Thursday, July 5, 2012

Gold Coast, Queensland - Day 1 (Brisbane & Surfers Paradise)

Assalamualaikum!!! 

Kisah ni berlaku di Gold Coast dan sedikit kawasan Brisbane for the sake of been there, done that.
Cerita hari pertamaku di bumi Gold Coast, Queensland Australia. Tiket yang dibeli pada bulan Mei 2011 dengan hanya harga RM260/sehala berjaya dilaksanakan. Time aku type cerita ni, aku berada dalam kesejukkan walaupun dah tutup sume tingkap dalam apartment nih! Adoyai...siang tadi takdelah sejuk macam ni. Malam-malam cenggini pulak kesejukkan. Huhuh...bertabah jela ni. Papepun, Alhamdulillah...berjaya jugak aku jejakkan kami kat Gold Coast. Seingat aku, impian nak sampai sini dah lama tapi tak penah tercapai lagi. Asyik duk dengar orang lain yang sampai dulu. Now, it's my turn. Hehehe.

Jom aku ceritakan ape yang berlaku di hari pertama aku dan kawan-kawan di Gold Coast, Australia.

Penerbangan aku ke Gold Coast ialah pada 18 Jun 2012 jam 9.25 malam. So, kiranya hari tu memang aku dah siap-siap amek cuti. Yela, dah lama tak bercuti panjang. Hehehe...excited tu memang ada. Hahah..kalo boleh nak pegi heboh kat 1 ofis tu yang aku nak pegi bercuti. Giler riak! Tapi diam-diam sudeyy... Hari tu la aku nak packing baju, amek dobi, beli makanan skit-skit dan macam-macam lagi la. Suka betol buat benda last minutes. Cis! Aku mula bertolak ke KL Sentral lebih kurang jam 5 petang. Since bulan ni tengah sesak, maka naiklah aku Skybus menuju ke LCCT. Tunggu kawan aku dulu untuk naik sama-sama. Lebih kurang jam 6.30 petang, kami menuju ke LCCT. Oklah kami sampai sana lebih kurang almost 8 malam walaupun ada sedikit jalan jammed. Terus pegi drop baggage dan solat dan makan kejap kat McD. Lebih kurang jam 8.50 malam terus masuk boarding hall. Kami antara orang last masuk dalam pesawat. Bertabah jela... Flight 80% penuh dengan mat dan minah salleh. Ade tu siap berspeaking indon bagai. Aku dapat seat 39C yang agak kebelakang tapi ok je since nanti dapat makanan pun cepat. Heheh. Bla bla bla...makan, tido, terjaga dan tido balik lena tak lena. Perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Gold Coast mengambil masa kira-kira 8 jam. Waktu Australia adalah 2 jam awal dari Malaysia.

Flight kami smooth je, bangun2 je ternampak matahari terbit. Tapi yang tak syioknye, seat aku dapat everytime naik AirAsia ni mesti row tengah. Payah benar nak dapat window seat. Kalo nak beli seat, memang tak kuasalah aku bazir wang camtu je. Redha jela... Estimated time arrival adalah kira-kira 7.20 pagi, 5 minit awal dari jangkaan. Suhu di Gold Coast adalah 9 darjah celcius. Perghh! Sejuk tue... Kalo takde angin okla lagi, kalo angin bertiup memang gigil-gigil ler. Alhamdulillah...kami selamat mendarat di lapangan terbang Coolangatta, Gold Coast. Aku jenguk kat luar, tengok langit biru. Alhamdulillah sangat-sangat happy!. Aku ingatkan airport Gold Coast ni ade aerobridge, tapi takde...bertabah jelakan. Hahah. Kecik je rupanya takdelah besar mana.. Masuk dalam bangunan terminal, terus jumpa kaunter imigresen. Okla, takdela lama sangat beratur lebih kurang 15minit setel. Pegawai tu pun takde banyak tanya. Dalam pada tu, dari jauh dah nampak anjing duk hidu beg manusia yang datang ke Australia ni, comel pulak anak anjing tu, tapi takdelah hidu giler-giler. Macam hidu sekadar melepaskan anjing tersepit. Anjing tu hidu kat carousel beg. Kejap je, pastu anjing tu blah. Dah setel amek beg sume, berjalan pulak kami ke kaunter pemeriksaan. Yela, untuk pengetahuan semua, bila nak masuk Australia ni memang renyah skit, tak semua makanan boleh dibawa masuk. Hasil tenusu adalah highly prohibited untuk dibawa masuk. Korang kene betol-betol tau apa yang boleh dibawa dengan apa yang takleh dibawa masuk. So, bila pegawai tu tanya ape yang kami bawak, just declared jela. Apa yang aku bawak ialah perencah Brahims, sardin, kiub tomyam dan jugak tuna spread. Alhamdulillah...dia tanya macam tu je, pastu bila sampai ke pegawai imigresen yang seterusnya pulak, dia cakap you can go. Eh, tak payah geledah beg ke? Nasib kami memang baik. Takde banyak soal. Hehehe.

Terus berjalan keluar untuk beli Go Card. Go Card adalah kad seperti Touch&Go kat Malaysia. Kene topup untuk guna naik bas, keretapi dan lain-lain. Go Card ni boleh dibeli di convenient store ataupun kalo kat airport boleh di beli kat kaunter Gold Coast Tourist Shuttle. Keluar je dari arrival hall, sila berjalan menuju ke sebelah kanan. Berjalanlah kamu sampai nampak seperti gambar kat bawah ni. Harga deposit untuk Go CARD ialah AUD5 (will be refunded when you return the card) dan kene topup sebanyak mana yang kamu mahu. Macam aku, aku topup je dulu AUD10. Kelebihan guna Go Card ni, korang akan dapat diskaun tambang yang dikenakan. Aku dah lupa brape percent, tapi lebih murahlah kalo guna Go Card ni instead of guna paper ticket. Lepas tu, kalo korang naik bas time off peak hour yakni pukul 9am ke atas, korang akan dapat tambang harga off peak. Kat dalam bas tu ada jadual dia macam mana ikut zone yang dilalui. Then, untuk menuju ke Surfer Paradise, apa yang perlu kita lakukan ialah tunggu bas yang bernombor 702 di pintu keluar yang ada kaunter shuttle tadi. Tunggu bas kat situ. Jangan risau, kekerapan bas adalah tinggi. Perjalanan dari airport menuju ke Surfer Paradise adalah mengambil masa kira-kira 30 hingga 40 minit dan tambang aku kena bayar adalah sebanyak AUD5.47/pax. Bergantung kepada trafik, tapi takde pun trafik tu. Jalan smooth je. Owh ya,wifi free boleh didapati di dalam kawasan airport. Happy jap aku sebab dapat update status di fb dan twitter. Kekeke.










Since aku menginap di Santana Holiday Resort, aku kene berhenti betol-betol di depan Hotel Crowne Plaza. Hotel ni senang nak nampak sebab tinggi dan betol-betol tepi jalan. Kira-kira terletak 5 minit sebelum sampai ke Surfer Paradise. Kami menyewa di apartment 1 bilik. Kat luar ada sofa bed. Semuanya cukup lengkap untuk memasak. Siap ada rice cooker, washing machine dan dryer skali tau! Untungla... Semuanya lengkaplah! Kami sampai di sana agak awal kira-kira jam 10 pagi. Ingatkan takleh nak check-in lagi, nasib baik bilik tu kosong terus kami check-in untuk segarkan badan sebelum memulakan hari kami di Gold Coast. By the way, bilik kami menginap tu adalah muslim kabin menurut tuan punya resort. So, legalah kami....







Kalo ikutkan perancangan kami, takleh la nak pegi semua tempat since kami akan berada di Gold Coast hanya 3 hari solid. Plus, aku datang time winter, so siang pendek kira-kira jam 5 petang dah mula gelap. Cis! Slalu nak beli tiket salah musim. Huhu...redha jela demi tiket murah. So, hari ni aku akan menuju ke Brisbane yang terletak kira-kira 77km dari Gold Coast. Since kami tak sewa kereta, our only option to go there is via train. Train dorang sangat reliable dan kekerapan tinggi. Tak perlu risau. Agenda untuk ke Brisbane hanyalah untuk memenuhi been there, done that. Sebabnya mengikut research aku, kat Brisbane ni takde pape sangat yang boleh tengok kecuali DFO Brisbane yang dikatakan agak murah. Tapi that's not our main priorityla since takkan hari pertama nak abeskan duit terus kan? Giler ke ape? Hahaha. Ok, jom ke sana. Untuk ke Brisbane, korang perlu naik train di Nerang Train Station dengan menaiki bas yang bernombor 745. Perjalanan menuju ke Nerang Train Station pulak kira-kira 15minit. Siap boleh tertido aku dalam bas tu. Hahaha. Rupanya train station ni terletak agak jauh dari bandar. Tambang bas adalah sebanyak AUD2.87 (harus diingatkan awal-awal, aku pun tak brape nak faham macam mana dorang kira tambang, so jangan tanya ok. Hehehe). Sampai sana terus naik ke Platform 1 untuk naik train ke Brisbane dengan tambang sebanyak AUD5.93/pax. Sekali lagi, korang boleh gunakan Go card. Jangan risau kalo baki tak cukup, sebab nanti dorang akan tolak siap-siap jika korang topup nanti. Perjalanan menuju ke Brisbane mengambil masa kira-kira 1 jam. Memang aku tido jela dalam train tu sebab bosan! Hahah. Kami turun di Central Station. Dari situ, kami jejalan jela.. Ok dah penat type, korang layan gambar dulu ok!




















Lebih kurang jam 2.30 petang, kami menuju pulang semula ke Gold Coast. Then, terus ke Surfer Paradise untuk jalan-jalan. Sempat singgah di Hard Rock Cafe dan singgah di pantai Surfer Paradise. Walaupun sejuk, tapi masih ada manusia yang gigih duk surfing atau mandi-manda kat situ. Kulit tenggiling gamaknya. Hahaha. Kedai-kedai kat sini tutup awal tau. Jam 5 petang dorang dah kemas-kemas nak tutup kedai. Giler awal! Kemudian, kami singgah di WoolWorths untuk beli sedikit groceries untuk masak makanan malam ni dan jugak sepanjang kami di Gold Coast. Nak jimat punye pasal. Kami beli beras, seafood marinated, susu, roti dan telur.












Hari semakin sejuk, kami balik terus ke Santana Apartment. Time ni jam 6 petang tapi dah rasa macam pukul 9 malam. Cis! huhuh.. Our dinner for tonite is tomyam and telur dadar. Sedap wooo!!! Ok, esok nak pegi theme parks! Tak sabarnyaaa!!!



Lauk untuk tomyam. Marinated seafood. AUD12/KG. Ni beli half kilo je.

Till then...wasalam. 


32 comments:

  1. seriously nampak cantek n sgt menarik!!!!!

    ReplyDelete
  2. Langit lawa! Nampak mcm tak sejuk pun sekeliling.
    Marinated seafood tu nampak lazattt je! (tak ingat..pose!)

    ReplyDelete
  3. haah skg ni diorang dah tak de nak geledah2 beg je kecuali yang muka ala2 suspect penjenayah kot.
    (sebab kawan aku kena)
    Hahaha.

    Lawanya lukisan atas lantai tu!

    ReplyDelete
  4. cepatnyerrr tulis..very fresh from the oven nih...:)

    ReplyDelete
  5. salam

    @john - means u touch n go jelah eh kat brisbane tu? x menyinggah byron bay ke?

    actually xsabar nk tunggu post u pasal sydney n melbourne. hehe.. nk g sana raya nnti neh...

    mohon pinjam itinerary NZ jugak ye nnti.. skali harung 3 tmpt tu nnti i'allah.

    GC mmg penuh dgn theme park. tu yg best tu.

    ReplyDelete
  6. he..he..sorry ya..aku komen 2x..pasal tadik x baca lagi sbnarnya...
    ko pon belik ya seafood tu..bagos2..jimatkan...? rasanya namanya seafood marinara la.. cantik apartment ko... masa aku masak2 kat apartment dulu, alarm berbunyik pasal goreng ikan dan lupa bukak cooker hood..keh..keh... kelam kabut call reception takot kena denda... seb baik x kena..mereka suruh bukak pintu dan tingkap...

    Ko jgnla ckp kulit tenggiling pasal anak2 aku pon mandi manda dengan gumbiranya kat pool tau...so kira kategori kulit yg sama lah kot....

    ReplyDelete
  7. Wallaaaa pantas sungguh menghapdet!!!!

    Baywatch takdak ka???? Hahahaha....

    ReplyDelete
  8. waaaa!bestnyeeee! pic sume cun2!! =)

    ReplyDelete
  9. uols pakai 2 piece tak kat sana kat beach tuuuh? gitteww.. fefeeling!!

    Hahaha... stressnya ya ampon... hmmm...

    ReplyDelete
  10. @Pink Lavender,
    hehehe mmg cantik kat sana ok! harus pegi nnt! hehehe.



    @NiL,
    mmg nasib baik sgt time pegi sana sbb baru je lps hujan. awan pn takde! mmg sangat2 hepy!!! GC tak sejuk sgt. sejuk lite2 je. tp panas terik boleh sunburn jugaklah.



    @Janggel,
    tula kot....hehhee yang penting buat muka yakin! haha. lawa giler lukisan tu. dorang guna spray je utk bwt tu. tup-tup jadik mcm tu. kreatif!



    @Farikica,
    hahaha tak fresh pn sbb aku dah type kat sana. hahah.

    ReplyDelete
  11. @Abbazsmkl,
    wasalam. kat brisbane tu mcm jalan2 pusing city je. xdela explore sgt sbb sy pn xde buat research sgt psl brisbane. byron bay kene sewa kete baru best. mybe next time baru terjah. hahah.

    pnjm je itinerary nz tu. xyah bayar pn. hahah.



    @Farikica,
    sedap seafood tu...mmg berbaloi kalo beli sbb boleh buat mcm2. hahah. apartment cantik..not bad jugaklah sbb bersih and complete dgn sume bnda.

    wahhh!!! siap berbunyi tu. mmg agak cuak gakla kan. kang kene denda saje je.



    @MasMZ,
    hahaha haruslah kene gigih update! byk lg nih! baywatch takde! sejukkkkkkk sume kene tutup! lol.



    @Ceklala,
    hahaha terima kasihhh!!!!



    @Fida Jacob,
    hahaha tak kuasa sbb sejukkkk!!!! hahaha

    ReplyDelete
  12. ok good info..gigih menyalin nombor bas etc sbb nak gi bln 3 thn depan..lambat lg tuh hikhik

    ReplyDelete
  13. kiranya aku ngan chawana kulit tenggiling gak la gitu! hahahaha!

    gambar langit bahbi biru! (ha kuar dah bahbi) cantik tul lukisan kat lantai tu! sesuai utk rumah aku...

    patut la cepat, taip kat sanaaaa! jaga hati peminat lah u ni, awww :D

    ReplyDelete
  14. aku gembira sampai GC sbb tempat tu tak sesejuk sydney ngan nz.. bole bukak sume baju2 berat tuh.. ak pun duduk ber-sun-bathing katenye sbb xde wat pape.. haha

    nak g brisbane tp x jadi gie sbb dah penat beno.. tp nampak best jugak brisbane tuh bangunan die cantik2.. maybe next time kalo ter-repeat..hehe

    ReplyDelete
  15. Berapa degree suhu kat sana?? Jangan la ngeluh2 pasal cuaca2 tu..tak baik ma. Time saya kat London tu cuaca 1-3 degree..malam dah jd -ve. Sebab fikir susah nak dtg negara org..saya bertabah (guna ayat kwn baik hang) juga la.

    ReplyDelete
  16. wah wah wah..ingatkan ada gambar ko lari pakai speedo kt Surfers paradise tu hahahah..

    tapi cuaca nampak cam time kitorg pegi dulu je walau pun winter! hmmmm..ko ada mandi laut tak? hahhahaha

    ReplyDelete
  17. Oh Gold Coast!!! Rasa nak pegi lagi!!! Hehehehe...Langit amat cantik!!!

    ReplyDelete
  18. Danny,
    Saya ada komen dulu, awal2 lagi tapi kenapa tak keluar :(

    ReplyDelete
  19. Danny,
    Yang anonymous di atas tu akak...tapi dia keluar macam tu...tau kenapa? I think I used the illegal way to access the blogspot from China :(

    ReplyDelete
  20. bestnya dah pi aussie...teringin nak pi melben ni...hehehe masih mencari2 tmpt lagi ni...tak sabar nak tunggu summary bajet ni...hehehe

    ReplyDelete
  21. @Smiley,
    terima kasih....hehehe. have fun nnt!



    @Biqque,
    hahahah...kalo korang kene kulit berkerak jugak maknanya korang pn kulit tenggiling jugak! hahaha. mmg bahbi sgt sbb cntik giler ok langit sbb takde awan langsung! lukisan tu mmg aku kagum sbb dorang kreatif sbb guna spray and acuan je.



    @Shah_rule,
    kannn....x sejuk dan tak panas. mmg sesuai sgt! takde pegi theme parks ke? brisbane tu agak jauh gakla. tp sbb aku xdela gigih sgt nak xplore sume. singgah city pn kejap je sbb nk buang masa. hahah



    @Zila,
    rasanya suhu kat GC time tu lebih kurang 15-5 degree. tp mlm lagi sejuk la. tp still bearable. tula kan...manusia ni tak reti bersyukur. ayat bertabah tu actually ayat saya ok. hahah



    @Na,
    tidakkk!!! malu la dgn bentuk badan sendiri yg berlemak tepu nih! hahah. takde mandi laut pn sbb pikir sejuk gak air tu. plus, tak kuasa aku..mcm laa x penah jumpa air laut. hahaha.



    @Owen,
    jom pegi lagi!!! aritu pegi tak puas! hahaha.



    @DJ,
    alhamdulillah...dpt jugak jejak kaki kat sana. melbourne best! summary bajet? alamak! lambat lagi ler akak...heheh. tunggguuuu~

    ReplyDelete
  22. Assalam..seronok baca..teringin ke sana and pasti;)..nak tanya sikit Santana Holiday Resort Apartment kena declare masa online booking tu berapa orang satu apartment ke atau tidak perlu..sebab saya nak pergi ber empat..tk.

    ReplyDelete
  23. Assalam..seronok baca..teringin ke sana and pasti;)..nak tanya sikit Santana Holiday Resort Apartment kena declare masa online booking tu berapa orang satu apartment ke atau tidak perlu..sebab saya nak pergi ber empat..tk.

    ReplyDelete
  24. Assalam..seronok baca..teringin ke sana and pasti;)..nak tanya sikit Santana Holiday Resort Apartment kena declare masa online booking tu berapa orang satu apartment ke atau tidak perlu..sebab saya nak pergi ber empat..tk.

    ReplyDelete
  25. salam nak tnay yang santana aprtment ni kan . klu kita book for 2 adults tapi dtng 4 adults kena bayar extra ker

    ReplyDelete
  26. @Khairul Naeim,
    yes... normally published rate adalah for 2 pax. extra pax kene byr extra. ;)

    ReplyDelete
  27. nak tanya, tom yam paste bawak dr malaysia ke atau beli kt sana? saya nak pg GC n SYD bulan depan.

    sgt informatif blog tuan ni...thanks a lot...

    ReplyDelete
  28. @Leez,
    bawak dari msia. kat sana tak jumpa kalo x silap.

    ReplyDelete
  29. Hai, bloggers.. meh view blog saya at http://tintanashaq.blogspot.com/2013/12/trip-gold-coast-day-5.html

    ReplyDelete
  30. La kejap je la kat Gold Coast. Tp ok la yg penting sampai gak

    ReplyDelete
  31. Queen street di brinsbane banyak kedai souvenir dan murah dari gold coast.

    ReplyDelete
  32. ada iti? send emel bbbelang2002@gmail.com

    ReplyDelete