Monday, July 9, 2012

Gold Coast, Queensland - Day 2 (Movie World)

Assalamualaikum!!! 

Hari yang sejuk dan tak berapa nak panas kat Malaysia. Alhamdulillah...hujan rahmat selalu turun. Taklah panas sangat kan? Papepun, aku akan gigihkan untuk type semua cerita aku ketika percutian aku selama 2 minggu di Australia. Banyak episod ni, tahan la ye...aku rasa sampai hari raya pun takkan abes kot. Hahah...bertabahlah la korang ye. Harap-harap korang tak bosan nanti. 

Untuk pengetahuan semua, untuk destinasi pertama aku ialah Gold Coast, aku allocate hanya 3 hari sahaja untuk jalan-jalan di sini, tapi bila duk buat research semua, nampaknya sangkaan aku sangat meleset. Aku perlukan lebih kurang 6 hingga 8 hari untuk explore keseluruhan Gold Coast. Di sini memang popular dengan beberapa taman tema atau theme parks yang wajib kita datang kalo bercuti di sini. Untuk masa 2 hari yang tinggal, aku hanya memilih 2 theme parks dari 6 theme parks yang ada di Gold Coast. Aku pilih Movie World dan SeaWorld. Tiket-tiket untuk memasuki taman tema ni boleh dibeli secara online di SINI ataupun korang nak beli over the counter. Takpun, di sekitar Surfers Paradise jugak terdapat booth yang menjual tiket. Harganya adalah lebih kurang sama. Untuk pengetahuan semua, adalah lebih baik kalo korang subcribe newsletter website kat atas tadi, so that korang akan alert dengan promo berserta diskaun yang ditawarkan. Aku bernasib baik aritu dapat beli tiket dengan 50% off! How great was that? Harga asal adalah lebih kurang AUD80+, aku hanya bayar AUD40+ sahaja. Menarik kan? Korang jugak boleh beli tiket combo menerusi website tersebut. Google la sendiri ye. Jangan malas! Kalo boleh, better korang beli online dan elakkan beratur di kaunter.

Baiklah, aktiviti untuk hari ke-2 ialah masuk ke Movie World! Sebab ape aku pilih movie world sebabnya ada banyak cartoon characters yang boleh kita jumpa compare to Dream World. Tu yang aku taula...maybe lain orang lain pendapat. Up to you. Pagi tu kami bangun awal macam biasa tapi takde rush pun. Lagipun, pintu masuk Movie World hanya akan dibuka jam 10 pagi. So, sempatlah breakfast dulu kat bilik. Kami sempat beli roti malam sebelum tu untuk bawak bekal masuk dalam theme park. Kalo-kalo takde makanan halal dijual. Buat alas perut katakan. Lebih kurang jam 9 pagi, aku bergerak menuju ke bus stop yang berhampiran resort kami. 

Bercerita tentang pengangkutan aku di Gold Coast, aku memang menggunakan 100% public transport. Tapi aku guna GoCard yang macam Touch&Go, meaning kene selalu topup kalo kredit dalam kad tu abes. Tapi korang juga boleh memilih untuk beli Freedom Pass ataupun Gold Pass. Haaaa...ape dia Freedom Pass dan apa dia Gold Pass? Boleh refer kat link Gold Coast Shuttle . Aku tak beli mana-mana pass ni pun since guna pun hanya untuk 3 hari. Tapi somehow, aku rasa rugi pulak tak beli pass ni sebab dorang pun ade jual untuk 3 hari punye pass. Bila aku kira sume perbelanjaan aku untuk public transport yang aku guna, total kos adalah sebanyak AUD41 untuk 3 hari. Ni adalah termasuk pegi dan balik ke airport ye tetapi tidak termasuk train pegi balik ke Brisbane. Murah AUD10 dari beli Gold Pass dan murah lagi AUD30 kalo beli Freedom Pass. You do the math. If I were you, I would recommend to topup if the credit is negative. Hahah. 

Ok, panjang pulak kan aku duk bercerita. Ok, untuk ke Movie World korang jangan risau, sebab akan ada bus yang menuju ke Movie World. Nombor bas yang pegi ke Movie World ialah TX1, TX2 dan TX5. Jangan susah hati sebab di bas tersebut dorang akan tulis Movie World. Kekerapan adalah tinggi, so don't worry. Aku perasan bila duk tunggu kat bus stop tu, sambil-sambil duk tengok jadual kekerapan bas, rupanya bas dorang ni beroperasi 24jam! Perghh!!! Ada orang naik ke bas tengah-tengah malam? Jangan taktau, kat Gold Coast pun ada casino. So, geng-geng kaki judi atau kaki mabuk maybe memerlukan bas untuk balik. Hahah. Ayuhhh! Naik bas ke Movie World!



Perjalanan menuju ke Movie World tak lama pun lebih kurang 10 minit perjalanan sahaja. Movie World ni terletak diluar Surfers Paradise. Time aku sampai tu betol-betol jam 10 pagi. Dari jauh dah nampak ramai orang duk beratur beli tiket. Hehehe...nasib baik aku dah beli tiket dan print siap-siap tiket tu. Terus masuk kat gate untuk scan tiket. Pantas lagi tuntas ye kawan-kawan. Mula-mula masuk tu agak blur, nak mula dengan apa dulu. Kat depan pintu masuk tu, mula-mula ride yang aku nampak ialah Green Lantern Coaster, tapi apakah daya still dalam tempoh bercubaan. Hampa menerjah diri. Kat sebelah Green Lantern Coaster pulak ialah Batwing Spaceshot macam kat Genting tu. Sebab dah penah rasa 2 kali kat Genting yang menyebabkan bontot terbang, aku skip ride ni. Jantungku gugur diudara nanti! Hahah. Jom main benda lain dulu tapi ternampak pulak Tweety! Burung bulu kuning yang selalu menjadi idaman kucing berbulu hitam putih! Terus aku dan kawan-kawan beratur untuk bergambar. Lantaklah ape orang nak kata dan besar paanjang pun gigih beratur. Hahahah...ade aku kesah? Janji aku ada gambar. LOL. Owhhh...cuaca sungguh indah hari tu! Tak sejuk dan tak panas! Alhamdulillah.... 

Ride pertama yang aku naik ialah Superman Escape nih! Wahhhhh mak datok! Dari jauh dah gerun tengok. Tapi sebab kene naik jugak dah datang dari jauh, kene gagahkan diri jugak Ayuh! Time awal lagi, so beratur pun tak lama mana. Superman Escape ni sebagai Australia's most awesome rollercoaster experience! Mana taknya dengan kelajuan 100km/h boleh melayan tau! Laju nak mampos! Mula gerak pun terus pecut macam roket tuh! Perghhh!!! Awesome beb! Must try ok! Gambat bawah ni ialah Superman Escape!



Dah abes main Superman Escape, kami beredar pulak ke kawasan berbumbung yakni main location untuk parade nanti. Owh ya, korang kene ingat time nak scan tu jangan lupa amek jadual persembahan. So, korang nanti boleh plan nak tengok show yang mana dulu. Too bad for us, show untuk Journey to The Center of the Earth 4D Experience takde pulak untuk hari tu. Sedih sedih...aku tak penah merasa 4D punye show tau. Sedih sedih sedihhhh!!! Ok takpe, kami jejalan je dulu untuk amek gambar. Apa yang aku perasan, Movie World punye layout adalah lebih kurang sama macam Universal Studios Singapore. Plus minus jela...tapi aku suka Movie World sebab sejuk. Kalo kat USS tu, masuk-masuk dah berpeluh kepam dah. Hahah




Korang mesti ada kat sini ok untuk tengok show-show dan parade! Wajib dapat spot besttt!!!

Next show yang aku terjah ialah Hollywood Stunt Driver. Kat show ni ditunjukkan aksi kejar-mengejar kereta yang macam filem-filem Hollywood tu, siap kereta terbang, car crashes dan api keluar lah! Hahah..show yang memakan masa 25 minit ni wajib untuk tengok ok. Memang penuh aksi lah! Ade jugak scene-scene yang kelakar. Perghh...bila tengok tu memang kagum abes lah dorang punye stunt! Tapi ade 1 part tu, aku tertipu. Aku tau pun bila dah balik, kawan aku bagitau yang rupanya kereta yang terbakar tu adalah tipu je semata-mata. Cis! Hahah. 



Ni adalah kereta tipu tau! Aku ingatkan kereta betol-betol. Lurus betolla aku nih!


Next, aku pegi pulak naik ride Scooby-Doo Spoky Coaster. Menarikk jugak untuk dicuba dan tidak berapa nak takut sangat. Hahaha takut lagi The Mummy Ride kat USS. Bila dah setel tu, kami jejalan kat kawasan utama. Owh ya, kalo korang nak makan tengah hari, kat situ ada sebuah cafe yang menjual makanan halal yakni Rick's Cafe. Cafe yang berbuffet ni memang halal dan ade certificate. Korang boleh makan sebanyak mana yang boleh plus boleh keluar masuk pulak tu. Tapi malangnya, time aku pegi tu cafe tu under renovation. Nasib baik bawak bekal roti. Takdela lapar kebulur dalam theme park tu. Sempat jugak amek gambar dengan other cartoon characters. Hehehe. Beratur pun tak lama. Best best!!! 





Kemudian, kami jejalan pulak ke kawasan Wild West Falls Adventure Ride, tapi tak naik pun sebab ride yang begitu biasa plus confirm akan basah lenjun. Takpe, tak ralat pun kalo tak naik. Tengah-tengah jalan tu, ternampak prayer room. Haaaa...alhamdulillah. Senang nak beribadat tatkala datang berhibur. Prayer room ni terletak di depan Looney Tunes Show Stage. Dalam brochure ade tulis prayer room. So, jangan risau. Ada siap tempat wuduk lagi. Senang. Bestkan bila tau negara orang putih pun peka dengan umat Islam nak beribadat. Motif nak puji negara mat salleh lebih-lebih? Hahah



Dah setel tunaikan kewajipan, kami pegi tempat berbumbung untuk tengok show Batman berlawan dan show Scooby-Doo. Best! Dapat pulak spot yang best yakni betol-betol depan tuh! Hahah. Lebih kurang jam 3.30 petang pulak, acara kemuncak yang kita semua mesti ada kat depan tu untuk amek gambar iaitu Star Parade! Sume karakter akan muncul! Best gilerr!!! Aku ni non-stop duk ketik kamera. Hahah. Ok aku dah tau dah ape nama tempat berbumbung iaitu Star Pavillion!

Batman - Shadow of Gotham show

Scooby-Doo and The Mystery Inc. Gang show



Star Parade!!!


Lepas dah abes parade tu, aku duk tengok lagi ape lagi ride yang tak naik, ade satu lagi yang Batman punye terletak kat belakang Superman Escape. Besttt!!! Sebab kaki tergantung pastu berpusing 360 darjah! Awesome!!! Then, terus kami keluar dari Movie World sebab hari pun dah nak gelap. Orang lain pun dah beransur pulang ke sarang masing-masing. Kalo korang nak beli souvenirs yang murah yakni macam contoh tshirts, jangan lupa beli kat luar kawasan Movie World. Dorang jual harga lelong contohnya macam tshirts kanak-kanak berharga hanya AUD10/piece. 




Aku dan kawan-kawan terus amek bas menuju ke Surfers Paradise sebab nak singgah McDonalds untuk cilok sedikit garam dan black peppers untuk dimasukkan ke dalam masakan. Heheh. jangan tiru tau. Harap-harap McDonalds tu halalkan. Tapi sebelum tu, rupanya malam tu ade upacara perasmian Surfers Paradise Festival sempena winter season. Siap ada fireworks sume lah! Menarikk! Pastu ade team gendang whatsoever duk buat persembahan. Layan jugaklah duk amek gambar. Menarik! Then, berjalan kejap ke bahagian lain kat Surfers Paradise, ternampak beberapa kedai souvenirs yang murah-murah kepunyaan ade orang cina dari Perak dan other asian. Compare dulu harga dan kami akan datang balik esok malam untuk last minutes shopping souvenirs. Malam tu dinner ape ek? Aku pun dah lupa sebab tak amek gambar. Rasanya sardin dan telur dadar kot. Sedapnya!!! 




Malam gigih duk transfer gambar. Esok hari last aku di Gold Coast. 

Till then, wasalam... 


13 comments:

  1. Kalau ke sini dg family memang kopak besar la jwbnya... hehe

    ReplyDelete
  2. Wei masa i baca ni i tengah duk terbayang you tgh bercerita depan mata depan muka gituh!! sebijikkkk!! hahahahaha. Adoi..

    Bagusla berani naik ride. kalau iols tu memang tak la.. takot katanya! takot mampos atas sana. hahahahahaha... slalu duk pk lagu tu.. jantung tak kuat iols rasa iols neh..

    kbye.. busy giler kat opis... baru smpat bace after dah habis hutang bg keje kat manager.. dem..

    ReplyDelete
  3. X sempat bace lagik.. tgok pic jer.. nampak best... ^__^

    ReplyDelete
  4. sejuk hati bila nampak bilik solat tu...hmm..they do care about us..

    ReplyDelete
  5. oo gitu nk dpt tix murah..tq2..harus follow

    ReplyDelete
  6. mana nak beli tempat amek wudhu' tu eh?

    ReplyDelete
  7. tuntas itu apa?
    prayer room itu bersih dgn uniknyer bentuk tempat hambek wuduk

    musti banyak hambek gambo nih!!!
    heheh..mcm biasa...

    ReplyDelete
  8. Teringat zaman dulu2 bila baca entry nih..

    Bestkan movieworld tu! shopping subenir pun syok kt GC nih, byk gile kedai!

    ReplyDelete
  9. ohhh

    cokolatttttttt itu saya nakkk

    ade lagi tak? bwk le kat redang nanti...

    ReplyDelete
  10. tak sabo-sabo nak pegi try superman escape tu, 100km/h...nyum-nyum!

    ReplyDelete
  11. Hi Danny~i ni follower tegar blog you..baru2 ni i pegi Seoul, semuanya berpandukan dari entri you kaat Seoul hari tu..thank you so much!!!your tips and direction kat sana mmg memudahkan kami =)

    ReplyDelete
  12. style gile maskot batman yg movie tu.. cantek sgt kostum dieeee...

    emmmm, kat europe harapan sgt nk jmpe musolla tau.. solat kat taman je.. haha..

    ReplyDelete