Thursday, August 28, 2014

P5 | Summer 2014 | Seharian di Seville, Sepanyol (Part1)

Helllooo! 

Jom aku sambung balik cerita Spain tanpa lengahnya. Kang lama-lama aku lupa kang lepas tu terkubur terus. Nak buat entry nak upkan diri-sendiri pun tak sempat gamaknya. Hiks. 

Hari yang ke-3? Kot ke-3 la kot rasanya. Aku pun dah lost track. Walaupun masih lagi di awal summer trip aku untuk tahun ni. Pagi tu bangun awal seperti biasalah bersiap dan breakfast yang disediakan oleh pihak hostel. Cukup sekadar roti bakar dan cereal. More than enough. Pagi tu, panggil teksi lagi untuk ke train station sebabnya pagi tu aku akan buat daytrip kat Seville yang terletak kira-kira 139km dari Cordoba. Jadik nak jimat masa naik train jela yang amek masa kira-kira 45 minit nak sampai. 

Harga tiket train pegi dan balik ke Seville adalah EUR18.50/return journey. Tiket ni pun kitaorang beli in advance. Kalo nak beli on the day nak bergerak pun takde masalah sebabnya train yang kitaorang naik tu memang tak penuh pun. Banyak seats yang kosong. Sepanjang perjalanan pagi tu, ada beberapa kali ternampak ladang bunga matahari. Fuhhh~ hati ni meronta nak turun dari train nak berlari dalam ladang bunga matahari tu. Lawa seyyyy! Tapi apekan daya....

Selamat sampai kat Seville Santa Justa station. Ni kiranya main train station la. Mula-mula skali terjah ke tourist information counter nak tanya la beberapa tempat yang boleh terjah plus amek map untuk panduan. Okla pekerja tu pun fasih berbahasa inggeris. Actually kat spain ni payah skit nak jumpa yang pandai cakap english. Duk cakap spanish je. So, ade tu dapat la tangkap sedikit sebanyak ape yang dorang duk cuba sampaikan. Ikut logik akal orang kata. 

Actually, memang plan aku untuk travelmate yang lain supaya just stay kat Cordoba dan buat daytrip ke Seville sebab jarak pun tak brape nak jauh. Boleh ulang-alik je dari Cordoba. Takdela duk buang masa nak pindah-randah untuk hostel. Penat wooo nak unpack, pack tak sudah-sudah. Atleast buat macam ni bagi aku lagi better. Masa pun takdelah terbuang begitu je. Ni adalah pandangan aku la... lain orang lain pulak perancangannya. 

Time duk tanya kat tourist counter tu, aku ingat lagi ayat last dia cakap kat kitaorang.. "gudluck with the weather!" Haaaa... petanda tu yang aritu memang aku akan kene salai sepanjang hari kat Seville ni. Semoga Allah merahmati kami semua. "getus hatiku" hiks. 

Metropol Parasol

Our first destination of the day was Metropol Parasol. Ianya merupakan salah sebuah binaan kayu yang terbesar di dunia. Kalo sekali imbas nampak macam sarang tebuan gergasi gitu. Tapi dari dekat bukanlah orang kata. Terletak di Old Quarter di Seville ni.  

Aku naik bas yang bernombor 32 untuk menuju ke City Centre dengan tambang EUR1.40/trip.  Nanti turun kat stop betol-betol depan Metropol Parasol ni. 

Info berkenaan Metropol Parasol ni:
  • dibina pada tahun 2005 dan siap pada tahun 2011 setelah mengalami beberapa kesulitan berkenaan kekukuhan binaan tersebut. 
  • direka oleh seorang arkitek yang berasal dari Jerman. 
  • mempunyai ketinggian kira-kira 26 meter. 
  • mempunyai 4 tingkat yang mana atas sekali ada anjung tinjau yang memberikan view yang menarik di kawasan Seville. 
  • nak baca lanjut? ---> WIKIPEDIA 


Actually, aku pun tak tau atas tu ada anjung tinjau, kalo aku tau tentu aku dah naik dah. Time aku nampak pun bila dah blah dari kawasan tu. Cuma sekadar amek kawasan sekitar jela. Honestly, aku suka dengan binaan ni. Taktau la nape maybe sebab bentuk dia yang agak unik dan moden kot. Kagum gakla. Nak kene gigit anai-anai ke? Binaan ni kan ibarat syurga bagi anai-anai ni. Hiks. 

Walaupun time tu masih lagi pagi, tapi bahang panas tu mula dah terasa sampai ke ketiak aku ni. Ketibas dah start dah. I wish ada macam rekaan aircon yang terbang keliling badan aku ni. Sejuk skit nak jejalan kan. 






Dah panaskan.. tentulah duk carik cafe nak berteduh sambil isi perut ni kasik kenyang-kenyang before menapak untuk jejalan tengah panas ni. We settled with vegetarian meals. Okla daripada takde langsung. 

nampak huduh tapi sedappp! 

Dah kenyang tu, kitaorang just jejalan je ikut kaki melangkah. Nak carik la stadium laga lembu tu yang memang terkenal kat sini. Nak masuk tengok tak cukup duit, maka tengok stadium dah ok buat cukup syarat je orang kata. By the time sampai kat stadium tu, rasanya macam dah tak sanggup dah nak jalan kaki lagi. Rasa nak check-in je mana-mana hotel nak pasang aircon kuat-kuat. Suhu haritu memang almost 40 degree Celsius okayyy! Mau tak lenjun aku aritu. Dah la pakai seluar panjang. Haihhh kalo tau, aku pakai spender je jalan-jalan arini. Oppps! Hahahah Tapi demi nak jejalan, ku gigihi jua.~










ni lah stadium aku maksudkan ade muzium skali kat situ kalo berminat nak masuk

Seville Cathedral

Tak jauh dari stadium kat atas tu, kitaorang pegi lak ke Seville Cathedral. Ni kira salah sebuah tempat yang aku rasa boleh masuk nak tengok sendiri la. Sebabnya tapak asal gereja ni merupakan sebuah masjid agung Almohad. Takde banyak peninggalan keagungan Islam kat sini kecuali yang tinggal hanyalah menara Giralda yang mana dulu adalah menara azan yang ditukar menjadi Bell Tower. By the way, ni merupakan gereja Gothic yang terbesar di dunia dan gereja biasa yang ketiga terbesar di dunia. Haaa camtu skali lah orang kata. 

Kat sini jugak ada kubur Christopher Colombus. Mesti korang familiar dengan nama ni kan. 

Nak baca lebih boleh la korang refer ---> SINI dan SINI 

Nak masuk dalam ni pun kene bayar okeh. It's not free. Tiket masuk adalah EUR4/pax guna student card ler ape lagi. Normal rate aku kurang pasni tapi less than EUR8/pax la. Takde la mahal. Nak masuk tengok sendiri. Nak masuk tu pun satu hal. Punya la panjang kene beratur hoiiiii tengah panas ceng ceng lak tuh. Sabor jela. Gigih punya pasal kan. 

Jom layan gambar...













Bell Tower tu boleh panjat tau kalo rajin. Aku ni sememangnya malas la kan bila dah lenjun. Tapi kawan aku tu minat sejarah, maka dia gigih la panjat naik menara tu. Maka dapatlah view seperti dibawah ni... 








Kat sini terjumpa lagi pakcik dan makcik dari Singapore tu. Sempat berborak kejap dalam tu sambil hilangkan penat semua. Amek gambar semua dengan muka sememeh masing-masing. Ahaks. Aku pun dah lupa kat mana gambar tu. Tak jumpa carik. 

Okla cukup sampai sini dulu. Nanti aku sambung lagi dalam next entry. Kemalasan dah melanda ni. Kene cepat-cepat publish. 

Till then...

Bye! 

4 comments:

  1. huhuh x mampu nak komen apa...just bestnyer....

    ReplyDelete
  2. Wow...nice adventure of yours...

    ReplyDelete
  3. panas panas pun layan je john, yang penting dapat jalan-jalan...tunggu budak kecik ni besaq sikit, nanti aku follow, haha...

    ReplyDelete