Tuesday, June 11, 2013

Macau : Asia's Las Vegas! - Part 3 (Ruins of St.Paul's & Mount Fortress)

Assalamualaikum!!!

Bersambung dari bahagian ke-2 time berada kat Macau aritu. Lepas dah abes puas pusing kat area Senado Square dan jugak beli souvenirs skit-skit tadi. Kitaorang berjalan menuju ke 1 tempat warisan UNESCO yang mana kalo orang kata, datang Macau tapi tak singgah sini memang tak lengkaplah percutian anda. Tak lain dan tak bukan Ruins of St. Paul's. 

Dari Senado Square menuju ke sini tak jauh mana pun lebih kurang 10 minit berjalan kaki. Tapi nak menuju ke sana pun kita akan lalu banyak kedai-kedai belah kiri dan kanan. Ada macam kedai duk jual tapi dari pemerhatian aku yang paling banyak adalah kedai yang jual kepingan daging. Aku suspek tu adalah daging cik babs. Memang banyakkkkk sungguhhhh duk susun cantek-cantek punye. Tak lupa gak kuih tart telur. Kat sini kan memang femes dengan the originality of their egg tarts. Time ni memang orang ramai sungguh duk bersesak membeli bahan makanan masing-masing. Menuju ke tapak runtuhan tu kene macam mendaki bukit skit. So, faham-faham sendirilah macam mana. Tapi takdelah cerun mana pun dan agak landai. 

Sedikit info berkenaan dengan Ruins of St.Paul's:

Ruins of St. Paul's merujuk kepada runtuhan kompleks pada kurun ke-16 yang melibatkan St. Paul's College dan jugak Catheral of St. Paul's ataupun dikenali sebagai "Mater Dei". Ia merupakan gereja binaan orang Portugis untuk memperingati Saint Paul, the Apostle. Harini, ia merupakan salah 1 tempat paling popular dikalangan pelancong jugak secara rasmi pada tahun 2005, diumumkan sebagai salah satu tapak warisan sejarah oleh UNESCO

Untuk lebih lanjut, boleh baca ---> Wikipedia 

Time kitaorang sampai tu, duk kata... "woahhhh" "woaahhhh" bukan sebab kagum, tapi sebab ramai sungguh orang kat dataran depan runtuhan nih! Padahal nak tengok pintu depan je ala-ala A Famosa kat Melaka tu je. Pastu mereka yang duk bertenggek kat tangga-tangga menuju ke atas pun agak ramai. Sabo jela kan... ketepi! Anak raja dah mai nih! Hahaha. 

Jom layan gambar-gambar yang sama sekitar lokasi kejadian... 












Tak silap aku, kitaorang spent kat sini dalam sejam. Amek gambar, duduk rehat-rehat sambil hilangkan penat. Tengok orang pun ada. Macam-macam gaya dorang duk pose. Sesekali tergelak sendiri aku tengok. Hahaha. 

Dah abes penat, kitaorang daki pulak Mount Fortress. Kiranya nak pegi tengok kubu zaman-zaman dulu lak. Kene mendaki pulak! Yang ni agak tinggi skit. Sabor jela wahai kaki oiii~ 




Sedikit info berkenaan Mount Fortress:

Mount Fortress, built in 1617-26, occupies a hilltop to the east of the ruins of St. Paul′ s. It was constructed by the Jesuits as part of a complex which also included the college and church of St. Paul′ s. The canons were used only once, when the Dutch invaded Macau in 1622. This was also the first residence of the governors of Macau. Over the following decades trees grew from the platform of the fort, which was transformed into a public park where residents and visitors came to enjoy the views. The only building was an office of the Meteorological Department until 1998 when the three-level Macau Museum, focusing on the history of Macau, was built into the fortress hill.

Untuk bacaan lanjut ---> Wikipedia







kat depan tu ialah Macau Museum

Dah sampai atas tu, kat sini tempat yang aku carik iaitu meriam yang menghala ke bangunan Grand Lisboa. Seolah-olah bersiap-sedia nak letupkan bangunan Grand Lisboa tu. Kat sini memang bersih abeslah aku tengok. Takde satu daun pun atas lantai yang gugur. Memang disapu bersih. Kat area sini jugaklah kitaorang solat. Carik tempat terlindung skit. Amek wuduk kat toilet dalam Muzium Macau tu. Kami tak masuk pun sebab kene bayarkan. Hiks. 

Jom layan gambar lagi.... 










Lebih kurang dah setel semua, rehat-rehat amek gambar sampai lebam. Kitaorang bergerak meninggalkan kawasan. Di Macau ni, aku perhatikan pengaruh Portugis tu masih lagi kuat dalam rakyat dorang. Tengok papan tanda pun masih ada bahasa portugis. Even, sales girl kat Hard Rock Shop tadi pun bercakap dalam bahasa portugis dengan kawan sekerja dia. Bagus gak kan mengekalkan budaya dari zaman penjajah dulu. 





Dah sampai bawah balik, kitaorang just lepak kat water fountain tu sebab nak tunggu untuk view malam pulak. Sempat abeskan magic tuna dan ikan bilis. Beli roti kat 7-eleven skali. Tak lupa ada pulak hotspot free wifi kan. Layankan jela walaupun signal dia ada takde ada takde macam tuh. Gigih tau tunggu sampai hari gelap! 

Till then..wasalam~ 

10 comments:

  1. dapat jugak ko gambar meriam tembak lisboa tu kan...bestnyerrr!

    terpaksa la gigih baca entry hk/macau ko sbb tak dpt pegi huhuhuhu *nanges*

    cantik teratai layu di tasik madu tu!

    ReplyDelete
  2. wah.. lamanya tak jejak blog ni..
    cantik betul la gambar2 ni. pakai kamera apa ek?

    ReplyDelete
  3. lamanya tak mai blog hang ni john oii!! ke kena panggil henry skrg nih? hahahaha


    hehamboii.. dah sampai macau.. acik jelesss *nanges tepi penjuru bilik*

    ReplyDelete
  4. Memang rasa macam tersesak nafas bila berjalan ke Ruins tu, sbb amat banyak kedai vavi tu. Nasib baik pemandangan kat atas tu cantik...

    ReplyDelete
  5. dulu JM pegi Hard Rock Hotel dulu pastu baru ke Venetian..Dari Venetian naik free shuttle bus turun kat Grand Lisboa..pastu jln kaki terus ke Senado Square..Dari Grand Lisboa ada free bus ke terminal feri dan juga ke Airport

    Tapi JM tak ke Mount Fortress tu coz time tu dh hampir 7.00 mlm..spt biasa gambar ohsem..tidak menghampakan feminat giteww heee..nanti masuk kategory blog photographer of the year JM nk vote..uishh panjangnya komen :-)

    ReplyDelete
  6. aku tak perasan pun byk kedai babi sebab aku berlari dr senado ke sini! hahaha...sbb tak cukup masa..

    over plak aku nak ckp nie..tp tetibe aku rindu nak g macau balik..

    ReplyDelete
  7. untungla dah sampai macau
    (sambil merenung kota a famosa kat melaka, hambek feel)

    gambo? malas dah nak puji
    cun
    eh
    terpuji plak

    ReplyDelete
  8. @Biqque,
    kannnnnnn nasib baik jumpa. mmg dh lama aim nak amek gmbr mcm tu. takpe pasni gerenti ade tix murah lg utk ko jejak kaki ke sana. amin...



    @Syieda,
    amnoihhh... kemana hilangnya! sejak tahun 2013 ni, aku guna nikonm d90 dengan lens 15-105mm. ;)



    @hanie,
    haaaaaaaa ko dah taknak balik malaysia ke? duk bercucuk tanam kat korea je. ;p



    @Mie,
    tau xpe. mula ok je, tapi bila lama duk jalan tu mmg betol2 byk kedai jual daging2 tersebut. ramai org lak tuh duk beli.



    @Jari Manis,
    bertabahlah JM. sbb mt fortress tu sebelah je dr runtuhan st.paul tu. tp penat gakla duk menapak tu. thank you! ;)



    @Hand Dhamin,
    hahahaha motif ko berdrama kat senado square? kekeke tu la trip ko tu rushing sgt! sila ripit!



    @Kak Anash,
    amboihhh jauhnya akak berjalan sampai ke melaka layan perasaan.

    ReplyDelete
  9. Ruins of St.Paul's macam sekeping dinding jer tengok, tapi orang yang datang, ramai ya amat...gambar-gambar semua cantik bangat, suka gambar meriam hala ke Grand Lisboa tu, hehe...

    ReplyDelete
  10. macaman nak dapat hotspot free tu kt macau?

    ReplyDelete