Assalamualaikum!!!
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KALI KE-55 MALAYSIA!!!
"JANJI DITEPATI TAU"
Cite Sydney dan Gold Coast dah abes. So, ni bahagian terakhir untuk Australia Not So Adventure trip of the year! Hahah matilah perasan lebih. Papepun. hope this will help you guys to travel on your own. Nampaknya bulan September tahun ni aku terpaksa burn 3 tiket flight, tahun lepas bulan September paling banyak aku travel. Naik flight everyweekend. Sape nak jawab? Redha jela...nasib baik time beli tu murah yang amat. So, takdelah terkilan mana kalo tak pegi pun. Nasib baik dalam Asean je. Kalo long haul? Aku sanggup amek unpaid leave. Haishh... Tahun burn segala tiket yang boleh.
Anyway, let's!
Untuk ke Melbourne dari Sydney, aku pilih Tiger Airways. Walaupun kapal terbang jenama harimau ni agak terkenal dengan sikap suka mendelaykan penerbangan. Tapi it's no doubt that they offer us a very good bargain. Why not to take some risk? Am I right? Time aku beli tiket tu, harga tiket memang agak murah. Aku beli dengan harga AUD59.97/way termasuk dengan pre-baggage 20kg. Murah la kan? Nak murah macam mana lagi kan....so, kalo nak beli harga murah sila-silalah jenguk website airlines selalu takpun subscribe je newsletter dorang untuk current promo and sales.
Penerbangan untuk ke Melbourne adalah sepatutnya jam 9.45 AM, tetapi 2 bulan sebelum tibanya tarikh penerbangan, dorang re-schedule balik time penerbangan yakni kepada 8.45 AM... haaaa ko tengok tu dorangkan awalkan. Nasib baik dorang bagitau awal-awal. If on the day itself? Maunya kelam kabut. Dah tu, bila dah check-in sume, bila dah tiba di gate yang ditetapkan...rupanya dah tukar gate lain pulak yakni jauh dari yang asal. Haaa...sekali lagi mereka buat hal. Tapi still boleh dimaafkan. Overall, aku katakan kalo korang naik Tiger Airways ni kene selalu alert dengan segala changes. Kang tak pasal-pasal termissed flight. Rugi duit, masa dan akan menyebabkan pergaduhan. In fact, they have the weaknesses but the journey was smooth. Sampai tepat pada masanya di Melbourne Airport. By the way, hanya 50% je full dalam flight tue.
Dah landed kat Tullamarine Melbourne Airport, kene jalan skit menuju ke bus stand SkyBus. SkyBus ni macam SkyBus AirAsia gak. Dorang akan bergerak dari airport menuju ke city centre. Jarak perjalanan lebih kurang 30 minit camtu dengan kekerapan setiap 10minit. Cepatt kan? Harga tambang adalah seperti gambar dibawah.
Satu lagi cara yang aku rasa sangat sesuai dan amat amat amat patut dilakukan untuk mereka yang akan menginap kat Malaysia Hall Melbourne (MH) adalah dengan gunakan perkhidmatan http://www.starbus.net.au/ untuk terus menuju ke depan muka pintu MH. Aku tau perkhidmatan ni pun lepas berbual dengan sorang akak ni yang turut menginap kat MH. Dia bagitau bayar tambang hanya AUD21/way untuk sampai ke MH. No hassle, no backpain, no walking at all. They will straight send to from airport to Malaysia Hall. It's point-to-point shuttle bus. Kalo korang bawak parents ke anak-anak kecik. Taknak duk bawak beg luggage ke hulur dan ke hilir, amatlah patut gunakan perkhidmatan StarBus ni. Instead of gunakan SkyBus yang akan menyebabkan anda banyak kali transit public transport untuk sampai ke MH.
Ok..berbalik kepada aku naik SkyBus tadi. SkyBus ni akan stop kat Southern Cross Train Station. Ni stesen yang baru dan lagi besar. Kiranya macam KL Sentral. Dari Southern Cross, kitaorang beli dulu MyKi card. What is MyKi card ni? Dia macam Touch&Go gak. Kene topup untuk guna naik tram, train, dan jugak bas. Ni link untuk keterangan lanjut mengenai MyKi Card -----> HERE . Kalo guna MyKi card ni jugak, boleh beli pass untuk macam 3 hari, 5 hari ataupun 7 hari. Macam aku hari tu, since menginap kat MH selama 6 malam, aku beli terus pass MyKi untuk 7 hari Zone 1 = AUD32.80/pax. Boleh refer sini untuk yang info tambang ---> Myki Fares . Yang pass ni boleh cover naik tram, bas dan jugak train unlimited rides. InsyaALLAH berbaloi... Since MH ni berada dalam Zone 1, no need to buy Zone 2. Zone 1 is sufficient enough.
Pondok beli tiket just follow the signboard to get here |
Tambang bas untuk semua |
Ok, how to go to Malaysia Hall Melbourne? It's a trick question even though it is not! Hahah.
1. Dari Southern Cross Station, korang amek train menuju ke Flinders Station.
2. Dari Flinders Station, tunggu tram kat St.Kilda Road yang bernombor 6 yang menuju ke Glen Iris
3. Then, turun kat stop yang bernombor 27 atau 28. Tapi better turun kat stop no.28.
4. Bila dah turun tu, lintas jalan dan berjalan ke arah kanan
5. Jalan dalam lebih kurang 50 meter sahaja. Tadaaaa! Dah sampai MH Melbourne on your left!
6. Gudluck!
Untuk kat Melbourne, menginapan aku selama 6 malam memang hanya di MH Melbourne. Alhamdulillah, walaupun maximum stay hanya 5 malam, tapi since bukan peak season, permohonan aku untuk stay 6malam diluluskan dengan jayanya! Time kami sampai kat situ adalah jam 1 petang. Warden MH Melbourne, yakni Haji Rudie tak sampai lagi.. Lunch kot. So, kami masuk dulu untuk lepak-lepak kat ruang tamu. Not bad, rasa macam duk rumah sendiri. Sunyi je...maybe time aku datang ni takde penghuni sangat. Nasib baik boleh masuk dalam, if not duk kat luar je boleh beku dan kejung sebab suhu lagi sejuk dari Sydney! Yela, Melbourne berada bawah lagi dari Sydney.
Tunggu tak lama, Hj Rudie tu pun sampai. Teruskan dengan procedure check-in. Rate adalah sama yakni AUD12/night + AUD15/service charge. Internet kat living hall dengan bayaran AUD5/sepanjang penginapan. Mula-mula agak curious gakla macam mana keadaan bilik sebab kat MH Sydney taklah baru tapi still bearable. Tapi bila masuk yang MH Melbourne, wow! Macam 5 stars hostel. Sebabnya dorang ade buat bangunan baru kat bahagian belakang untuk dijadikan bilik. So, everything is brand new. Awesome! Toilet pun lawa!!! Dalam bilik tu ada 2 katil singles with study table with lights. Siap ade heater lagi. Overall, aku puas hati! By the way, toiletries dan tuala adalah tidak disediakan. So, kene buat sendiri semuanya. Ini bukan hotel! Kat sini ade pantry, tapi tak boleh memasak ataupun melakukan proses memasak yang menggunakan api. Tetapi boleh guna microwave yang disediakan untuk memanaskan makanan. Kenapa takleh memasak? Kerana mengikut warden MH Melbourne dan Sydney, kat sekeliling bangunan MH, dipasang alat pengesan asap yang boleh detect any asap dan terus call bomba untuk datang cegah kebakaran. If, there is any false alarm, mereka akan didenda sebanyak AUD1,800!!! So, that's why they are very very very particular about this. Siap setiap penginap kene sign agreement cakap saya akan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Harap semua bakal para penginap kat MH Melbourne atau Sydney tau yang kat sana takleh memasak. Jangan tanya soklan macam ni kat aku. Sekian.
Lepas dah setel mandi, solat semua tu, dalam lebih kurang jam 3 petang kami keluar semula menuju ke city centre yakni kat kawasan Flinders Street untuk carik makanan. Weyyyy lapar tau tak! Dah la sejuk menggigil nih! Tapi dari situ naik tram gak menuju ke Flinders Station. Dari situ, korang jalan je sepanjang Swanston Street sebabnya kat situ ade beberapa buah kedai makanan halal termasuklah Restoran Nelayan dan Turkish Kebab. Takpun, boleh pegi QV Mall tak jauh kalo jalan kaki. Naik tram pun boleh. Kat dalam tu ade Papa Rich Kopitiam. So, we all makan situ.
Tram stations depan Flinders Station dan Federation Square |
Flinders Station : the oldest train station. Classic! |
Lepak kat situ layan free wifi dan kemudian lepas makan tu pun dah gelap. Masuk kat Woolies jap nak beli sedikit kudapan dan air mineral. Kemudian balik semula ke MH Melbourne untuk berehat. Tak kuasa nak lepak lama-lama kat luar sebab sejukkk.. Balik MH, lepak kat living hall layan Masterchef Australia. Kekeke.
Esok kami akan menuju ke Great Ocean Road! How do we go there? Stay tune for more updates! Hahah.
Till then, wasalam...
first!!!
ReplyDeletehahah
lama tak komen camtuh
ok
jejak kaki di melben plak???
akak follo versi danny di melben..
Tak tau plak kt Melbourne dah ada Pappa Rich, untunglah leh makan sedap2 yek..
ReplyDeleteOk tak sabor nk tunggu entry GOR ko!
Tenqsomac for writing. Looking forward for ur updates! We'll be going to Melbourne this october V(^^)
ReplyDeleteCantek dan bersih lah Malaysian Hall diorang. Klu tiada kawan, boleh lah saya menginap di sana. Ada Papparich di Melbourne? Wow. Sampai sana diorang tue.
ReplyDeletegreat info !!!
ReplyDeletewww.topmoroccotours.com
Seronok akak tengok Danny dah sampai Melb. Tentu seronok ke Great Ocean Road nanti kan :)
ReplyDeleteSalam.. Nk tny la mcm mn nk try mntk duk kt malaysian hall tu ek.. Ada email dia tak?
ReplyDelete@Kak Anash,
ReplyDeleteyeayyy!!! dh lama x buat camtuh akak. kekeke. nnt sy try buat lg cmtu. ye ler, kali ni pi melben ler pulak. muahah jom g sama2!!
@Chawanna,
giteww...motif x tau? baru je bukak kalo x silap aku. wlpn mahal, tetap nk makan tau. entry GOR??? tggu~ lol
@Mar,
thank very much for visiting my blog! hehehe. bestnyaaa nak pegi oct! good weather that time! have fun!!!
@Diana Teo,
yup...sangat bersih! satisfied with the location.
@Naramas Aman,
thank you akak! seronokkkk! wlpn cuaca tak menentu dan sejuk. tp sgt besgtttt!
@Lalala,
boleh refer kat website dorang. boleh googl. just type malaysia hall melbourne.
Wow komen dibalas!
ReplyDeleteOk makanan2 itu nampak sungguh menyelerakan!. Terpaksa pg Melben pulak nanti.
John/Danny,
ReplyDeleteAgak2 selamat tak kalau org prmpn travel solo ke sydney n melbourne? Worth it..or lagi byk kos?
@Mimie,
ReplyDeleteselamat je kalo nk travel solo. sbb city dorang selamat. just be a street smart. tp biaselahkan kalo travel solo ni kdg2 kos dia lebih skit sbb kita takleh nak share2 kos dgn travel partners. tp overall, selamat. dont worry. ;)
Best ah MH Melbourne...toilet mcm hotel...
ReplyDeleteservice charge AUD15 kat MH tu per day per pax ke? *sedang gigih mentelaah blog john utk panduan ke melbon bulan depan. informatif sangat*
ReplyDelete@Cikara,
ReplyDeleteaud15/pax utk sepanjang penginapan. BUKAN charge utk setiap hari.
hi boleh tau cane nak book tiger airways ounya tiket dari malaysia. kena pakai kredit kad cane ye?
ReplyDeletethanx
@Purplebutton,
ReplyDeletebook via website dorang je. pastu guna credit card. ;)
okay, tapi apa2 jenis kredit kad diterima ke? so far cane dgn servis airline ni. for first time pakai airline ni susah tak proses boarding di airport? tu lah banyak dgr pasal servis airline ni, harap la dah banyak improve ^^
ReplyDeletethanx
Hi..nak tanya skit..malaysian hall ni sesape pun boleh stay ke?
ReplyDelete@Uknown,
ReplyDeleteboleh refer kat link bawah ni:
http://kakiberangan.blogspot.com/2013/06/memohon-penginapan-di-malaysia-hall.html
Hi! Kalau x keberatan share berapa budget yg munasabah leh target ready utk ke melbourne x termasuk flight ye? Kalau duduk MH. :)
ReplyDelete@Fhana,
ReplyDeletehi.. awak tak baca sampai bahagian terakhir entry pun and yet u dah tanya brape total kos/budget yang saya dah abeskan. sila belek2 la entry lain before bertanya. ;)
Salam tumpang tanya...psl deposit kat mh tu dorg deduct kat cc or kena byr cash Ms check in?
ReplyDelete@Sasha Shafie,
ReplyDeletehi there, everything must be paid in cash upon arrival. no cc involved.