G'day Mate!
Rasanya belom lagi terlambat untuk aku mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Adha" kepada seluruh umat Islam bagi tahun ini. Semoga ibadah korban kita diterima oleh Yang Maha Esa. InsyaALLAH.
Orait!
Cakap banyak pun tak guna. Hari ini adalah hari baru yang ke-4 aku di bumi Victoria. Kira hari-4 ni lah bermulanya roadtrip yang sebenarnya. Kira arini betol-betol akan berjalan jauh meninggalkan Melbourne City buat sementara waktu.
Hari ni nak ke mana destinasinya? Tak lain dan tak bukan nak pegi terjah Phillip Island yang terletak di bahagian Tenggara Victoria ataupun kira-kira 142km (Perjalanan sebenar dalam lebih kurang 3 jam jugaklah).
Untuk entry tahun lepas berkaitan Phillip Island ---> SINI
Perjalanan bermula selepas check-out dan jugak breakfast siap-siap di St. Kilda Beach House. Tapi sebelom check-out tu, kitaorang dah siap-siap buat nasik goreng simple-simple sebagai bekalan makanan tengah hari nanti. Just in case takot kebulur kat sana nanti. Lebih kurang jam 9 pagi camtu, kitaorang mula bergerak menuju ke Phillip Island.
Pagi tu actually cuaca macam tak brape nak baik. Mendung nak hujan gitu gayanya. Cemas dan takut dalam hati ni kalo takde dapat langit biru. Yela... last year datang dah takde langit biru. Takkan tahun ni nak hadapi benda yang sama? *pasrah* Dan... hujan memang turun dalam perjalanan tu. Huk Huk Huk...
Anyway, sebelom kita layan gambar tu why not kita fahamkan skit fakta menarik berkaitan Phillip Island tapi korang kene baca sendirilah kat ---> SINI
Lebih kurang jam 11.30 pagi camtu, kitaorang dah selamat merentasi jambatan yang menghubungkan tanah besar ke Phillip Island ni. Tak besar mana pun pulau ni, kira boleh abes keliling dalam masa 1 hari. Kiranya benda paling femes kat sini adalah Penguin Parade. Tapi semua tu aku tak plan nak tengok pun sebabnya selalunya penguin parade ni bermula bila matahari nak terbenam ataupun waktu senja. Kira tengok dari jauh je plus takleh nak amek gambar bagai sebab ianya akan menakutkan penguin tersebut. Alah... tak ralat pun tak tengok.
Jambatan yang menghubungkan San Remo (tanah besar) dan Phillip Island. seberang tu dah sampai pulau |
Tapi yang penting, perut dan mengamuk ni. Why not kita stop untuk makan lunch dulu. Terus aku drive menuju ke Pannys Phillip Island Chocolate Factory yang terletak kira-kira 1km selepas jambatan tadi. Tak jauh pun mesti nampak punya sebab kilang ni tepi jalan je.
Website : Pannys Phillip Island Chocolate Factory
Nape nak makan lunch kat sini? Ada makanan Halal ke? Jawapan aku? YES! Cafe dia kat sini menyediakan makanan halal. Bukan sekadar makan kek ataupun pastry lain ye. Tapi makan nasik! Ko mampoo? Hahahah.
Time kitaorang sampai ni, suasana macam sunyi je macam takde orang pun. Yela, ada less than 5 cars je kat area parkir tuh. Masuklah terus ke cafe. Terus kosong takde pelanggan lain. Okla semua tengok menu bla bla bla. And sijil Halal pun ada terpampang kat dinding tuh. Takyah nak risau bagai. Lantaklah sepuasnya janji duit berkepok nak bayar. Hahaha.
Time ni cuaca dah bertambah elok langit biru pun mula kelihatan. Ok lega... lepas makan ni boleh terus sight-seeing. Kak Syai (ibu Irdina Rafisa) keluar jejalan kat balkoni kat dalam gambar atas tu nak amek gambar kejap, tapi tak semena-mena tu hujan lebat turun mencurah-curah melimpahi bumi nih. Aishh... unpredictable sungguh cuaca kat Australia ni. Takleh buat main-main. Dan dan tu gak basah! Nasib baik sempat masuk balik dalam bangunan. Terus la order makanan lepas tuh.
Sejuk-sejuk ni sedapp sungguh kalo minum coffee ataupun hot chocolate dengan marshmellow~ Yumehh~
Real Hot Chocolate : AUD5.50 |
sijil Halal |
Irdina Rafisa |
Fish & Chips with Salads : AUD12/plate |
All types of Hot Coffee & Teas : AUD3.80 |
Chicken Sandwich : AUD5.50 |
Curry Lunch : AUD13/set. Set ni ada 2 jenis lauk (ayam, udang atau daging) dan 2 jenis sayuran untuk dipilih |
Semua orang berselera sungguh haihh dapat pekena nasik mamak style macam nih. Sedap! Walaupun harga okla standard harga kat sini jangan convert!
Dah setel semua... kitaorang mula bergerak meninggalkan chocolate factory ni. Tak beli papepun, memang singgah hanya untuk makan lunch saja! Hahaha sadis.
Mula-mula kitaorang terjah Cape Woolaimai. Ingat boleh la terjah sambil jejalan... tapi malangnya baru je turun dari kete tak sampai 2 minit, angin kuat dengan hujan turun secara tiba-tiba meranapkan plan kitaorang nak jejalan sambil bergambar sebab terus berlari masuk dalam kete! Adoyaiii~ redho sungguh time ni.
Ni jela sempat aku snapped...
Dah pasrah time tu... aku terus drive la menuju ke tempat yang penah datang dulu yakni The Nobbies Centre. Bagi aku, tempat ni memang hukum wajib singgah kalo datang ke Phillip Island sebab kat sini view adalah subhanaALLAH... memang awesome!
jalan masih lagi basah dek hujan |
The Nobbies Centre ni terletak di hujung pulau ni. Kalo refer kat peta kat atas, aku dah tandakan dengan garisan merah. Takkan sesat punya sebab jalan kat sini memang terus je. Takde bengkang-bengkok pun. Parked kete semua... mulakan jejalan.
Time ni boleh dapat dua cuaca, mula-mula sampai tu memang masih gloomy lagi. Hati aku ni tak henti-henti duk berdoa supaya kasik cuaca cerah dan langit biru untuk aku ni. Orang kata doa orang bermusafir ni insyaALLAH akan termakbul. Dan alhamdulillah... doa aku ni dimakbulkan oleh-Nya.
Angin kat sini masih lagi kuat tapi kadang-kadang takde angin tapi masih lagi sejuk. Kalo last year aku datang takde burung berterbangan. Tapi kali ni ada ribuan burung berwarna putih berterbangan yang memberikan suasana yang berbeza untuk aku! Cantekk wehhh! Plus, jaga-jaga kang ade yang berak atas kepala lak. Hahaha.
Cakap banyak tak guna, jom layan gambar!
burung ni la yang banyak berterbangan |
cuaca masih lagi gloomy tanda nak hujan |
Irdina pun syiokkk tido tengah hari |
Actually, time ni kawan aku dah bawak keluar siap-siap kelengkapan nak shalat kat sini dalam 1 beg plastik. Pastu tertinggal pulak kat atas kerusi kayu tu. Ingat nak amek lepas ni. Pastu memang terlupa abes sebab duk leka jejalan atas platform kayu yang disediakan...
Angin yang kuat tu mula meniup awan-awan tebal menghala ke belah lain... menyebabkan sinar matahari mula terbayang dan langit biru kelihatan dengan begitu indah. Oleh itu... mood nak bergambar dan menghayati tu melonjak klimaks! Alhamdulillahh.....
Jom layan gambar lagi!
Seal Rocks yang kelihatan sambil ditemani burung yang berterbangan |
bahagian lain lak... cantikkan??? |
alololo dah bangun dah, tengok bibir dah biru dek sejuknya |
Western Port |
Dah puas berjalan semua... kitaorang masuk pulak ke Nobbies Centre tu sebab nak carik port yang sesuai untuk shalat. Tercari-cari plastik tadi. Haaa sudahhh... hilang dah! Pegi merata carik kot ada dalam tong sampah ke ape. Memang takde! Aku pun ada idea... why not pegi tanya kat bahagian dalam kaunter kot-kot dorang ada terjumpa ke ape. And yes.. memang ada dorang simpan! Syukur!
Sempatlah kawan-kawan aku yang lain tu beli souvenirs untuk diri masing-masing.
Setel semua yang wajib... kitaorang mula bergerak meninggalkan The Nobbies Centre. Tapi sebelom tu, aku sempat lagi tanya receptionist tu dari sini menuju ke Sorrento amek masa brape lama. Dia kata dalam 2 jam camtu. Plus, aku tanya lagi feri dari Sorrento menuju ke Queenscliff tamat perkhidmatan sampai pukul brape? Sebab aku terlupa sebenarnya feri tu tamat operasi pukul brape. Tu yang mintak tolong tu. Dia dengan senang hati call information centre. Plus siap tolong call lagi host aku untuk aritu untuk bagitau yang kitaorang akan tiba lewat di Queencliff.
Feri dari Sorrento ke Queencliff akan tamat jam 6 petang. Jadik aku takde banyak masa sebab time tu dah pukul 3 petang lebih. Nak sampai sana dah makan masa 2 jam. Jadik memang takde masa nak menyinggah tempat lain dah melainkan terus menuju ke Sorrento. Kang takde tempat nak tido pulakkan...
Ayuhhh!
pekan San Remo dari jambatan |
view disepanjang jalan |
view ni cantikkkk! aku dah lupa kat mana tapi yang penting dari perjalanan menuju ke Sorrento tak silap still berhampiran Phillip Island. |
Ook dah cukup entry hari ni... nanti aku sambung lagi.
Till then...
Bye!
hahaha kat woolamai mmg angin kuat giler masa pergi aritu, tp gigih la semua keluar dr bas amek gmbar gak...hehehe
ReplyDeletepenguin parade tu mmg takleh tngkap gmbar...tp bila nampak diorg pulang ptg tu...excited sgt...terkedek2 je jalan in group...tp rupanya pas abes parade tu, on the way kita jalan nak balik ke kereta, byk giler penguin tepi2 jamabtan kita jalan tu...leh curi2 tngkap gmbo...tp susah la..renger diorg ramai berada di mana2...hehehe
Belum terlambat pun nak ucapkan selamat hari raya aidil adha ni :D
ReplyDeletejap jap.. kenapa mknn kat cafe tu menarik hehehee.. siap ada sijil halal lagi tu :D
Irdina tu tido sedap jer.. mesti dia kata napa la sedap tido ku tgh hari ni hahaha..
@DJ,
ReplyDeletetula pasal.. if tak hujan maybe duk explore kawasan woolamai tu gak. terbantut terus dek hujan. untungla dpt tgk penguins! tp rasanya mmg rangers tu semua dh get ready org akan stop atas jambatan tuh.
@Time Traveller,
hahaha menarik ke? lupa nk tulis chicken sandwich tu sejukkk! patutnya dorang hangatkan skit baru sedap nk makan. dia tdo kejap je tuh, pastu bangun blik. hiks.
@john
ReplyDeletethe nobbies mmg cntik gile2!!! aku plg suke ah kat situ ble g pihilips island aritu. ade jmpe penguins penyek x? hahaha
@Abbaz,
ReplyDeletetau xpe! aku pun sukaaa!!! magaddd! hahahah time tu xdelak terserempak dgn penguin penyek. kene bersih dah kot.
boleh guna driving license Malaysia ke drive dkt sana? ke ada prosedur?
ReplyDeleteLa sejuk ker.. tapi bagus la.. kene dgn environment yg sejuk hahaha.. :P
ReplyDeleteKalau tak hujan..mesti view lagi ohsem kan..itulah seperti di kata cuaca tak menentu...
ReplyDeleteBest kalau jenjalan ada kedai jual nasik ni...nekmatnyaaa
ijo nyer rumputttttttttt! kan best if rumah aku nyer rumput ijo camtu! pfft!
ReplyDeletesonok tgk ko travel makan sedap2...kitorang mkn biasa2 jer hehehe...
@john
ReplyDeleteyup. lagi2lah kalo dpt langit biru, kene dgn hijau daun. pergh sedap tol amek gmbr! tp dlu seal rock tu blh access kan? now sad xblh. bertabah jela. tp angin sejuk toksah cite. dasat.
@Leotjay,
ReplyDeleteboleh! lesen malaysia valid kat sana dan tak perlu translate!
@Time Traveller,
sejuk bro.. musim bunga la katakan.
@Jari Manis,
tula pasal... kalo x hujan tentu lg menarik tp ni pun dah ok sgt2 dah. kene bersyukur kekdahnya.
@Biqque,
hijauuu yg amatttt! hahaha sila tanam rumput karpet nnt ye. boleh golek2.
@Abbaz,
pasal seal rocks tu tak pasti lak boleh access tak dulu. tp yg penting sana best! ;)))
@Janggel,
selamat hari rayaaa!!!!
@john
ReplyDeletems aku g dulu ade signage dekat 1 pagar. dier tulis 'closed due to natural causes' xsilap cmtu. n seperti dah ditutup lama sbb dah dilitupi (gitew word) dedaunan. haha
Pertama, gambar terbaik!
ReplyDeleteKedua, jealousnya dapat pergi Noobies. Cantik btul tempat tu.
Ketiga, keep writing tau :)
pemandangan yang indah, dengan sudut pengambilan gambar yang menarik
ReplyDelete@Abbaz,
ReplyDeletegitewww bahasa sangat tinggi puitisnya!
@Miz Safura,
terima kasihhh! terima kasihhh! ;) insyaALLAH.
@Munifah,
terima kasihhh! kalo tengok dgn mata sendiri lagi cantik! ;)
@john
ReplyDeletekata penanda kertas SPM sastera melayu. hahaha
pegi hari tu sempat gak tengok penguin pulang malam...terkedek kedek tapi tak nampak sangat pun sebab lampu malap..last2 kita yang macam nak beku dengan angin yang kuat!
ReplyDeleteyes sempat merasa makan kat cafe tu..dah macam orang jakun lak rasa jauh2 drive pastu jumpa cafe yang ada jual nasik..heaven
memang kaw nih cantik
ReplyDeleteakak tak pandai hambek gambo mcm john
maka
akak pasrah nganga molot tengok gambo dalam entry nih
memang superb pemandangan di The Nobbies Centre.
ReplyDelete