Wednesday, August 13, 2014

P2 | Summer 2014 | A Day in Madrid, Spain

Hollla!

Kat mana aku stop kat entry sebelom ni? 

Haaaa okeh dah balik hostel untuk check-in semua bagaikan. Dah siap boleh terlelap aku sebab badan terlalu penat gamaknya sebab tak tido semalaman kat airport. Okla dapat la lelap barang 2-3 jam sebelom bangun mandi untuk explore city of Madrid ni yang mana sempat. 

Since siang kan panjang, kira advantage jugakla sebab ada masa yang panjang untuk jejalan. Tapi kadang-kala tu aku pikir kalo siang terlalu panjang buat kita leka dan makin penat sebab nak tunggu malam tu jenuh gakla. Ahaks. 

Okeh! Ke mana kita?

Nak pegi taman yang terkenal kat Madrid ni. Kalo datang Madrid kene la pegi taman ni. Kata kawan serumah aku ni. Nak pegi Retiro Park. Tak susah hanya naik metro je untuk sampai ke sini. Maaf la aku dah lupa the exact station metro tu tapi yang penting memang terus sampai ke stesen Retiro Park ni. 

remaja tempatan beriadah, rasa seronok la kalo ade sepasang rollerblade ni


Time aku sampai kat taman ni actually dah petang, so memang boleh nampak ramai ummah lokal dan tourists macam aku ni datang duk jejalan kat taman ni. Taman ni agak besar gaklah plus ada beberapa attractions yang ada dalam tu untuk kita lawat. 

By the way, lupa nak cakap boleh aku katanya bandar Madrid ni memang bersih. Bersih la aku kata. Payah nak nampak sampah ataupun daun atas jalan. Memang kebersihan bandar dia memang tip top. Even kebersihan tu amat terpuji di celah-celah lorong. Termasuklah lorong nak pegi ke hostel aku pagi tadi. Takde bau okeh! 

Nama penuh Retiro Park ni adalah The Buen Retiro Park yang bermaksud "The Park of Pleasant Retreat" atau singkatanya "El Retiro je". Ahaks je tu aku tambah sendiri. Merupakan taman awam yang terbesar kat Madrid ni yang dulunya kepunyaan Spanish Monarchy. 

Kalo korang rajin explore ke seluruh taman ni, ianya tak hanya ada pokok-pokok dan tasik semata, tapi ada gak macam statues, sculptures, istana, fountains yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri. 

Dari pintu masuk taman tu sendiri, kita akan jumpa tasik yang mengadap monument Alfonso XII yang berbentuk macam semibulat. Kat tasik tu memang ramai orang duk berkayak bersama keluarga. Walaupun panas terik. Haiii... orang putih ni kan memang suka panas. 

Monument of Alfonso XII

Dari kawasan tasik, aku berjalan masuk lagi ke bahagian dalam. Nak pegi carik istana kaca katanya. Takpun nama betolnya Crystal Palace. Betol ke kristal buatanya...

berhibur bersama penghibur jalanan... katakau! ahaks

runaway bride ke ni? jangan larik kak!

Crystal Palace, awek yang berjalan depan tu tula Princess nya. ahaks!

Actually Crystal Palace ni bukanlah the real palace pun. Tapi sebenarnya sebuah pavilion kaca yang dapat inspirasi dari The Crystal Palace kat London sana. Depan binaan ni ada sebuah tasik buatan manusia. Istana kaca ni jugak digunakan untuk pameran bunga-bunga dari tempatan dan jugak antarabangsa. Ahaks. 

Jom masuk tengok ape yang ada kat dalam tu. Free je masuk... takde pape sangat pun kat dalam tu. Ada la beberapa kerusi atok nenek kat dalam tu kalo nak duduk. Other than that, it was super super hot in there. Bahang tu toksah cakapla. Kesan rumah hijau? Takleh lelama... masuk kejap amek gambar terus blah. I need fresh air~

tasik buatan depan Crystal Palace

mengenang masa lalu

bumbung istana kaca

view dari opposite tasik

kawasan taman dalam Retiro Park

Hari makin petang dan actually kitaorang tak makan proper meal pun lagi. So, ape lagi nak pegi mencekek la sambil-sambil tu boleh ke satu lagi tempat yakni Plaza Mayor yang terletak tak jauh dari hostel kitaorang tu. Harapan aritu nak makan Paella, kiranya makanan tradisi kat sini. 

lelaki berkuda

monument of Alfonso XII

Perjalanan

menuju ke Plaza Mayor


Dalam perjalanan menuju ke Plaza Mayor tu, yakni kat kawasan luar Plaza Mayor, terjumpa lak satu kedai souvenirs. Pemilik dia adalah muslim. Dia kata dia kasik harga murah-murah kalo customers dia orang Islam. Alhamdulillah... semoga dia murah rezeki. Normal price untuk fridge magnet adalah dalam EUR2.99/each. Tapi dia kasik EUR2/each. Ok sangat la kan plus ada banyak pilihan souvenirs lain yang boleh dibeli dengan diskaun. Hiks. 

Dalam pada tu sempat gak tanya dia kat mana nak makan paella (sebutan "paiyya") yang halal. Dia kata payah skit nak carik yang halal. Tapi paella ni mostly seafoods je kandungan dia, so insyaALLAH boleh makan. Dia rekomen kedai kawan dia bekerja kat depan kedai dia ni je seberang jalan. Dekat gak dengan market kat situ. Ramai orang duk makan kat luar bawah payung-payung. So, aku dan yang lain-lain aim nak makan situ. 

ni lah owner dan nama kedai dia

Plaza Mayor, Madrid

kalo perhatikan betol-betol, lukisan kat dinding tu ade lukisan seni lucah skit

dah nak sunset dah time ni

Order-order nak makan ape. So kitaorang settled dengan 3 hidangan paella ni pelbagai lauk kat dalam dia. Pastu tambah dengan calamari. Satu hidangan paella ni berharga dalam EUR11/meal. Boleh la makan 2-3 orang. Okla nak try punya pasalkan. Aku rasa tak masuk sangat dengan tekak aku macam makan nasik yang terlalu lembik dan tak masak. Tapi tak suka pun, abes la sebab dah bayar mahal kan.

paella

calamari, yang ni sedappp! 

Dah kenyang tu, mula la rasa malas dah nak pegi mana-mana kan. Rasa nak balik terus baring atas katil je. Plus, kaki ni dah mula sakit-sakit dah. Dah tu.. jom lah balik ke hostel. Boleh tido awal skit malam ni, esok start fresh balik. 



Esok akan naik morning train ke mana?

Ke Cordoba!

Till then.. 

Bye!

4 comments:

  1. Salam John

    kalau dulu usia muda remaja mcm John, lepak lelama kat airport atau transit ke kira tak kisah dan boleh tahan, gumbira lagi , tapi semenjak dah line 48, rasa dah tak sesemangat dulu hehehe

    ape2 hal, sotong tu mmg nampak sedap sangat,
    teringat dedulu, bapak kan tak sekolah tinggi, apa le bendanya kalamari tu, rupanya sotong gerung tepung kau hahaha

    duduk kena secawan capucino kat foto paling bawah tu, pasti best sambil perati ragam dan senario sekeliling

    ReplyDelete
  2. Memang awesome bila John berposing dengan rollerblade...

    ReplyDelete