Assalamualaikum!!!
Hari ke-5 kita berpuasa. Macam mana? Aku masih lagi cuba untuk kurangkan membeli makanan secara rambang bijik mata. Kenela jaga perut, poket dan nafsu tu. Yela, bulan puasa ni kenela berjimat-cermat. Tak boleh nak beli ape-ape ikut nafsu je. Kene ingat, orang di negara lain serba kekurangan. Semoga kita sama-sama memupuk sifat berjimat-cermat. InsyaALLAH.
**********
Tanpa buang masa, jom aku sambung cerita travel aku di Sydney untuk hari yang ke-2. Dari hari yang pertama, semua orang kalo dah baca tentu akan tau yang aku menginap di rumah kawan kepada kawan aku yang menetap di Sydney. Senang cerita, aku namakan dia Abg Im (nama sebenar). So, pagi tu bangun awal. Takdela awal sangat tapi awal jugaklah. Kata Abg Im semalam, arini dorang nak bawak aku dan kawan-kawan pegi Flea Market yakni dinamakan Rozelle Market. Adakah market ni hanya menjual air rozelle? Sama-sama kita nantikan...actually, ni first time aku pegi flea market kat overseas. Yela, asyik duk tengok orang lain je pegi. Aku pun teringin jugak ye dak? Hahah. Rozelle Market ni hanya dibuka pada hujung minggu sahaja yakni sabtu dan ahad dari pagi sampai ke petang. Lokasi? Hurm...kalo ikutkan dari pemerhatian aku, letaknya tidak jauh dari Sydney Fish Market. Pandai-pandailah sendiri korang nak pegi sana. Jangan tanya aku. Tu pun nasib baik orang tolong bawakkan. Hehehe.
Kat sini memang banyak sungguh barang-barang terpakai yang dijual termasuklah pakaian, barang-barang antik, barang kristal, vcd and boxset, bunga-bungaan, dan macam-macam lagilah! Kawan aku gigih duk belek jaket-jaket yang lawa-lawa dengan hanya AUD10 sehelai! Tapi kene pandai pilih la ye. Tapi ade jugak yang mahal. Aku? Sekadar memandang dengan lirikan mata sahaja. Takde barang yang aku berkenan. High taste la katakan. Muahah *riak*
Jom layan gambar sekitar...
Lepas dah lepak kat flea market tu barang sejam dua.... Abg Im kata dia akan hantar kami ke city. Then, from there boleh jejalan sendiri untuk explore the city. First stop, dia turunkan kami kat kawasan pelabuhan ke macam jeti macam tu. Sorila dah lupa. Tapi near Darling Harbour. Kat sini ade beberapa blok apartment yang aku rasa harga untuk sebuah memang layak untuk duduk kat sebuah rumah banglo kat Bukit Antarabangsa termasuk jugak kapal layar persendirian. Hahah. Tapi memang cunlah! Aku suka design dia sebab simple. Memang sesuai sangat untuk buat bachelor pad. Opps! Hahah. Kalo tak silap aku, ni kawasan National Maritime Museum. Kalo teringin nak melawat muzium, silakan. Agak besar gak muzium dorang ni. Before this, ada pameran 100 tahun Titanic. Tapi dah abes dah. If not, boleh singgah melawat. Bukan slalu kan. Alhamdulilah....cuaca hari tu sungguh lawa! Langit membiru tanpa awan berkepul-kepul. Such a great weather! Taktau nak kata ape dah.
Jom tengoklah sendiri betapa lawanya langit pada mata aku lah...mata korang, manelah aku tau.
Kiri kanan adalah apartment ye.. |
Kat situ kami just lepak untuk amek gambar. Takleh lama-lama coz matahari terik memancar walaupun tak rasa panas langsung. Boleh kene sunburn kalo duk berjemur lama-lama. Since arini agak leisure, kami just jejalan pusing city je. Next destinastion, jom pegi ke Hard Rock Cafe Sydney! Hard Rock Sydney baru dibuka kalo tak silap aku tahun 2010 ke 2011? Takpelah, yang penting betol-betol kat Darling Harbour tu. Tak susah mana pun nak carik. Yang penting korang tau macam mana nak pegi ke Darling Harbour. Actually, takde train atau bus stop yang betol-betol berhenti kat depan Darling Harbour kalo tak salah aku. Kalo tak salah aku ye. Maybe orang lain boleh kasik direction?
Tapi yang aku tau... korang boleh naik train dan turun kat Town Hall Station ataupun Wynyard Station. From there, you guys need to walk a little bit. Okla kan...exercise. Dari Paddy's Market pun dah tak jauh. Kalo berjalan kaki kira-kira 15 minit macam tu lah! Tapi since tak panas, so memang sangat-sangat ok untuk amek angin luar.
Ok dah...jom masuk ke Hard Rock Cafe Sydney! Memang dah jadik rutin kawan aku ni, mesti beli shot glass untuk koleksi peribadi. Aku lak? Hurm...tak penah terpikir nak buat koleksi. Not for now i guess. But there's only 1 thing that I would like to buy for myself which is fridge magnet and also a hoodie. Hahah dulu pegi Beijing, memang ralat betol tak beli hoodie Hard Rock Beijing. Balik Malaysia baru ralat tak beli. Padahal, bukannya pakai sangat pun kat Malaysia ni. Just gedik nak ade dalam almari. Bila dah sampai Sydney pulak, memang aku nak belila untuk diri aku sendiri. Walaupun hoodies yang ada hanyalah kaler putih. Cis! Confirm cepat kotor nanti! Berkenan pulak kat hoodies yang promoter duk pakai. Tapi katanya dah out of stock. Cis cis cis! Sebab pikir nanti mesti datang lagi kat sini. So, aku just beli fridge magnet je untuk aku. Nanges tau bayar AUD21 sekeping! Kawan aku gigih duk amek kiriman dari Malaysia. Okla..orang kirim. Plus, ade free wifi! Sambil duk tunggu kejap, aku duk layan laaa fb, check-in bla bla bla. Cuaca sungguh elok! Rugi kalo tak jalan-jalan sampai patah kaki! Tapi yang boleh aku tengok, banyak baju-bajan dah takde size sangat. Size besar mostly dah abes. Tinggal size extra large takpun extra small. Haishhh....
Lepas dah abeskan duit sedikit, just tembak-tembak kat kawasan Darling Harbour tu je. Arini ari weekend, so ramai parents yang bawak anak-anak jenjalan. Seronok je tengok sambil melepak kat tepi jeti. Eh jeti ke? Kat situ gak ade playground as well as merry go-round. Awesome! Jomlah layan gambar...
Time ni kalo tak salah aku lebih kurang jam 12 tengah hari. Ingat-ingat lupa dah. Tak lama pun lepak situ. Harini jugak aku shopping souvenirs kat Paddy's Market. So, sape-sape yang datang Sydney wajib datang sini kalo nak beli souvenirs ke pape yang lain. Kat sini kasik anda harga yang berpatutanlah untuk souvenirs. Dari Darling Harbour ni memang tak jauh pun, jalan kaki merentasi taman dalam 15 minit je jalan kaki. Takut sesat? Jangan risau, sebab signboard bersepah tunjuk arah kat mana Paddy's Market tu. Ni direction kalo dari tempat lain...sebagai contohnya.
How to get there:-
By train: Catch the train to Town Hall or Central Stations. It's only a five minute walk to Paddy's
By bus: The Sydney Explorer stops right outside the door.
By Monorail: Alight at Haymarket station, right at the door of Paddy's
By Light Rail: Alight at Haymarket, right at the door of Paddy's.
By train: Catch the train to Town Hall or Central Stations. It's only a five minute walk to Paddy's
By bus: The Sydney Explorer stops right outside the door.
By Monorail: Alight at Haymarket station, right at the door of Paddy's
By Light Rail: Alight at Haymarket, right at the door of Paddy's.
Sebab apa aku pegi ke Paddy's Market arini? Sebabnya since arini hari Ahad, esok dan lusa yakni Isnin dan Selasa, market ni memang tutup. Operation hour adalah dari 9 pagi - 5 petang (Rabu sampai Ahad). So, you guys need to plan your shopping time. For your info, market ni macam kat uptown Shah Alam, yakni kat bawah bumbung. So, memang ade macam-macam kedai yang jual souvenirs, barangan kulit, baju-bajan plus harga pun agak murah. Kalo tak cukup cash, jangan risau visa/mastercard are widely used. Normally, minimal purchase is AUD20/receipt. Tapi semuanya bergantung kepada budi bicara tuan kedai tu. So, harini memang kami all-out untuk beli souvenirs kat Sydney. Coz, lepas ni memang tak pegi mana-mana kedai murah dah. Yela, esoknya dan lusa memang dah tutup. Just pusing-pusing kat kedai mana yang murah. We ended up kat sebuah kedai souvenirs indonesian ni. Agak murah gak barang-barang souvenirs yang dorang jual plus pandai cakap melayu pulak tuh! Spent kat dalam tu tak lama pun lebih kurang 2 jam je. Jom tengok gambar sat!
Dah abes shopping tu, takde pape dah nak buat kan, terus kami jalan-jalan kat George Street tak jauh dari Paddy's Market. Kalo korang nak carik makanan halal, sepanjang George Street ni ade beberapa buah restoran halal untuk kita makan. Don't worry. Penah dengar Kasturi Cafe? Haaa....kedai tu pun terletak di George Street. Berhampiran YHA Central. Chatime pun ada kalo korang nak minum. Kekeke...aku sempat beli! Teringin yang pelik-pelik kekdahnya. Tapi hari ahad tu, Cafe Kasturi tu pulak tutup. So, kami carik kedai lain. Ada kedai turkish kebab yang bukak. So, kami makan lunch kat situ je. Portion untuk 1 set + drink adalah AUD13. Portion besar, boleh share la kot kalo korang perut kecik. Alhamdulillah...kenyang jugaklah.
Since hari pun masih lagi awal, why not naik ferry pusing-pusing kat Circular Quay? Haaa...lagipun dah tak perlu bayar pape since dah ade MyMulti3 pass. Public transport adalah all access! Hehehe. Let's! Arah tujuan memang takde, tapi memang kalo boleh nak lalu bawah Harbour Bridge. Kalo tak salah aku, hari tu kami naik kat Wharf 4. Dar Circular Quay menuju ke Darling Harbour dan patah balik ke Circular Quay. So, korang kene tanya dulu arah tujuan feri sebelum boarding. Ada certain feri memang tak patah balik. So, kami naiklah.... perjalanan akan amek masa kira-kira 1 jam plus minus. Tapi feri tersebut akan stop kat beberapa jeti termasuk kat Luna Park. Feri agak besar macam feri kat Langkawi tu. So, memang takkan rasa mabuk pun since bukannya ada ombak pun kan. Memang selesa!
Jomlah layan gambar...aku dah takde cerita.
Bila feri patah balik ke Circular Quay, hari dah pun gelap nak masuk Maghrib. Terus amek bas kat depan Circular Quay untuk balik semula ke rumah. By the way, kalo korang menginap kat Malaysia Hall Sydney, boleh jugak amek bas kat depan bus stand Circular Quay bas nombor yang sama yakni 377, 373. Jangan lupa ok.
Malam tu home cook dinner, main game, online dan tido. Haiiii....dah macam duk sana dah. *berangan tak abes*
Till then, wasalam...
WOW Macam menarik giler je Rozelle Market tu! jom!
ReplyDeleteBright and shiny Sydney... i likee!!!
ReplyDeleteoz ni satu jer, tak susah nak cari souvenirs kan? SENANG GILE! pilih jer...
ReplyDeleteaku teruja tgk sydney opera hs tu sebijik mcm dory n nemo teruja dlm katun tu! hahahaha!
gambar langit tu bleh membunuh tu...sangat cun! argh tak sabar! TAK SABAR!
@Janggel,
ReplyDeletehahaha menarik ke? aku rasa biasa je kot. muahaha tp okla kalo nak pegi tengok brg2 menarik.
@Azra,
me likey too!!! ko pn x lama lg pn akan pegi sana. hehehe. best2 lg time tu rasanya. spring!
@Biqque,
tau xpe! senang giler!!! kene tau kat mana jual murah tu je. then, boronglah byk2!
dory and nemo tu ape? hahah matilah tak tgk kartun. lol.
sabar biq..sabar. kang inzal! hahaha
gile ko tak penah tgk Finding Nemo kah? hahahaha!
ReplyDeletejap, tgh control keinzalan hahaha buduh!
Makanan tu buat aku lapo bulan2 puase nie ! demm...Yang nasik dikelilingi daging tu yummy gileee..siap ade mayo n sos !
ReplyDeletemagnet tu AUD21? apsal mahal gile?
ReplyDeleteBaca citer ko ni, teringat time2 aku pegi Sydney dedulu, memang best, tapi sayanggggggggg time aku pegi Paddy's Market tu tutup! tensi betul!..
ReplyDeletep/s: Opera House tu memang cun dan gah kan! I loike!
am not into modern city but looks good and if biz trip i confirm angkat tangan to go. ehheheh... byr sendri kureng sbb exchange rate mahai dari US ok.
ReplyDeletei tak suka satu jek... cam ne opera hse leh di nominate to contest for wonders of the world. ngak fair sih.
padan le ada orang tuh tak mau balik malaya dah...
ReplyDeletehehehe
tapi ...adakah ripit trip ke sini?
adakah?
adakah?
ada laaaa....
hahaahah
(nak ikut le tuh!!!..ahhahaahahahahahahahahahah)
salam
ReplyDelete@john - t-shirt hard rock bape eh 1 kat sana? tp tula, oz nih mahal skit, tu yg aku g nnti pon mcm xde arah tuju je. hahaha.. btw paddy's market tu mmg dasat ah. betol eh jaket tu 12aud? agak berpatutuan tu...
@Biqque,
ReplyDeletehahaha...aku jrg tgk kartun ler. heheh. aku minat doraemon. haha muahaha
@Hang Dhamin,
hahaha sedap ke? aku rasa bese2 jela. tp portion dia besar gak la. kenyang makan. burrppp!
@Iwa,
FM tu sila tulis AUD18 per piece. mahal ek? huhuhu tak penah beli. tp teringin nk ade satu. keke beli jela.
@Chawanna,
yeke ko x pegi paddy's?? omg!!! time tu mmg byk giler brg2 murah. sape suka jaket bagai mmg cantikla weh! souvenirs pn mcm2 jenis ade. murah2 lak tu!.
aku suka giler lepak kat opera house. tenang je rasa. muahaha. nk dtg lg nnt utk minum coffee.
@Lily Riani,
ReplyDeleteowhhh depends on what you like. i like both modern city as well as historical city. both got different vibe. some how, i do like aussie even tho currency is expensive.
@Kak Anash,
ade trip ripit kak anash! insyaALLAH! Sy nk dtg lagi! dont worry...akak kene ikut ok! insyaALLAH.
@Abbaz,
t-shirts hard rock tu sy x sure pulak. if i'm not mistaken kalo yg classic design tu dlm aud20+ je. psl jaket kat paddy's market tu bukan aud12 tp aud45/piece. maybe saya silap typo. heheh
aishhhh...aku ni tak sampai sampai lagi Aussie nieh...nak kena mengharapkan gi meeting ajer ler tahun depan kat Aussie...huhuhu...
ReplyDeletejelesnyeeee tgk sume pic cun2! tengah dok berdoa sambil mengumpul jgk ni harap2 dapat sampai sane!hihih
ReplyDeleteyour blog i really membantu...i will go there on sept,mel dan sydney....keep up the good work... :)
ReplyDeletebyknye info psl Sydney ni.. syok bace.. mekaceh :)Nak pegi bln nov ni :d
ReplyDeleteTAPI frust skejap sbb mcm x dpt nak jejak Paddy's Market jeee... sampai Sydney ahad ptg dari Canberra.. flight blk KL ari rabu pg! sob sob :(
Nak tanya lagi hehe...
ReplyDeleteMyMultiPass 3 tu boleh naik bas/train ke sampai ke Sydney Olympic Village tak???
Thanks
@Leez,
ReplyDeleteboleh unlimited ride mana2 public transport once dah beli mymulti3 tu. takdehal.
Kenapa tak naik ferry ke Manly? Boleh guna MyMulti3 jugak kan?
ReplyDeleteBest gambar2... Doremon hihihi
ReplyDelete