Helo helo!
Seminggu lebih takde entry baru. Al-maklumlah pegi travel lagi. Hiks. Selepas rehat seketika sebulan lebih dari naik kapal terbang. Terasa bernyawa balik. Ahaks O to the Ver la orang kata.
Anyway, aku nak sambung kembali entry trip bumi Andalusia bulan June aritu. Masih lagi di Cordoba. Tempat ni kan femes ade satu drama ape ntah yang ada guna tajuk di Cordoba ni. Tak tengok so takdela tau sape pelakon dia ke ape.
Kalo ikut entry lepas, lepas makan tengah hari tu, aku balik semula ke hostel untuk rehat tengah hari dan mandi semula lepas rasa belengas badan semua ni dek lenjun sebab peluh. Yela, bila travel time summer gini takdela nak buat secara terus-menerus. Badan cepat penat dan maybe akan moody dan cranky. Balik rehat, kene pasang aircon kuat kasik sejuk skit. Nasib bilik aku tu ade aircon. Rasa kat heaven buat seketika. Rasaya aku tak terlelap kot cuma rehatkan badan dan terus pegi mandi. Segar rasanya!
Petang tu kitaorang keluar balik maybe dalam pukul 3 petang camtu kot. Nak pegi ke sebuah istana lama katanya. Nama istana tu Alcazar. Yang terletak sebelah je Masjid Cordoba dan jugak Guadalquivir River. Kira jalan kaki memang boleh sampai.
kubu di luar istana |
Honestly, aku takde idea nak karang ayat camne. Tapi korang boleh la refer kat link --> HERE & HERE kalo nak baca sejarah pasal Alcazar ni. Aku cuma share gambar dari kamera aku jela. I paid about EUR7/pax to enter this place including with the night show. Okla bagi aku biase je tempat ni. Cukup sekadar nak penuhkan aktiviti kat Cordoba ni.
Dah puas tu, ape lagi? Rehat kejap bawah pokok kat dalam tu. Panas mencucuk bulu roma aku yang tak brape nak ada ni. Dengan angin pun takde nak sejukkan badan ni. Air tak usah cakap la memang banyak dah duk teguk ni nak kasik sejuk badan. Fuhh~
Bila rasa dah ok skit, terusla pegi carik cafe nak minum and makan lite-lite katanya. Hiks.
Lepas tu ada pulak perasaan nak naik kereta kuda yang ade duk menunggu depan Alcazar tu. Try ler tanya dalam EUR50/sejam tak silap dia bawak pusing-pusing around the small town of Cordoba ni. Mahal ler bagi aku dan yang lain-lain ni. Try tawar punya tawar dapat la EUR40. Okla bahagi 5 dalam EUR8/pax kene bayar. Time ni dah petang, so keadaan sekeliling macam dah takde orang sangat dah. Maybe bersiap untuk dinner la kot.
Dah abes pusing tu, aku pegi pulak jenjalan kat jambatan yang kira femes la kat Cordoba ni yang diberi nama Roman Bridge. Kalo korang tengok cite "Mak Cun di Spain" baru-baru, lokasi utama dia tu memang kat Cordoba. Ianya dibina merentasi Guadalquivir river.
Petang-petang gini ramai nampak penduduk tempatan duk keluar beriadah. Tourist pun ramai gak. Tak silap aku, aritu memang ramai betol pasangan yang baru kawen. Sume pakat duk buat wedding photoshoot kat situ. Best betol duk tengok sambil layan sunset.
lovely couple atas kereta kuda |
pintu gerbang yang menghala ke Roman Bridge |
Roman Bridge, Cordoba |
the view |
pasangan lain |
jenuh nak tunggu sunset sebabnya maghrib kan masuk lambat lebih kurang 9:30 malam camtu |
terikkk |
posing semua... jangan tak pose |
skit lagi nak terbenam... |
Malam tu plan nak keluar balik untuk amek gambar untuk nightview lak. Tapi nak tunggu betol-betol gelap tu macam payah la skit. Lebih kurang jam 11 malam tu keluar balik jejalan atas jambatan tu sambil duk testing-testing setting kamera.
Tengah duk syiokk amek gambar tu tiba-tiba lampu semua kat bangunan Cordoba tu dah terpadam. Cis. Rupanya dah midnite okehhh!
Nasib baik ada la dua tiga keping sempat amek. Jadiklah.....
Malam tu balik tido lena ler...
Esok nak pegi tempat lain lak.
Ke mana agaknya?
Tungguu~
Till then.
Bye!
Lawanya tempat dia. And aku rasa gambar matahari tu paling win sekali! Ayat tu please jangan Over sangat! BOOM!!!
ReplyDeleteahahah mmg lawaaaa! ayat mana yg over tuh! ahaks.
DeleteRoman Bridge tu mak cun tu jual bedak sejuk tu?? hehe. Semua photo cun2..
ReplyDeletehahahah kannn mak cun duk jual bedak atas tuh. hiks. terima kasih. ;)
Deletebest nye cordoba. suka sangat gambar pasu dekat dinding yang tersusun2 tuh. bila lah dapat pegi ke sana...
ReplyDeleteinsyaALLAH one day akan sampai gak. ;)
Deletemeans...menjelang midnite je semua lampu kat buildings dipadamkan?
ReplyDeleteweird practice....
sempat ko layan mak cun di spain hehe.
mmg nmpk gah la roman bridge tu..suke !
aah sort of. alah mcm klcc pn bila midnite dh terpadam lampu yg duk pancar kat bangunan tu. tak weird haih. hiks. tgk aritu dorang duk pasang. tu yg layan skali. ahaks.
Deleteboleh tak, tak nak komen pasal gambar tu semua..sebab dah tahu memang cantik!
ReplyDeletetapi nak wish happy belated birthday kat John...tak sempat nak menyemak kat ig TA hari tu hihihi
takpe x komen pun takpe akak oiii. hiks. thank you akak! ;)
Deletewow pergi ,ajelis kawin mat saleeh! BOOM!
ReplyDeleteBOOM! why bother? ahaks!
DeleteSunsetnya...Subhanallooohh... indah sekali Bang John. Kota yang indah dan damai...Cordoba.
ReplyDeleteyup .. mmg cantik sgt sunset kt situ. aman je kt cordoba ni. ;)
Deletepasangan-pasangan itu semuanya so sweet.
ReplyDeleteCordoba... Kak Kep jatuh cinta dengan kamu.. aduihhhh.. nak nanges tengok..
ReplyDelete