Wednesday, June 5, 2013

Macau : Asia's Las Vegas! - Part 1 (Turbo Jet & The Venetian)

Assalamualaikum!!!

Aku rasa cerita trip di Hong Kong berakhir di Ocean Park. Untuk hari ke-4 trip kitaorang, aku memang allocate 1 hari full untuk pegi ke Macau. Aku rasa semua orang tau kot kalo dari Hong Kong nak pegi ke Macau tak jauh mana pun. Amek masa 1 jam untuk sampai kalo nak feri laju. So, why not include skali ye dok? 

Ada beberapa cara dan lokasi untuk naik feri menuju ke Macau ni. Salah satu company yang kendalikan feri ni adalah Turbo Jet. Boleh refer kat website dorang ---> Turbo Jet

Disebabkan aku dah buat research siap-siap, kitaorang pilih untuk naik feri ni di Shun Tak Centre. Cara nak pegi sini adalah naik je subway menuju ke stesen Sheung Wan (Exit D). Kemudian naik ke tingkat 3 untuk beli tiket feri. Jangan risau, ada signboard bagitau pasal hal-hal berkaitan dengan feri ni. Ada lagi 1 ferry terminal terletak di Canton Road iaitu China Ferry Terminal. Kalo yang stay kat area Tsim Tsa Tsui, lagi dekat naik kat sini. Aku aritu terlupa lak nak datang sini. 

Untuk trip ke Macau ni, aku dah bagitau siap-siap kawan-kawan aku ni yang kalo boleh aku nak gerak awal untuk naik feri ni. Takut orang ramai katakan... Lebih kurang jam 7 pagi kitaorang dah gerak dari hostel menuju ke ferry terminal. Nasib baik hari kitaorang nak pegi ke Macau ni bukan weekend, jadiknya takde orang ramai sangat duk beratur beli tiket. Dah sampai level 3 tu, terus la melulu pegi ke kaunter tiket. Hahaha.. Harga tiket untuk ke Macau ni ada beberapa kelas. Ada business class, ada gak economy class. Jadiknya yang tak berapa nak kaya ni, amek jela ekonomi je. Harga untuk seorang adalah HKD159. Kekerapan feri adalah setiap 15 minit. Tak perlu risau kalo terlepas. 

tiket feri, sticker kaler oren tu ialah nombor seat masing-masing.



Hari tu, feri menuju ke Macau agak penuh. Tapi masing-masing ada seat. Penuh gak dengan group dari Mainland China. Bising tuh toksah cakap lah macam pasar ikan dah. Nak carik seat masing-masing riuh-rendah. Haishhh... sabor jela. Boleh pulak ada sesetengah tu tak jumpa seat sendiri pastu main duduk je tempat orang lain. Macam mana tuh? Bila feri dah start bergerak barulah masing-masing senyap. 

Pengalaman naik feri laju ni? aku rasa sangat ok. Takde bunyi bising pun. Berombak pun biasa-biasa je. Tapi Maszuber tetap mabukkk! Hahahah terpaksalah dia tido. Sepanjang sejam tu, kitaorang membuta je. Yela, bangun awal giler kot pagi tadi. 




Dah keluar dari perut feri, terus menapak menuju ke imigresen. Nasib baik lagi beratur kejap je. Tak perlu visa untuk masuk ke Macau ye. 


Dah keluar kat arrival hall tu, ada ramai gak macam agent-agent yang menawarkan pakej-pakej. Aku taktau brape harga pakej tu, sebab aku terus say no. Hasil dari bacaan aku ni, kalo nak pusing-pusing Macau ni, memadai kalo guna shuttle buses yang disediakan oleh pihak hotel dan kasino yang bersepah kat Macau ni. Sebelum tu, aku pegi amek dulu peta Macau tourism counter. Free of charge. Kemudian carik kat mana nak naik shuttle bus ni. Tak susah pun, keluar je dari bangunan terminal feri ni, lalu underpass menuju ke seberang jalan. Kat sini kira memang port shuttle buses dari setiap kasino. Free of charge! 





Mula-mula pening gak nak naik shuttle bus yang mana satu, tapi kalo ikutkan hati ni memang nak terus pegi ke The Venetian. Ayuh kita naik bas The Venetian! 

Macau ni terbahagi kepada 4 daerah (Macau Peninsula, Taipa, Cotai dan Coloane). Terminal feri tadi terletak di Macau Peninsula. Dan untuk menuju ke The Venetian yang terletak di Cotai. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk sampai. 

Cuaca time kitaorang sampai ni agak berjerebu. Plus agak panas berbanding Hong Kong. Pakai t-shirt nipis dan seluar pendek adalah yang terbaek. Hahaha... 

Jom layan gambar sepanjang naik bas. 





Dah sampai kat The Venetian. Kalo sape-sape penah tengok cite drama Korea "Boys Over Flower". Kat sinilah salah satu shooting location dorang. Kantoii kan tengok drama korea gak. Ada aku kesah? Hahahah. Kalo tengok interior kat dalam bangunan ni kira memang terbaekk lah! Penuh dengan kemewahan dan simbol kekayaan abes. Sempat lalu kat kawasan kasino dorang. Tapi takleh amek gambar la pulak. Just lalu tengok orang sedang leka berjudi. 

Jom layan gambar... 







Gambar kat ni baru sebahagian kawasan lobi je. Jom kita gerak ke Grand Canal Shoppe lak. Kat sini dorang buat ilusi macam awan biru di siling. Rekaan bangunan sebijik macam kat Venice, Itali sana. Tak sampai sana lagi, tengok kat The Venetian pun jadiklah... Nak naik gondola pun ada! Tapi nak bergondola-gondola tu, tengok poket tu tebal ke tak. Kang gondol la poketnya! Hahaha... Kat sini gak ada banyak butik-butik pakaian kalo nak bershopping. Tapi time ni takde sales. Maka, aku tak masuk pun. Hanya masuk kedai Fossil je tengok jam. Tapi sekali lagi, mahalll! Pasrah. 











Dah puas ronda, perut lapar la pulakkan... makan kecik-kecik pulak kat Starbucks! Beli air 2 je. Share 4 orang. Hiks. 


Ok dah cukupla kot... hingus meleleh nih. Nanti sambung!

Bye! 

11 comments:

  1. Wah,bestnya p HK & Macau!Apa pun
    gambar semua cantik!=)

    *tiba2 teringin nak ke sana plak dah..huhuhu

    ReplyDelete
  2. adoi nie la tempat yg aku nak pegi sgt tu tapi x dpt ! stress

    ReplyDelete
  3. Naik feri tu kalau duduk bhg depan memang rasa pening sbb lambungan agak tinggi...

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. cantik betul siling bgnn tu ada awan bagai...

    ReplyDelete
  6. hidung meleleh?
    nah tisu
    (bukan akak bagi virus,kan??kan??)

    mana la citer masuk cina nih???
    akak dah masuk vietnam haa..

    ReplyDelete
  7. aku pun stamina takdelah tinggi sangat, silap haribulan, mabuk jugak kalau naik feri tu...view memang lawa, dah macam dekat venice kan, hehe...

    ReplyDelete
  8. aku baru nak start bace pasal nihhhhhh

    ReplyDelete
  9. Yeaaayy..kalau pegi ke Macau tapi ke ke Venetian..kiranya belum sampai Macau lah tu yo dak..kedian pada Hang Dhamin..tempat wajib tu

    apa? hingus meleleh..meh sini JM bagi panadol Soluble..gerenti lepas 1 jam minum sihat hehe...lariksss..nanti kena marah dgn kak Anashh...

    ReplyDelete