Monday, July 23, 2012

Sydney, New South Wales - Day 1! (Malaysia Hall Sydney & Around the City)

Assalamualaikum!!!!

Salam Ramadhan dari KakiBerangan. Semoga Ramadhan kali ni membawa seribu satu keberkatan kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan jugak di seluruh dunia. InsyaALLAH. Ade sape-sape yang sedang travel ketika dalam bulan puasa? Menarikkan? 

********** 

Ok, jomlah aku sambung cerita trip aku ke Australia. Since bahagian Gold Coast dah abes, aku start pulak cerita ke Sydney, New South Wales. Pagi tu, aku bangun awal, yela flight Virgin Airlines ke Sydney akan berlepas jam 9.05 pagi. Takde nak check-in awal ke ape. Lebih kurang lepas subuh dalam pukul 6 pagi camtu, kami check-out dan jalan kaki menuju ke bus stand. Jangan lupa, check jadual bas dulu sebelum korang keluar tu. Kang terpaksa tunggu lama pulak. Bas kat Gold Coast ni beroperasi 24jam! Awesome babeh! Tunggu tak lama camtu bas sampai. Nasib baik cepat, dah la sejuk berdiri lama-lama kat luar ni. Tambang bas ke airport adalah AUD5.43/pax. Lebih kurang 25 minit, kami sampai di airport. Orang dah ramai dah time ni kat airport. Sebelum check-in barang, kami pegi refund balik deposit untuk GoCard since baki pun ada lagi. Rugi la kan kalo bawak balik Malaysia. Takpelah, takde kenangan pun tapi gambar dah ade. Hehehe. 

Dah setel, terus bergerak menuju ke kaunter check-in Virgin Blue. Kami antara orang terawal yang check-in. Yeayyy! Proses check-in berjalan dengan lancar. Dah terus masuk boarding hall. Flight pun takde delay ke ape, perjalanan menuju ke Sydney mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit. Sempat la duk tido dalam flight tu, memang lena la katakan. Sebabnya penat weh! Dah la bangun awal pagi. Flight pagi tu memang penuh. Alhamdulillah…kami selamat mendarat di Sydney International Airport. For your information, Sydney Airport ade kasik free wifi! Yeayy! Terus check twitter, fb sume. Yela, poyo.com duk check-in bagai. Hahah. Duk baca timeline kata Dato’ CT ade kat Sydney tapi dalam perjalanan balik ke Malaysia. Cis, if not sempat amek gambar bersama beliau. Gedik. Hahaha. 




Turun ke tempat amek bagasi dan fikir macam mana nak pegi ke city centre via train or bus. Kat Sydney ni, public transports adalah sangat-sangat berguna! Tengok ayat aku, sangat-sangat-sangat berguna! Meaning korang memang boleh rely kat public transports 100%. Kalo aku tipu, korang jangan tuntut segala ganti rugi dengan aku. Sape suruh percaya? Hahah. Tapi jangan risau, insyaALLAH semuanya akan ok. Kat Sydney ni ada beberapa pilihan jenis tiket yang boleh kita pilih. Public transports dorang meliputi train, ferries dan jugak buses kecuali monorail. Sume ni adalah boleh dinaiki dengan integrated ticket or pass. Ok, jom tengok jenis-jenis tiket yang dorang ada.  Tapi aku ceritakan tentang ape yang patut amek untuk travel dalam 5-7 hari di Sydney. 

MyMulti 1  - weekly pass: AUD41 (AUD20.50 child) - unlimited travel for 7 days on all Sydney buses and private passenger buses (not the CitySightseeing bus), Sydney Ferries network and CityRail stations within 10km of the city centre (this will not enable you to get to places like Homebush Bay, Parramatta or any destination outside of Sydney itself).

MyMulti 3  - weekly pass: AUD60 ($28.50 child) - unlimited travel for 7 days on the entire CityRail network, all Sydney buses and private passenger buses (not the red CitysSightseeing bus), and the entire Sydney Ferries network (this will enable you to travel on almost any train, bus or ferry from the Hunter Valley and Newcastle in the north, Blue Mountains and Lithgow to the west, and Southern Highlands and South Coast to the south). If you are travelling for 5, 6 or 7 days in Sydney and planning to use a lot of public transport this is the ticket to get, despite the price it is very good value.


So, please make a good decision. Memang mahal tiket MyMulti ni tapi memang good value kalo kita ni jenis berkira dan kiasu nak cover sume tempat kalo boleh. Dan jugak berguna kepada sesiapa yang jenis sesat barat tersalah naik bas sume. Memang jimat duit dari bayar paper tickets. Pilihan saya dan recommended by KakiBerangan, sila pilih MyMulti3 kalo anda berniat untuk berjalan sampai ke Blue Mountain. Memang berguna. Dah setel beli MyMulti3, ape lagi…jom la kita naik train menuju ke city centre! 


Perjalanan mengambil masa kira-kira 15 minit untuk sampai. Btw, korang akan kagum kalo korang darat macam aku sebabnya tengok train dorang adalah 2 tingkat ok! Plus, takde pun duk berebut-rebut nak masuk dalam train! Memang comfy sangat-sangat! 



Dalam perjalanan tu, bila aku check balik, rupanya aku terlupa nak print out direction ke Malaysia Hall Sydney (MH).  Arghh!!! Aku just printed out direction MH Melbourne je. Cis! Macam mana ni? Cuakkk beb. Yela, nak cekau kat mana information ni? Kalo tanya mat salleh ni, confirm dorang taktau kat mana letaknya. Unless, terjumpa Malaysian. Time ni dah la sejuk giler. Dengan bagpack yang berat ibarat 10kg guni beras. Try carik wifi untuk connect dengan internet, kot2 la terjumpa direction nak pegi sama. Singgah masuk ke Hungry Jack’s untuk dapatkan free wifi. Terpaksa tebalkan muka duk bertenggek kat meja dorang walaupun tak beli pape. Hahaha. Nasib baik dapat connect dengan e-mail. Teringat pulak seorang blogger Masviona yang ade email aku tempoh hari katanya mereka akan datang ke Sydney jugak then stay kat MH Sydney. Dan dan tu jugak aku e-mail dorang tau tak macam mana nak pegi ke MH Sydney ni. Alhamdulillah….nasib kami memang baik. Dorang balas cepat sungguh! Terima kasih kepada Prebetsapu dan Masviona sebab sudi tolong kami. Jasamu dikenang! 

Ok ni direction macam mana nak pegi ke MH Sydney:

Cara yang pertama: 

a) Naik train macam aku tadi, then turun kat Central Station. Kemudian tunggu bas kat Eddy Avenue. Macam mana nak tau kat mana Eddy Avenue tu, dia kat bahagian luar bangunan. Boleh tanya orang lain. Dari luar tu boleh nampak bangunan berserta menara jam besar. Kat situ ada banyak bus stand ikut nombor bas yang dicari. 

 b) Kat bus stand tu ada banyak bas, memang takyah tunggu lama-lama. Amek bas yang bernombor 373, 377 ataupun 374 untuk ke Allison Road. Korang bagitau je driver bas tu samada dia pass by Allison Road ke tak. Kalo nasib korang baik, driver tu akan tanya balik, Malaysia Hall? Haaaa…..itulah dia! 

      c) Then , perjalanan ke sana lebih kurang 12 minit je. Bila nampak Caltex sebelah kiri korang nnt. Terus tekan loceng. Sebabnya, MH Sydney tu betol-betol terletak sebelah Caltex tu. Kat seberang jalan pulak terdapat Randwick Race. 

Cara yang kedua pulak ialah cara yang aku tak try, tapi korang boleh try la kalo nak. Yakni, kalo dari airport (domestik atau international), boleh amek bas no. 400 untuk ke Randwick Junction. Dari situ, kene jalan skit menuju ke MH Sydney. Kalo korang tanya macam mana nak amek bas dari airport tu, aku taktau, so jangan tanya. Kene tanya information kaunter la kalo macam tu ok! Jangan duk blur sangat bila sampai. Hehehe. 

Alhamdulillah…kami selamat sampai ke MH Sydney lebih kurang jam 1 tengah hari. Time ni, dorang tengah bersiap-siap kat living hall untuk menunaikan solat Jumaat. Yela, aku sampai sana hari jumaat. Hehehe. Terus ke office untuk berjumpa dengan Warden MH Sydney, Kak Nany. Process check-in berjalan dengan lancar. Bayaran untuk seorang adalah AUD12/night. Kene letak deposit AUD100 (refundable) dan jugak service charge AUD15/pax. Murah kan? Okla tu untuk orang macam aku. Janji dapat tido. Hahaha. *bunyi macam penipu besar tak?* Hahaha. Level bawah hanya untuk lelaki, manakala level atas untuk perempuan. Tapi untuk family pun kat atas. Wifi ada disediakan tapi kene bayar AUD5 untuk sepanjang tempoh menginapan kita kat sana. Laju ok! Jom tengok bilik! 





So far, aku dapat bilik besar. Kira sangat oklah orang kata. Attached bathroom skali. Cuma towel and other toiletries kene bawak sendiri. Harus diingatkan yang MH ni berfungsi sebagai asrama bukan hotel! Bila dah masuk bilik tu, rehat jap dan terus segarkan diri. Yela, hari dah petang takkan nak duk terguling-guling kat bilik je. Bosan dan rugi ok!

Jom keluar jenjalan! Destinasi pertama untuk hari ni ialah pegi tengok Sydney Opera House dan Harbour Bridge! Jom kita! Dari MH Sydney, korang kene seberang jalan untuk je bus stand. Then, amek bas no. 373 untuk ke city centre. Nanti sampailah ke Central Station. From there, kami try bas no. 555 (free tourist shuttle) untuk ke Circular Quay di mana terletaknya Opera House tu. 

Eddy Avenue













Sydney Tower

Jom layan gambar waktu petang kat Circular Quay. Tak banyak aktiviti kami buat. Petang tu, kami harus balik ke MH Sydney, sebabnya kawan kepada kawan aku yang stay kat Sydney ajak dinner di rumah beliau. Alhamdulillah…free dinner uols! Sedap sungguh makan malam tu, yela ade kurma daging, ape lagi ek? Makan bertambah-tambah. Lepas tu, beliau (Abg Im) cakap tido je umah dia. Lagipun, anak-anak dia bosan takde orang kat rumah. Lagipun, dapat jimat duit. Kekeke. So, malam tu kami pegi amek barang kat MH Sydney untuk tido ke rumah Abg Im.

Malam tu terasa macam dah bermastautin kat Sydney dah. *gila berangan*



Till then, wasalam...
 

24 comments:

  1. SALAM

    @john - u r helping much! hehe.. tq sbb post gmbr2 MH sydney neh. dpt gak aku tgk cmne keadaan nye. i'll be there raya ni i'allah. but goin around by car. bwk 11 org lg! hope sempatlah abes post pasal sydney nih b4 i g sana. hehe.. tq john!

    ReplyDelete
  2. Waalla train 2 tingkat!!!

    Silap yer tak janji ngan Dato' Ct! hAHAHAHA... kAlau tak, mesti dah bergambar merata-rata bersama.

    ReplyDelete
  3. Wow Opera House! LAWANYA! Bilelah nak perform dalam tu.....

    ReplyDelete
  4. I have been here! Bilik di Malaysia Hall tu dulu saya ambil family room, sangat selesea, sgt ok. I think it is better than what I have seen in your pictures.

    BTW, akak akan travel dlm bulan puasa ni he he he....Akak nak ke Xian :)

    ReplyDelete
  5. @john..Nekcik satu family pun dok kat MH ni..makan pun kami oder kat sini..lepas tu senang nak pergi Paddy market naik bas depan tu jer...nak shopping pergi kat paddys market..murah..Nekcik pun travel sendiri..naik AA ke GC..pastu ambik jetstar ke sydney..ambik tiger air ke brisbane..naik train ke GC balik..KL..Allin we spent RM2500/pax plus all tickets n train...food and hotels..GC+ SYD+ BRISBANE..minus shopping!!! adventurous and enjoyable trip!! tq to AA..everyone can fly!! yezzz

    ReplyDelete
  6. @Abbaz,
    u'r welcome. sy hnya ceritakan sedikit sebyk pengalaman sendiri. yg lain2 tu kene explore sendiri utk lebih faham. insyaALLAH, ianya akan lebih menarik. wow! nak pegi time raya puasa ni ke? best giler! jgn lupa buat salam perantauan ok! hehehe.



    @MasMZ,
    wow! kagum giler. ok takdelah kagum giler tp alangkah bestnya kalo ktm msia sama mcm nih. tentu takde sesak2 punyelah!

    tula, tp aku touched down baru baca tweet dato ct baru nak balik msia. kalo tidak, mmg dah lama aku post gmbr kat sini. muahaha.



    @Janggel,
    jom pegi pegi pegi!!! hahaha. jom simpan duit dulu! muahaha.



    @Naramas Aman,
    ye ke? best kan? actually, lupa nk tulis kat atas tu yg bilik saya tu actually bilik utk vip. tu yg kak nany bgtau saya. rasanya family room bahagian atas kalo tak silap. tp mmg selesa la. u cannot ask more from aud12 kan. hehehe.

    bestnyaaa nak pegi xi'an! have fun akak!

    ReplyDelete
  7. @Nekcik,
    bestkan travel g sana! puas hati...hehehe. murah la tu nekcik kalo rm2.5k utk semua skali. tula, terima kasih kpd AirAsia! hehehe

    ReplyDelete
  8. rindunya kt tempat2 ni bila tgk balik gambor2 ko john...hahahaha...akak pun jakun gak dulu masa naik ketapi 2 tngkt tuh...sampai salah2 destination....haahaha

    ReplyDelete
  9. xde show ke kat opera house tu? kalo ade mesti ko masuk kan.. hehe..

    ReplyDelete
  10. thanks bg tips..saya pun akan duduk di MH sydney 30 ogos nanti.makanan kat sana mahal2 tak?

    ReplyDelete
  11. sebelah office kak nani tu wuz bilik saya selama 3 bulan sblm berpindah ke area randwick....pagi2 bukak pintu bilik menghala keluar tgk jockey bwk kuda2 jln2 kat racecourse..how i miss to become sydneysiders again..every raya semayang raya kat hall n parking kete tu.. tgh2 malam time studi la kunun pegi wollies (woolworth) kt caltex beli coklat..aiyoo rindunya sydney... and selalu terjah st vincents (ngo) outlet kat area posh eg paddington coz u nvr noe wot u will get..

    -ex sydneysider unsw-

    ReplyDelete
  12. tq ada juga gambar2 terbaru MSD. Dulu masa student tinggal sini di MSD. selepas bertahun2 baru lah ada peluang bersama family datang balik ke syd. tak sabar rasanya utk datang bulan 11 nanti..

    ReplyDelete
  13. Saya & isteri akan bercuti ke Sydney pd Sept 13 hingga 17 Sept 2013. Macam mana nak booking di MH Sydney.

    ReplyDelete
  14. @Faudzisurf,
    boleh refer kt website malaysia hall sydney bro http://www.msda.org.au/
    boleh google je actually. terus keluar. ;) sy ade type jugak in my previous post.

    ReplyDelete
  15. Wahhh srnok nye baca john ...byk membantu utk sy n kwn2 ke sana 1 jun ni....dh xblur...paham sgt dh dr airpot ke MH....then ke syd opera house...rasanye insyallah. ...dpt teroka syd nanti..thx sgt

    ReplyDelete
  16. Salam, luckily jmp blog ni! sngt2 membantu utk pegi oz this coming nov ;)
    -keep in touch!

    ReplyDelete
  17. as salam.. hi.. sory nk tanya sikit, my application utk msia hall sydney dah approved utk january nnti. travel solo je. tetiba kawan yg study kt sana kata dia tak blk msia time summer break tu and dia ajk stay rumah dia. so nk tau kalau sy kasi tahu kak nany, tak jd stay msia hall tu dia okay tak? i mean kena byr pape ke? thank you..
    -tqa eryqa-

    ReplyDelete
  18. @Eryqa,
    boleh je takde masalah. infact u boleh emel awal2 bgtau dorang kata nak cancel booking tu. xde penalty pn kene bayar.

    ReplyDelete
  19. nak tanya lagi hehehe...guna mymulti3 tu bila naik train dr airport ke city kena bayar extra ke?? atau mymulti3 tu cukup utk guna airport train tu ke city??? thanks...lagi 30 hari nak ke sana hehehe

    ReplyDelete
  20. Sy pun nak tanya boleh guna mymulti3 airport ke sydney central ke?

    ReplyDelete
  21. @Leez & Maggiemee,
    TAK BOLEH GUNA mymulti3 utk dari atau ke airport kene beli tiket lain kalo tak silap dalam aud18 return journey. ;)

    btw, kpd leez kalo boleh kurangkan guna tanda "?" secara berlebihan spt "???" ya sbb tu merujuk kpd menjerit dlm bidang penulisan. sekian. ;)

    ReplyDelete
  22. tq good sharing.. ade tips tak kalu nk pergi nsw ational park dekat mane nk stay for family around 6-7... :)

    ReplyDelete