Alaaa....dekat dengan Masjid Wilayah tu. Aku guna kupon dari Groupon Malaysia jugak kali ni yang berharga RM29/set. Ada 4 jenis set yang boleh pilih. Ada burger, nasik kukus ayam golek, nasik beriyani, ape ntah 1 lagi dah lupa....boleh refer kat website dorang. Mintak tolong je pak cik Google carikan. Senang....sume di hujung kuku.


Bagi aku tempat ni agak menarik dengan keadaan persekitaran yang agak moden. Cuma tak semeriah yang aku sangka. Yelakan, tempat baru still a few places under construction. Dekorasi dalaman simple dan teratur. Sesuai untuk lepak-lepak bersama teman-teman rapat sampai kedai tutup.





Ok...berbalik kepada juadah berbuka. Aku amek set nasik kukus ayam golek, kawan aku lak makan nasik beriyani. Ishhh...napela korang tak amek burger. Dah lama tak makan burger. Manela tau sedap ke tak kan...boleh datang lagi. Set ramadhan ini disertakan sekali dengan free flow drinks iaitu ice-lemon tea, lemon juice dan juga sirap limau kesukaan ramai. Tak lupa juga free flow bubur manis. Arini punye bubur kacang merah. Selain itu, ada skali disertakan dengan kuih-muih dan buah kurma sebagai pembuka. Aku boleh terlupa yang set semua ni ada skali cheese cake Dejavu. Aku lupa nak mintakkkk....rugi rugi.


Nasik Kukus Ayam Golek

Nasik Beriyani Ayam



By the way, Duduk Cafe ni penah masuk Jalan-Jalan Cari Makan. Bagi aku, makanan dia not bad. Nak kata sedap tu, ada rasa dan recommended pada sesiapa yang nak try datang. Akan datang sekali lagi untuk try time waktu tak puasa lak. Nak tengok apa yang istimewa ada kat sini. Kalo tak silap aku, ada 1 lagi cawangan kat e@Curve, Mutiara Damansara. Boleh try pegi sana kalo nak sampai Dutamas ni jauh.


Borak punye borak, sampai tertumpah air atas meja. Haishhh...ganas sungguh!
Okeh, pada sesiapa nak tengok apa yang ditawarkan oleh Duduk Cafe, boleh refer kat menu dorang kat bawah ni harga pun agak berpatutan. Please click to enlarge ok! All menus credited to Duduk Cafe website. 


Ni pulak, map untuk ke Duduk Cafe di Solaris Dutamas. 


Till then....bye bye~ 


5 comments:

  1. hahah...saje nak try je biqque. tu pun ihsan dari groupon. kuikuikui

    ReplyDelete
  2. sronok sungguh ko yea. makan selagi ada selera kan.

    ReplyDelete
  3. @Mas,
    makan bese2 je...tu pun gara2 groupon. kalo tak, aku xtau pun. kuikuikui

    ReplyDelete
  4. dekat ngan opis tuh, leh ler pegi.. or shud i wait after raya... hemm...

    btw, bump into your blog via kemang :)

    ReplyDelete