Thursday, August 14, 2014

P3 | Summer 2014 | Mosque-Cathedral of Cordoba, Sepanyol

Buenos días!

Atau dalam bahasa melayu adalah Selamat Pagi ataupun Selamat Sejahtera pun boleh! 

Kali ni trip aku ke bumi Sepanyol. Secara khususnya banyak fokus kepada kawasan Andalusia yang terkenal dengan kegemilangan tamadun Islam yang megah pada zaman dahulu. Kiranya macam "Kembara Andalusia" pun boleh. Tapi takdelah sempat cover kesemuanya bandar dalam Andalusia. Sempat pegi hanya ke beberapa tempat sahaja. Kalo ade kesempatan lain, boleh terjah yang tak sempat pegi aritu. 

Seperti biasa, check out dari hostel di Madrid pada awal pagi dan menuju terus ke train station. Pada mulanya memang plan nak naik bas je untuk ke sana tapi akan amek masa dalam 30 minit++ jugaklah untuk sampai jadik the best option kitaorang call je taxi (EUR7.60/cab) suruh hantar ke train station. Dalam 10 minit camtu dah sampai. Nama train station adalah "Madrid Puerta De Atocha Salidas". Besar betol train station ni. Rasa macam kat airport pun ada siap kene scan bagai untuk masuk ke boarding hall. Since tak sempat nak breakfast pagi tu, sempat alas perut dengan light breakfast kat cafe yang ade kat boarding hall tu. 






Untuk perjalanan dari Madrid menuju ke Cordoba ni memang sengaja pilih naik train. Actually, sepanjang kat Sepanyol ni memang perjalanan dari bandar ke bandar lain memang kitaorang pilih naik train. Senang dan cepat. Sedikit mahal berbanding naik bas la kan. Obviously. 

Untuk membeli tiket train ni, kawan aku guna website : http://uk.voyages-sncf.com/en/ dan terus bayar. Nanti just print tiket tu dan tunjuk kepada pegawai yang bertugas nanti. Perjalanan dari Madrid menuju ke Cordoba dalam lebih kurang 2 jam sahaja. Okla tak lama berbanding drive yang mungkin amek masa lebih kurang 5 jam camtu untuk jarak perjalanan almost 400km. Owh ya, tiket train adalah berharga EUR54.70/pax

Dah sampai tu, terus amek taxi untuk menuju ke hostel. Senang camtu sebab dengan panas terik camni. Memang kalo boleh nak sampai tempat tu dengan lagi cepat. Taknak tunggu lama-lama. Kang makan buah langsat memanjang kan tak guna gak. 

Aku perhatikan kawasan sekitar kat Cordoba amat berlainan berbanding kota Madrid sebelum ni. Aku suka katakan macam kawasan Cordoba ni ala-ala gurun skit, pokok-pokok pun tak banyak. Warna bangunan pun mostly adalah warna tanah (read: coklat) macam rumah diperbuat tanah liat tu. Boleh imagin tak? Pokok-pokok macam pokok tamar pun banyak ditanam kat jalan-jalan. Suasana pun tak begitu sibuk. Boleh aku katakan tenang dan tak ramai orang. 

Hostel aku dah booked siap-siap via Booking.com. Hostel ni boleh aky katakan dekat giler dengan tempat aku nak pegi ni. Yakni our main highlight at this historical city of Cordoba. Nama hostel ni adalah Osio Backpackers. Website ---> SINI aku rekomen hostel ni sebab strategik location, valuable price, easy to find halal foods, nice decorations, friendly staff. We stayed there for 2 nights. Dan aku sangat hargai aircon bila dalam dorm ade aircon. Ahaks. By the way, breakfast is included as well. Nanti kalo rajin, aku buatkan entry untuk hostel ni. 

Since takleh nak check-in lagi. Just letak beg, setelkan payment dan terus la keluar. Tak buang masa dah. Kang lama-lama tunggu tak sempat nak tengok ape yang patut tengok. 

Owh ya, nak bagitau ni first time aku duk kawasan yang mana jalan antara bangunan-bangunan adalah begitu sempit! Tapi still ada kete yang boleh lalu. 


jalan sempit ni jangan disangka takkan ada kete lalu okeh


kalo kecik macam ni, selalunya takde kete lalu dah. kang tersekat lak. ahaks. 

Ok. Kalo kita datang ke Cordoba ni. Tempat wajib korang masuk adalah La Mezquita ataupun Mosque-Cathedral of Cordoba. Tempat ni telahpun dijadikan tapak warisan UNESCO. Bagi mereka yang penggemarkan sejarah. This place is a must. Walaupun dinyatakan dalam ayat aku sebelum ni adalah sebuah masjid. Tapi ianya sekarangan hanyalah pada nama. Boleh dikatakan telah tinggal sejarah dan kenangan umat Islam. Kini dijadikan gereja sepenuhnya. Sedihkan. Tempat suci umat Islam pada zaman kegemilangan Islam suatu ketika dahulu kini hanya tinggal pada nama. 

Aku try pointkan sejarah dan info apa yang aku baca okeh? 

  • Masjid ini dibangun oleh Khalifah Bani Umayyah yang bernama Abdurrahman III.
  • Tinggi menaranya 40 hasta di atas batang-batang kayu berukir dan ditampung oleh 1293 tiang yang terbuat dari berbagai macam batu marmar bermotif papan catur.
  • Panjang Masjid Cordoba dari utara ke selatan mencapai 175 meter dan lebarnya dari timur ke barat 134 meter. Sedangkan tingginya mencapai 20 meter.
  • Setiap gerbang di masjid itu terdapat batu-bata merah dan batu putih. Gabungan unsur batu-batu tersebut mampu mewujudkan konsep jaluran yang menakjubkan. Bentuk ni seakan-akan binaan dalaman Masjid Nabawi di Madinah.
  • Hiasan dindingnya disemarakkan unsur flora dan inskripsi dari al-Quran dalam bentuk ukiran kapur, kaca, marmar dan mozaik emas.
  • Cordoba di zaman kegemilangannya, menjadi pusat perdagangan, ilmu pengetahuan, dan ibu kota kekhalifahan Bani Umayyah.
  • Saat itu, terdapat 170 wanita yang bekerja sebagai penulis kitab suci al-Quran dengan huruf Kufi yang indah. 
  • Anak-anak fakir miskin pun boleh belajar secara percuma di sekolah yang disediakan Khalifah. Aktiviti di masjid amatlah mencerminkan ketinggian tamadun Islam pada waktu itu. Tak heran, jika pada malam hari, masjid itu diterangi 4.700 buah lampu yang menghabiskan 11 ton minyak setiap tahun. 
  • Namun, kegemilangan itu tidak bertahan lama apabila Cordoba ditakluki oleh Raja Ferdinand III yang mana masjid ini telah ditukarkan menjadi sebuah gereja. 
  • Di menara masjid tersebut tiada lagi kedengaran muazzin melaungkan azan apabila menara itu dibina bersama dengan loceng. Maka, lenyaplah laungan azan di Cordoba. 
  • Penah ada cubaan umat Islam di Sepanyol yang membuat petition untuk membenarkan umat Islam bersolat di dalam masjid ini tapi telah ditolak banyak kali oleh pengurusan gereja dan disokong kuat oleh Vatican. 
  • Untuk bacaan lanjut boleh la rujuk ---> SINI  & SINI 

Nak masuk sini bukan free ye. Walaupun bekas masjid. Haih... nak masuk bekas masjid pun kene bayar. Harga masuk adalah EUR8/pax. 

Jom layan gambar...

The Torre de Alminar atau nama sekarang The Bell Tower

bangunan utama

ukiran di bumbung

ukiran di dinding

ruangan utama yang dihiasi ukiran dan tiang yang indah

tiang-tiang yang ada

indahnya


bahagian luar

ukiran bertulisan emas di mihrab yang mempunyai kalimah Asma Ul Husna

ukiran yang hanya tinggal sejarah

mihrab tempat imam mengetuai jemaah suatu ketika dahulu, kini kosong


Gambar-gambar kat atas tu hanyalah sebahagian yang ada unsur-unsur islamik kat situ. Ni pulak bahagian yang ada binaan gereja pulak. 










Dari pengamatan aku dan kawan-kawan aku aritu, ada la beberapa orang tourist yang gayanya macam dari kawasan Bangladesh or Pakistan camtu cuma la nak macam solat kat situ tapi di halang oleh pegawai yang menjaga kawasan tu. Even, kitaorang cuma macam terduduk sekejap pun disuruh bangun sebab takut ada gaya macam nak solat kot. Hurm... taktau nak kata ape cuma sedih dalam hati. 

Agak dah lama dalam tu, perut tentulah dah lapar kan? Plus masing-masing dah belengas dengan peluh semua sebab panaskan. Ayuhla balik untuk makan dan mandi dulu. Matahari pun tengah terik kat atas kepala. Kat luar kawasan Masjid Cordoba ni memang banyak kedai jual souvenirs, kalo nak beli boleh la survey-survey dulu. Ada banyak pilihan gak. 

Kalo boleh, beli kat kedai yang jauh skit dari pintu masuk Masjid Cordoba ni sebabnya harga lagi murah. Hiks. 




Tengah hari just makan briyani chicken kat salah satu kiosk yang menjual makanan halal tak jauh dari hostel kitaorang. Sempat berborak dengan pasangan pakcik makcik dari Singapore yang datang jejalan kat sini. 



Ok dah tu je dulu sebabnya lepas tu balik ke hostel untuk check-in, mandi dan berehat seketika. Bila dah travel musim panas camni, badan cepat rasa tak selesa. 

Till then.

Bye!

9 comments:

  1. I suka la entry ni. bila baca pasal masjid turn to gereja memang ada sedih sikit sebab bayangkan suatu masa dulu empayar islam mengusai dunia dan akhirnya luput cmtu je.

    melalui gegambar anda yg cantik ni, dapat rasai kepanasan ittew hehehe

    inb4: bestnya travel *lariii*

    ReplyDelete
  2. bestnya..dah sampai sepanyol pulak yer

    ReplyDelete
  3. salam mr john,

    Selain http://uk.voyages-sncf.com/en/, utk tiket train sekitar Sepanyol blh juga beli di renfe.com kan? en john tau ke perbezaan antara 2 website ni?

    terima kasih.

    Dila

    ReplyDelete
  4. Saya kagum dengan lorong-lorong sempit deme sangat kemas, bersih dan teratur.

    ReplyDelete
  5. Dah boleh komen eh?
    Omaiii..lawa sgt neh!

    ReplyDelete
  6. Salam sedaghe, Laorkebab tu sedap tak?

    ReplyDelete
  7. Bangunan di andalusia sangat indah semua...Subhanalloh.. artistik, berseni. kagum dengan kehabatan dan kemampuan seniman bangunan muslim jaman dulu. Beruntung Bang John sudah dapat lihat langsung ke sana. saya hanya baru lihat tempat ini dari film 99 cahaya di langit eropa saja..hehe.

    ReplyDelete
  8. Best nye..masjid masih byk x wujud kat cordoba?

    ReplyDelete