Friday, August 29, 2014

P6 | Summer 2014 | Seharian di Seville, Sepanyol (Part2)

Helllooo!!!

Aku sambung dari entry sebelum ni ---> Seville (Part1) 

Ke mana lepas tu dari Seville Cathedral? Dari situ aku jejalan menuju ke salah satu tempat lagi nak tengok berpandukan map kat tangan tu. Jalan kaki jela sebab nak naik public transport pun rasa macam tak berbaloi. Boleh sampai dengan jalan kaki je. Walaupun panas tetap gigih okeh! 

Time duk jejalan tu sempat gakla singgah kejap kat kedai souvenirs. Beli yang mana patut skit jela then gerak semula. Time panas-panas tu pekena ice lemon tea memang syiokkk giler! Rasanya sebotol tu yang harganya dalam EUR2/bottle duk teguk kejap je dah abes. Takleh nak bayangkan kalo ade parents yang datang travel dengan bawak anak-anak kecik time summer membahang camni. Aku rasa duk berkampung kat hotel jela kot sejuk skit. Huk huk huk... 




Torre del Oro

Ni adalah tempat seterusnya kitaorang terjah. Tak susah nak jumpa pun sebabnya terletak sebelah sungai Guadalquivir dan sebelah tepi jalan besar. Kitaorang just amek gambar jela sebabnya takde mood dah actually nak naik atas tengok atas watch tower kegunaan tentera zaman dahulu yang dibina oleh Dinasti Almohad.

Kalo berminat nak baca lebih lanjut ---> Wikipedia 






Honestly, aku rasa time kat watch tower ni la rasa macam dah dehydrated giler giler! Rasa nak balik skang jugakkkk! Lemahnya aku rasa time tuh. Cuaca terlalu panas nak pengsan pun ada. Ok drama. Takdela nak pengsan tapi perasaan nak letak badan atas tilam simbah dengan udara aircon. Fuhh~ tapi apekan daya takkan aku nak baring tepi jalan kan. No point plus takde angin bertiup pun aritu. Menambahkan lagi rasa panas. Kawan-kawan yang lain pun rasa penat tapi tak tunjuk jela kot. What to do... faedah daripada travel time summer berdenting camni. Walaupun memang aku suka la sebab langit biru je manjang. Tapi nak amek gambar pun takde mood dah kot. 

Time ni pun dah almost 3 petang tak silap aku. Ada lagi satu tempat lagi nak terjah sebelum kitaorang semua naik semula train untuk balik ke Cordoba. Rasanya perjalanan tu sumpah tak sampai-sampai rasanya. 

Plaza De Espana

Ni antara salah satu tempat aku nak pegi gak ni. Taktau la kenapa. Maybe sebab nampak menarik kot. Hanya datang untuk amek gambar then, carik tempat teduh untuk rehat kejap. Sempat la aku jemur kemeja aku yang aku pakai basah lenjun tu kasik kering. Hiks. Yela, panas bahang cepat la keringnya. 

Tempat ni actually dijadikkan salah sebuah lokasi untuk World's Expo pada tahun 1929. Kalo nanti tahun 2020, Dubai bakal menjadi hos pulak. Wishlist jugak tu nak pegi kalo dunia tak kiamat lagi time tu. Tahun 2015 nanti kat Milan, Itali. Let's!

Ok layan gambar kat sini. 














Lepas tu? Amek bas untuk balik semula ke train station. 

Tamatlah daytrip ke Seville! Tak sabar nak mandi wehhhh! Ahaks. 

Bye!

9 comments:

  1. Bangunan cantik...dunia kiamat... Hihihi

    ReplyDelete
  2. wow cantiknyaaaaaa! saya suka semua gambar2 saudara!

    ReplyDelete
  3. Langitnya sangatlah biru. Cantik. Travel masa musim panas, memanglah berpeluh. Tapi siang yang panjang membuatkan kita boleh lepak lebih lama (dalam mall) dan jalan lebih jauh (dalam bangunan).

    ReplyDelete
  4. pesal tak de mood tu?
    huhu
    bertabahlah john weh!!!!
    (ps akak dah beli majalah tu..hehe)

    ReplyDelete
  5. Menarik menarik...
    lagi menarik kalau ada muka orangorang local yang menarik..tihihi..

    ReplyDelete
  6. Banyak betul bangunan klasik kat sini... dan cantik terpelihara...

    ReplyDelete
  7. Awesome picture. Inspire me a lot!

    ReplyDelete
  8. Cantik John. Boleh bayangkan kepanasannya.

    ReplyDelete