Monday, July 16, 2012

Gold Coast, Queensland - Day 3 (Finale) (SeaWorld)

Assalamualaikum!!!

Hari ni hari terakhir aku nak berjimba-jimba kat Gold Coast, esoknya aku akan fly ke Sydney pulak. So, hari yang terakhir ni terisi dengan melawat SeaWorld. Ape ade kat SeaWorld ni? Hurm...dia more to haiwan akuatik dan berair. Berair? Hahah. Kat dalam ni ade banyak show pasal haiwan laut seperti ikan lumba-lumba, jerung, singa laut, and whatsoever haiwan yang duk dalam air lah! Ade jugak rides yang boleh dicuba tapi tak sebanyak yang ade kat MovieWorld ataupun DreamWorld

Pagi tu bangun macam biasa dan breakfast jugak dulu. Bawak roti dan tuna sebagai bekal tatkala lapar perut. Lebih kurang jam 9 pagi, kami dah tercongok tunggu bas kat bus stop. Alhamdulillah, cuaca masih lagi menyebelahi orang-orang yang suka travel seperti aku. Kalo tak sebelahkan aku, nampaknya aku akan pulang dengan keciwa. Papepun, kita kene hepy selalu. Barula travel ni seronok! Ok, untuk ke SeaWorld, tak susah ye, jangan duk kusutkan kepala macam mana nak pegi sana dengan public transport. Kalo korang tak buat research pun boleh sampai ke SeaWorld tu. Untuk pengguna public transport seperti aku, korang kene naik bas yang bernombor 715 ataupun 750. Tak jauh pun dari city lebih kurang 10minit perjalanan je. Tambang yang aku kene bayar dengan GoCard tu ialah sebanyak AUD2.87/pax. Kalo bagi mereka yang stay kat area Surfers Paradise lagi murah kot. Ni andaian logik aku sahaja. Kalo korang sewa kereta, jangan risau sebab banyak parking space untuk anda. 




Time aku sampai tu, orang tak brape nak ramai lagi. Seperti biasa, SeaWorld dibuka jam 10 pagi, tapi kalo sampai awal skit takpe, still boleh masuk. Jangan gundah gulana duk tunggu dalam kete dulu. Terus masuk je. Gift shop telahpun dibuka. Kawan aku dah gigih masuk merayap carik fridge magnet whatsoever. Hahah. Aku pun turut sama masuk kot-kot ade yang berkenan. Owh ya, tiket masuk aku beli online dan aku print sendiri. Kat tiket tu akan ada barcode. Bila nak masuk just scan dan dorang akan kasik 1 brochure mengenai aturcara program untuk hari tu. So, sekali lagi skill time management adalah sangat penting supaya aku dan anda sekalian dapat merasa, mencuba atau melihat sume program tanpa terlepas peluang. InsyaALLAH. 

Ok, show pertama nak tengok ialah... show seal ataupun singa laut? Correct me if I'm wrong. Show dorang ni bertajuk Fish Detectives starring Buddy and Clawde. Ceritanya mengenai kes kecurian ikan oleh sorang tauke cina yang berniat jahat bla bla bla. So, seal ni ditugaskan untuk menyiasat. Bijak sungguh binatang nih! Upahnya? ikan-ikan diberikan oleh polis dan security. Walaupun aku duk jauh, tapi aku dapat lihat binatang sungguh besar dan gemuk! Maybe berat dorang boleh cecah 100kg. Nak mengesot pun aku tengok semput. Hahah. Kawan aku ade amek video. Nanti ade masa, aku compilekan sume video untuk korang tengok ok. Menarik!

Tempat show berlangsung

Gelagat singa laut yang cerdik!

Dah abes show Fish Detectives, aku beredar untuk show seterusnya. Kali ni upacara memberi makan kepada penguin. Maka, bergegas aku berjalan untuk sampai ke tempat kejadian. Hahah gigih sangat. Dah sampai ke sebuah kolam tu, dah ade pelancong lain dah amek spot yang menarik untuk menembak. Bertabah jela selit-selit celah minah salleh yang bertubuh gebu dan voluptuous. Tapi sebab aku kurus, dapat jugak spot yang menarik. Mula-mula tu ingatkan penguin jenis yang besar macam dalam tv tu, tapi mengikut penerangan pegawai yang bertugas, penguin ni jenis kecik je yakni species yang berasal dari Australia sendiri. Comel-comel je dorang duk berenang ke hulu dan ke hulur ibarat adik-beradik berlainan makbapak. Penguin ni ade bulu-bulu skit. Tak macam penguin yang duk kat artic sana. 

Kemudian, kami pegi tengok pulak sting rays kat Ray Reef. Ikan pari-pari la uols! Hahah. Mula-mula tu takut gakla nak pegang-pegang dalam kolam tu, yela dorang duk datang bergesel minta diberi makanan. Tapi aku tak kasik la sebab nak beli makanan dorang pun mahal. Aku yakin, penjaga mereka kasik makanan yang cukup. Tak perlu charity dari aku. Hahah. Dorang ni yakni ikan pari-pari. Eh jap, ikan pari je kan? Hahahah. Dorang ni asyik duk kuak sirip masing-masing mintak kita usap. Nak bermanja la katakan. Banyak ekor jugaklah dalam kolam tu. Dari yang besar kawah sampailah sebesar pinggan nasik brand Ikea kat rumah aku nih. Hahah





Ok jom tengok show yang seterusnya. Aku yakin ni show yang paling suka skali sebab ianya melibatkan dolphin. Cuba bagitau aku sape yang tak suka kat binatang yang cerdik ni? Aku yakin sume orang nak ade bela sekor letak kat rumah. Mana tau boleh tolong masak ataupun jirus pokok bunga? Hahah. Dolphin Show dilakukan di sebuah teater air yang paling besar kot kalo tak salah dari observation aku kat SeaWorld tu. Crowd dia memang penuh tempat duduk. Sebanyak 6 ekor dolphins yang terlibat dalam persembahan di bersama dengan trainers dan jugak seorang pengulas berita. Macam-macam aksi akrobatik yang dolphins ni duk buat pastu siap main lambung-lambung lagi trainers tu. Menarik! Then, ade dua orang penonton dipilih untuk beramas-mesra dengan dolphins tu. Wahhh! Untungla budak-budak tu. Mak budak gigit jari duk tengok dari jauh. Budak-budak memang terhibur jugaklah termasuk aku. Sumpah aku nak bela sekor letak kat umah. Kawan aku siap beli soft toy dolphin ni tau sebab nak nak sangat-sangat!





Dah abes show dolphins tu, aku beralih pulak ke Castaway Bay. New attraction kat SeaWorld katanya. Dibina dengan bajet AUD6 million. Kat sini bukan ride la tapi more tu perahu berair dan jugak ade jugak aktiviti seperti memanjat macam skytrek and main-main kubu perang. Tapi yang menarik minat aku ialah permainan perahu berair. Aku taktau nama betol dia ape, just namakan sebagai perahu berair. Yakni, kat dalam perahu tu ade meriam air, then boleh sembur orang kat atas darat ni. Pastu orang atas darat boleh serang balas mereka. Tak kuasa aku nak main just tengok je, Tu pun sempat kene semburan air meriam. Basah jugaklah baju aku. Cis! Ade orang yang dalam perahu tu siap basah lenjun kene semburan. Kesian.... Padan muka ko!



Jom tengok ape lagi yang menarik lagi. Time ni dah tengah hari kalo tak silap aku lebih kurang jam 1.30 petang. Perut pun dah lapar. Tapi time jugak akan berlangsung Spongebob Paradepants!!! Wahhh...acara utama ni, harus dapat spot best yakni kene duk depan-depan. Hahah. Terus aku pegi dengan kawan-kawan tu. Landing baik punye atas rumput sambil bukak bekalan kami yakni roti dan tuna. Orang ramai mula memenuhi tempat duduk. Parade ni melibatkan semua karakter dalam cite Spongebob ni. Sori, saya dah lama tak tengok kartun, so tak kenal sume karakter kecuali Spongebon dah Patrick je. Parade ni macam muzikal sebab ade lagu dan dorang ni duk bergelek kat depan kami. Hahah menarik jugak! Jom tengok gambar!







Next kami pegi tengok penguin kat Penguin Encounter center. Kali ni penguin memang sungguh besar. Boleh buat bantal pelok kalo nak. Scary pun ada. Tak lama pun..just pegi amek gambar then pegi tengok polar bear pulak. Perghh! Besar sungguh. Pastu ade extreme jetski show. Bosan gakla sebab lagak ngeri dorang buat bagi aku biasa-biasa je. Aku pun tengok tak tengok camtu jela. Takde excited sangat.





Dah sampai waktu untuk solat. Haaa...nak solat kat mana? Jangan risau, SeaWorld menyediakan tempat solat yang selesa untuk muslimin dan muslimat untuk beribadat. Letaknya betol-betol dibawah station monorail yang pertama yakni sebelah Penguin Encounter Center je. Ada bahagian lelaki dan perempuan. Tempat wuduk pun dalam tu. Bagus kan? Aku puji sebab dorang peka. Kudos for them. Ingat tu ladies dan gentlement, travel-travel jugak. Solat jangan lupa. Ingatkan ini untuk diri aku sendiri jugak. 

Lepas dah setel solat, pegi tengok SpongeBob 4D show. 1 episod jela tapi best! Then, tengok pulak Dora The Explorer punye show. Walaupun ramai budak-budak, tapi aku layan jugak. Hahaha si Dora tu asyik senyum je memanjang. Macam takde emosi je aku tengok. Haha. Budak-budak pun hepy je aku tengok. 








Nextttt!!!! Aku pegi tengok underground aquarium yang menempatkan bermacam-macam jenis spesis ikan termasuklah jerung, ikan pari, nemo dan lain-lain. Memang menarikkk ler. Tu je boleh cakap. Kehabisan idea dah ni....layan gambar ok tak? Lepas tu, since aku tak naik pape ride lagi yang ade kat SeaWorld, maka aku naik Jet Rescue Coaster jela 2 kali naik sebab superbest! Jetski ok! Plus, beratur pun tak lama. Roller coaster pulak under maintenance sebab dah berumur lebih 10 tahun. Cis! Tak dapat naik pulak. Rugi-rugi sungguh! Cabel car pun tak naik sebab nak beratur punyelah ramai orang. Takpe, tak ralat sangat pun. Tapi kene naik monorail dorang sebab boleh tengok view seluruh SeaWorld ni.




Jet Rescue - Sumber dari Google

Hari semakin gelap, tibalah masa kami untuk balik ke apartment. Tapi sebelum tu, kawan aku kemaruk nak makan ice-cream time sejuk-sejuk camni. Hahaha singgah jap beli ice-cream kat situ. Aku pun macam mengidam jugak. Maka belilah yang 1 scoop je. Time nak bayar tu, cashier tu cakap no need to pay. It's our little secret katanya. Adakah sebab dia tergoda dengan aku? Hahahah barang free ni aku akan amek. Jimat AUD6 aku. Hehehe. Alhamdulillah..rezeki jangan ditolak ye dak? Tapi aku pun rasa die saje je nak kasik lagipun dorang dah nak tutup kedai. Nikmat ice-cream free...


Sempatlah beli fridge magnet untuk diri sendiri dan beli tshirts lelong kat luar pintu masuk SeaWorld dengan harga hanya AUD5/sehelai. Murah tak??? Hehe dorang akan bukak open trolley bila nak keluar tu. Kalo anda nak belikan anak-anak anda baju murah tapi ade cop SeaWorld, boleh beli time dorang nak tutup kedai kat luar pintu masuk. Heheh. 

Then, pegi Surfers Paradise lagi sebelum balik apartment untuk beli souvenirs dari Gold Coast untuk sahabat handai dan sanak saudara di Malaysia. Wahhh! Bahasa aku. Geli tekak baca balik. Harga biasa boleh dapat dalam AUD10 untuk 6 keping fridge magnets. Okla tu kan? 

Balik, masak dan packing baju untuk berangakat esok pagi jam 5 pagi. Giler awal nak pegi airport. Overall, aku suka Gold Coast dan pasang angan-angan nak datang lagi dengan sewa kereta nak lajak sampai Byron Bay and whatsoever tempat-tempat lain. InsyaALLAH, ade rezeki saya datang lagi. 

Till then, wasalam...


8 comments:

  1. Huaaaaaaaaa ada sepanbob!
    Kalerpul sungguh manusia2 disitu.

    ReplyDelete
  2. tak dpt puzzle spongebob, tapi dpt tgk yg betul, jadi la...

    HAHAHAHA!

    jeles ok dpt tgk penguin! kbai!

    ReplyDelete
  3. gemok gemok penguin kat sini.. hehe
    cam nak lempang2 je penguin tuh..

    ReplyDelete
  4. nasib aku dh penah tgk penguins, xde jeles sgt mcm biq!
    terpaksa la beli tiket ke gc nk bwk aqilah pi sea world plak..

    gambar2 pun awesomeeeeeeeee

    ReplyDelete
  5. ala
    ada spongebob!!!
    gery tak de?
    ala....
    ...
    my fav cartoon.
    Mr president, sila bawak tansri lenkali!!!

    eskrim free?
    mmmmm..pesal le tuh?
    hahaha

    ReplyDelete
  6. Askm. Nak tanya sikit boleh tak ?. Dekat Point Cook Gold Cost masih ada lagi ke "Necked beach". Tanya aje. Saya dah agak lama tak kesana selepas Ogos 1981. Atau "Pekan Tanah Merah" on the way to Gold Cost masih ujud ke ?.

    ReplyDelete
  7. tgk penguin terigt citer penguin + jim carey tu..comellll..
    bestnye kalau dpt swim with dolphin =D

    ReplyDelete
  8. Siapa yg pernah pergi gold coast......akan bercita cita untuk datang kali ke dua kerana bandarnya bersih dah tenang.

    ReplyDelete