Friday, August 26, 2011

Review : Jom Berbuka di Delicious, One Utama

Assalamualaikum......

Wahhhh....arini dah Jumaat, esok pagi aku nak balik kampung dahhhh!!! Arghhhh....tak sabar sungguh! Korang yang takde kampung, beraya kat bandar jela. Kesiannnn.....sob sob sob. Tapi bestt wooo...kat KL takde orang. Boleh guling-guling atas jalan raya, takde sape pun kisah...Syiokkk! 

Malam tadi, aku dan team job aku sepakat nak bukak posa kat Delicious, One Utama. Ada sebab kenapa mereka nak pegi sana sangat-sangat. Thanks guys for the awesome celebration...really-really appreciate it. Next time buat lagi ok! Hihihi....Thank God, we all booked dulu tengah hari tu. Kalo main walk-in je, alamatnya tak delicious mana laaa bukak puasa malam tadi. Memang penuhhh!!! Ramai yang duk tunggu kat waiting list. Nasib baik...nasib baik... 




Ni second time aku mai Delicious.  Last time pada tahun 2009....perghhh dah lama rupanya. Yela, kalo nak mai sini, poket kene laaa tebal jugak. Harga makanannya agak pricey dan jugak ada yang murahh, tapi bagi aku memang berbaloi sebabnya memang sedappp! Tak rugi kalo nak try. Keadaan persekitaran jugak agak menarik dengan kombinasi warna yang cantik. Awesome! Boleh dijadikan tempat untuk gathering, celebration bersama teman-teman rapat. Ada tempat untuk smoker dan juga non-smoker.




Variasi makanan juga tidak terhad kepada western sahaja, tapi ada jugak nasik dan lain-lain. Untuk bukak puasa, kawan aku 3 orang tu memilih masing-masing setiap jenis spageti yang ada. Ada spageti cabobara, meatballs spageti dan jugak duck confit spageti...aku lak sebab dah muak makan spageti aku memilih untuk mencuba grilled chicken burger with salad and fries. Portion untuk setiap jenis hidangan agak besar dan kalo yang perut kecik tu boleh laa share-share dengan orang lain. By the way, kalo korang datang sini, jangan lupa untuk mencuba pelbagai jenis pemanis mulut atau desert yang tersangatlahhhhh sedappp...untuk malam ini kami order chocolicious....perghhh! Awesome waa cakap lu beb..... 

Mari kita berbuka!!!


Free flow sirap dan jugak kurma untuk berbuka

Spaghetti Cabonara

Duck Confid Spaghetti



Meatballs Spaghetti


Grilled Chicken Burger with Salad and Fries

Chocolicious.....awesome!


Lepas dah abes makan sume tu, we all bergilir-gilir untuk solat dulu. Kalo sama-sama keluar kang dah takleh masuk dah....better gilir-gilir. Bila aku dah abes solat, dan masuk balik ke Delicious, my teammates keluarkan surprise cake for me! Hahaha...it was delicious! Thank you guys...dapat jugakkk makan kek tahun ni. Tahun ke-3 sambut kelahiran dalam bulan puasa...amek berkat. Next year dah takde dah...sila buat surprise lagi gempak ok! Hihihihi.... ;p Anyway, aku still tak tau mana dorang beli kek ni, sangat sedap....kami makan semua skaligus. takde yang boleh bawak balik....perut besar katakan....


LICIN!
Next....after dah bersurai lak....aku lepak dengan my close friend kat Dome, KLCC. Asalnya nak jumpa kat Delicious, Jalan Tun Razak. Tapi tutup pulak, so they just bought me red velvet cupcakes from Delicious kat Marc Residence. Ordered hot cappucino and also ntah ape nama ntah...tapi sedappp....Thanks guys... heppy mode ok! Bukan selalu dapat lepak kat Dome. Cheapskate ok! Rabak laaa kalo nak lepak tiap-tiap hari. Setahun skali ok, ape salahnya... 




Semoga tahun-tahun mendatang membawa seribu rahmat untuk kita semua...insyaALLAH...

Till then, gudnite!!!

3 comments:

  1. wahhh

    untung u, ada kengkawan best celebrate macam nieh.

    happy belated birthday to u!

    nways, buleh ke depan perut kalo tetiap hari cenggini. yummy!

    ReplyDelete
  2. Syokkk lah kalau ade orang belanja cam nie hari-hari..hihihihi
    makanan tu semua menyelerakan lah..terliur lak, ishhh nie kan bulan posa..hahahaha

    Anyway cik-anne nak ucapkan "selamat Hari Raya Aidilfitri", maaf zahir & Batin.Esok balik kg halaman ker? samelah kita...Balik mane tu...

    ReplyDelete
  3. dude,
    HAPPY BIRTHDAY TO YOU!!

    syoknya sambut besday time bln posa :)

    indeed, Dome mmg mahal. aku penah org belanja je kat situ tp mmg sedapnya smpai harini aku teringt..ekekeke...but Delicious will always be Delicious. aku penah try fish & chips dia & not bad..

    anyway, aku rasa ko patut diberi kredit sbb bagi kedai2 makan ni free promote tau...sbb org akan terinfluence nak ke situ sbb ko bagi review yg bagus..free ads tu! kalau dia upah magazine & proper website pun kena bayau..

    good deeds! murah rezeki ko, apapun..drive carefully & selamat berhari raya, maaf zahir batin ok kalau ada salah & silap selama ni :)

    ReplyDelete