Monday, August 27, 2012

Shopping : What did I bring back from Sydney, Australia

Assalamualaikum!!! 

Cite pasal Sydney dah abes. Now, sesi untuk menunjuk barang-barang souvenirs yang aku bawak balik la pulak kan. Barang-barang ni sume aku beli kat Paddy's Market. So, korang jangan lupa kalo pegi Sydney harus singgah market ni kalo nak beli souvenirs murah-murah. Walaupun ada certain design adalah lebih kurang sama dengan ape yang dijual samada di Perth, Gold Coast. Tapi ade jugak yang berlainan jenis design seperti fridge magnet! 

Kat dalam Paddy's Market ni ada pelbagai jenis penjual. Ada mat salleh takpun cina apek yang duk jual. Tak lupa cina indonesian. So, cakap melayu je la uols! Senang faham takde tergagap duk speaking omputih yang ke laut tuh! Muahaha. Kalo tak cukup cash, jangan lupa swipe jela kad plastik yang dalam wallet atau purse tu. Apelah salah skali skala shopping souvenirs untuk sanak-saudara kan? Ada certain kedai memang dorang accept visa ataupun mastercard. 

Jangan membuang masa, ayuh kita belek-belek souvenirs!

Ni sume souvenirs yang aku beli kat Blue Mountain. Mahal yang amat! Tapi pejam mata jela. Yang paling murah ialah yang panjang tu. Beli 3 keping dapatlah AUD10. Yang lain-lain tu average harga adalah AUD6.

Ni pulak fridge magnet yang beli kat muzium di mana pameran Narnia diadakan. Sebab takde FM jenis Narnia, beli jela yang jenis ni yang ada. Harganya ialah AUD2.50

Fridge magnet paling mahal yang penah aku beli. Tapi sebab teringin nak ada 1, maka pejam mata jela uols! Banyak benda dalam trip kali ni memang pejam mata. Hahah harga sekeping ni ialah AUD18 selepas diskaun 10%.

Ni pulak seperti biasa keychains. Special la skit sebab dalam kotak. Harga dia kalo ingat-ingat lupa dalam AUD2-3 per box.

Keychains macam ni paling murah hanya AUD1 untuk 1. Murah kan? Beli 10 keping dapat free 2 keping. Haaaaa...banyak wooo aku borong! Senang kasik kat kawan-kawan ofis. Heheh

Ni pulak tote bag yang boleh lipat. Harganya ialah AUD3/bag. Ada macam-macam design. Budak-budak perempuan mesti suka bawak pegi klas untuk menunjuk kat kawan-kawan. Muahaha

Ni pulak beg toileteris atau pencil box jenis gedabak? Hurm...susah nak tafsirkan. Tapi harganya hanya AUD2/sehelai. Sehelai? Hahah...papepun, berbaloi untuk diberikan kepada teman-teman rapat. Ada kaler hitam, pink, cream dan biru.

Fridge magnet jangan dilupai. Harganya 3 ketul hanya AUD5. Boleh campur-campur bergantung kepada jenis dan design yang ada. Pilih-pilih!!!

Ni bukan t-shirt ye, tapi ianya sebuah recycle bag. Aku beli pun sebab nak isi barang. Harganya hanya AUD1 untuk sebuah beg ni.

Ni pulak t-shirts yang hanya ada kaler hitam, merah dan krim. Harganya lebih murah berbanding design yang ada kaler lain-lain. Harga yang ni boleh dapat dalam AUD8/sehelai.

Ni pulak beg tote. Ye la kot tote. Harganya AUD4/sebijik tapi boleh dapat 4 bijik dengan harga AUD10. haaaa.....kiralah sendiri! Ada macam-macam design!

Kalo anda seorang yang berjimat cermat, boleh beli fridge magnet jenis macam ni. Sesuai kalo nak kasik kat ofismate. Harga sepapan tu kalo tak salah aku dalam AUD3. Boleh dapat 5 papan untuk AUD10. Aku pun dah lupa. Tapi still a good bargain! Don't missed it!

Ok dah...itu aje untuk korang. 

Till then, wasalam....

12 comments:

  1. banyaknye souvenir beli..semua cantik2..:)

    ReplyDelete
  2. bestnyeeee!

    nak tanye yang beg toiletris ngan tote bag tu ade lebih tak? nak beli kalo ade lebih hihihih

    ReplyDelete
  3. Akak sukalah fridge magnet tu...
    Memang FM Hard Rock mahal. Saya pun pernah beli FM Hard Rock Cafe tapi Vietnam punya, mahal ya amat sampai RM70. Satu tu jelah saya beli, lepas tu tak beli FM hard Rock Cafe lg, pasal mahal bebenor!

    ReplyDelete
  4. wah meriah ko sopink! tapi tidak dinafikan FM kt oz memang lawa2 berbanding tempat lain ahahahahha

    ReplyDelete
  5. blog nie best..pics semuanyer lawa2 n penceritaan sgt detail...i'm going to Syd on Oct..so saya "melancong" ler kat blog nie as my reference...suke suke suke...
    thanks..

    ReplyDelete
  6. wow naseb baik bahagian aku ada! HAhahaaa

    ReplyDelete
  7. Wah banyaknya Danny... bak seketul..

    ReplyDelete
  8. Ya allah John oii..!dah sampai Sydney dah citer ko...Aku masih kat movieworld terkial2...Ha..ha...

    ReplyDelete
  9. wahh cantik2..harga pon ok
    nyampah lak ngan souvenir yg kamibeli kat Phuket..mahal & x byk choice ehehhe

    ReplyDelete